Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!

Descargar subtítulo en Malay

Información de lanzamiento

Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang! 2013 1080p NF DD2 0 WEB-DL H264-Beerus
Comentario por Predator1
Sync with WEB-DL https://cafeflix.fun/movie/ustaz-mu-tunggu-aku-datang/

Etiquetas

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
Publicado el: 2019-04-11
Descargas: 38
Para personas con discapacidad auditiva: No

Vista previa de los subtítulos en Malay

Las primeras 200 líneas.

Dah datang. Dah nak keluar.

Assalamualaikum.

Masya-Allah.

Ini ahli syurga.

Waalaikumsalam.

Awak dari mana? Macam pernah nampak saja.

Dari tandas.

Masya-Allah. Alhamdulillah.

Nama saya Ali.

Allah telah temukan saya dengan awak hari ini.

- Siapa nama awak? - Dadu.

- Dadu? - Bukan, itu dadu judi.

Nama saya Dadu. D-A-D-U, Dadu.

Masya-Allah. Boleh awak luangkan sedikit masa?

- Saya nak cepatlah. - Sekejap saja.

Sekejap saja?

Encik yang mulia.

Hari ini, Allah telah beri kita kemuliaan dalam agama Dia.

Kenapa?

Tak tahu.

Kerana Allah telah letakkan kalimah

"Tiada Tuhan selain Allah" dalam hati awak dan saya.

Kita kena bersyukur.

Allah beri kita agama ini dengan percuma.

Tanpa Allah minta bayaran sedikit pun.

Cuma Allah nak kita beriman dan bertakwa kepada Dia.

Betul.

Jadi hari ini, kita tak sedar

dan hari ini, kita terlalu mengejar dunia.

Dan kita terlupa tanggungjawab kita

sebagai umat Nabi Muhammad SAW

untuk menyebarkan kalimah "Tiada Tuhan selain Allah".

Encik, kalau hari ini kita letak di dacing sebelah kanan

kalimah "Tiada Tuhan selain Allah",

di dacing sebelah kiri

tujuh petala langit dan tujuh petala Bumi,

pasti kalimah "Tiada Tuhan selain Allah" yang paling berat.

Jadi awak rasa, dunia ini penting?

Penting.

Tak, tak penting.

Kalau begitu, saya ada soalan cepumas untuk awak.

Kalau awak dapat jawab,

saya akan beri seluruh duit dan harta saya kepada awak.

- Macam mana? - Semua duit?

Rumah? Kereta? Okey, boleh.

Okey, apa soalannya?

Bolehkah awak jamin esok,

saya dan awak boleh hidup dan berjumpa macam hari ini?

Tak boleh.

Kalau begitu, apa kata awak ikut kami?

Sekejap lagi pun dah nak masuk waktu asar.

Boleh kita sembahyang berjemaah bersama. Insya-Allah.

Masya-Allah. Nora Danish?

Semoga Tuhan mengampuninya.

Hidayah umat, ya Allah.

Dah pakai tudung?

Kenapa nak malu pula kalau pakai tudung?

Yalah. Sebelum ini, mana pernah saya pakai tudung.

Abang lagi suka kalau perempuan pakai tudung.

Harap-harap, nanti muka Ida

saling tak tumpah macam Pandalela Rinong.

Kenapa nak samakan saya dengan Pandalela Rinong pula?

Yalah. Walaupun dia berjaya terjun tinggi,

tapi tak setinggi cinta abang pada Ida, tahu?

Kalau samakan saya dengan Wawa Zainal okey juga.

- Janganlah macam ini. - Kita putus sajalah kalau begini.

- Baru nak bercinta, dah nak putus? - Yalah.

Berilah abang peluang, sekurang-kurangnya sekali saja.

- Tak nak. - Kenapa macam ini?

Saya tak nak pisang berbuah dua kali.

- Berilah abang peluang. - Tak nak.

Okey, begini. Sekurang-kurangnya, kita jumpalah sekali.

Tak pernah jumpa pun lagi. Beri abang peluang, ya?

- Tak nak jumpa. - Kita jumpa sekali.

Selepas itu, kalau nak putus, putuslah.

Nak tinggalkan abang pun, tinggallah. Boleh, sayang?

Sudahlah, kurang rajin nak layan. Selamat tinggal.

- Janganlah letak telefon. - Selamat tinggal.

Sekejap.

Helo? Ida.

Helo!

Baru putus, dah ada perempuan lain datang?

Ada rupanya Encik Muiz.

Encik Amri.

Kali ini, kau tak boleh lari daripada aku.

Dadu di mana?

Dadu kerja, tak balik lagi.

Duit sewa rumah dah ada?

- Bukankah dahulu kami dah bayar? - Mengarut!

Itu lima bulan yang lalu. Sekarang dah masuk enam bulan.

- Kau nak duduk di rumah ini atau tak? - Berilah masa sedikit saja lagi.

Beri masa?

- Beri kaki, nak? - Kaki pula.

Berapa banyak masa lagi aku nak beri?

Dah enam bulan aku beri masa.

Tak cukup lagi?

Esok, abang.

Esok kami janji akan bayar.

Kalau esok kami tak bayar, abang halau kami dari rumah ini.

- Betul esok? - Betul, abang. Esok.

Baik, esok aku datang.

Kalau lusa boleh?

- Esok! - Esok, abang.

Kenapa aku lari daripada orang itu tadi, ya?

Padahal dia suruh aku sembahyang saja.

Aduhai, syaitan.

Kenapalah ada kayu di tengah-tengah jalan.

Kalau terkena tayar, mesti meletup.

Pitam kalau kena dumbel dia nanti.

Di mana aku nak cari duit untuk bayar duit sewa rumah?

Muiz, kau tahu?

Dalam perjalanan tadi...

Dahsyat. Hei.

Kalau aku cerita kepada kau, mesti kau tak percaya benda ini.

Muiz.

Aku cakap dengan kau.

Aku penat balik, kau layanlah aku.

Buat air atau urut belakang aku.

- Itu pun tak boleh? - Hei.

Ingat aku isteri kau?

Aku di rumah tadi pun macam-macam terjadi.

Apa dia?

Pertama, teman wanita aku minta putus.

Itu memang patut.

Nombor dua, Abang Amri datang minta duit sewa rumah.

Abang Amri yang lengan besar itu?

Yang bawa dumbel itu?

Tak guna punya Abang Amri.

Macam mana dia boleh tahu kita di sini?

Cakap macam tak ada otak pula.

Dah tentu ini rumah sewa dia. Dia datanglah ke sini.

Takkan dia tak tahu rumah dia pula.

- Yakah? - Sudahlah, berikan duit gaji kau.

Aduh, duit gaji aku dah habis.

Kau buat apa?

Aku buat main nombor ekor.

Kau pun tahu aku seorang penjudi yang tegar.

Aku dah berapa kali pesan dengan kau

jangan main nombor ekor. Kau degil!

Okey, aku janji.

- Itu kali terakhir aku main. - Berapa kali terakhir kau janji?

Okey. Kalau begitu, berikan duit kau pula.

Aku tak kerja lagi.

Kau tengok.

Kau sendiri tak kerja, kau nak nasihatkan aku.

Bila kau nak cari kerja?

Nanti aku carilah.

Nanti? Bila?

Kau membebel saja.

Daripada kau membebel macam ini, baik kita fikir

macam mana nak cari duit nak bayar sewa rumah esok.

Esok?

Ya, esok.

Di mana kita nak cari?

Tak tahu.

Kalau lusa, tak boleh bayar?

Tak boleh.

Kau juallah jam kau ini.

Ini jam tikam.

Nak jual, tak laku.

Juallah jam kau.

Jam aku tak boleh, jam jumpa.

Tak mengapa. Esok, kalau kena halau pun tak mengapa.

Kau dah janji tak nak main judi, bukan?

Pening kepala aku macam ini.

Ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhanku.

Aku dalam masalah.

Kau tolonglah aku. Kau berikanlah aku...

Assalamualaikum.

- Waalaikumsalam. - Waalaikumsalam.

Hei, bukalah.

Aku penat, baru balik. Kau pergilah buka.

Aku pun penat.

- Aduhai. Aku? - Buka.

- Cepatlah! - Aku penat, baru balik.

Sekejap.

Amboi, penat sangat?

Buka!

Aku nak bukalah, aku penat.

Kau nampak? Kritikal penat aku.

Kau balik berenang atau naik motor? Penat sangat.

Assalamualaikum.

MK Ham...

Dadu,

itu nama ana dahulu. Sewaktu ana dalam zaman jahiliah.

Sekarang, kamu boleh panggil ana Hamzah, lebih afdal.

Nak panggil " ana " atau Hamzah?

- Hamzah, saya keliru. - Jangan keliru.

Ana ialah ganti nama kepada saya.

- Saya. Ana , saya. - Ya. Jadi, panggil saya Hamzah.

- Hamzah. - Hamzah. Alhamdulillah.

- Ana , saya. - Ya.

Hamzah, izinkan saya bertanya soalan.

Silakan, wahai saudara yang saya kasihi.

Kau sebenarnya buat apa?

Anta.

- "Anta"? - Anta.

Nak hantar ke mana?

Hantar ke mana?

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! subtitles in other languages

Comentarios

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left