Las primeras 179 líneas.
'Di sebuah daerah mitos pada era kegemilangan sihir,'
'takdir sebuah kerajaan besar'
'Terletak di bahu seorang lelaki muda'
'Namanya ..'
'Merlin'
Kamu masih marahkan saya, kan?
Kita memburu sepanjang hari, tiada tangkapan, sebab setiap..
kali kita nak dapat apa-apa, kamu bersin dan mereka takut.
- Tapi yang hari tu tak. - Ya, masa tu kamu jatuh dalam sungai.
Tak ada siapa yang boleh faham kamu, Merlin.
- Saya rasa saya selesema. - Harap- harap selsema yang teruk.
Apa tu?
Saya rasa mungkin burung.
Itu? Itu suara wanita menjerit.
Kenapalah bukan suara burung saja?
Tak pernah ada suara burung.
Apa yang kamu buat?
Kan kamu nak bahayakan nyawa untuk lihat apa yang berlaku.
Saya tak nak cakap ni, Merlin. Tapi kamu makin bijak.
Lepaskan wanita tu.
Wanita ni dijatuhkan hukuman mati.
Tak ada kena mengena dengan kamu.
Saya Arthur Pendragon, Raja Camelot,
dan kampung kamu bawah kerajaan saya.
Sihirnya telah mengakibatkan bencana kepada kampung ini.
- Adakah dia dibicarakan dengan adil? - Ayah kamu tak pernah buat begitu.
Saya bukan ayah saya. Sekarang turunkan dia.
Saya tak akan bahayakan nyawa penduduk kampung ini.
Saya kata...
..turunkan dia.
Ada apa-apa yang kamu boleh buat untuk dia?
- Dia takkan bertahan sepanjang malam. - Buatlah dia rasa selesa.
Terima kasih.
- Kamu kena berehat. - Masa saya dah sampai.
Bila kamu dah lama sangat hidup macam saya,
kamu dah tak takut untuk ke dunia seterusnya.
Saya ada hadiah untuk kamu.
Kamu tunjukkan kebaikan, dan belas kasihan.
Itulah kualiti sebenar seorang raja.
Bukalah.
Cantik.
Ia berkuasa untuk memanggil roh orang yang dah mati.
Sarikata oleh Light_Arm
Episod 3 " The Death Song of Uther Pendragon "
"Tanduk Cathbhadh."
Semasa Uther menyerang Isle of Blessed,
Tanduk Cathbhadh disembunyikan di depan kuil yang runtuh.
Tak pernah dengar tentangnya sejak itu.
Perempuan tu kata ia boleh digunakan untuk ke dunia roh?
Saya pernah melihat dengan mata saya sendiri.
Lama sebelum "serangan besar", saya ambil bahagian dalam upacara tu.
Setiap tahun di Beltain, Pendita Tinggi akan berkumpul di
Batu Besar Nemeton
dan menyeru roh-roh nenek moyang mereka.
Ia memiliki sihir yang kuat.
Kamu kena simpan baik-baik.
Dia selalu begitu pada hari ulangtahun pertabalannya.
Bukankah dia perlu meraikannya?
Ya, tapi ia juga merupakan ulangtahun kematian Uther.
Apa yang kamu buat?
Tak ada apa-apa.. Berfikir.
Kamu, berfikir? Wah, sekarang saya betul-betul makin bimbang.
Diamlah.
Tinggalkannya!
- Kenapa? - Sebab saya yang suruh dan saya Raja Camelot,
dan ia tak ada kena mengena dengan kamu.
- Sediakan kuda dan siapkan bekalan. - Kita nak pergi mana?
Kamu tak perlu tahu. Jangan cakap pada sesiapa pun.
- Walaupun pada Guinevere. - Kamu ugut saya guna sudu?
Ow!
Saya rasa tak sedap hati dengan tempat ini.
- Sebab kamu tu pengecut. - Bukan.
Sebabnya adalah, saya hargai nyawa saya dan tak nak mati dengan teruk.
Boleh diterima.
- Jadi, kita patah balik? - Tidak.
Apa tu?
Batu Besar Nemeton.
Kamu nak gunakannya?
Inilah peluang untuk saya jumpa ayah saya. Saya takkan lepaskannya.
Sihirnya sangat kuat.
Ayah saya telah pergi sebelum masanya.
Sekarang, setiap hari
saya harap saya dapat cakap apa yang saya belum beritahu dia.
Kalau kamu diberi peluang untuk jumpa dan bercakap dengan ayah kamu.
Adakah kamu takkan lakukan perkara yang sama?
- Ayah. - Arthur.
Saya ingat saya takkan dapat jumpa ayah lagi.
- Setiap hari saya fikirkan tentang ayah. - Ayah juga.
Adakalanya, saya rasa sangat keseorangan,
Saya nak sangat ayah ada di sisi saya.
Kalau ayah ada dengan kamu,
kamu pasti takkan dengar cakap ayah.
Apa maksud ayah?
Banyak keputusan yang kamu buat
sejak kamu jadi Raja, bertentangan dengan ajaran ayah.
Saya lakukan apa saya rasa betul.
Kamu dah rosakkan tradisi kita, undang-undang purba kita.
Kamu telah benarkan lelaki biasa menjadi kesatria.
Mereka adalah kesatria terbaik yang Camelot pernah ada.
Mereka sanggup korbankan nyawa mereka demi kerajaan.
Mereka persoalkan keputusan kamu. Mereka buat kamu nampak lemah.
Mendengar kata orang lain adalah tanda kekuatan, bukan kelemahan.
Bagaimana kamu nak rakyat takut pada Raja yang tidak pandai berfikir sendiri?
Saya tak nak rakyat hormat saya sebab mereka takutkan saya.
Jadi, mereka langsung tak akan menghormati kamu.
Perkahwinan kamu patutnya membolehkan kamu membentuk sekutu dengan
kerajaan lain tapi kamu memilih untuk berkahwin dengan hamba.
Saya berkahwin kerana cinta. Saya cintakan Guinevere.
Lebih dari... apa saja.
Ada banyak lagi perkara yang lebih penting daripada cinta.
Tugas kamu adalah untuk menguatkan dan melindungi kerajaan.
Kamu gagal.
Saya sentiasa berusaha untuk buat ayah bangga.
Macam mana ayah nak bangga dengan anak yang
meninggalkan segalanya yang ayah dah ajar?
Yang memusnahkan legasi ayah.
- Saya bawa keamanan kepada kerajaan... - Untuk apa?
Keamanan tak akan bertahan. Jika kamu tak kuat,
kerajaan akan jatuh.
Kamu kena pergi sekarang.
Saya perlukan lebih banyak masa.
Ada banyak lagi yang saya nak cakap.
Jika kamu tak pergi, kamu akan kekal disini selamanya.
Kamu mesti pergi sekarang.
Pergi.
Ini bukan kali terakhir saya jumpa ayah.
Fikirkan semula apa yang ayah dah cakap. Masih belum terlambat.
Sekarang pergi.
Ayah sentiasa sayangkan kamu, Arthur.
Arthur?
Kamu nak bercakap tentang tu?
Apa yang berlaku di sana tadi?
Nampaknya ayah saya tak suka cara
saya memerintah kerajaannya.
Maksud kamu, kerajaan kamu.
Dia cakap tentang kesatria, perkahwinan dengan Guinevere.
Macamana kalau dia betul? Macamana kalau saya melemahkan Camelot?
Kamu percayakannya?
Kamu selalu buat apa yang kamu yakin betul.
- Rakyat menghormati kamu. - Terima kasih, Merlin.
Sesetengah orang masih fikir kamu hanya keldai bodoh dan sombong.
Siapa?
Kelakarnya.
Kita kena tidur.
Kami mengawasi kawasan dari Pawlett ke Meldreth.
Ini termasuk 30 tentera di Bawtry. 15 di Talan. Sepuluh di Chime.
Sembilan di Brune.
11 di Burwelle...
Saya mahu meja dibaiki sebelum mesyuarat seterusnya.
- Kamu dengar tak, Merlin? - Apa? Maaf.
Saya sedang memikirkan tentang apa yang berlaku.
- Kamu terkejut ke? - Ya. Jantung saya hampir terkeluar dari mulut saya.
- Oh, mungkin kamu patut bercuti untuk pulihkan diri kamu? - Betul ke?
Kamu bergurau kan?
Kamu semakin bijak, Merlin?
Merlin?
Kenapa kamu selalu lambat sangat nak buka perisai kamu?
Sebab saiz saya dua kali saiz kamu, budak kecil.
Jadi kenapa otak kamu sangat kecil?
Hello?
Siapa di sana?
Tunjukkan diri.
Mungkin kapak tu terjatuh dari rak.
Kalau kapak jatuh tak kan menyebabkan luka sedalam ni.
- Saya lagilah pelik. - Tentulah.
Kamu bertuah sebab tak cedera lebih parah.
Peliklah...
- Apa dia? - Sebelum tu.
Saya rasa sesuatu, macam ada seseorang memerhatikan saya.
Mungkin itu cuma khayalan saya.
Tuamkan pada waktu pagi. Dan jangan sertai latihan.
Terima kasih, Gaius.
Ada yang tidak kena ke, Merlin?
Merlin, saya dapat rasa ada sesuatu yang kamu rahsiakan dari saya.
- Kenapa kamu cakap macam tu? - Sebab memang selalu macam tu.
Kami pergi ke Batuan Besar Nemeton.
- Merlin, saya dah beri amaran.. - Saya dah cuba halang dia.
Dia berkeras.
Apa dia, Merlin?
No comments yet. Be the first to leave one.