Las primeras 200 líneas.
Episod 8
Na... Na Ae Ra?
Apa kamu buat disini?
Dia orang tak cakap ke? Saya model gantian.
Kamu dah gila ke?
Kamu nak orang di pejabat mula bergosip tentang kita?
Saya buat ni kerana terpaksa.
Orang takkan bergosip begitu mudah.
Kalau tak, pasti sekarang dah timbul gosip.
- Hei! - Apa?
Saya cuma menyesal sebab bersetuju bila Pengurus PR merayu saya tadi.
Mari kita selesaikan dengan cepat, lepas tu suka hati kamulah nak buat apa.
Satu perkara lagi.
Cubalah ada keyakinan sikit.
Kamu rasa kekurangan sesuatu ke?
Mengata orang, dia pun sama.
Tengoklah diri kamu.
Kamu bukan ada apa nak dibanggakan pun.
Cuba ada keyakinan sikit, okay?
Kamu yang patut lebih yakin.
Okay, saya nak teman wanita Superman kelihatan lebih terkejut.
Kamu terkejut melihat betapa hebatnya teknologi itu.
Okay, bagus. Sekarang giliran Superman pula.
Ingat bahawa kamu seorang hero. Diri kamu sangat berkeyakinan, okay?
Dengan yakin.
Biar nampak bertenaga.
Okay! Kamu berdua kelihatan hebat.
Gandingan kamu nampak sangat serasi.
Tak nampak macam ini kali pertama kamu bersama.
Tunggu kejap.
Okay, rasanya dah cukup gaya tu. Kita terus ke konsep seterusnya.
Okay, seterusnya. Saya nak kamu berdiri rapat.
Berdiri rapat-rapat.
Biar betul-betul rapat, okay?
Berdiri rapat dan sebelah tangan atas kepala.
Buat bentuk hati dengan tangan.
Cepat.
Saya nak kamu senyum. Macam kamu sedang dilamun cinta.
Cepatlah, sentuh tangan.
Saya nak kamu rapat lagi. Kamu kan sedang bercinta.
Rapat-rapat, angkat tangan atas kepala.
Buat hati yang besar.
Besar lagi.
Senyum. Saling senyum. Macam tulah.
Senyumlah.
Supaya cepat boleh selesai.
Saya yang patut cakap begitu.
Nampaknya akan timbul perasaan baru.
Maafkan saya.
Itu tempat saya.
Keadaan makin serius, kamu masih nak berkira pasal tempat?
Apa?
Okay, kita rehat sebentar.
Tunggu.
Ya, teruk sangat.
Saya harap Superman sebenar boleh datang selamatkan saya.
Boleh tak saya datang selepas habis kerja?
Tak, tak perlulah datang.
Saya rasa tak perlu.
Ya.
Saya dengar model wanita terpaksa ditukar?
Saya baru dapat tahu model wanita terpaksa ditukar.
Ya, dan sebab itu ia jadi makin teruk.
Lain kali saya tak nak buat kerja ni.
Ya.
Jadi... teruskan kerja kamu, kita jumpa esok.
- Ya. - Ya.
Kamu sepatutnya beritahu saya dulu.
Maafkan saya.
Saiz saya biasa saja. Kenapa dia cakap macam tu?
Kenapa dia asyik jeling saya macam tu?
Dia patut buat kerja dia, dan cepat selesaikan kerja ni.
Dia suka ambil gambar bukan-bukan.
Mereka asyik buat hati atas kepala.
Dan asyik membuat aksi-aksi yang mesra.
Itu adalah konsep penggambaran.
Dulu Na Ae Ra yang dapat makan malam dengan CEO.
Sekarang dia dapat berlakon iklan dengan CEO pula.
Kalau begini, Na Ae Ra dan CEO Cha mesti akan jadi mesra.
Tapi kamu rasa dia akan dibayar gaji model untuk iklan ni?
Entah berapa bayaran dia akan dapat?
Kamu masih sibuk pasal itu?
Dia bukan model professional, takkan dapat bayaran banyak.
Dia patut bersyukur dapat peluang tu
walau pun dia baru pelatih.
Kamu masih buat penggambaran?
Saya lapar! Mereka belum bagi makan.
Mesej yang Superman pun tak dapat hantar
tapi D&T Soft Ventures akan hantar untuk anda!
Ya.
Wah, D&T.
Okay! Bagus. Kekalkan posisi itu.
Okay, dah lewat ni. Mari cepat selesaikan.
Hidupkan kipas.
Wah, bagusnya angin ni!
- Dah berdarah tu. - Macam mana ni?
Jung Woo.
Jung Woo!
Macam mana ni?
Penggambaran dah selesai?
Ia terpaksa dihentikan.
CEO Cha tercedera akibat kemalangan semasa rakaman.
Apa?
Dia mengalami sedikit gegaran otak dan tidak sedarkan diri.
Kita perlu tunggu dan lihat keadaanya bila dia sedar.
Kamu baliklah. Saya akan tunggu dia.
Tidak, dia cedera kerana saya. Saya nak temankan dia.
Boleh kamu balik dan ambilkan pakaian baru untuk dia?
Ya.
Kalau begitu saya akan datang pagi esok.
Saiz besar? Sekejap ya.
Kandungannya dah gugur.
Kamu boleh masuk jumpa dia.
Apa kamu kata?
Kenapa sekarang baru kamu cakap?
Saya dah telefon kamu, tapi tak dapat.
- Macam mana keadaan dia? - Dia belum sedar lagi.
Telefon Setiausaha Gil, beritahu dia saya ke sana sekarang.
Setiausaha Gil tiada di hospital
tapi Na Ae Ra, yang sedang temankan dia di hospital.
Siapa?
Pengarah Gook.
Macam mana keadaan tuan CEO?
Dia belum sedar lagi.
Saya dengar kamu dah temankan dia sepanjang malam.
Ya.
Saya minta maaf kerana dah banyak timbulkan masalah.
Ia bukan salah kamu, kamu boleh pulang dulu.
- Saya nak tunggu sampai dia sedar. - Balik kerja di pejabat.
Lagi pun...
Saya akan tunggu dan perhatikan dia.
Kamu tak perlu risau.
Mesti kamu dah penat berjaga sepanjang malam.
Baliklah dengan kereta saya.
Silakan.
Tak... Saya balik dulu.
Ya, hati-hati dalam perjalanan.
Kamu dah sedar?
Kamu berada di hospital.
Dah berapa lama saya tak sedar?
Leganya hati saya.
Sepanjang malam kamu tak sedar, saya sangat risau.
Jadi kamu berada disini sepanjang malam?
Saya sangat gembira lihat kamu dah sedar.
Saya akan bawa kereta ke depan.
Disebabkan sambutan menggalakkan terhadap perisian terbaru D&T Soft Venture
harga saham mereka telah meningkat lagi
dan terus meningkat pada kadar stabil.
Ia adalah naik taraf terhadap perisian DonTalk.
Anggaplah ia sebagai program baru yang melengkapkan program sedia ada.
Jadi janganlah ragu, dan dapatkan perisian terbaru itu.
Orang yang berada dalam krisis
biasanya adalah orang yang teragak-agak sebelum bertindak.
Dunia sentiasa berubah dengan pantas ketika anda sedang teragak-agak
itu akan melambatkan kemajuan.
Merancang masa depan bukan dengan membuat tekaan, tapi dengan membuat tindakan.
Untuk menghadapi masa depan, kita patut fokus kepada masa sekarang.
Itu pendapat saya.
Bukan setakat penyelidikan program.
penyelidikan pasaran juga perlukan belanja besar.
Saya tahu, tapi saya tak suka kita hanya fikir nak buat untung cepat.
Kita tak boleh terus nafikan permintaan pasaran.
Itu adalah peraturan asas dalam pemasaran.
Kamu asyik cakap soal pemasaran.
Tapi saya mahu gabungkan kumpulan pembangunan dan pemasaran
supaya mereka boleh hasilkan program bersama.
Jadi mereka boleh gunakan kepakaran mereka tanpa membazirkan masa
Pengurusan masa yang cekap akan menguntungkan syarikat.
Kenapa kamu kerja dengan saya, sedangkan pendapat kita jauh berbeza?
Sebab kamu dapat mendesak saya, dan paling penting, saya percayakan kamu.
Kamu memang pandai memujuk orang.
Kita rakan kongsi yang baik.
Apa rancangan kamu hari ni?
Junior Na.
Mana senarai yang saya suruh buat tu?
Saya dah siapkan tadi.
Lap mulut kamu. Tak senonoh la.
Senior Pi.
Boleh tak saya berikan sedikit nasihat?
Hah?
Saya rasa kamu terlalu membazirkan barang pejabat.
Apa?
Sikap membazir kerana syarikat ini bukan kepunyaan kamu
boleh menyumbang kepada kejatuhan syarikat.
Secara jujur, saya lihat kamu suka membazirkan kertas dan barang lain
dan kamu selalu mencetak semua dokumen dalam warna.
Saya rasa ia tak bagus.
Cik Na Ae Ra?
Pengarah Gook.
Memang betul kata kamu.
Saya juga turut rasa bersalah.
Setelah dengar kata kamu, saya akan lebih berhati-hati sekarang.
Saya tak bermaksud begitu.
Tapi kalau kamu anggap syarikat ini macam kepunyaan sendiri...
Kalau semua pekerja macam kamu, barulah saya tak risau.
Saya ada mesyuarat berkenaan pelancaran produk berjenama oleh syarikat kita.
Biar saya ikut kamu.
- Saya dah banyak usahakan projek ini... - Tak apa.
Dalam temuduga kerja sebelum ni... Ae Ra?
Ya?
No comments yet. Be the first to leave one.