Esimesed 200 rida.
Sarikata oleh: Massimo
Ada beberapa perkara yang tidak boleh kamu lupakan.
Masa berlalu pergi, semua kenangan akan beransur-ansur pudar,...
... ada satu perkara yang tetap akan diingati jelas seperti semalam.
Saat pertama kalinya saya melihat Mi-jin.
Saya tidak boleh melupakan hari itu.
Pertama kalinya dia melihat Mi-jin...
... adalah ketika ujibakat Zeus Entertainment.
Hai, nama saya Choi Mi-jin.
Umur 19 tahun, senior di Sek. Men. Hanlim.
Pada ketika itu, dia terus dapat merasakannya.
Mi-jin lulus ujibakat...
... dan itu telah mengikat takdir mereka.
Bagus... Seterusnya!
Bolehkah saya melakukan sesi fotografi lagi dengan ekspresi yang berbeza?
Kamu nak buat apa?
Cuma, yang lain hanya melakukannya dengan ekspresi senyum.
Silakan, lakukan saja apa yang kamu suka.
Ayuh kita melakukan penggambaran lagi.
Apa yang dah kamu lakukan?
Apa?
Kami menerima berita bahawa Mi-jin yang lulus, bukan Eun-bi!
Saya memberikan port-folio Mi-jin kepada mereka ketika saya menghantarkan port-folio Eun-bi.
Adakah itu salah?
Kawan, kamu sungguh lancang.
Saya dah baca skripnya berkali-kali.
Bahagian itu sama sekali tidak sepadan untuk Eun-bi.
Dia sama sekali tidak layak.
Ianya sangat sepadan untuk Mi-jin.
Tolong beri dia peluang.
Keluar! Kamu tidak perlu kembali lagi.
Oh, nanti.
Saya cakap pergi!
Kamu sudah gila? Lepaskan saya.
Baiklah, saya akan pergi.
Tiada yang boleh saya pelajari dari tempat ini.
Sebagai pengurus, kamu seharusnya tahu adakah pelakon kamu boleh berlakon atau tidak.
Ketika itulah titik permulaannya.
Apa yang kamu buat di sini?
Kamu tak nampak, ke? Saya sedang bekerja.
Saya dengar kamu dipecat gara-gara saya. Mengapa kamu melakukannya?
Kamu dengar dari mana? Saya berhenti.
Tidak ada yang boleh dipelajari dari semua keparat itu.
Jadi, kamu akan melakukan ini, bukan?
Ada masalah ke?
Mi-jin, tolong buktikan kepada mereka...
...bahawa pendapat saya betul tentang diri kamu. Faham?
Oppa saja yang melakukannya.
Apa?
Oppa yang membuktikan kepada mereka bahawa pendapat kamu betul tentang diri saya.
Hei, dunia tidak berputar seperti itu.
Kamu perlu berusaha sekeras mungkin. Paksa mereka untuk menyedari kehadiran kamu.
Kamu beritahu tiada yang boleh dipelajari dari mereka.
Jadi...
Bagaimana saya boleh menjadikan kamu bintang kalau saya tiada kenderaan?
Kamu nak naik bas bersama saya?
Kehidupan kamu akan berliku-liku.
Tunggu.
Saya tidak keberatan.
Yang saya perlukan hanyalah minum kopi sekali-sekala.
Saya akan berusaha bersungguh-sungguh. Jadi, saya mohon, jadilah pengurus saya.
Kamu yakin tentang ini?
Apa ni?
Duit pendahuluan. Hanya ini yang saya ada.
Kamu masih nak pergi bersama saya?
Sejak hari itu, Woo-gon berusaha keras untuknya.
Dia pergi ke sana ke mari mengetuk pintu setiap stesen TV,...
...syarikat produksi dan biro iklan.
Kamu tidak akan berasa kecewa.
Kalau Mi-jin mendapat peranan kecil, dia dapat dandanan rambut dan solekan percuma...
...melakukan apa saja untuk mendapatkan pakaian percuma.
Sementara itu,...
... dia meminjam kereta mewah daripada kawan-kawannya untuk menghantarkan Mi-jin dengan penuh gaya.
Semua penat lelah itu mulai membuahkan hasil.
Semasa Mi-jin mula mendapat perhatian, dia mendapat peranan yang lebih besar...
...bahkan juga beberapa penggambaran iklan.
Ya, Pengarah.
Ya.
Maaf?
Kita tidak boleh parkir di sini.
Keluarlah sebentar.
Ada apa?
Ayuh kita dapatkan yang satu ini. Kita tunjukkan kepada dunia!
Ya.
Kerana kami akan datang untuk menakluki kalian!
Kerana mereka memulakannya bersama-sama dari bawah.
Mereka memiliki sebuah ikatan yang istimewa...
... tidak seperti aktres dengan pengurusnya yang lain.
Kalau begitu, semuanya berlaku ketika keadaan mulai meningkat naik...
... ketika mereka fikir mereka telah menakluki dunia.
Mereka bahkan mungkin tidak pernah bermimpi apa yang akan mereka perolehi.
Semuanya berasal dari satu perkataan dari mulut kita semua.
Informasi yang terkandung di sini sangat rahsia...
... tidak dibenarkan membocorkannya kepada pihak ketiga yang tidak berkepentingan.
Leaflet : Dangerous Rumors
Wah, kamu sudah sampai sejauh ini...
...daripada hari-hari minum kopi segera yang murah.
Semua itu tidak lagi dibenarkan di sini. Mi-jin sedang diet.
Selain itu, espresso adalah kopi yang sebaik-baiknya.
Tidakkah kamu fikir kalau kamu sudah melampau?
Pejabat ini dan van yang mewah.
Malah kamu membelikan dia sebuah kondominium?
Ini semua adalah pelaburan.
Dia betul-betul akan menuju kejayaan.
Saya harus memastikan bahawa dia melakukannya dengan penuh bergaya.
Kongsilah sedikit kepada saya. Ceritakan kepada saya.
Kamu mendapatkan semua kenikmatan dari kota ini.
Apa saja yang boleh menggegarkan internet?
Kita lihat saja nanti.
Demi masa lalu...
... demi orang yang menuliskan naskah satu dialog untuk kamu...
... ketika dia masih bukan sesiapa.
Baiklah, baiklah.
Mengapa kamu tidak menulis tentang gambaran yang menonjol dari Mi-jin?
Dan saya akan memberi kamu sebuah gosip yang benar-benar hangat.
Betul ke?
Tidak ada yang tidak boleh saya lakukan untuk Mi-jin.
Helo, Pengarah!
Saya baru saja nak menghubungi kamu.
Kamu sudah makan tengah hari?
Maaf?
Apa?
Mi-jin dan Ahli Kongres Nam?
Apa yang kamu cakap ni?
Itu dia. Ahli Kongres!
Ada sebarang komen?
Ini betul-betul khabar angin yang tidak berasas.
Menurut kamu, gosip ini datang dari mana?
Ahli Kongres!
Saya tidak menyukai ini sama seperti kamu.
Tapi ini bukan di bawah kuasa saya dan kamu tahu itu.
Kita belum menandatangani apapun perjanjian.
Kami tidak akan memperbaharui kontraknya.
Kita akan membahasnya lagi nanti.
Mungkin lain kali.
"Tipsheet" tentang Mi-jin sudah tersebar luas di internet.
- "Tipsheet" apa? - Dan kamu menyebut kamu sebagai pengurusnya?
Ini hanya satu usaha murahan untuk merosakkan reputasinya...
... oleh pesaing yang dengkikannya.
Kamu tak akan nak main-main dengan Ahli Kongres yang dah tiga kali terpilih.
- Jadi, siapa yang melakukannya? - Mana saya tahu?
Biar saya yang menanganinya.
Saya akan menyelesaikan masalah ini walau apa pun yang terjadi.
Lakukan dengan cepat atau dia keluar.
Pengarah.
Saya akan menguruskannya.
Sial.
Ini yang mereka sebut dengan 'tipsheet'.
Ianya berupa e-mel langganan yang eksklusif...
... direkabentuk untuk mereka yang berhubungan dengan masyarakat, bursa saham dan sektor politik.
Sugar Daddy?
Mereka tidak boleh mengatakan itu tentang dia! Tidak setelah semua kerja keras kami.
Siapa yang membuat kacau ni?
Itu bukan masalahnya.
Berita ini tersebar dengan cepat di internet.
Tidak.. tidak, tidak! Kita harus menghentikannya!
Tuliskan sebuah artikel untuk membela posisinya.
Satu artikel tak cukup...
Kalau begitu, nak buat sekarang?!
Sial!
Mengapa kamu menunggu di luar?
Kamu dah melihatnya?
Kamu tidak perlu risau.
Ini sudah pun tersebar di internet.
Nak buat apa? Saya takut.
Tidak ada yang perlu ditakutkan.
Saya akan menguruskannya.
Sebelum esok, semua ini akan dilupakan.
Kamu hanya perlu fokus kepada siri TV kamu yang baru.
Tidak ada yang berubah, okey?
Mi-jin.
Apa yang saya ketahui adalah sama dengan apa yang kamu ketahui, kan?
Apa yang kamu ketahui?
Khabar angin tentang Ahli Kongres itu adalah pembohongan yang tidak berasas.
Kamu takkan percayakan saya, sama seperti mereka yang lain.
Jangan merepek.
Apa pun yang orang lain katakan, saya percaya pada apa yang kamu katakan.
Tapi kamu hanya perlu jujur kepada saya.
Hanya itu yang saya minta.
Ianya memang tidak berasas.
Syukurlah...
Saya adalah pengurus kamu. Saya akan melindungi kamu.
Saya dah aturkan sidang akhbar esok.
Saya akan suruh seseorang untuk menjemput kamu.
Jangan terlalu fikirkannya dan beristirahatlah.
Jumpa lagi esok, okey?
Woo-gon.
Hati-hatilah memandu.
Okey.
Kamu masuklah ke dalam.
Apa yang terjadi?
Adakah hanya seramai ini yang datang?
Bae Yeong-hun tiba-tiba mengumumkan pernikahan.
Saya sudah beritahu ini tidak akan berjaya.
Apakah kamu sedang dalam perjalanan bersama Mi-jin?
Hantarkan dia pulang. Saya akan menjelaskan kepadanya nanti.
Jangan tanya alasannya.
Lakukan saja perintah saya, sial!
Mi-jin, ini saya.
Mengapa kamu tidak jawab panggilan saya?
No comments yet. Be the first to leave one.