نخستین 200 خط.
Sub bY VIU
Kenapa awak hantar saya kepada Lee Si Joon?
Saya bertanya banyak kali...
untuk beritahu saya nama penyakit saya.
Tapi, awak tidak pernah beritahu saya.
Awak sering bertengkar dengan orang di sekitar awak...
kerana awak menghadapi masalah untuk mengawal emosi awak.
Dan. awak terus mengalami mimpi yang sama...
yang mana semuanya merupakan simptom kecelaruan keresahan.
Hanya beritahu saya nama penyakit saya!
Apabila seorang pesakit mempunyai kecelaruan personaliti
kami biasanya tidak beritahu mereka nama penyakitnya.
Bukan sahaja sukar untuk menentukan penyakitnya
tapi, ia juga teruk untuk merawat mereka...
apabila pesakit diberi maklumat yang salah.
Saya secara peribadi tidak menyangka...
awak mempunyai masalah menjalani kehidupan seharian.
Saya tahu awak kerap marah dan mempunyai pelbagai emosi
dan itu boleh menyebabkan kesukaran dalam hubungan peribadi awak.
Tapi, semua orang kekurangan sesuatu dan kadang-kadang merasa cemas.
Jika awak begitu mengenali saya
kenapa awak hantar saya kepada doktor lain?
Ini kerana Doktor Lee adalah doktor yang lebih baik daripada saya.
Begitu.
Kemudian, saya rasa awak seorang doktor yang teruk.
Kenapa awak sentiasa berpura-pura seperti awak tidak tahu apa-apa...
setiap kali saya sebut Doktor Lee?
Awak sebenarnya mempermainkan saya.
- Woo Joo. - Awak meninggalkan saya!
Kenapa awak marah?
Adakah ia kerana saya tidak beritahu nama penyakit awak?
Saya baru sahaja beri jawapan itu.
Jadi, ia kerana saya memperkenalkan awak kepada Doktor Lee?
Itu tidak benar.
Awak berdua sudah bertemu sebelum saya perkenalkan awak berdua.
Saya hanya minta dia bekerjasama selepas saya mengetahui tentangnya.
Sebab saya marah...
adalah kerana awak tinggalkan saya!
Tapi, ia bukanlah masalah.
Saya sudah biasa ditinggalkan.
Awak sama seperti ibu kandung...
dan ibu angkat...
yang meninggalkan saya.
Saya fikir awak berbeza.
Kerana awak seorang doktor.
Saya takkan datang ke sini lagi.
Jadi, sebab Lee Si Joon bersikap baik kepada saya...
semata-mata kerana saya adalah pesakitnya?
Woo Joo!
Woo Joo!
Woo Joo!
Woo Joo!
Han Woo Joo!
Tidak.
Saya melihatnya.
Apa yang saya lihat itu nyata.
Dia benar-benar risau tentang saya.
Woo Joo marah.
Dia fikir saya meninggalkannya.
Jangan terlalu risau.
Si Joon, apa yang membimbangkan saya adalah...
dia mungkin obsesi pada awak...
lebih daripada kemarahannya untuk saya.
Ini adalah peralihan.
Apa patut kita lakukan?
Awak tahu punca tik Wakil Rakyat Ko?
Ya. Saya mengetahuinya secara kebetulan...
ketika saya mengunjungi konduktor kereta api bawah tanah...
untuk bertanya tentang kecelaruan panik mereka.
Awak lakukannya dengan baik.
Pengarah sangat gembira.
Awak berikan ubat kepadanya.
Saya?
Sudah tentu.
Awak sudah mengetahui puncanya.
Saya akan menangani yang lain.
- Saya lambat, bukan? - Tidak, tidak mengapa.
Saya baru datang setelah menunggu sebentar.
Mari masuk.
Adakah kita perlu bercakap di pejabat awak?
Kita tidak perlu.
Patutkah kita berjalan-jalan?
Saya akan memutuskan ke mana kita akan pergi.
Siapa itu?
Seorang pelakon muzik yang membantu dengan terapi pentas.
Oh, dia?
Apa hubungan mereka?
Tiada apa-apa hubungan.
Mereka berjalan dengan berpegang tangan dan tiada apa-apa?
Cik Han adalah pesakit Doktor Lee juga.
Pesakit dia? Apa penyakitnya?
Saya tidak tahu.
Jadi, apa?
Si Joon beri pesakitnya kerja sambilan?
Saya rasa dia menjadi pesakit setelah memulakan tugasnya.
Setiap kali seseorang meninggalkan saya
saya fikir ia hanya semula jadi.
Kerana ibu kandung saya meninggalkan saya.
Tapi, kemudian awak mengatakan...
saya bukan seseorang yang layak mempunyai...
teman lelaki yang curang dengan saya.
Awak kata saya mengubah kehidupan orang lain.
Saya rasa...
takdir menemukan kita.
Apa pendapat awak?
Saya tidak pasti.
Daripada mengatakan itu takdir
saya rasa ada sebab kita bertemu.
- Sebab? - Seperti...
Semua yang berlaku kepada saya
sama ada ia baik atau buruk
berlaku dengan suatu sebab. Begitulah cara saya melihatnya.
Saya bertemu awak...
atas sebab tertentu. Itulah yang saya fikirkan.
Itulah takdir.
Saya rasa ia sedikit berbeza dengan takdir.
Tidak. Ini adalah takdir. Ia pastinya takdir.
Sekiranya bukan, semua keselesaan yang awak berikan pada saya, bohong.
- Woo Joo. - Saya perlu pergi.
Awak pergi? Saya belum mulakannya lagi.
Esok masih ada.
Oh Tuhan. Dia baru sahaja menjatuhkan bom.
"Takdir"?
Dia pasti bingung.
- Kenapa? - Saya sudah beritahu awak.
Jika awak menyebut takdir ketika dia menganggap awak seorang pesakit
bukankah itu akan membuatnya rasa tidak selesa?
Itulah yang saya fikirkan pada mulanya.
Saya juga menafikan apa yang saya rasakan.
Saya tidak pandai mengawal emosi saya
jadi, saya fikir saya telah jatuh hati pada doktor lagi...
yang kebetulan muncul ketika saya merasa kesepian.
Tapi?
Tapi, saya menyedarinya selepas pulang dari pantai.
Kami ada sesuatu yang istimewa.
Apa itu?
Adakah awak fikir...
doktor terlalu hebat untuk saya...
bila saya ditinggalkan oleh dua orang ibu?
Kenapa awak cakap begitu?
Saya takut awak akan terluka sekali lagi.
Saya tahu apa yang membimbangkan awak.
Tapi, Doktor Lee berbeza.
Lihatlah Ji Young Won.
Dia sangat baik, tapi, akhirnya dia membuang saya.
Sekarang Doktor Lee sahaja yang saya ada.
Dia berbeza.
Dia akan berbeza.
Rakyat jelata sekalian.
Rakyat jelata sekalian.
Rakyat jelata sekalian.
Jika begitu, ia adalah masa sebelum Wakil Rakyat Ko sembuh, betul?
Ya.
Jika dia sembuh sepenuhnya, menghadiri perbicaraannya
dan seseorang menyebut tik
bukankah dia akan mengatakan staf Eun Kang menyembuhkannya?
- Awak melakukannya dengan baik. - Terima kasih.
Pada masa ini
saya berdiri...
sebagai calon Menteri Pekerjaan dan Buruh.
Sebabnya...
bukan tik...
yang awak lihat jelas saya mempunyainya.
Untuk masa yang lama, saya bekerja keras bagi memastikan...
keselamatan perkhidmatan kereta api bawah tanah Seoul
dengan berusaha memperbaiki persekitaran kerja konduktor.
Saya bahkan membuat janji.
"Buat pembetulan."
- "Buat pembetulan." - Bekerja dalam dua pasukan.
Waktu kerja dikurangkan.
Lebih ramai anggota keselamatan.
Keadaan kerja yang bertambah baik.
Tapi, saya tidak dapat menepati janji saya itu.
Kerana janji yang tidak dapat saya tunaikan
tidak lama dahulu...
konduktor lain...
kehilangan nyawanya.
Tik yang awak lihat saya menghidapinya...
akibat yang saya terima kerana tidak menepati janji saya.
Saya bukan orang yang boleh menyembuhkan penyakit awak.
Awak sendiri boleh.
Sudah tentu, kita dapat mengurangkan simptom dengan ubat
tapi, itu hanya ubat sementara.
Rawatan sebenar...
adalah sesuatu yang boleh awak lakukan.
Terima kasih kepadanya, saya dapat mengenang semula.
Sekarang saya berasa selesa.
Mulai sekarang, sebagai seorang wakil rakyat
saya akan meningkatkan kestabilan pekerja, menghapuskan diskriminasi
dan memperbaiki keadaan kerja dengan mereformasi undang-undang yang ada.
Supaya mereka yang bekerja di tempat rendah, di belakang tabir...
dapat menerima gaji yang setimpal untuk pekerja mereka
saya akan berusaha sedaya upaya.
- Wakil rakyat. - Saya ada soalan.
- Boleh saya tanya sesuatu? - Saya ada soalan!
Jika awak tahu puncanya, awak sepatutnya merawat dia.
Awak hantar dia pergi?
Tik disebabkan oleh...
stres akut kerana rasa bersalah.
Saya percaya dia harus bebas dari itu untuk sembuh sepenuhnya.
No comments yet. Be the first to leave one.