Las primeras 200 líneas.
Sarikata oleh: Cocobutter - Malaysia Subbers Crew 2018-
Abang kamu ada masalah visa.
Dia kata dia tak pasti dia boleh balik atau tidak.
Kalau dia balik pun, dia tak boleh kembali ke sana.
Mak tak tahu apa nak buat.
Dia pasti akan balik jika tarikh perkahwinan kamu dah ditetapkan.
Mak! Janganlah cakap benda yang sama.
Saya akan tinggalkan mak kalau mak menjengkelkan saya lagi.
Mak tahu kamu akan cakap macam tu. Kamu akan marah tak kira apa mak cakap.
Kenapa mak nak bergaduh dan rosakkan mod saya?
Saya kena hantar mak naik bas dan pergi kerja.
Ayah kamu bekerja keras dan berhutang untuk biaya kursus kejuruteraan kamu.
Kamu boleh dapat kerja dengan gaji lumayan.
Kenapa kamu buat kerja remeh macam ni?
Mak, tak kira sekuat mana mak cuba, keputusan saya tak akan berubah.
Kenapa kamu nak berubah pula? Sudah tentulah tidak.
Jiran kita Sweeta tu, lebih muda dari kamu..
Dia berkahwin bulan lepas..
Dia gembira tinggal di mesin basuh.
Mak!
Bukan mesin basuhlah! Tapi Washington.
- Tak kisahlah! - Mesin basuh?
Kamu tahu tak betapa gembiranya dia?
Ayah kamu nampak gambar dia di Facebook dan rasa kecewa..
Kesian! Dia sangat sedih.
Beritahu mak. Apa yang kami tak buat untuk kamu?
Kenapa kamu hukum kami?
Mak, berkahwin, pergi ke luar negara untuk berbulan madu..
..dan muat naik gambar di Facebook..
Itu bukan pencapaian besar. Bukan penting pun!
Kenapa mak dan ayah perlukan whatsapp dan facebook di usia begini?
Ya, betullah tu. Jika kamu hormat umur tua kami ni..
..tentulah kami dah bermain dengan cucu sekarang.
Wah!
Kamu langsung tak beri kami peluang.
Mak kembali kepada topik asal. Semuanya tentang perkahwinan.
Pemandu, kamu dah berkahwinkah? - Tidak puan. Saya masih bujang.
- Tengok saya. Saya cantik tak? - Apa yang kamu cakap ni?
Berhenti di kuil terdekat yang ada dalam perjalanan. Kita akan berkahwin.
Barulah mak saya akan tenang.
Diam! Kamu pandu saja.
Jangan bimbang, puan..
Saya tak akan berkahwin dengan dia.
Saya berkenalan dengan konstabel wanita di Balai Polis Paradise.
Dia lebih lembut dari anak makcik.
Dengar, Rachu..
Mak nasihat demi kebaikan kamu.
Berhenti jadi wartawan dan carilah kerja perisian.
Kamu tahu telangkai perkahwinan Ganesh kan?
Dia mencari lelaki yang baik serta memegang kad hijau luar negara untuk kamu..
Saya bersumpah demi pemandu auto ini..
Jika mak sebut lagi hal perkahwinan..
Saya akan lompat dari auto dan lari.
Sudah tentu sayang. Larilah. Siapa yang halang kamu?
Pergilah ke mana saja kamu mahu sebaik saja kamu berkahwin nanti.
Mak, nak saya tambah nilai telefon mak?
Tak perlu, masih ada baki.
Hey! Kenapa kamu tukar topik?
Mak akan nak bas ekspres..
Gunakan tandas di stesyen bas.
Apa yang mak cakap, dan apa yang kamu cakap ni?
Suruh ayah kurangkan gula di dalam kopi..
Dialah yang menjaga mak selama ini.
Mak ada kamu kan?
Kamu berjanji untuk tinggal bersama kami seumur hidup.
Saya ada di sini untuk mak.
Macam mana kalau saya dah berkahwin?
Rachu, kamu dengar tak kamu sebut tentang perkahwinan?
Mak mesti sangat bertuah.
Mak, mula-mula mak kena berhenti tonton drama bersiri.
Mak berkelakuan sangat dramatik.
Oh tidak! Tak tahulah kalau bas dah pun pergi.
Mak, jangan risau tak tentu pasal.
Tengok, mak tinggalkan telefon mak di sana.
Mak! Saya tahu.
Periksa semula, takut kita terlupa sesuatu.
Kita hanya ada dua beg saja, mak.
- Berapa tambangnya? - 70 rupee, puan.
- Bayar saya 100. - Kenapa saya nak buat macam tu?
Puan bawa beg..
Dan saya tak ada penumpang semasa balik.
Kamu bawa beg di atas kepalakah?
Saya minta lebih 30 saja. Saya tak minta mas kahwin.
Tampar nanti!
Rachu, kenapa kamu bergaduh lagi dengan dia?
Tengok ni, saya hantar 70 melalui atas talian.
- Periksalah. - Sila pergi, puan.
Pergi periksa horoskop anak makcik dengan 30 rupee tu.
Pergi sajalah!
Pergilah puan..
Kamu ada masalah dengan lelakikah?
- Kamu selalu bergaduh dengan mereka. - Mak pergi dulu.
Hey... Hi, Divya...
Hai, semua balik rumah tadi, tapi kamu baru sampai sekarang?
Kamu rehat lamakah tengahari tadi?
Lupakan makan tengahari, saya belum makan apa-apa pun. Saya lapar ni.
Saya hantar mak di stesyen bas dan datang ke sini.
Parti tahunan syarikat Jumaat ini, kamu datang kan?
Parti? Sudah tentu tidak. Saya bencikan lampu dan bunyi bising..
Aku lebih suka balik dan tidur.
Oh...
Puan, Editor panggil puan. Penting.
Hello...
Tuan, ini ialah Sunder. Telefon dari pejabat CEO..
Tuan, kerja kamu dah selesai..
Saya juga dah pulangkan fail.
Maaf tuan! Saya terlupa tuan. Boleh saya buat esok pagi?
Saya di jejambat Velacheri.
Tuan, bukan begitu.
Okey tuan. Saya akan kembali.
Saya akan siapkan malam ini.
Okey tuan.
Tuan, sekejap.
Tuan ada bungkusan.
Oh maaf, tuan.
- Berlatihlah. - Ya! Ayah balik!
Karthi.
Hai ayah! - Hai sayang..
Karthi, apa yang kamu buat di sekolah?
Kami ada lumba lari hari ini.
Lumba lari ya?
Kamu dapat nombor dua atau tiga?
Saya dapat nombor satu, ayah.
Nombor satu? Apa hadiahnya?
Mereka tak beri hadiah, ayah. - Kamu menipu sebab kamu dapat tempat corot ya?
Hey, hidangkan makan malam.
Kamu dah makan?
- Tidak ayah. - Kenapa?
Saya nak makan dengan ayah..
Okey, mari makan.
Karthi, letak papan tu dan habiskan makanan kamu dulu.
Tidak, tidak, tidak..
Saya dah jumpa tempat jagaan siang untuk Karthi.
Kita masukkan dia minggu hadapan.
Bukankah kita dah bincangkannya?
Kita tak akan letak dia di pusat jagaan.
Apa masalah kamu tak mahu letak dia di pusat jagaan?
Berapa lama saya nak berhenti kerja dan duduk di rumah menjaga dia?
Saya kan ada untuk cari nafkah. Kamu tak perlu cari kerja.
Sebelum Karthi lahir..
Saya ada karier saya.
Saya tak boleh tinggalkan semua dan duduk dirumah tak buat apa-apa.
Malah, kamu boleh berhenti kerja dan duduk dirumah menjaga anak kamu.
Saya dahlah rasa tertekan.
Boleh tak biarkan saya makan dengan tenang?
Jika karier kamu penting sangat..
..kenapa kamu berkahwin dan ada anak?
Hey, Karthi, itu kawan kamu.
Dia pergi melancong dengan ibu bapanya..
Dia hantar gambar di Facebook.
Hey! Berhenti ketawa. Mari pergi.
Ayah, tengok!
Akhila!
Akhila!
Akhila, buka pintu!
Kamu tak mahu buka?
Kamu akan keluar pagi nanti kan?
Kita berurusan kemudian.
Saya dengar cuaca sejuk di sana.
Dan kamu sendirian. Berseronok di sana?
Ya, betul. Teman lelaki kamu di sini. - Teman lelaki saya?
Saya berseronok dengan mereka. Mereka tak beritahu kamukah?
Kamu berseronok ya? Saya tak fikir begitu.
Bagaimana dengan rakan pejabat yang kamu suka tu?
Ada perkembangan?
- Tidak langsung. - Betulkah?
Dia terlalu takut walaupun untuk memulakan perbualan.
Saya tak tahu macam mana dia jadi wartawan jenayah.
Kamu tak cari lelaki lain?
Okey. Buatlah sesuatu.
- Sekarang apa? - Biar saya habiskan.
Ada baju merah di bilik saya.
Baju bertuah.
Pakailah semasa pergi kerja. Pasti kamu akan berjaya.
Berjaya? Macam mana?
Nak saya permudahkan?
Kamu bertenanglah dan kamu akan ada anak tak lama lagi.
Apa? Kenapa kamu diam?
Saya tengah fikirkan nama untuk anak lelaki dan perempuan.
Saya ingat saya dah berani tapi kamu lagi tak tahu malu.
Saya akan cuba dan beritahu kamu nanti. Okey. Bye.
Hey sekejap.. Ada anting-anting di dalam laci..
Hey! Jangan lupa bersihkan bilik.
Okey, bye.
Abang..
Abang..
Kita dapat apa-apa tak hari ini?
Ini dia.
- Hai Rachana.. - Hai..
Kamu masuk pertandingan pakaian cantikkah?
Betulkah? Teruk sangat ke?
Dungu!
- Hello.. - Hey! Ya, cakaplah.
Hello, catat nombor ni cepat.
Okey, cakaplah.
- TN 21... - TN 21...
CD 7785...
CD 7785...
Bila kamu nak berikan saya alamatnya?
Saya akan berikan..
No comments yet. Be the first to leave one.