Las primeras 200 líneas.
LOVE IS BLIND POLAND PERTEMUAN SEMULA
Selamat datang ke pertemuan semula Love is Blind Poland musim pertama.
Kita melalui musim yang penuh emosi, harapan, perbualan yang jujur
dan keputusan sukar yang mengubah kehidupan peserta kita.
Saya gembira bertemu kamu.
- Hai. - Hai.
- Hei. - Hai.
Sudah hampir setahun sejak kamu sertai eksperimen.
Hari ini, kita intai semula cerita kamu.
Kita akan lihat bagaimana kehidupan kamu sekarang.
Siapa yang menepati janji mereka?
Siapa yang berubah fikiran dan siapa yang temui cinta sejati?
Akan ada perbualan yang jujur. Mungkin ada yang tak rasa selesa.
Namun kita di sini untuk menjawab semua soalan hangat.
Kita juga akan melihat rakaman belum pernah disiarkan.
Bagus.
Kamu semua hadir ke sini mencari cinta.
Kamu masuk ke pod dengan hati terbuka. Itu memang sangat berani.
Lima pasangan bertunang berpeluang melihat
jika perasaan mereka bertahan di luar pod.
Tak semua berjaya sampai ke penghujung perjalanan ini.
Satu pasangan tamatkan kisah mereka lebih awal.
Empat pasangan berjaya ke altar, dua daripada mereka berkahwin.
Malangnya, Marta dan Damian tak dapat bersama kita hari ini.
Tapi mereka hantar video tunjukkan setahun mereka lalui bersama.
Bagus.
Mari kita saksikan.
Siapa yang tidur lebih lama?
Selamat pagi sambil ambil angin dengan anjing-anjing.
Saya selalu yang buat dulu.
Hei!
Ini Freddie!
Kami berpindah ke sini dua minggu selepas berkahwin.
Kami akan tunjuk kehidupan kami dan apa kami lalui setahun ini.
Hulur tangan.
Hulur tangan. Bagus!
BATU ASAS UNTUK RUMAH KAMI
Ini tempat kerja suami saya.
Sampai hari ini, kami masih bertengkar jika ia patut kemas sebab ruang bersama
atau dibiarkan sebagai sudut Damian. Nah, kamu beritahu kami.
Ia cantik.
Jika saya nakal… Setiap hari.
Saya dihantar ke atas beberapa hari.
Awak nakal setiap hari.
Waktu itu saya akan tenang.
Ketenangan perkara paling penting dalam perkahwinan, bukan?
- Ciao. - Ciao.
Nampaknya sifat humor Marta dah semakin berani.
Damian hilang sifat beraninya.
Keseimbangan yang baik.
- Dia lebih tenang. - Kamu masih berhubung?
- Ya. - Ya.
Freddie masih gila.
- Lola pula? - Lola lebih tenang.
Salam sayang daripada kami semua dan semoga sihat selalu.
- Betul. - Sudah tentu.
Ayuh sebut "awoo."
- Nak bagi meriah. - Sikit saja.
Marta dan Damian bukan satu-satunya pasangan yang berkahwin.
Daria dan Filip.
Helo.
Walaupun ragu-ragu, kamu tetap berkahwin sebagai sebahagian eksperimen ini.
Sekarang, persoalan besar, kamu masih bersama?
Masih bersama.
Tahniah.
Bagaimana semuanya? "Apa yang saya dah buat?"
- Saya dah elok sekarang. - Tak mencarut lagi.
Ya.
Bahasa saya semakin sopan. Ia menuju ke arah yang betul.
Kamu masih fikir kamu buat sesuatu yang gila?
Sedikit, tapi dengan hasil yang indah.
Macam mana selepas berkahwin?
Sayang, awak mula.
Sudah tentu, mendalam. Filip terus pindah dengan saya,
jadi kami taklah menunggu.
Sejurus selepas perkahwinan, dia mula bawa barang-barangnya ke rumah saya.
Kami masih sesuaikan diri, walaupun tinggal bersama ketika eksperimen.
Tapi ia tetap hebat.
Kami melawat empat negara bersama, sebab matlamatnya mengembara.
Luar biasa.
Jadi dalam tempoh kurang setahun, saya rasa nombor itu agak bagus.
Semua lawatan itu indah. Kami sangat seronok.
- Saya menepati janji saya. - Betul.
Ayuh lihat setahun kamu yang lalu sebab kita ada rakaman. Mari saksikan.
Sudah tentu.
Ini sedikit ucapan untuk peserta lelaki dari pod.
Saya tabik sebab sahut cabaran, tapi saya menang.
Kami lalui saat indah dan lalui percutian yang hebat.
Kami berkenalan, terus tinggal bersama dan ia hebat.
Awak asyik baling kuat-kuat.
Tapi ada saat sukar juga tahun ini dan ada cabaran sepanjang perjalanan.
Sekali itu, saya alami masalah kesihatan dan suami saya mainkan peranan.
Apabila saya panik, dia temankan saya jumpa doktor
dan humornya sangat membantu.
Saya ada masalah sendiri di tempat kerja.
Seperti semua tahu, masalah kerja cenderung beri kesan kepada rumah tangga.
Tapi paling penting memiliki seseorang yang beri sokongan
dan ada untuk kita ketika waktu sukar.
Kami berdua berusaha, kerana cinta saja tak cukup.
Hubungan perlukan usaha.
- Sayang, kenapa pandang sana? - Sebab awak menari.
- Awak malu? - Tak, langsung tak malu.
Ada tahap kami rasa putus asa, tapi apa saya paling hargai,
ia tunjuk kami ditakdirkan bersama.
Kami percaya ikatan kami akan semakin kuat bersama.
Apabila seorang jatuh, seorang lagi akan bantu bangkit semula.
Semua!
Daria, saya harap kesihatan awak baik sekarang.
Ya, saya agak panik. Ada sedikit masalah dan saya buat ujian.
Saya bayangkan yang paling teruk, tapi dia tetap di sisi saya.
Dia dah pilih rumah pengebumian, tapi saya ada untuk dia.
Ya, akhirnya dapat sokongan itu dan dia tak fikir dua kali
serta dia tunggu saya,
itu sangat bermakna.
- Itu juga ujian yang bagus. - Ya.
Ia mudah apabila keadaan berjalan lancar, tapi jika ada masalah,
baguslah Filip yang uruskan dan semuanya berjaya.
Datuk saya, yang juga muncul penuh ceria dalam rakaman itu,
malangnya kesihatan dia merosot dan kini dia dah tak kenal kami.
Filip juga ada untuk saya. Kami melawat datuk bersama-sama.
Filip juga alami masa sukar.
Saya juga melalui krisis kecil. Bukan kecil. Saya masih belum lupakan.
Kawan saya meninggal di India tiga bulan lalu akibat kemalangan.
Kami jalani latihan kru kabin bersama-sama dan sangat rapat.
Jadi detik seperti itu tunjukkan saya sokongan diterima daripada pasangan saya.
Pada saat seperti ini kita belajar jika pasangan kita akan ada di sisi,
untuk beri semangat apabila kita kecewa.
Sungguh ketara betapa banyak kesukaran yang kamu hadapi.
Kami simpati atas kehilangan kawan awak dan kami doakan kesihatan datuk awak.
Daria, satu perkara lagi. Bahagian penting eksperimen itu
ialah keluarga Filip, yang awak tak pernah jumpa.
Sampai sekarang, awak dah jumpa mereka?
Ya, saya dah jumpa ibu, nenek dan adik-beradik Filip.
Mereka suka Daria?
Ya, sudah tentu. Seluruh keluarga saya menyukai dia.
Terutama kakak ipar saya, yang juga bernama Daria.
Jika nama keluarga tak ditulis sempang, ada dua wanita bernama Daria Lenz.
Ia bagus. Mereka sangat mesra. Ibu saya juga merestui hubungan kami.
Mereka ada nombor masing-masing dan malangnya mengumpat tentang saya.
Tak boleh halang.
Saya malah boleh melawat bila-bila masa tanpa Filip ikut sama
- sebab saya suka pantai Poland. - Cukuplah.
- Mereka percaya awak. - Ya.
- Kami bersama. - Mereka tahu ia serius.
- Itu saja. - Ya, dan…
- Mereka percaya? - Ya.
Percaya ia berlaku.
- Ada orang sudi… - Ibu Filip pesan…
- …terima saya. - …jaga elok-elok.
Ya, ada ahli keluarga yang kata, "Jangan lepaskan Daria."
Bagaimana rasanya melihat semua kembali?
Saya agak sebak.
Ia hebat. Bahagian pertama lebih mudah, saya kena akui.
Pod dan percutian itu. Ia pengembaraan unik dan hebat.
Emosi kembali melanda apabila kita menontonnya.
Saya suka jumpa ayahnya. Saya cakap, "Besarnya dia."
Tapi dia memang besar, itu tak boleh dinafikan.
- Jadi awak bersenam nak menyaingi dia? - Dah hampir sama, ayuhlah.
Tentang majlis itu…
Saya menangis teresak-esak.
Ya, tapi saya juga… Majlis itu indah, sangat menyentuh hati,
tapi saya juga fikir, "Ya, saya sangat gembira, bersedia,
tapi dia penuh keraguan." Saya tanya dia, "Awak betul nak lakukan?"
Tapi saya juga tahu dia mudah panik dalam situasi sukar. Maaf, sayang.
Saya tak maksudkan pendedahan itu, tapi ya, saya tahu dia begitu.
- Saya cuba tenangkan dia di majlis… - Tak perlulah.
…"Awak boleh buat.
- Awak boleh buat." - Saya menangis ketika ucapan awak.
- Saya juga. - Tuhan, ia…
Saya rasa terpesona. Ucapan yang sangat indah.
Lama saya tak tahu nak cakap apa. Saya nak rasa ia ikhlas, daripada saya.
Dan untuk dia akhirnya dengar
pada saat yang begitu penting, di depan semua orang
dia cukup bagi saya dan dia lelaki yang hebat.
Betul, ayuh imbas kembali pendedahan kamu.
- Alamak, saya mulakan. Maaf. - Awak terus…
- Aduhai. - …melampaui batas
dengan sentuh penampilan Daria.
Ada apa-apa awak nak ubah atau yang awak menyesal?
Ada apa-apa saya menyesal? Semuanya.
Saya sangat tertekan. Saya fikir saya akan pengsan.
Saya boleh nampak.
Mungkin sebab itu saya anggap pendedahan itu teruk dan saya komen,
sebab saya tak kenal Filip.
Di pod, Filip sangat yakin dan perbualan kami sangat lancar.
Saya nampak dia buat benda-benda rawak.
Dia menggeletar, ketara dia tertekan.
Saya fikir, "Okey, detik ini tak akan padam apa yang kami bina
jadi ayuh beri ia peluang."
Tentang komen itu, awal-awal lagi saya beritahu ketika percutian itu,
"Begini, ia memang teruk." Dia pula kata, "Maafkan saya,
- awak tak perlu cakap." - Ulang kali saya kata,
saya langsung tak bangga dengan pendedahan itu.
Banyak kali saya cakap, ia bukan kelakuan saya yang terbaik.
Daria, apa perasaan awak?
Awak kata Filip tak seperti lelaki idaman awak pernah bercinta sebelum ini.
Ia sukar untuk ditonton,
sebab inilah lelaki yang saya tergila-gila,
yang saya rasa menarik, secara fizikal dan dalaman, jadi…
Kami ada ikatan yang hebat
No comments yet. Be the first to leave one.