Esimesed 200 rida.
Sebelumnya di "The Originals"...
Saya akan gunakan ramuan ini untuk membina tempat pembunuhan.
Kakak kita nak gunakan Hope untuk mengumpan Dahlia.
Jika kita dapat meniru sumber kuasa Hope, memindahkannya
ke dalam patung, itu umpan kita.
Ahli sihir berkuasa takkan tertipu dengan anak patung.
Ia perlukan degupan jantung.
Apa awak buat pada saya?
Darah Hope dalam tubuh awak. Sekarang awak adalah umpan.
Jasad ini masih berhubung dengan Davina dan budak-budak itu.
Jika saya tinggalkannya dan ia akan mati,
Davina dan yang lain akan mati bersamanya.
Awak bantu Hayley melarikan diri dengan anak saya.
Keluar dari minda saya.
Saya bukan dalam minda awak. Awak dalam minda saya.
Jika awak ada cadangan, cabut belati pada saya.
Awak akan besarkan anak awak,
dan saya akan salurkan magis kepada diri saya.
Hayley merancang untuk melarikan diri.
Jangan risau. Dia takkan pergi jauh malam ini.
Baiklah.
Urusan sihir yang mudah.
Seberapa sukarnya ia?
Ingat, yang paling sukar Eva mengaitkan dirinya
dengan budak-budak itu, sekarang itu jasad awak.
Awak sendiri leraikan ikatannya.
Baca apa yang saya tulis, kemudian ikatannya terputus.
Bagus. Saya harap saya tak mengubah kami semua menjadi katak.
Selamat petang.
Saya tertanya jika awak dapat bantu saya.
Saya rasa sangat lapar.
Maaf. Saya tak ada duit.
Itu bukan satu masalah.
Saya akan uruskan sendiri.
Hampir-hampir. Teruskan.
Dah selesai?
Hanya satu cara untuk pastikannya.
Awak mesti lapar, setelah apa yang telah awak lalui.
Saya tak pernah ditikam.
Tak sangka rasanya begitu menyakitkan.
Patutlah adik beradik saya benci saya.
Awak perlukan kekuatan awak untuk apa yang bakal berlaku.
Saya cadangkan awak bersedia sebelum ribut melanda.
Dah selesai.
Saya dah leraikan ikatan dengan budak-budak itu.
Puak pasti berterima kasih,
malah kita mengatasi hujan.
Saya percaya Davina akan jalankan tugasnya.
Ya, lebih dari apa yang saya harapkan.
Jangan terlalu melindunginya.
Jika Davina mengetuai semua 9 puak,
dia akan memiliki kuasa untuk menghidupkan Kol
dan kuasa politik untuk berhubung dengan ahli sihir untuk tujuan kita.
Belum masanya untuk meraikannya.
Dahlia kata dia datang untuk Hope,
dan tiba-tiba ribut muncul.
Awak fikir itu satu kebetulan?
Abaikan kuasanya, yang dia perlu tangani.
Mujurlah,
kita ada senjata.
Jangan terasa,
tapi mesti kita yakin dengan niatnya yang masih tak pasti.
Saya yakinkan awak saya seorang yang bermotivasi
untuk membantu mengalahkan Dahlia,
terutamanya sekarang Elijah dah menjadikan saya sebagai umpan.
Jika kita gagal, Davina dan para ahli sihir
akan ambil alih tugas,
sekurangnya melengahkan Dahlia
sehingga Hope dan Hayley menghilangkan diri.
Elijah!
Tidak.
Di mana dia?
Awak dah bersedia?
Ya.
Saya rasa dah seperti sediakala.
Sarikata Oleh ... Radi Mohd ...
Bagaimana dengan si cilik?
Mary, saya hargai awak datang,
tapi awak tahu apa yang awak akan hadapi.
Ahli sihir kuno yang nak culik cucu saya?
Tidak di bawah pengawasan saya.
Saya bawa sesuatu yang mungkin membantu.
Ketika saya masih muda, serigala dan ahli sihir hidup aman damai.
Ratu ahli sihir tunjukkan saya
cara menggunakan herba untuk beritahu di mana sihir berada.
Gabungkan Solomon Seal dan Snapdragon
dan bakarnya.
Jika asap berwarna putih, semuanya selamat.
Jika berwarna hitam, ada kuasa sihir.
Jika berwarna merah, awak dalam masalah.
Saya dah jangka.
Ribut ini bukan semulajadi.
Ini kerja Dahlia.
Dia cuba melengahkan kami.
Jalan ke lebuhraya dinaiki air.
Jalan paling cepat untuk keluar dengan berjalan melalui jalan belakang.
Mari pergi.
Elijah telefon. Klaus dah tiada.
Kami tak tahu dia ke mana.
Bersiap. Kita mesti pergi dari sini.
Bagaimana dengan yang lain?
Baiklah, semua. Dengar sini.
Saya berterima kasih kerana bersama dan melindungi kami.
Selama beberapa minggu yang lepas, kamu semua
dah buktikan kebaikkan kamu dari yang kami tahu.
Segala kesusahan dan tragedi,
kamu telah menjadi keluarga yang saya sentiasa harapkan.
Kamu adalah kawanan saya,
tapi saya tak nak kamu membahayakan nyawa kamu lagi.
Ahli sihir yang akan datang,
dia berkuasa dan takkan berhenti.
Jack dan saya akan lebih cepat menyelamatkan Hope
dan pergi sejauh mungkin jika kami saja.
Saya nak kamu semua tahu saya berterima kasih
atas segala yang telah kamu berikan kepada saya, kami...
Tapi saya tak dapat jadi Ratu kamu lagi.
Awak tetap Ratu mereka.
Apa maksud awak dia dah tiada?
Ya. Keranda dah kosong, dan dia tak ditemui.
Saya rasa, dia merancang
hukuman yang kejam dan luar biasa terhadap adik beradik yang mengkhianatinya.
Memandangkan kita ada ahli sihir kuno untuk dibunuh,
saya harap awak mungkin akan menenangkannya,
sebelum dia jadi gila.
Saya takut, tapi apa yang patut saya beritahunya?
Apa saja dari tiada apa-apa selagi awak yang beritahunya.
Dia hanya akan dengar kata awak.
Abang awak ada paranoia yang tidak stabil
dengan isu angin yang kronik
dan tiada kawalan naluri.
Sekarang, dia sangat marah kerana orang yang dia paling sayang...
menikam di jantungnya.
Apa yang paling ditakutinya dah terjadi.
Kenapa awak fikir dia akan dengar cakap sesiapa,
apatah lagi dari saya?
Tolonglah, Cami. Dah jelas dia menyukai awak?
Awak akan bantu saya atau tidak?
Ya. Saya akan cuba.
Masa saya dah berlalu,
tapi awak bawa saya ke sini.
Saya dapati sinilah tempatnya.
Di sini Freya merancang untuk mengkhianat.
Bila saya berikan awak kekuatan untuk mengatasi sihir belati itu,
saya fikir awak akan berterima kasih
dengan tindakan tanpa belas kasihan dan pantas.
Saya mesti meredah ribut ciptaan awak?
Ribut ini untuk menghalang keluarga awak dari melarikan diri dengan anak itu.
saya tertanya, awak berubah fikiran
dari bersemuka dengan mereka?
Lagipun merekalah keluarga yang biarkan awak mereput.
Saya tak berubah fikiran.
Kita dah bersetuju demi kebaikan anak awak
maka saya akan terimanya dengan selamat
dan dijaga oleh ayahnya.
Jangan buat silap,
saya akan mengambilnya dengan atau tanpa awak.
Saya ingin jelaskan sesuatu, ahli sihir.
Awak perlukan saya.
Saya sangat mengenali adik beradik saya,
kekuatan dan kelemahan mereka.
Mereka kuat dan tekad,
mungkin mampu hapuskan awak dalam jangka waktu yang awak ada
sehingga awak tidur kembali.
Mungkin awak akan hilang segalanya,
tapi saya tahu cara untuk hapuskan mereka
yang menentang kita,
dan itu yang saya akan buat.
Ribut dah jalankan tugasnya.
Jangan lengahkan masa lagi.
Saya akan ambil milik saya,
jika si ibu tetap merancang melarikan diri,
saya sendiri akan membunuhnya.
Saya tak risaukannya.
Saya dah rancangkan sesuatu untuk Hayley
lebih teruk dari mati.
Sehingga Niklaus ditemui,
Marcel dan orang-orangnya menjelajah di pekan.
Kalaulah Nik tak bunuh mereka.
Awak pun tahu dia bersedia untuk berperang.
Persoalannya sekali lagi, bagaimana dia boleh sedar?
Itu kerja Dahlia.
Ini sebahagian dari rancangannya.
Memang sah dia yang bunuh Aiden, berharap Klaus dipersalahkan.
Keluarga akan pecah belah,
dan dia akan memenangi Klaus untuk kepentingannya.
Itu mengarut.
Nik takkan bersepakat dengan Dahlia.
Awak masih pertahankannya.
Dia akan bunuh siapa saja yang cuba merampas anaknya.
Bukankah Hayley cuba merampas anaknya?
Anak mereka.
Jangan lupa Dahlia musuh sebenarnya.
Bagusnya saya dah selesaikan jampi.
Ramuan di dalam lukisan karya Klaus bercampur darah saya...
akan membuatkan Dahlia lemah.
Sebaik saja dia melintasi lukisan-lukisan ini,
dia jadi manusia biasa.
Awak boleh membunuhnya dengan ini.
Pisau ayah.
Saya fikir tiada masalah.
No comments yet. Be the first to leave one.