نخستین 200 خط.
sub bY VIU
Dia datang ke BK pada waktu subuh.
Hei, sakitkah?
Saya minta pakar ortopedik. Kenapa awak lagi?
Kenapa awak tiba-tiba mahu doktor lain?
Ia menyakitkan walaupun saya hanya menyentuh awak?
Saya akan berikan awak sedikit analgesik.
Awak pernah menggunakan topang?
Saya tidak dapat berjalan kerana kesakitan
jadi, saya harus menggunakannya.
Hanya dapatkan saya pakar ortopedik.
Kenapa awak terus meminta pakar ortopedik?
Saya mahu kaki saya dipotong.
Apa?
Saya tidak boleh bermain bola sepak dengan kaki ini.
Saya sentiasa berjalan dengan tempang kerana sakit.
Jadi, saya lebih suka ia dipotong.
Bagaimana awak akan bermain bola sepak...
dengan kaki kudung? Awak akan berputus asa?
Saya tidak berputus asa. Saya tidak dapat bermain kerana kesakitan.
Bagaimana saya boleh bermain bola sepak dengan kaki ini?
Awak betul.
Tidak ada gunanya bermain bola sepak ketika awak tidak sihat.
- Panggil pakar ortopedik. - Saya sudah panggil
tapi, dia perlu menunggu sekurang-kurangnya sebulan.
Apa patut kita lakukan?
Saya rasa tiada pilihan lain.
Saya akan potongnya untuk awak.
Awak akan memotongnya?
Bagaimanakah pakar psikiatri boleh melakukan pembedahan?
Kenapa saya tidak boleh? Saya juga betulkan fikiran orang.
Memotong kaki adalah mudah.
Saya rasa awak buat pilihan tepat. Mari potong kaki ini.
Awak sentiasa sakit, bahkan awak tidak boleh bermain bola sepak.
Jadi, apa gunanya mempunyai kaki ini?
Saya akan pastikan memotongnya dengan baik dan bersih.
Sekarang, kaki palsu dibuat dengan baik.
Jadi, awak tidak memerlukan topang.
Mari kita bersedia untuk pembedahan.
- Baiklah. - Mari pergi.
Oh Tuhan.
- Saya minta maaf. - Hei, tunggu.
Apa yang awak sedang lakukan?
Kami perlu pastikan awak tidak bergerak.
- Sila tunggu sebentar. - Tidak, tunggu.
Sebentar.
Kenapa awak perlu mengikat saya?
Tidak!
Tidak! Jangan!
Awak benar-benar fikir saya akan melakukannya di sini?
Bawa dia ke BB.
- Doktor. - Kita hampir sampai.
- Mari pergi. - Awak memang akan memotongnya?
Doktor, saya rasa ini tidak betul.
Tidak, tunggu.
- Tunggu. - Oh Tuhan, tunggu!
- Kita sudah sampai. - Lepaskan saya!
- Biarkan saya pergi - Tuan.
- Awak mahu pergi ke mana? - Jangan dekat!
Tunggu!
Tuan! Tunggu!
Maafkan saya.
Oh Tuhan.
Mereka benar-benar tidak siuman.
Mereka tidak siuman.
Yu Min.
Awak terlupa topang awak.
Awak lari begitu pantas. Awak benar-benar seorang MVP.
Ada sesuatu yang dipanggil gangguan gejala somatik.
Awak rasa kesakitan bila tiada apa yang tidak kena dengan tubuh awak.
Ia adalah sejenis penyakit saraf.
Itu adalah apa yang awak sedang alami.
Awak sering kalah, jadi, awak hilang keyakinan.
Prestasi permainan awak hanya terus bertambah teruk.
Dan, kerana tekanan yang teruk
kaki awak tiba-tiba mula sakit ketika betul-betul baik.
Tiba-tiba, saya mendapati diri saya takut bermain bola sepak.
Jadi, bagaimana jika awak tidak menang sepanjang masa?
Itu tidak mungkin lebih penting daripada kaki awak.
Siapa yang tidak melakukan kesilapan?
Fikir mengenainya.
Perlawanan yang awak bermain di Tokyo menentang Jepun.
Awak berlari melepasi tiga pemain pertahanan...
dan menggelecek bola sendiri sejauh 60 meter.
Awak jaring gol dengan tendang bola tepat melalui dua pemain pertahanan.
Oh Tuhan, saya hampir...
terkena serangan jantung semasa menyaksikannya perlawanan itu di TV.
Awak memang hebat.
Berapa kali awak melakukan kesalahan...
tidak dapat dibandingkan dengan pencapaian awak.
Awak fikir kenapa orang panggil awak "Kaki Kiri Emas"?
"Kaki Kiri Emas, Oh Yu Min!"
"Kaki Kiri Emas, Oh Yu Min!"
"Kaki Kiri Emas, Oh Yu Min!"
Kampung saya
Adalah Namwon
Di mana Chun Hyang
Pernah tinggal
Saya
Baru berumur 16 tahun
Seorang gadis muda dan ceria
Dengan begitu banyak impian
Tapi pada suatu pagi
Kabus tebal
Kami diheret pergi
Oleh lelaki dengan pedang
Kami tidak tahu mengapa
Atau ke mana kami pergi
Tiada sesiapa beritahu kami apa-apa
Sama seperti negara kita
Itu diambil dari kita
Takdir kita
Berjalan ke arah yang sama
Ini adalah persembahan pertama saya sebagai watak utama.
Ia selepas 10 tahun menjadi seorang pelakon bawah umur atau pembantu.
Siapakah mereka semua?
Peminat Baek Jenny, bintang idola terkenal.
Dia juga uji bakat untuk watak yang sama.
Kenapa peminat dia buat begitu?
Kerana mereka fikir saya membulinya.
Adakah itu benar?
Dia sentiasa menimbulkan kekecohan di bilik persalinan.
Dia sangat tidak bertanggungjawab.
- Bahagian terakhir yang terbaik. - Serius.
Saya yang selalunya terpaksa bersihkan semuanya.
- Bahagian itu terbaik. - Lelaki itu sangat kacak.
- Saya harus melakukan yang terbaik. - Awak sudah mengagumkan.
Apa yang saya benar-benar marah...
apabila dia mengoyakkan pakaian saya tapi, tidak memperbaikinya.
Betapa lucunya.
(Kami harap "Subuh" membawa kejayaan yang hebat.)
(Kami akan terus jadi peminat tegar awak.)
Saya berada di pihak buruk mereka pada hari itu.
Awak tidak tahu betapa banyaknya mereka buat saya hilang akal...
selama dua bulan terakhir persembahan.
Hari yang ditinggalkan
Pada waktu subuh
Setelah menempuh perjalanan yang panjang
Kami
Ditinggalkan
Mereka membuat tempahan dan tidak datang dengan sengaja.
Mereka mahu mempermainkan saya.
Doktor, tidakkah saya berhak untuk marah?
Ya, sudah tentu.
Tapi, masalahnya adalah cara awak menggambarkan kemarahan awak.
Saya tahu.
Awak suruh saya...
mengira sehingga enam setiap kali saya marah.
Saya tidak tahu enam saat begitu lama.
- Awak hebat. - Persembahan sungguh mengagumkan.
- Saya menyukainya. - Awak menggegarkan rancangan itu.
- Saya serius. - Awak hebat.
- Saya sangat bangga dengan awak. - Awak hebat.
- Benarkah? - Ya, sudah tentu.
Satu.
Dua.
Tiga.
Saya sepatutnya terus mengira.
Ada apa-apa lagi yang membuatkan awak marah baru-baru ini?
Saya melihat seorang kanak-kanak menangis di luar.
Ibu dia meninggalkannya sendirian.
- Mari pergi cari ibu awak. Ke sini. - Ibu.
Mari.
Hei, tunggu!
Bagaimana awak boleh meninggalkannya seperti itu?
Apa awak kisah?
Awak bergurau?
Awak mahu dia fikir yang awak meninggalkannya??
Saya akan membesarkan anak saya mengikut cara saya sendiri.
Saya beritahu awak ini kerana awak melakukan tugas yang teruk!
Rupa-rupanya dia melakukannya untuk beri anaknya pengajaran.
Woo Joo, kenapa awak fikir awak mengambil berat tentang anak itu?
Awak beritahu saya...
yang hidup awak berubah selepas awak berusia enam tahun.
Jika awak tidak keberatan, boleh awak beritahu apa yang berlaku dulu?
Apakah ini mempunyai kaitan dengan masa lalu saya?
Ia takkan membantu sekiranya terus mengelak.
Saya tidak mengelakkannya.
Saya rasa saya perlu pergi sekarang.
Tapi, kita masih ada masa.
(Kaunseling ke-11, tidak menunjukkan kemajuan.)
(Mungkin ada gangguan keperibadian sempadan yang mencurigakan.)
Encik, awak tidak dibenarkan buang air kecil di sana.
- Apa? - Encik.
Saya minta maaf.
Encik, awak tidak apa-apa?
Saya polis. Boleh saya bantu awak?
Saya tidak mabuk. Saya baik-baik saja.
Awak kata awak tidak mabuk, tapi, itu bermakna awak mabuk.
Tidak, saya tidak mabuk.
Saya baik-baik saja.
Awak tinggal di mana?
Kami akan dapatkan teksi untuk awak.
Saya baik-baik saja.
Saya tidak mabuk sama sekali.
Saya betul-betul tidak mabuk.
Kita boleh pulang ke rumah sekarang.
Syif awak sudah habis.
Konstabel Cha Dong Il, kembali ke balai, "over".
Awak hebat hari ini, Konstabel Cha.
No comments yet. Be the first to leave one.