La unuaj 200 linioj.
SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX
Kita nak tinggal di mana?
Tak sabarnya awak.
Luxembourg okey tak?
Itu cadangan terbaik awak? Luxembourg?
- Santorini boleh? - Tak nak.
Tak nak? Pantainya berpasir putih.
Ramai pelancong. Curam sangat. Banyak keldai.
Itu Slugworth.
- Dia dengan siapa? - Steve Simmons, Ketua Pegawai Pematuhan.
- Awak dah buat kajian, ya? - Terkejutkah?
Siapa lagi dua orang itu?
Peguam Negeri dan Leslie Ann Mackey.
Dia pengasas Rakyat Missouri Menyokong Moraliti.
Mesti lagi seronok lepak dengan orang Missouri lain.
Beginilah, awak layan saja mereka baik-baik.
Hyannis Port?
- Kita nak jadi keluarga Kennedy pula? - Tolonglah.
Mereka pun pada mulanya menjual arak secara haram.
Gold Coast?
Australia? Wendy, tolonglah.
Tiada sesiapa akan cari kita di Australia.
Itu dah tentu.
- Awak nampak dia? - Ya.
- Dia bersendirian? - Ya.
Awak dah sedia?
Sudah.
- Selamat berjaya. - Baik.
Aku dapat rasa Jacob marah dengan aku.
Lain macam rasanya.
Aku rasa aku tak sepatutnya bunuh orang Mexico ini.
Dia tak hormat puan di rumah puan sendiri.
Puan tahu betapa saya mengagumi En. Snell.
Berterus terang saja, nak.
Kita perlu terima perbezaan pendapat.
Itulah perjanjiannya.
Kamu budak baik, Ash. Kamu tahu tak?
Wendy.
Aku Jacob Snell. Ini isteri aku, Darlene. Itu rakan kongsi kami, Ash.
- Segar daripada sarang lebah. - Terima kasih.
Hai.
- Boleh kita bincang kejap? - Boleh. Sebentar ya.
- Isteri kau tahu tentang perniagaan kau? - Ya.
Sukar nak gandingkan kerja dan rumah tangga,
tapi berbaloi apabila berjaya.
Memang betul.
Kau ada kunci kereta kawan Mexico kita?
Ada.
Nah, Ash. Keretanya di selekoh sana, di tepi jalan.
Ash akan bawa kereta itu ke Chicago.
Dia ada telefon bimbit dan kad kreditnya.
Okey. Pastikan kau gunakan kad kreditnya di sana.
Orang cuma akan tahu,
dia memandu ke Chicago dan menghilang tiba-tiba.
Baiklah. Aku tinggalkan tiga mesej di telefon bimbitnya.
Telefon aku balik dari sana, dan pastikan…
- Kami biasa buat semua ini. - Baiklah. Jumpa lagi.
Pakai tali pinggang. Hati-hati memandu.
Perkara sebegini berlaku. Kita minta maaf dan teruskan hidup.
Dia tembak kepala orang.
Dia menyesalinya.
Aku patut percayakah?
Dia bawakan madu segar untuk kau.
Cadar bersih lagi.
Saya ingatkan lain rasanya.
Seperti melihat semua berubah setelah mengelilingi dunia.
Saya tahu itu macam mengarut.
Kakak takkan seberani kamu waktu si celaka itu di ruang tamu.
Kakak takkan mampu tarik picu.
Kakak pasti mampu.
Kakak asyik terfikirkannya.
Kakak pasti akan kaku.
Mak yang suruh saya.
Kamu patut dapat separuh.
Kakak ambil malam kita menyimpannya di dalam dinding.
Entah mengapa kakak buat.
- Berapa jumlahnya? - Sepuluh ribu.
- Patut tak kakak beritahu mak dan ayah? - Tak.
Kita mungkin perlukannya.
Dulu saya tak fikir tentang masa depan,
sebabnya, yalah,
apa gunanya?
Jadi, saya akan marah atau timbulkan masalah.
Namun, sejak beberapa bulan lalu, saya…
Saya cuba jadi lebih baik.
Saya cuba fikir tentang orang lain selain diri saya.
Saya dapat kerja,
yang ada insurans dan lain-lain, serta,
saya menjaga dua orang budak lelaki dan saya memikirkan masa depan mereka.
Namun, saya tahu saya perlu jaga kelakuan saya.
Jika tidak, saya akan hilang semuanya.
Saya tak rasa semua itu boleh berlaku
jika bukan kerana ayah saya.
Saya datang melawat dia dengan kerap dan…
saya tahu betapa dia nak buat baik.
Terima kasih, Cik Langmore.
Walaupun penting untuk lembaga parol ini mempertimbangkan perwatakan banduan,
penting juga untuk mempertimbangkan, "Mengapa sekarang?"
Saya faham, puan.
Seperti saya cakap tadi,
saya menjadi penjaga dua budak lelaki, iaitu sepupu saya,
yang baru kehilangan bapa mereka.
Saya cuba sebaik mungkin setiap hari.
Namun, saya cuma seorang gadis.
Saya tahu betapa pentingnya seorang bapa.
Hei, Marty!
Hei, Tuck. Apa halnya?
Semuanya berkunci.
Di sini dan di pintu depan pun.
Yakah? Dah telefon Rachel?
Terus masuk peti suara. Sama macam semalam.
- Semalam pun sama, ya? - Ya.
- Mak dan adik kamu ada di rumah? - Ada.
Apa kata kamu balik? Saya akan telefon apabila ada kerja.
Okey.
Celaka!
Puan Byrde.
- Harry, terkejut saya. - Boleh saya bantu?
Ya.
Saya nak tahu, mengapa kita guna peti sejuk
padahal mayat diawet tak perlu disejukkan?
Pendingin.
Apa dia?
Ia dipanggil pendingin, bukan peti sejuk, dalam bidang pengebumian.
Apa-apa pun,
kita dapat jimat banyak untuk kos penyejukan
jika kita tukar pendingin itu jadi unit penyimpanan.
- Saya akan beli sendiri kuncinya. - Baiklah.
Selain itu, saya terfikir,
kita patut beli lebih banyak keranda.
Secara pukal, untuk jimat. 25 buah terus?
- Saya nak pinjam kereta mayat. - Apa dia?
Ada penyewa yang sakit tenat. Dia nak merasa perjalanan terakhirnya.
Boleh, bukan?
Sebenarnya,
itu sangat luar biasa.
Kau tak nampak gembira jumpa aku.
Aku tunggu orang lain.
- Banyak kali aku telefon. - Aku sibuk.
Kita perlu bincangkan masa depan aku.
Sekarang tak boleh, okey?
Wyatt dapat pergi kolej. Kau tahu berapa kosnya?
- Aku tahu. - Banyak sangat.
- Aku serius. - Banyak sangat.
Ini bukan masa sesuai untuk berbincang.
Aku terfikir, kita berdua boleh jadi rakan kongsi.
Aku dah kata tadi, bukan sekarang.
Jangan keluar.
Aku sepatutnya ada bahagian. Aku layak dapat!
- Kau perlu bertenang. - Aku tak bodohlah.
Aku tahu kartel itu akan hantar selonggok lagi duit kotor kepada kau.
Kita tengok nanti.
Kita tengok nanti. Aku janji kita akan bincangkannya. Okey?
Aku janji.
Cantik kereta kau.
- Apa halnya tadi? - Pak cik-pak ciknya.
Tahu berapa banyak dia ambil?
Tak. Kita perlu kira saja
dan berdoa kita dapat ganti balik tanpa diketahui kartel.
- Bukan senang nak alihkan semua ini. - Dia khianati kita, dan kini dia…
Dia khianati kita.
Apa awak beritahu anak-anak?
Kita kerja lewat. Jangan tunggu kita. Buddy dengan mereka.
Wendy, saya tahu. Mari kita mula buat kerja.
Hei.
Hei.
- Aku tunggu di dalam. - Nanti aku datang.
Hei.
Apa?
Jangan lupa guna kondom.
Mana ada begitu. Kami cuma melepak.
Kau baiki untuk ayah kau?
Ya.
Semuanya akan okey.
Aku tahu.
Aku nak dia ada rumah yang cantik.
- Mulakan hidup baru. - Ingat, kau tak sendirian.
Tidurlah cepat, bedebah.
- Ada nampak folder kemanusiaan saya? - Di sebelah televisyen.
Ulang balik, kamu ke mana waktu tak ke sekolah minggu lalu?
- Pengebumian di Carolina Utara. - Pengebumian siapa?
- Nenek saudara Tyra. - Ya.
Boleh tak kita buat teh pula untuk ganti kopi?
Tak pun, teh hijau? Sesuatu yang makrobiotik.
- Kita ada tak nenek saudara Tyra? - Malangnya ada.
Jangan risau. Saya akan ganti telefon awak tengah hari nanti.
Ini permulaan baru. Kita akan jalani hidup normal balik.
Kita dah selamat?
Ya, tapi mulai sekarang, kita perlu pastikan ia kekal.
Maknanya, semua orang perlu jujur sepenuhnya.
Nyawa kita bergantung padanya. Faham?
Ya
- Mengapa Buddy di sini? - Buddy tak pekak.
Dia akan selia pemasangan sistem keselamatan.
Tingkap juga perlu diganti.
Yalah, selepas ini aku akan tembak kemaluan mereka
supaya tak kena tingkap.
Mayatnya bagaimana?
- Kami dah bakar di rumah urus mayat. - Rumah urus mayat mana pula?
- Mak beli sebelum kita pergi. - Mak beli rumah urus mayat?
No comments yet. Be the first to leave one.