Οι πρώτες 200 γραμμές.
[peperangan telah berlarutan selama seratus tahun tanpa henti.]
[Oleh itu, aura Yin di serata tempat amat kuat.]
Sadhu, Sadhu.
Gadis kecil,
awak seorang diri di sini.
Ibu bapa awak sudah meninggal dunia?
Pada zaman yang huru-hara ini,
orang yang mati kebuluran bergelimpangan,
di mana-mana pun terlihat kemusnahan akibat perang.
Awak hidup sebatang kara,
malah masih begitu kecil.
Macam mana awak nak hidup?
Awak syaitan, kan?
Pokok ini tubuh sebenar awak.
Tulang-tulang yang bertimbun di atas pokok ini
semuanya milik orang yang awak perdaya
dan bunuh ketika mereka lalu di sini.
Kenapa awak
buat begitu?
Pokok ini agak pelik.
Usianya belum lama, tetapi sudah tumbuh begitu besar,
malah menjadi syaitan.
Agaknya awak mendapatkan sesuatu yang berharga.
Betul.
Di sini.
Memang benar, ini serpihan batu rohani.
Berhenti!
Itu...
Itu jatuh dari langit
ke atas kanopi pokok saya,
jadi itu milik saya!
Ini serpihan batu rohani penjaga Gunung Kunlun.
Syaitan,
awak bernasib baik memperoleh batu rohani
dan mempunyai kesedaran rohani,
awak sepatutnya bertapa dengan baik,
tetapi awak membunuh orang yang tak bersalah,
lalu memilih jalan sesat dan menjadi syaitan.
Hari ini,
ajal awak sudah tiba.
Siapa awak
sebenarnya?
Saya seorang sami pengembara.
Nama Dharma saya Wu Ming.
Wu Ming,
awak memusnahkan pertapaan saya!
Saya nak awak mati bersama saya!
Habislah!
Binatang Fu Sheng!
Fu Sheng!
Binatang Fu Sheng!
Fu Sheng!
Awak di mana?
Balik sini!
Dongqing,
apa yang awak tengok?
Ada hantu di atas pokok?
Kenapa awak cakap begini?
Setiap kali awak buat begitu
kerana awak nampak hantu.
Kali ini bukan hantu,
tapi seekor syaitan kecil.
Tengoklah.
Ia ada di bawah teduhan pokok.
Tak ada pun.
Saya tak nampak apa-apa.
Nasib baik ada Dewa Gunung yang tinggal di gunung.
Dewa Gunung pasti akan melindungi kita.
Peliknya.
Jangan-jangan benda ini
memang hantu kecil?
Benarkah nama awak Dongqing?
Rasanya begitulah.
Saya langsung tak ingat
apa-apa pun tentang masa lalu saya.
Saya cuma ingat nama Dongqing.
Apabila saya sedar,
saya sudah berada di Kampung Wuyin kamu.
Nasib baik awak datang.
Kalau tak, tiada siapa yang akan menggembala kambing-kambing ini.
Nenek terlalu tua,
saya pula terlalu kecil.
Kalau orang kaya itu ambil balik kambing-kambing ini,
saya dan nenek akan mati kelaparan.
Apabila awak dah besar sedikit nanti,
cambuk ini
akan jadi milik awak.
Saya tak boleh menggembala kambing.
Nenek dah berjanji kepada seseorang
untuk hantar saya ke daerah
dan bekerja di kedai jahit.
Kata orang, makan pun tak kenyang, malah akan dipukul.
Kena menjadi pekerja selama bertahun-tahun,
barulah tukang jahit akan mengajarkan kemahiran menjahit.
Saya tak nak pergi.
Saya benar-benar tak nak belajar menjahit.
Tapi nenek kata,
saya tak boleh makan percuma di rumah.
Nenek awak memang agak kejam.
Saya masih ingat awak kata,
tahun lepas kakak awak baru dijual
kepada keluarga orang kaya untuk jadi pembantu rumah, bukan?
Nenek kata dia pergi hidup senang.
Tapi dia baru berumur 12 tahun
dah dijual kepada keluarga orang lain untuk jadi pembantu rumah,
mana ada hidup senang macam itu?
Sudahlah, Gou Er.
Selepas ini, fikirkanlah lebih banyak
perkara yang menggembirakan.
Sebenarnya, ada juga perkara yang menggembirakan.
Saya beritahu awak secara diam-diam.
Awak jangan beritahu orang lain.
Malam tadi,
saya bermimpi tentang rama-rama.
Awak suka sangat rama-rama?
Mestilah.
Apa yang awak mimpikan tentang rama-rama?
Yang itu saya tak boleh beritahu awak.
Saya dah berjanji kepada rama-rama.
Awak asyik tengok saya.
Awak lapar juga?
Makanlah.
Awak ini hantu atau syaitan?
Kenapa Gou Er tak nampak awak?
Ini...
Tempat apa ini?
Dongqing.
Dongqing.
Saya pergi dulu.
Pergi ke mana?
Satu tempat yang baik.
Di sana tak perlu berperang,
tak perlu kelaparan.
Tak ada orang dewasa,
hanya ada budak-budak.
Kami bermain setiap hari
dan ketawa setiap hari.
Tak ada orang pukul kami,
tak ada orang marah kami,
tak ada orang jual kami kepada orang lain!
Gou Er.
Kenapa...
Kenapa awak ada di rumah saya?
Awak ini.
Awak lapar, kan?
Baiklah.
Saya buatkan awak makanan sekarang.
Pulangkan kepada saya!
Siapa awak?
Ia milik saya!
Awak nak pulangkan atau tak?
Tuan,
ada makanan tak?
Sudah beberapa hari saya tak makan.
Tak ada makanan.
Saudara yang baik hati,
saya lapar sangat.
Lapar sangat.
Masak... masak ia.
Beratnya.
Dia...
Awak kenal dia?
Dia tuan awak?
Dia belum mati,
cuma pengsan sebab terlalu lapar.
Baiklah, demi awak,
saya akan sediakan makanan untuk dia.
Nama awak Zhao Li, kan?
Zhao Yi?
Zhao Li.
Saya tak pernah dengar nama ini.
Saya Wu Ming.
Saya seorang sami pengembara.
Terima kasih kerana beri saya bubur, saudara.
Awak pernah jumpa saya?
Saya tak ingat.
Cuma...
Apabila saya tengok muka awak,
saya rasa macam saya kenal awak.
Rasa macam dah kenal awak lama sangat.
Entah kenapa,
saya ingat nama awak Zhao Li.
Mungkin kita berjodoh.
Siapa nama awak?
Awak penduduk kampung ini?
Saya bukan penduduk kampung ini.
Penduduk kampung kata saya pengsan di depan pintu masuk kampung,
jadi mereka angkat saya balik.
Apabila saya sedar,
saya tak ingat apa-apa.
Saya cuma ingat nama saya Dongqing.
Saya juga ingat awak,
Zhao Li.
Saya betul-betul bukan Zhao Li,
saudara.
Sebenarnya,
rumah yang awak tinggal ini
terasa sangat biasa
bagi saya.
Jangan-jangan
No comments yet. Be the first to leave one.