Narcos

Narcos

دانلود زیرنویس Malay

فصل 1

هماهنگ با نسخه‌های زیر

Narcos S01E10 1080p BluRay Remux x264
ناشر shahfizul
Resync Timing Only.

برچسب‌ها

bluray
تاریخ انتشار: 2024-12-20
تعداد دانلود: 72
مخصوص ناشنوایان: No
FPS: 24

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Apabila orang awam mengetahui tentang gaya hidup mewah

banduan-banduan La Catedral,

polis mula menjalankan siasatan ke atas pusat jenayah

milik Pablo Escobar di sebalik tirai besi.

Tumpuan utama siasatan ini melibatkan kehilangan

Gerardo Moncada dan Fernando Galeano.

Ejen Peña?

Apa ini?

Orang tingkat atas yang beri.

Saya dapat kad.

CIA.

"Tahniah daripada Agensi Perisikan Pusat."

Hasil kes ini lebih besar daripada yang kita harap, bukan?

Moga si bedebah itu meringkuk dalam penjara.

Jangan suka sangat. Dia kena dipindahkan dulu.

- Saya dah larang hal ini dibocorkan. - Puan pasti kami buat?

- Escobar ada banyak musuh. - Mestilah kerja kamu berdua.

Siapa yang bocor tak penting, bukan?

Benda dah jadi.

Puan, macam yang puan cakap, ini hal negara Colombia.

- Kenapa kita kisah? - Laporan akan dibuat

kepada Badan Tatatertib di Washington.

- Puan... - Bagus, laporlah ke Washington.

Sebab kalau tiada tindakan, semua orang Amerika berkaitan

dengan kerajaan di sini akan nampak bodoh, termasuklah puan.

Saya belum habis cakap lagi.

Kamu berdua digantung tugas hingga diberitahu.

Pergi balik.

PEMBUNUHAN DI LA CATEDRAL?

Tuan presiden, saya baru bercakap dengan peguam negara.

Isteri Moncada ada buat laporan tentang kehilangannya dari La Catedral.

Dah terang-terang Escobar bunuh mereka di penjara itu.

Saya tak fikir dia akan buat begitu.

Escobar mampu buat apa saja.

Tapi awak tahu tak? Mungkin ini peluang baik untuk kita.

Maaf, Eduardo...

tapi saya tak nampak apa-apa kebaikan di sebalik hal ini.

Ini peluang kita untuk menamatkan percutian Pablo.

- Bos. - Selamat pagi, bos.

Selamat pagi.

Selamat pagi, bos.

Berita buruk.

PEMBUNUHAN DI LA CATEDRAL?

Mayat-mayat itu dah hilang?

Perjanjian dengan dia, menyatakan dia tak boleh dipindahkan.

Maaf, tapi membunuh orang dalam penjara itu dah melanggar perjanjian.

Ya, tapi kita kena hati-hati.

Kalau dia rasa kita langgar syarat dia,

dia akan mula bom tepi-tepi jalan lagi.

Kita beritahu dia, kita menemui...

ancaman terhadap dia daripada musuhnya yang lebih besar.

Itu akan beri kita peluang untuk bawa dia ke Bogotá

sementara kita tingkatkan keselamatan di La Catedral.

Briged keempat, akan diketuai oleh Jeneral Ariza,

adalah pilihan terbaik untuk menjalankan operasi ini.

- Ariza? - Ya.

Dia orang Medellín?

Ya.

Dia boleh dipercayai?

Boleh, tuan.

Berjaya.

Saya digantung tugas sebab hal itu, tapi peduli apa?

Anggap saja saya dapat cuti untuk jaga anak.

Saya dah tak sabar nak minum bir dan tengok pengakhiran Escobar dalam TV.

Sebab saya dan Peña,

kerajaan Colombia akan hantar tentera.

Bukan polis, tahu? Tapi tentera.

TEMPAT LETAK KERETA PERIBADI

Tak mungkin Escobar akan terlepas kali ini.

Tapi, di Colombia,

tak ada apa akan berlaku mengikut apa yang kita rancang.

Saya akan telefon dia.

Don Pablo, telefon.

Tata nak bercakap.

Saya baru terfikir, tak ada apa dalam dunia ini yang saya suka

selain daripada dengar suara isteri saya.

Pablo, apa yang berlaku?

Kenapa pula ada apa-apa berlaku di sini?

Tentera.

Tentera?

Ada ramai tentera sedang menuju ke penjara sekarang.

Saya tak tahu, Pablo.

Cakaplah apa yang sedang berlaku.

Sayang, tak ada apa-apa yang berlaku.

Semuanya baik-baik saja.

Nanti saya telefon balik, okey?

Saya cintakan awak, sayang.

Ya, sayang.

Bawa keluar senjata.

Baik, bos.

Kompeni, dengar sini!

Kamu semua akan berada di bawah arahan Leftenan Dominguez.

Kita kepung kawasan ini.

Beritahu anggota kamu, kita dapat arahan untuk tembak sesiapa

yang cuba lari dari penjara ini, faham?

Baik, jeneral.

Bersurai.

- Juan Pablo, kamu nak ke mana? - Ke penjara untuk tolong ayah.

Sayang, kamu tak boleh ke sana.

- Saya nak pergi juga! - Juan Pablo, ayah kamu tak apa-apa.

Dia nak kamu tunggu di sini untuk jaga adik kamu.

- Bukankah dia selalu pesan kepada kamu? - Tapi askar akan bunuh dia.

Jangan cakap begitu di rumah ini!

- Mereka akan bunuh dia! - Diam!

Keretanya ada di luar, masih tak bergerak,

kunci pun ada dalam pencucuh.

- Saya dah telefon dia 20 kali. - Awak dah telefon sekuriti kedutaan?

- Tak, saya nak beritahu awak dulu. - Bagus. Jangan telefon.

Apa? Kenapa?

Tak ada apa-apa. Saya cuma...

Saya nak pastikan semua dulu sebelum buat apa-apa.

- Apa yang kamu berdua dah buat? - Connie...

Awak cuba bertenang, okey? Saya rasa, dia tak apa-apa.

Saya akan urus semuanya.

Saya akan cari dia...

okey?

Biar saya buat air untuk awak.

Bos.

Mereka nak bawa awak keluar

dan cari bukti tentang Moncada dan Galeano.

Kalau saya tinggalkan tempat ini, ada orang akan bunuh saya.

Mungkin Amerika akan guna kuasa mereka untuk mengembalikan ekstradisi

dan hantar saya ke AS.

Peduli apa, kita bunuh saja mereka.

Awak gila?

Kita boleh lawan mereka, Don Pablo.

Jumlah mereka 20 kali ganda!

- Kita seranglah sekarang. - Jangan jadi bodoh. Tunggu arahan bos!

Janganlah bertekak depan bos.

Kita ada jalan keluar.

Kita boleh pergi ke bukit, mereka mesti takkan sedar.

Ada masa kita lawan...

ada masa kita kena bijak.

Baik, bos.

Apa awak nak buat?

Kita bincang dengan Gaviria.

Kita mesti bijak.

Cuba selesai hal ini secara aman.

Kalau itu pun gagal?

Awak buat apa di sini?

- Stoking saya tertinggal. - Saya beri awak lima minit saja.

Bedebah.

Orang Colombia ini ada masalah besar.

Saya nak cakap dengan awak.

Kita cakap di belakang.

Apa? Awak mengandungkan pelacur?

Saya rasa Ejen Murphy diculik.

Saya dah tanya semua hospital, balai polis.

Kami kejar petunjuk tentang kartel Cali.

Mungkin ada kaitan dengan itu atau Escobar.

Dah lapor kepada Jabatan Keselamatan Wilayah?

Kalau saya beritahu ROS, mereka akan keluarkan amaran

dan sesiapa yang tahan dia akan panik.

Kalau ini kerja Escobar,

mesti dia dah mati.

Boleh awak guna sumber awak?

Mungkin ada maklumat.

Oh Tuhan.

Biar saya cuba dulu.

Jeneral Ariza dapat arahan untuk tangkap Escobar.

Saya nak awak ke sana dan sahkan pemindahan dia ke Bogotá.

- Apa maksud awak, "sahkan"? - Buat situasi ini jadi rasmi.

Awak beritahulah dia, ini pemindahan sementara

sementara La Catedral diubah suai untuk keselamatan dia.

Kita berdua tahu itu tak benar.

Tapi itulah yang awak akan beritahu dia sehingga dia ada dalam kawalan tentera.

Baik, tuan presiden.

Ada apa yang tak kena?

Saya rasa tak sedap hati.

Eduardo,

saya percayakan awak.

Perkara ini penting, saya tak boleh serah kepada orang yang saya tak percaya.

Saya sedia berkhidmat, tuan presiden.

Awak pun tahu, bukan?

Tak ada yang lebih menggembirakan daripada lihat penyangak itu dapat balasannya.

Saya dah tanya sumber saya dengan tentera Colombia.

Tak ada siapa tahu apa-apa.

Jadi, tak ada tanda menunjukkan yang Escobar ada kaitan

dengan kehilangan Murphy?

Masa untuk amaran.

Tunggu beberapa jam dulu, okey?

Kalau kita kerah anggota, takut dia jadi macam Diana Turbay.

Terima kasih.

Pesan pada budak-budak di sana, jangan buat apa-apa dulu, okey?

Okey. Apa lagi yang awak tahu?

- Itu saya tahu. - Velasco.

Nanti saya telefon balik.

Ya, bos?

Apa yang berlaku di luar?

Kami tak tahu.

Saya dah buat silap.

Apa dia, bos?

Suruh semua berkumpul.

Beritahu pengawal penjara, tembak sesiapa yang cuba masuk.

Bos, awak rasa pengawal penjara akan ikut arahan awak?

Mereka kena ikut.

Saya yang ambil mereka.

Maaf mengganggu.

Bos, orang di Medellín baru beritahu saya

ada lelaki bernama Eduardo Sandoval dalam perjalanan ke sini.

More Malay subtitles for Narcos

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left