Love Is Blind: Poland

Love Is Blind: Poland (Love is Blind: Polska)

Laadige alla Malay subtiiter

Hooaeg 1

Väljalaske info

Love Is Blind Poland S01E06 may
Kommenteerib dappeloe

Sildid

webdl
Avaldatud: 2026-05-14
Allalaadimised: 11
Kuulmispuudega: No

Malay subtiitrite eelvaade

Esimesed 200 rida.

Ketika ini dalam Love Is Blind: Poland,

pasangan bertunang sudah serasi di dalam pod

dan mendalami hubungan mereka sewaktu percutian mewah.

Saya cuma fikirkan awak. Saya tak fikir tentang benda lain.

Kita boleh jatuh cinta melalui dinding?

Buat apa yang gembirakan awak.

Saya nak jaga awak.

Saya cuma perlu pergi ke tempat yang saya rasa lebih selamat.

Saya tertarik dengan tenaga kita kongsi ini.

Saya selesa dengan awak.

Awak dah sedia percaya seseorang 100 peratus?

Jika ia berbaloi, maka ya.

Ada Kinga dan juga Malika. Kalau boleh saya nak seorang saja.

Maafkan saya.

Saya melutut di depan awak di sebalik dinding ini.

Saya nak tanya soalan paling penting dalam hidup saya.

Awak sudi jadi tunang saya?

Sudi kahwin dengan saya?

Tak pernah sekali saya rasa pasti seperti ini dalam hidup.

Ya.

- Ucap "ya" sekali lagi. - Seribu kali ya.

- Gila, bukan? - Gila.

Awak lebih cantik daripada saya sangka.

Saya alami ereksi, apa saya nak buat?

- Awak sempurna. - Terima kasih.

- Tapi ia bagus atau tak? - Saya kena proses semuanya.

- Saya sayang awak. - Saya pun sayang awak.

Sayang, boleh saya buat hal?

Saya boleh melampaui batas kesopanan.

Saya nak segala-galanya sempurna tentang kita.

Dia nampak manis, tapi dia mendominasi.

Saya tersilap pilih siapa pasangan saya.

Saya tak pernah sangka akan dengar kata-kata biadap itu.

Awak melampaui batas, yang saya fikir antara semua orang, takkan buat.

Apa yang berlaku?

Awak yakin awak boleh bersaing dengan saya?

Saya nak tenaga dia bersama orang lain sama seperti bersama saya.

Ia berlaku sangat pantas.

Jika awak fikir saya dah tahu akan condong ke arah ya, maka tak.

Kini eksperimen melangkah ke fasa seterusnya: kehidupan sebenar.

Bagaimana ia menjejaskan perasaan mereka?

Keluarga akan terima pilihan mereka?

Inilah saatnya apabila semua boleh berubah.

POLAND

WARSAW

Aduhai, beratnya.

- Saya bergurau. - Apa dalam beg awak ini?

- Saya mahu benda lain. - Saya mahu awak petang ini.

Amboi.

Lola, awak nampak tak ini?

Saya risau tentang Lola bertemu Damian.

Lola anjing angkat saya, banyak yang ia dah lalui

dan tak begitu suka orang tak dikenali, terutamanya lelaki.

Tapi saya gembira dan terkejut keserasian itu sangat cepat.

Ya?

ANJING MARTA

Matanya bercahaya.

Anjing yang sangat baik.

- Syabas. - Giliran saya pula.

Belai saya juga.

Tapak tangan.

Anjing yang baik. Bagus.

- Saya dah tak nak suap kamu berdua. - Ya?

Baiklah.

Baiklah.

Saya nak masak.

Itu sangat seksi.

- Saya seksi? - Ya.

Saya tahu.

- Saya nak… - Ya?

…miliki rumah dengan konsep terbuka.

Bising.

Riang gembira.

Mata fikiran saya dah boleh nampak.

- Dengan saya? - Ketika ini.

Anak-anak berlari-lari seperti berudu.

Saya boleh nampak.

Saya boleh nampak dengan awak juga.

Ya.

Saya masih dalam suasana bercuti.

Sampai satu tahap suasana percutian kena berakhir juga.

Hari pertama tinggal di Warsaw. Saya teruja untuk semua ini.

Sudah tentu, kami ada krisis kecil di Greece,

tapi itu perkara biasa dan perlu juga ada krisis.

Saya telefon mak.

Ada kemungkinan ahli keluarga saya takkan hadir ke perkahwinan itu.

Serius?

Dia kata, "Mak tak nak ada kaitan," maknanya hal kita dan sebagainya.

Dia langsung tak nak jumpa?

Dia nak, tapi bukan di depan kamera.

Okey.

Saya risau keluarga Filip dan tanggapan mereka untuk eksperimen ini

menjejaskan emosi dan sikap Filip terhadap perkahwinan itu.

Itu sebabnya situasi ini tak begitu baik untuk saya.

Keluarga saya sangat skeptikal tentang semua ini.

Sejak bertahun-tahun, mereka kata, "Apa kamu buat kali ini?"

Saya rasa mereka cuma tak nak terlibat dalam semua ini.

Jika keluarga saya kata begitu, saya pun akan hormatinya.

Tapi saya ke sini untuk diri saya sendiri, bukan untuk keluarga saya.

Saya sayang dan hormat mereka,

tapi saya sentiasa buat keputusan sendiri dan itu tak memisahkan kami.

Sebab itu saya ragu-ragu sama ada nak kahwin dengan awak atau tak

sebab ketika ini… Awak nampak keraguan saya baru-baru ini di Greece.

Ia buat saya tersedar saya betul-betul nak teruskan. Saya tak boleh…

Saya terlepas cakap?

Tak guna!

Awak memang kena bergurau selepas kata sesuatu yang baik?

- Kadangkala saya terlepas cakap. - Ya, betul.

Ya.

Ia pasti okey.

Teruskan cakap begitu.

Ini akan jadi tradisi.

Kami tinggalkan Greece dan kenangan indah.

Ambil itu sebagai pengajaran dan teruskan.

Julia perlukan lebih banyak jaminan, jadi saya buat yang terbaik.

Saya harap ia akan baik-baik saja.

Julia.

Ini untuk awak.

- Wah, cantiknya bunga ini! - Ia untuk rumah baru.

Terima kasih!

Awak boleh bertahan sebulan di sini dengan saya?

Kemudian sepanjang hidup kita?

Bunyi macam cabaran.

Tapi jawapannya, ya.

Baiklah.

Mungkin kita boleh buat salad?

- Saya boleh potong bawang. - Awak akan menangis.

Bukan kali pertama.

Hidangan pertama yang kita buat bersama.

- Pasukan. - Ayuh, ciuman.

Awak kenyang?

Ya. Saya tunggu awak basuh pinggan… Apa?

Saya akan basuh pinggan.

Saya akan basuh, supaya nanti awak tak cakap saya tak buat kerja.

- Kecuali baring saja. - Ayuh bahagi kerja.

Jangan lupa siapa lahirkan anak.

Nanti awak ada sewaktu bersalin?

Dengan awak, ya.

- Ya? - Ya.

Nak saya semak nama-nama bayi?

- Awak ada tulis? - Ya, saya ada senarai.

Ramainya anak?

Artemis, Apollos, Barbie.

Andy, nama yang bagus. Cantik, Andy.

Ia sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Alaska.

Itu untuk lelaki atau perempuan?

Tak, ia untuk perempuan. Snow White.

- Cantik. - Tunggu, saya nak tanya.

- Awak buat ini ketika sedar? - Dengar. Giselle.

- Étienne… - Awak kenal

- mana-mana Giselle atau Snow… - Saya kenal Snow White dari TikTok.

Atau Summer. Ia nama musim panas indah.

Ayuh panggil dia Summer dan nama keduanya Winter.

Nanti dia akan diejek.

Taklah. Kamil!

Langsung tak.

Tapi saya rasa sebaik kita ada anak, awak akan ubah fikiran.

- Ya? - Tak.

Tak?

Jadi, memang tak.

Perbualan terakhir saya dan Jela tak begitu baik.

Di Greece, kami cuma bercakap tentang satu sisi saja.

Saya tak rasa ia perbincangan tentang apa yang berlaku,

saya cuma dengar apa saya buat kepada dia.

Kita perlu luahkan emosi kita.

Jika saya rasa disakiti, saya nak ada ruang untuk meluahkannya.

Awak pun tahu betapa ia menyakiti saya.

Saya rasa saya tak ada ruang itu.

Jadi…

Saya cakap sesuatu dan awak cakap ia menyakiti awak.

Saya nak kita berdua ada hak untuk merasai apa yang kita rasa

dan untuk kita berdua didengari, difahami.

Saya tak dapat rasakannya.

Saya minta maaf.

Mungkin saya tutup diri saya atau bertindak terlalu impulsif.

Saya perlu cari keseimbangan yang betul.

Komunikasi.

Beri saya masa.

Okey?

Saya agak risau, sebab saya cakap tentang komunikasi.

Sewaktu di pod saya pernah dengar

ia perkara yang paling penting untuk dia.

Hari ini saya dengar saya perlu beri dia masa.

Saya nak, tapi kami tak ada banyak masa

dan komunikasi perkara paling penting sekarang.

Saya tertanya-tanya…

apa akan berlaku mulai sekarang.

- Kembali ke kehidupan seharian. - Kembali ke realiti

yang kita perlu gabungkan.

Ya.

Awak kena kejut saya. Lagipun awak jenis bangun awal.

- Bukan pukul lima. - Sebelum itu.

Itu tengah-tengah malam.

- Saya bangun sendiri. - Pukul 6, 6.30.

Saya tak nak kejut awak.

Kejut dengan ciuman dan sediakan kopi.

Saya tak minum kopi waktu pagi.

Saya kerja di sekolah berhampiran Radom.

Saya ulang-alik setiap hari untuk bermula pukul 7.30 pagi.

More Malay subtitles for Love Is Blind: Poland

Kommentaarid

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left