Esimesed 200 rida.
"Reborn Rookie."
Saya ingatkan awak masih belum pulih daripada trauma kemalangan awak.
Tapi awak di sini, berlumba macam orang gila.
Sebab inilah saya susah nak percayakan orang.
Awak
cari pasal dengan orang yang salah.
Awak betul-betul fikir
saya takkan tahu siapa awak?
Pengintip Lee Sang Jae.
Awak bebas berlumba di litar lumba
dan hanya Lee Sang Jae yang tahu kod kunci lokar.
- Bukan begitu. - Kereta import mewah
dan sut berjenama.
Jam itu juga bernilai lebih 50,000 dolar.
Awak rasa semua duit itu datang dari poket siapa?
Apa arahan yang awak terima?
Dia suruh awak ekori saya dan korek rahsia?
Beginikah cara awak layan orang selama ini?
Tanpa pengetahuan Pengerusi Kang?
Mungkin sedikit kesakitan akan buat awak ingat semula.
Marilah, tak guna! Saya akan bunuh kamu semua!
Rupa-rupanya awak sama saja macam ayah awak.
Kereta tak guna yang musnahkan kerjaya bola sepak saya.
Saya memang nak hancurkannya pun!
Saya nak tengok kereta apa yang boleh hancurkan kaki keluli saya.
Saya nak cuba dulu. Kenapa, awak tak puas hati?
Tapi
saya tak sanggup.
Pengecut yang habiskan seluruh hidup di apartmen murah atas bumbung
tak berani langgar kereta itu! Apa yang awak nak daripada saya?
Jam tiruan murah ini.
Awak fikir itu akan buat saya kalahkan pewaris konglomerat?
Awak fikir itu akan buat saya rasa lebih baik?
Tak guna!
Betulkah itu sebabnya?
Awak fikir saya beri awak projek pelabuhan itu
supaya awak boleh layan saya begini?
Mungkin saya patut jumpa Lee Sang Jae dan dedahkan semuanya?
Tak kira bagaimana awak melihatnya, awak yang mencurigakan.
Tak sangka betul.
Satu perkataan maaf pun awak tak sebut.
Saya tak boleh bekerjasama dengan awak kalau macam ini.
Saya takkan terima kerja di pejabat awak.
- Apa? - Saya bukan lagi di pihak awak.
Presiden Kang Jae Gyeong, awak dah buat kesilapan besar.
Faham?
Saya juga tiada niat untuk simpan orang yang tak setia.
Tak guna.
Aduhai.
Perempuan tak guna.
Jam ini harganya 100,000 dolar.
Perhatikan setiap pergerakan Hwang Jun Hyeon dan laporkan kepada saya.
Terutamanya hubungan dia dengan Lee Sang Jae.
Baik, puan.
Buat kali pertama setelah sekian lama, saya rasa boleh bernafas.
Nampaknya saya tak boleh datang ke sini lagi, bukan?
Apa itu?
Aduhai.
Nampaknya semua orang nak kenakan saya hari ini.
Apa masalah awak?
Kenapa ini ada pada awak?
- Awak tahu ini apa? - Kunci Suite Crown Palace.
Jadi macam mana ia boleh ada pada awak?
Itu rumah selamat pengerusi. Tiada siapa tahu tentangnya kecuali saya.
Pengerusi simpan kad ini dalam peti simpanan peribadinya.
Saya yang keluarkannya dari sana.
Awak curi tongkat pengerusi dari bilik hospital dia?
Tak guna.
Saya tak ada pilihan.
- Itu cara saya buka peti besi. - Apa awak dah buat pada pengerusi?
Awak ugut dia?
Adakah perlanggaran itu juga disengajakan?
Awak masih tak kenal siapa saya?
Awak Lee Sang Jae dari Vila Jangmi di Heukseok-dong.
Apa?
Bukankah ulang tahun kematian mak awak tak lama lagi?
Dia seorang yang baik hati. Saya sangat sukakan dia.
Awak siasat latar belakang saya juga?
- Lelaki tak guna. - Ini sayalah!
Saya Pengerusi Kang. Kang Yong Ho.
Percayalah, ini saya.
Saya bersama awak semasa mak awak meninggal dunia
untuk kebumikan dia di Pulau Baekryeong.
Macam mana awak boleh tak cam saya?
- Macam mana awak tahu? - Kita ada banyak kenangan bersama.
Disebabkan taufan di Amerika, penerbangan kita dibatalkan.
Pengantin lelaki dan jurunikah hampir terlepas majlis perkahwinan.
Awak tak tahu betapa gementarnya saya.
Saya tak pernah jadi jurunikah perkahwinan sejak perkahwinan awak.
Nanti...
Kebelakangan ini
saya asyik terfikir tentang pembinaan hotel Dubai.
Ingat pasir dalam hidung dan telinga kita
walau berapa kali kita basuh?
Siapa yang beritahu awak?
Cerita itu tak ada dalam autobiografi pengerusi pun.
Saya beritahu awak, saya Kang Yong Ho.
Tak guna!
Kenapa awak fikir awak Kang Yong Ho, pengerusi?
Jelas sekali awak Hwang Jun Hyeon.
Tapi, bagi materialistik macam awak
beritahu yang roh kami tertukar pasti bunyinya macam satu gurauan.
Saya dah suruh awak berlatih kekuatan cengkaman.
Macam mana awak nak kalahkan saya dalam gusti lengan begitu?
Kalau awak betul-betul orang Pengerusi Kang
awak akan segera cam saya.
Tak mungkin.
Tak mungkin.
Kang Yong Ho...
Tak mungkin dia ialah pengerusi.
Sang Jae tentu dah hilang akal sekarang.
Itu yang awak dapat sebab tak cam saya, tak guna!
"Hotel Crown Palace."
Tak guna.
Aduhai.
Aduhai.
Saya betul-betul tak nak tinggal di sini.
Jadi kenapa saya sebut tentang apartmen atas bumbung itu?
Tak guna!
"Jururawat Song."
Helo, saya Hwang Jun Hyeon.
Tuan, kami dah selesai buat ujian untuk nenek awak.
Demensia dia tak teruk
tapi dia asyik tanya tentang cucu dia.
Perubahan di sekelilingnya nampaknya buat dia resah.
Boleh awak bawa dia pulang?
Itu tak masuk akal.
Awak tahu rumah penjagaan hospital yang paling mewah?
Bawa saja dia ke sana dulu. Beritahu dia saya akan datang nanti.
Betul.
Di mana-mana saja lebih baik daripada tempat buruk ini.
Tempat ini ada sistem pancuran yang betulkah?
Sejuknya!
Tak sangka betul.
Saya tak pernah tidur di lantai seumur hidup saya.
Saya tak boleh tidur melainkan di atas tilam Hastens!
Saya tidur nyenyak.
Apa? Saya tak patut tidur nyenyak sangat.
Kenapa lama sangat dia nak salin baju?
Menunjukkan perasaan adalah tabiat yang buruk.
Ayah tak marahkah?
Kalau ayah tambah saham CnT yang ayah dapat nama pinjaman
dan dana haram Pengarah Song yang dia gunakan
kerugian kita berjumlah 500 juta.
Kita juga kehilangan projek pelabuhan.
Saya tak tahu berapa lama lagi kita patut percayakan Kang Jae Seong.
Kang Jae Seong
ialah umpan untuk tangkap Choiseong.
Masa untuk menempuling ikan paus akan tiba sebentar lagi.
Belum buat pesanan lagi?
Saya dah pesan sarapan Amerika.
Menantu ayah ini memang tak mudah gelabah.
Projek pelabuhan itu gagal, tapi kamu masih berselera.
Saya mungkin tak tunjuk
tapi dalam hati saya meluap-luap.
Saya suruh orang siasat rekod Pengarah Song si keji itu.
Saya akan cari siapa dalangnya
dan saya akan siat-siat mereka.
Perlukah ayah terangkan kepada kamu?
Ayah dah sahkan. Presiden Kang Jae Gyeong orangnya.
Dia kata dia dapat tahu daripada Pesuruhjaya Ahn.
Betulkah awak bunuh Pengarah Song
untuk fitnah dia dengan dana haram awak?
Tak cukup dengan itu, dia curi projek pelabuhan?
Saya patut...
Kenapa percayakan orang dengan duit sebanyak itu
sedangkan isteri kamu ada di sini?
Kalau bukan kerana Pengerusi Kang, tentu Eun Se dah jadi
presiden subsidiari Taeha.
Ini abad ke berapa?
Biar dia terperuk di rumah hanya sebab dia dah berkahwin?
Sementara itu, dia cuba jadikan anak dia pengerusi.
- Memang pilih kasih. - Tidak.
Kang Jae Gyeong takkan jadi pengerusi.
Tapi ayah dengar mereka panggil dia pengerusi di Choiseong.
Ayah.
Ayah tak rasa ayah terlalu berkeras dengan dia?
Sayang, apa yang awak buat?
Dia dah berusaha, tapi dikhianati. Bukan sebab dia tak cekap.
Ayah kata kita sekeluarga, bukan? Jadi ayah perlu percayakan dia
dan sokong dia.
Sayang.
Kamu betul-betul yakin
kamu boleh kalahkan adik kamu kali ini?
Sudah tentu.
Saya tak suka kalah.
Kalau begitu, bawakan ayah GF Solution.
- Saya? - Kami dalam proses
mendapatkan GF Solution
pembangun bateri cas semula.
Tapi
itu syarikat yang Kang Jae Gyeong sasarkan.
Hutang darah dibayar darah. Kamu perlu balas dendam.
Gunakan duit Taeha kalau perlu. Ayah tak mahu menantu ayah
dibuli.
Terima kasih, ayah.
Saya sayang ayah!
Dia tinggal di Aejeong-dong.
Dia ada nenek yang hidap demensia, tapi sekarang di rumah penjagaan.
Kereta itu dipajakkan.
No comments yet. Be the first to leave one.