Ladies First

Ladies First

Λήψη Malay Υπότιτλων

Πληροφορίες έκδοσης

Ladies First 2026 NF WEB H264-GRACE
Ένα Σχόλιο από tedi
Retail NF | 1:33:20

Ετικέτες

webdl
Δημοσιεύτηκε στις: 2026-05-22
Λήψεις: 37
Για Άτομα με Προβλήματα Ακοής: No

Προεπισκόπηση υποτίτλων Malay

Οι πρώτες 200 γραμμές.

Ini kisah lelaki bernama Damien.

Damien ada segalanya.

Kekayaan, seks, kuasa.

Sebab dia juga seorang yang keji.

Bagus, awak dah bangun. Bolehlah saya ucap selamat tinggal.

Malam tadi sungguh hebat.

Ya.

Saya pesan sarapan.

Saya tak tahu awak nak apa, jadi saya pesan semua.

Pekerja hotel cuci gaun awak.

Tapi kalau tak nak nampak sangat awak pakai baju semalam,

saya belikan baju baru.

Resit ada di dalam beg.

Apa saja untuk wanita

yang menjadikan saya lelaki.

PANDAI SANGAT

Kita tahu, di dunia ini,

orang paling buruk perangai yang miliki segalanya.

Jadi, ini yang diperoleh oleh CEO Guinness.

Dia miliki seluruh pulau?

Bahagian bagus saja.

Louis kawan masa di Oxford. Inilah cara dia berurus niaga.

Dikelilingi kecantikan, kalau awak faham maksud saya.

Tapi jangan risau.

Damien bakal dapat balasan yang setimpal.

Lembaga pengarah asyik tanya

tentang "wakil wanita".

Masa mereka dapat tahu Atlas tak ada

seorang pun pengarah kreatif wanita…

Kenapa itu penting?

Disebabkan itu, saya diberitahu kami perlu cari agensi lain.

Apa?

- Maaf, Fred. - Tolonglah.

Jadi, awak bawa kami ke sini untuk pecat kami?

Ya, lelaki patut buat perkara ini secara bersemuka.

Maaf, ia di luar kawalan saya.

- Louis… - Saya tak tahu nak kata apa.

Saya tahu.

Maklumat awak dah lapuk.

Baru minggu lepas kami lantik wanita hebat sebagai pengarah kreatif.

Bukan untuk tujuan persepsi, tapi sebab dia individu paling layak.

Bagi Atlas, feminisme bukan sekadar angka.

Beritahu lembaga pengarah awak.

Siapa wanita baru yang kita lantik minggu lepas?

Maaf. Saya kata minggu lepas? Maksud saya, petang ini.

Saya selalu keliru dengan zon masa.

Otak bergeliga betul.

Dengar sini.

Ini antara kita saja.

Saya bercadang nak bersara tahun depan, tapi saya dah syorkan nama awak.

Jadi, bagi saya,

awaklah CEO Agensi Atlas yang seterusnya.

Awak bersedia?

Soalan bodoh.

Helo, Agensi Atlas. Pejabat Damien Sachs.

Ruby, ada projek penting untuk awak.

Saya dah tanya HR.

Awak tak boleh suruh saya putuskan hubungan awak.

Saya takkan suruh dah. Awak tak pandai.

Senaraikan pekerja kreatif wanita di syarikat untuk dinaikkan pangkat.

Okey, awak nak saya kategorikan pekerja kita untuk kenaikan pangkat

berdasarkan jantina dan/atau bangsa?

Tidak. Jantina saja.

Jangan tulis dalam dokumen awak.

KATA-KATA DAMIEN JIKA SAYA DIPECAT

Siapa yang ada?

- Alexandra Fox. - Bagus.

Aturkan pertemuan dengannya.

Awak kenal dia?

Saya ikut susunan abjad.

Mestilah saya kenal.

Ubah penerbangan saya kepada esok.

Saya dah kenal pasti tiga calon yang sangat berpotensi

untuk beberapa jawatan lain.

Perangai awak memang begitu.

Terima kasih.

- Alex. - Ya.

Budak-budak junior

nak lepak di pub masa happy hour …

Terima kasih.

Tapi saya rasa zaman happy hour saya dah lama berlalu.

Saya bukan ajak, saya cuma

harap jika kami keluar awal, tolong muat naik imej kempen Morris.

Ya, sudah tentu. Jangan risau.

Bagus.

- Alex. - Ruby, awak nampak cantik.

Saya datang nak beritahu, Damien nak jumpa awak esok, 9 pagi.

Ada masalah?

Bukan, malah sebaliknya.

Naik pangkat?

Dia suka idea kempen Guinness saya, ya?

Mereka bukan klien saya dan saya tak nak melebih,

tapi dia mungkin tertarik.

Ya, itulah sebabnya.

Maaflah.

Saya dah 20 tahun di sini dan tak kesal berhenti kejap untuk besarkan anak,

tapi sukar mula semula dikelilingi orang muda yang bertenaga.

Jadi, saya rasa bangga dengan diri saya.

Saya teruja dan saya tak percaya saya menangis di tempat kerja.

Okey, awak tak patut buat begitu di depan orang lain.

- Okey. - Ya.

Nak timun jeruk?

Nak.

Hai, mak.

Apa? Mestilah saya ingat.

Selamat hari jadi. Ya, saya dah masuk kereta.

Saya pulang demi mak.

Ya, saya ada hadiah untuk mak.

SAMA-SAMA! RUBY

Ruby, saya beli apa untuk mak saya?

Awak anak yang teruk.

- Kena. - Tidak!

- Ya! - Mati!

- Awak yang mati. - Tak kena!

- Pak cik! - Pak cik!

Hai!

- Pak cik mati! - Tengok tarian saya.

Tengok saya pula.

Saya tak sentuh dia!

Awak sentuh!

- Tak. - Chris!

Anak awak perlukan awak.

Sunny!

Saya datang.

- Apa kamu buat? - Sunny.

- Awak nampak hebat. - Hati-hati.

Simpan pujian palsu itu untuk mangsa awak.

Hai, ayah.

Kamu berjemur, ya?

Dia nampak macam dia berjemur, bukan?

Taklah. Dia nampak sama.

- Mana mak? - Di mana lagi?

- Okey. - Minta tolong.

Suruh dia hantar bir.

- Untuk saya juga. - Hai, mak!

Sayang, kamu datang.

- Sudah tentu. Selamat hari jadi. - Terima kasih.

Cantiknya. Terima kasih.

Kamu nampak sedih.

Saya tak sedih.

Saya sangat gembira.

Betulkah?

Ada berita baik, mak.

- Anak mak… - Ya?

…akan jadi CEO Agensi Atlas seterusnya.

Tapi tiada siapa kamu boleh kongsi.

Ada ramai saya boleh kongsi.

Malah, saya kongsi dengan enam wanita hujung minggu lepas.

Nakal betul anak mak.

Enam?

- Ya. - Baiklah, tolong hidang.

- Biar saya tolong. - Tidak. Tentu kamu penat.

- Ya. - Christopher.

Sunny, mak awak panggil!

"Guinness. Cinta ambil masa, tapi ia berbaloi."

Boleh tahan bagusnya.

Terima kasih. Mak tak tahu nak rasa terharu atau terasa.

Jom rai dengan belikan saya iPhone.

iPhone? Bab telefon baru itu urusan ayah kamu.

Ya, tapi sekarang dia habiskan semua duit dia untuk Tina.

Tina? Apa jadi pada Rebecca?

Dia dah 30 tahun.

Kasihan dia. Semua orang akan tua.

- Mak akan dapat pejabat baru? - Pejabat baru? Taklah.

Mak belum layak. Lagipun mak suka tempat dan meja mak.

Bagus berada di tengah-tengah kesibukan.

- Mak selalu begitu. - Apa?

Berlagak macam tak layak terima apa-apa.

Mana ada.

Mak memang begitu. Mak kena berani bersuara.

Mak memang berani bersuara.

Yalah, mak.

Apa pun, baguslah.

Terima kasih.

Mak teruja.

Saya akan hantar sebut harga itu. Jumpa lagi.

Hai.

Helo.

Silakan.

Tidak, wanita dulu.

Awak suka persembahan saya?

- Ya. - Baguslah.

Saya buat sungguh-sungguh.

Jelas sekali.

Tak sabar kerja di bawah awak.

Okey.

Saya sedia buat apa saja yang awak nak.

Betulkah?

Tapi kalau awak mahu,

saya boleh pimpin.

Apa jadi dengan taktik jual mahal?

Selamat datang ke Atlas.

Apa?

Felicity, akhirnya kita bersatu semula.

Rindu saya?

Selamat kembali, Damien.

Bila kita nak berhenti

berlakon begini

dan lari berdua?

Dan lepaskan jawatan 23 tahun saya?

Σχόλια

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left