Las primeras 200 líneas.
Episod 12
Apa kamu sedang buat?
Saya sedang berfikir.
Sama ada nak beritahu kamu atau tidak.
Beritahu apa?
Sebab kenapa ayah saya... halau mak saya.
Ae Ra.
Kamu nak dengar satu cerita seronok?
Kisah Puteri Ke-7.
Pada suatu masa dulu...
seorang raja jatuh cinta pada seorang wanita gipsi yang suka menyanyi dan menari.
Maka dia mengahwininya dan jadikan dia permaisuri.
Tapi raja itu terlalu menyayangi permaisurinya...
sehingga dia tak benarkan permaisuri keluar dari istana.
Tahniah, tuanku.
Bila permaisuri melahirkan puteri pertama...
raja sangat gembira, dia mahu berikan hadiah istimewa buat permaisuri.
Jadi, apa yang dinda hajatkan?
Dinda mahu musim bunga.
Ini musim bunga yang dinda mahukan.
Walau pun raja menyuruh orangnya membuat musim bunga di dalam pagar istana...
permaisuri tetap tidak gembira.
- Tahniah, tuanku. - Tahniah.
Terima kasih.
Setiap kali permaisuri melahirkan anak
permaisuri memberitahu raja, dia mahukan sungai, atau burung.
Dan setiap kali itu juga
raja akan buat sungai dalam pagar istana, atau letakkan burung dalam sangkar.
Tapi permaisuri tetap tidak gembira.
Sebab apa yang permaisuri mahukan...
adalah untuk menikmati angin musim bunga sambil berjalan di tepi sungai...
dan hidup bebas seperti burung.
Masa berlalu, dan setelah 7 orang puteri meningkat dewasa...
raja berkata kepada mereka.
Baginda akan serahkan kerajaannya kepada puteri dengan rambut paling panjang.
Jadi semua puteri berusaha menyimpan rambut panjang.
Dengan dijaga oleh dayang mereka sendiri.
Kecuali bagi puteri bongsu.
Dia dijaga oleh permaisuri sendiri.
Kamu sama macam bonda.
Bonda.
Bila permaisuri telah mangkat
seorang putera dari negara jiran datang melawat mereka.
Kemudian dia umumkan mahu mengahwini puteri yang akan mewarisi negara.
Tapi mereka tak dapat cari puteri yang berambut paling panjang
kerana rambut mereka sama panjang.
Tapi puteri bongsu berbeza.
Bila dia membuka topi, kelihatan rambutnya...
adalah sangat pendek.
Permaisuri menggunting rambutnya supaya ia sentiasa pendek.
Dan hasil usaha permaisuri
Puteri Bongsu tidak berpeluang untuk mewarisi negara
atau menjadi isteri putera negara jiran.
Tapi sebaliknya, dia mendapat kebebasan.
Untuk hidup bebas sambil menikmati udara musim bunga dan berjalan di tepi sungai
dengan burung berkicau bebas sama seperti yang permaisuri mahukan.
Puteri Bongsu meninggalkan istana bersama pengikut putera negara jiran
dan hidup bahagia sampai ke akhir hayat.
Rumah besar, pakaian cantik, dan makanan sedap.
Walau pun ayah fikir mak akan gembira dengan semua ni...
mak saya cuma dapat temui kebahagiaannya setelah dia tinggalkan ayah.
Sekarang mak tinggal di Paris, menjalani hidup gembira yang selama ini dia impikan...
dan walau pun ayah saya marah, dia masih menunggu agar mak pulang.
Saya dapat mengembara dan melukis...
itu semua kerana usaha mak saya.
Saya cemburu dengan kamu sekeluarga.
Kamu bergaduh dan marah-marah...
tapi kamu berbaik semula.
Saya inginkan keluarga yang meriah begitu.
Sebab rasanya seperti hidup berkeluarga yang sebenar.
Sama macam Puteri Bongsu yang keluar mencari kebahagiaannya...
Saya ingin buat perkara sama.
Saya tak tahu yang keluarga kamu begitu.
Macam mana saya nak tahu sebab kamu selalu tersenyum.
Saya mahu terus tersenyum.
Bukan kerana saya rasa nak senyum...
tapi kerana saya sedang cari sebab sebenar untuk saya senyum.
Lagi pun saya tak nak orang tahu masalah saya.
Ah... cukuplah dengan kisah sedih saya, kan?
Macam mana kita nak ubah suasana suram ni?
Usah cuba terlalu kuat.
Saya juga faham sedikit apa yang kamu rasa.
Berpura-pura okay sedangkan hati sedang berkecamuk.
Tersenyum depan orang sedangkan sebenarnya kamu mahu menangis.
Kamu fikir kalau kamu terus senyum...
kamu mungkin akan temui sebab sebenar untuk tersenyum.
Saya juga pernah buat begitu.
Kamu tahu tak, Ae Ra?
Saya harap... bukan saya seorang yang rasa begini.
Saya tak nak balik.
Apa kamu buat ni?
- Kamu tak rasa comel ke? - Tak comel langsung.
Saya dengar berlagak comel adalah senjata terbaik bagi lelaki muda.
Terima kasih sajalah. Saya tak suka lelaki comel.
Memandang saya dengan pandangan manja dan panggil saya 'kakak'.
Terima kasih sajalah.
- Walau pun dia kaya? - Kalau bagitu, terima kasih?
Nampak sangatlah.
- Kamu ni mata duitan. - Saya cuma bersikap jujur.
Itulah yang saya suka pasal kamu.
Tak perlu nak berselindung.
Kamu ni... Pergilah.
Ada hentian bas depan sana. Kamu naik bas ke stesen keretapi.
Ini studio saya. Mestilah saya tahu.
Apa pun, terima kasih sebab bagi saya duduk sini.
Nanti saya akan belanja kamu makan.
Hampir setiap hari kamu nak belanja saya makan.
Ingatan kamu memang kuat.
Saya balik dulu.
Bila CEO Cha nak sampai?
Aku ingat nak makan malam dengan dia.
Kerja dia agak banyak sekarang
kebelakangan ni dia selalu kerja sampai lewat malam.
Ya ke?
Bagus juga kalau sentiasa ada kerja.
- Saya dah balik. - Dah balik ke?
Mari duduk sini dulu.
CEO Cha akan sampai sekejap lagi.
- CEO Cha? - Ya.
Ayah ada benda nak bincang dengan dia, jadi ayah suruh dia datang sini.
Ayah nak cakap apa dengan dia? Dia tu orang yang sibuk.
Tak perlu berselindung kalau mahu jawapan sebenar.
Ayah panggil CEO Cha ke sini
supaya ayah boleh selesaikan hal kahwin kamu.
Itu urusan saya.
Saya akan selesaikan sendiri, jadi ayah tak perlu ambil tahu.
Kenapa, adakah ia kerana kaki kamu?
Jangan risau, ayah akan cakap baik-baik dengan CEO Cha.
Apa ayah kata?
Kalau kamu berdua nak kahwin, CEO Cha tetap perlu tahu.
CEO Cha pernah gagal dalam perkahwinan
dan rasanya dia sudah matang dalam soal mencari jodoh.
Dia tak banyak mulut dan seorang bertimbang rasa
jadi rasanya dia tak kisah sangat pasal kaki kamu.
Lagi pun, ayah takkan biarkan dia sebut pasal tu.
Cukup... cukuplah!
Berapa banyak ayah nak seksa saya, demi nak buat hati ayah senang?
Adakah ayah nak tawarkan dia duit disebabkan anak ayah cacat?
Atau pun...
ayah nak minta dia balas jasa ayah
dengan menyuruh dia kahwini anak ayah yang menyedihkan ini?
- Apa kamu kata? - Inilah perangai ayah.
Ayah guna cara kotor untuk mengawal orang dalam hidup ayah.
Ayah buat mak lahirkan saya supaya ayah boleh halang mak dari pergi.
Kerana ayah...
saya membesar tanpa mengenali kasih sayang seorang emak.
Walau pun ayah dapat miliki jasad seseorang
ayah takkan dapat miliki hati mereka.
- Takkan ayah masih tak sedar lagi? - Tutup mulut kau!
Tidak!
Saya dah tak tahan lagi.
Rumah ni dan segala isi di dalamnya...
diperolehi dari penindasan dan penderitaan orang lain.
Ayah nak kami patuh dan diamkan diri
kerana ayah dah berikan kami kemewahan hidup.
Adakah itu akan buat kami bahagia?
Tidak sekali-kali!
Ia menjijikkan.
Saya rasa jijik setiap kali melangkah masuk rumah ni.
Ayah tahu apa saya paling takut di dunia ni?
Saya takut akan jadi macam ayah.
Saya takut akan jadi macam ayah.
Saya takut akan jadi macam ayah.
Itu yang saya paling takut.
Melihat ayah ketakutan sepanjang masa
kerana risau akan ditinggalkan oleh ahli keluarga.
Ia menyedihkan dan menjijikkan!
Tuan Pengerusi.
Tidurlah.
Kamu akan rasa lega setelah bangun tidur.
Tunggu.
Tolong temankan saya sampai saya tidur.
Baiklah.
Saya temankan kamu.
Apa kamu buat?
Saya balik dulu.
Abang Jung Woo.
Terima kasih.
Terbakar?
Okay, saya balik sekarang.
Rumah kamu terbakar?
Rumah kamu terbakar?
Hello?
Saya ni.
Kamu kat mana sekarang?
Bukankah tadi kamu kata rumah kamu terbakar?
Ya.
Nampaknya saya terpaksa tinggal di tempat lain buat seketika.
Perut kamu masih sakit lagi ke?
Kamu kat mana?
Kan saya dah kata saya tinggal kat tempat lain.
Saya tanya perut kamu sakit lagi ke?
Itu tak penting sekarang. Cakaplah kamu kat mana.
Sudahlah, saya nak letak.
Hello?
Oh Byung Soo dan Ahn Ji Hyun.
Akhirnya mereka kahwin juga.
Silakan.
Aigoo.
Saya tak pernah tengok Soo Chul kerja serajin itu.
No comments yet. Be the first to leave one.