Las primeras 199 líneas.
Baiklah.
Terima kasih.
Macam mana?
Saya telah masak bubur makanan laut.
Jika awak tak nak makan, saya akan matikan api
untuk jimat elektrik.
Saya mahu semangkuk.
Pemalas!
Saya mahu semangkuk.
Buku ini milik saya.
Ini rumah saya.
Ada roti?
Tiada.
Ada penkek lima jenis bijirin yang saya buat,
nak cuba?
Bawanya saja.
Agak sedap.
Sudah tentu.
Lagi baik jika ada acar.
Liang Mu Ze,
pernah awak dengar cerita ini?
Pada masa dulu, seorang lelaki
asyik mengarah-arahkan rakan sebiliknya yang juga seorang doktor
untuk buat ini dan itu,
suatu hari,
dia mati kerana rakan sebiliknya
meracuninya secara diam-diam.
Pernah dengar cerita ini?
Saya pernah dengar sebuah cerita.
Seorang askar operasi khas
diracuni,
tiga saat sebelum dia mati,
dia bunuh orang yang meracuni dia dengan satu tumbukan.
Pernah dengar tu?
Terima kasih.
Buku ini sangat bagus, bukan?
Adakah awak dapat teka siapa pembunuhnya?
Pasti bukan Umeda Hachiro.
Sudah tentu bukan dia.
Sebenarnya ini yang berlaku.
Biar saya beritahu awak.
Akhirnya,
Mitarai berjaya menyelesaikan
misteri pembunuhan astrologi sihir ini.
Ia sangat menarik, betul tak?
Saya ada banyak lagi novel detektif di atas rak.
Saya boleh beritahu awak semua kesudahannya.
Tahu apakah perkara yang paling menyakitkan
dalam kehidupan?
Iaitu semasa kita membaca novel detektif
dan rasa teruja,
seseorang tiba-tiba
beritahu kita siapa pembunuhnya.
[Adakah novel detektif lebih baik daripada makanan dalam tin?]
Saya rasa angin Liang Mu Ze sekarang
mestilah seperti
sembelit selama tiga hingga lima hari.
Padan muka.
Itulah yang dia dapat
kerana dia duduk di atas sofa
dan mengarah-arahkan saya seperti seorang pengasuh.
Dengar sini,
ia cuma satu amaran kecil kepada dia kali ini,
jika dia berani melayan saya macam itu lagi...
Saya akan...
Dah mandi?
Nak minum teh?
Ya.
Okey.
Dah siap.
Sila mencubanya.
Kenapa?
Bawanya keluar.
Bawanya keluar.
Awak takut bau durian?
Saya tidak takut, saya bencinya.
Maksudnya takut, kan?
Bawanya keluar!
Okey, awak tidak takut.
Marilah,
minum teh dan tenangkan hati.
Ini dia.
Saya akan makan semuanya.
Dah cukup?
Liang Mu Ze, sensitif betul awak ni.
Jangan pergi, jangan pergi.
Saya bergurau saja.
Bawanya keluar.
Susah payah saya masak teh ini,
cubalah. Jika tidak, sayang tu.
Sama ada saya pergi atau ia hilang.
Saya akan bawanya keluar.
Sedap tak?
Teh Longjing sebelum Qingming?
Teh bayi.
Awak tahu pula?
Tak boleh ke?
Saya tak maksudkan awak bodoh.
Nenek saya suka minum teh.
Semasa saya kecil, saya sentiasa minum
teh Longjing dan Pu'er dengan dia.
Yakah?
Apabila awak bercuti dan pulang ke rumah,
saya akan beri daun teh kepada awak
agar nenek awak boleh cubanya.
Tidak perlu.
Jangan segan.
Sebelum saya pergi, saya ambil banyak daun teh
dari kabinet teh ayah saya.
Rumah saya berdekatan dengan Hangzhou.
Kami ada banyak peluang untuk merasakan teh Longjing setiap tahun.
Biar betapa baik atau mahalnya teh itu,
ia memerlukan seseorang untuk merasainya.
Lagi ramai orang merasainya,
lagi ia bernilai.
Jangan rasa segan.
Tidak perlu.
Jangan rasa segan.
Sudah lama nenek saya meninggal dunia.
Maaf.
Saya tidak tahu.
Tiada cadar di atas katil saya.
Jika awak rasa menyesal
pinjam satu set cadar kepada saya dan pasangnya.
Okey, saya akan buat.
Tak betul ni.
Mengapa saya rasa menyesal pula?
Dia yang sebut tentang neneknya,
saya tidak tahu pun.
Saya terpaksa menyumbang cadar dan selimut saya
dan pasang untuk dia pula?
Kenapa pula?
Pasang cadar, ya?
Nak saya pergi, ya?
Baiklah, kita buat apa yang dia suruh.
[Saya mendapat firasat bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku.]
Saya mahu memusnahkan awak atas nama bulan,
Liang Mu Ze.
Dah lewat!
Dah cukup awak lihat?
Maaf, saya silap bilik.
Alamak...
Saya pergi sekarang.
Minum ini sebelum pergi.
Terima kasih.
Awak pergi beli susu pada awal pagi, ya?
Saya tak belinya.
Awak yang meninggalkannya di dalam peti sejuk.
Di dalam peti sejuk? Saya tak tinggalkan susu di sana.
Yang ini.
Awak beri ini kepada saya?
Saya dah periksa, masanya tidak luput lagi.
Ini krim, bahan mentah untuk krim.
Tahu
berapa tinggi kalorinya?
Saya tidak tahu.
Awak tidak tahu tapi awak berinya kepada saya pula?
Awak minum dengan gembira.
- Liang Mu Ze! - Awak dah nak lewat.
Apa?
Lupakannya saja, saya akan panggil kereta lain.
Tidak mengapa.
Mabuk kereta?
Krim itu menapai di perut,
saya rasa loya.
Tak mengapa,
awak akan okey nanti.
Ia bukan masalah besar,
jangan rasa bimbang.
Awak harus belajar untuk menjadi kuat.
Liang Mu Ze, awak buat begitu dengan sengaja.
Jika begitu, awak terlalu banyak berfikir.
Saya seorang yang kolot.
Bagaimana saya tahu
perbezaan antara krim dan susu?
Ia nampak sama saja.
Mengarut!
Awak marah kerana saya pasang
cadar Sailor Moon untuk awak semalam,
jadi, awak mahu membalas dendam.
Dengar sini,
awak askar operasi khas,
tapi fikiran awak lebih sempit daripada mata jarum.
Orang macam awak,
jangankan insomnia,
mungkin awak akan mati secara mendadak suatu hari nanti.
Siapa yang berfikiran sempit sekarang?
Awak!
Dah sampai.
Selamat pagi, Xia Chu.
Selamat pagi.
Ini rakan seperjuangan saya.
Awak nak keluar dari kereta atau tidak?
Kenapa awak datang pula?
Saya datang untuk bincangkan sesuatu.
Awak belum makan sarapan, kan?
Sudah.
Jika begitu, simpan ini untuk makanan ringan petang.
Kenapa?
No comments yet. Be the first to leave one.