نخستین 200 خط.
Asas Bola Keranjang: Jaringan Sumbat Jaring
Untuk meneruskan babak permainan dalam kedudukan ini,
gerakan seterusnya dipanggil jaringan sumbat jaring.
Dalam jarak dekat,
pemain melompat dan lontar bola terus ke dalam gelung dengan gerakan menyumbat.
Billy akan tunjukkan caranya.
Apa kata kamu tunjukkannya, Billy?
Baiklah, jurulatih.
Syabas. Apa rasanya?
Sangat bagus.
Mestilah.
Nampak senang tapi jaringan sumbat jaring jarang digunakan sebab sukar.
Namun apabila berlaku, semestinya menyeronokkan.
Dari garisan lontaran bebas, dia melakukannya!
Apa yang dia akan buat?
Menggelecek. Dia berpusing dan berpusing.
Dia menyelit dalam pertahanan.
Hei!
- Berjaya. - Saya hampir tak kenal kamu.
Bagus, bukan?
Tiada lagi Budak Baru Chang.
Sekarang dah jadi Chang 2.0.
Saya semakin maju. Tahun lepas, saya pada tahap ini.
Namun selepas ini, saya akan beli pakaian yang menarik,
luaskan kewujudan media sosial saya, buat satu atau dua video tular.
Adakan parti, cari teman wanita. Tahap saya terus tinggi.
- Bagaimana kalau kamu terlalu mencuba? - Terlalu mencuba?
Kamu ingat Kobe pernah tanya diri sendiri soalan begitu?
Kalau nak berjaya, kamu kena berkembang.
Memang macam dalam Pokémon .
- Macam dalam Pokémon . - Tidak.
- "Charmander, saya pilih kamu." - Tidak.
Xiao Ming, kita dah lewat!
Kobe.
Diam. Biar mak tengok.
Hei, jangan sentuh. Jangan…
Peliknya.
Apa?
Tak ada apa-apa. Tak mengapa. Jom.
SEKOLAH TINGGI CRESTHILL
Hari pertama sekolah. Kamu gementar?
Taklah. Saya bukan budak baru, mak.
Okey.
Kamu nak pergi ke hospital Sabtu ini?
Ya, sebenarnya saya terfikir juga.
Jadi sukarelawan di hospital beri gambaran yang baik untuk kolej
tapi kebanyakan budak di sekolah ada kerja dan wang.
Kenapa kamu perlukan wang?
Kamu akan ada banyak wang selepas tamat kolej yang bagus.
Pertama sekali, hal itu tak benar dengan ekonomi sekarang.
Kedua,
budak yang bekerja semasa sekolah tinggi lebih bersedia untuk berjaya di kolej.
Xiao Ming, kamu sendiri yang nak jadi sukarelawan.
Kamu selalu berubah fikiran.
Carilah sesuatu dan fokus dengannya.
Baiklah, apabila dah jumpa yang sesuai nanti.
Selamat pagi semua. Semoga musim panas kamu semua indah.
Ada latihan bola keranjang hari ini.
Ada lontaran faul, lalu kon, jaringan tegak di sebelah sana.
Lari balik. Dapatkan mata sebagaimana kamu suka.
Pasukan pertama yang berjaya dapat pujian.
Chang dengan rambut surai singa. Saya suka.
Hei, kenapa perlu tiru gaya Matt?
- Hei, jangan buli Chang. - Baiklah. Kamu semua dah sedia?
Baiklah. Mari kita mula.
Siapa nak mula dulu? Cepat.
Ayuh. Jaringan tegak. Turun.
Aduhai, jauhnya.
Kamu kena gelecek bola.
Lalu sampai hujung. Lalu di sepanjang kon.
Ayuh, Jeff. Buat jaringan tegak.
Ayuh, Maya. Terus balik.
Ayuh! Jaringkan bola.
Ayuh, budak. Lalu kon!
Begitu. Usaha lagi. Usaha sikit lagi!
Baiklah, Chang, mulakan.
Ayuh, Syd. Cepat. Kamu boleh buat dengan lebih baik.
Bagus, Chang. Itu dia. Bagus, Matt. Kamu di belakang dia.
Lalu setiap kon. Setiap kon.
Ayuh, Matt. Kalahkan dia.
Hampir-hampir.
Bagus, jaringan tegak.
Itu dia. Pusing balik.
Ayuh. Cepat, Matt.
Chang cuba dapatkan tiga mata.
Ayuh! Itulah maksud saya.
Hei! Kamu berjaya. Syabas.
- Syabas. - Mengagumkan.
Hei semua. Syabas. Baiklah. Mari, Chang.
Jurulatih kena masukkan Chang.
- Hebat. - Permainan tadi mendebarkan.
Hampir-hampir. Hei, lain kali sumbat ke dalam jaring.
Kamu main tipu.
Bertenang, cuma kelas gim. Tak perlu bersungguh-sungguh.
Baiklah.
Berhenti.
Aduhai.
- Macam tak ada kem kugiran. - Kenapa dengan rambut kamu?
- Tak wujud. - Tak sesuai.
Aduhai, saya harap boleh bertahan sekurang-kurangnya sehari.
Ya, apabila jumpa potongan yang sesuai.
Chang!
Chang, ini Kristy. Dia akan jadi pemain dram getar terhebat.
Apa khabar?
Chang. Helo.
Maaf.
Bawa Kristy ke lokar simpanan dan ambil alatan.
Okey, boleh?
- Ya, alatan. - Terima kasih.
Okey, semua! Sediakan alat muzik!
Kita akan mula dari awal.
Kamu semua serius tentang pancaragam.
Ya, mungkin kamu tak perasan yang En. Ryan agak tegas.
Tegas itu bagus.
Maksudnya bersemangat tentang sesuatu.
Ya, betul.
- Boleh? - Ya.
Biar saya tolong.
Selalu main?
Ya.
Led Zeppelin, AC/DC, The Beatles, lagu yang biasa.
- Bagusnya. - Kamu pula?
- Minat rock? - Mestilah.
Suka siapa?
Metallica. Saya suka Metallica.
- Kegemaran saya. - Okey.
- Kamu suka Metallica? - Bolehlah.
Taklah sampai gemar, jadi…
Yalah. Saya pun sama.
Kenapa nak bandingkan?
Setiap kumpulan ada keistimewaannya.
- Betul. - Ya.
Alamak. Saya lupa nak kunci.
- Boleh tunggu sebentar? - Okey.
- Nanti saya datang semula. - Baik.
Inilah masanya. Mari.
Jadi kami bermain dalam pasukan kebangsaan dari luar
dan Drake ada di sana.
- Hebatnya. - Ya.
Pasti saya lebih bersemangat.
Kamu takkan lepaskan peluang.
Hei Matt.
Ada apa?
Ini Kristy. Dia budak baru.
- Ya. - Saya tahu.
- Kita kena pergi. - Okey.
Nanti. Kamu pergi Sabtu ini?
Sabtu ada apa?
Kita ada kerja sukarela Sabtu ini.
Yang ini lebih penting.
Saya dan Kristy serasi.
Dia pemain dram paling hebat yang saya tahu.
Dia minat muzik rock 90-an.
Sejak bila kamu minat rok 90-an?
Sejak hari ini. Apa kata laluan Spotify kamu?
"Itachididnothingwrong." Satu perkataan, semua huruf kecil.
Macam mana dengan Matt?
Dia asyik perhatikan Kristy.
Saya rasa Matt bukan lelaki idaman Kristy.
Cuba cakap begitu apabila dia melompat macam dewa Yunani.
- Nantilah saya uruskan dia. - Uruskan dia?
Alamak. Saya kena pergi. Borak lagi nanti.
Baiklah. Jumpa lagi.
Xiao Ming.
Rok Pop 90-an
Iso.
Pengadil buta? Mereka main kasar dengan anak buah saya.
Pengadil!
- Faul terang-terangan? - Tolonglah!
Tak apa, sayang. Pengadil itu yang dungu.
Faul teknik!
Dungu!
Aduhai!
Biar betul.
Apa dah jadi?
Matt asyik merungut, jadi pengadil beri faul teknik.
Main sajalah.
Kamu minat permainan bola keranjang?
Ya, saya peminat setia bola keranjang.
Saya selalu luang masa lima jam sehari di taman.
Ya? Kenapa kamu tak main?
Sebab saya dah bersumpah dengan En. Ryan.
Sekarang, ada masa terluang untuk pancaragam.
- Baiklah. Ayuh. - Baik!
Oh ya, ada kedai muzik yang menarik di bandar
dan saya dengar semalam ada alat muzik baru.
- Tama. - Ya?
Ya. Yang Lars Ulrich mainkan, bukan?
Ya, betul.
- Pengadil, waktu rehat. - Hei, waktu rehat!
Kalau kamu mahu, ada masa nanti kita boleh pergi dan…
Kristy! Hei, kamu datang.
Ini untuk kamu.
- Ayuh, Matt. Mari. - Mari, Havoc!
- Mari! - Havoc!
Baiklah. Mari.
TUAN RUMAH 57 - TETAMU 60
Tak guna!
- Pasti saya lebih bersemangat. - Sabtu ada apa?
Nampak tak?
No comments yet. Be the first to leave one.