نخستین 200 خط.
Siapa kamu untuk suruh Yuna pergi dari sini?
- Ini dia penjaga awak. - Penjaga?
Penjaga? Jaga sedikit mulut kamu itu!
Jangan sampai saya tumbuk muka kamu! Ulang apa kamu cakap tadi.
Apa? Penjaga?
- Lepaskan saya. - Apa bising-bising ini?
Kamu sudah buat saya mula naik marah ini.
- Jadi marahlah. Ingat saya takut? - Kenapa dengan kamu berdua ini?
- Marahlah! - Kenapa dengan awak berdua ini?
- Marahlah! Tunggu apa lagi? - Kenapa ini?
- Cepat marah! - Kenapa awak berdua ini?
Sudah gilakah? Apa awak berdua sedang buat ini?
Hyeok, kenapa awak ini? Awak berdua ini memang...
Awak ikut kakak!
Sebab kamu berdualah kakak tak boleh tidur lena!
Apa ini? Kenapa dia cakap macam itu kepada awak?
Tak ada apa-apa. Jangan pedulikan dia.
Mari sini!
Kenapa dengan awak ini?
Awak berdua hampir bertumbuk tadi. Apa sebenar yang sudah jadi ini?
Jangan risau, kakak. Budak-budak bergaduh untuk membesar.
Macam mana kakak tak risau? Betul tak ada apa-apa yang serius?
Tapi saya rasa sangat gembira sebab kakak risaukan saya.
Apa pun, cepat-cepat berbaik semula.
Kawan tak patut buat macam itu.
- Faham tak? - Tengoklah.
Tengok apa pula? Budak ini.
Abang, bersemangatlah sedikit! Apa pula sekarang ini?
Saya sedih ini. Jangan cakap dengan saya.
Yalah. Kenapa abang gaduh dengan dia?
Min Ki sangat baik dengan Yuna, jadi saya rasa cemburu.
Sebab itulah kami bertekak sedikit.
Cemburu? Abang suka pada Abang Min Kikah?
Banyaklah cemburu.
Apa? Kamu pun suka sama jantinakah?
Apa yang kamu mengarut ini?
Tak ada. Saja merepek.
Itu Su Yeon, bukan?
Jadi sekarang kakak sudah faham, bukan?
Tapi kakak...
Siapa perempuan sebelah dia itu?
Siapa perempuan itu?
Dialah perempuan yang cintakan perempuan yang saya cintai.
Bisingnya...
Awak minum pada hari hujan lagikah?
Kenapa? Ada undang-undang cakap
saya tak boleh minum pada hari hujan?
Mi Younglah!
- Mi Young, pergi kerjakah? - Ya, abang!
Tapi Ih Ji itu, boleh tak kamu suruh dia jangan kerja di tempat kamu?
Dia buat selerak satu rumah abang sejak akhir-akhir ini.
Kononnya mahu buat menu baru untuk kafe kamu itu!
Dia cuma rajin berusaha saja.
Banyaklah rajin berusaha!
Dia hanya hangat-hangat tahi ayam. Betul tak, Sang Deuk?
Mana si tak guna itu sudah pergi?
Abang Sang Deuk ada di sinikah?
Ya, tadi abang nampak dia minum seorang diri di sini.
Abang boleh baca angin dia. Punyalah teruk...
Dia itu ninja atau apa ini? Cepatnya dia hilang.
Tak, macam ini tak boleh jadi.
Saya tak boleh mengelak lagi.
Saya akan selesaikan hal ini macam lelaki.
Ini memang hebat!
Hebatnya!
Satu malam sudah boleh jadi sebesar ini!
Saya tiba-tiba beremosi pula.
Usaha kita sudah berhasil. Saya rasa mahu menangis pula!
Cantiknya kubis kita ini!
Apa benda ini?
Ada siputlah! Comelnya!
Sini pun adalah.
Di rumah saya pun ada siput ini.
- Tengok semua ini! - Selain dapat kubis ini,
kita dapat siput ini juga!
Helo? Ya, Tuan Perunding!
Kubis kami tumbuh dengan baik
sebab nasihat tuan yang sangat berkesan itu!
Terima kasih banyak. Ya.
Selain itu, seluruh kebun kubis kami sekarang
ada banyak siput yang comel!
Ya, tuan patut datang tengok sendiri.
Memang comellah! Ya.
Pak cik, kami pun ada siput juga!
- Helo, pak cik! - Helo, Pak Cik Man Gu!
Apa sudah jadi ini? Tuan perunding pertanian telefon kamu tadi, bukan?
Kamu kata ada banyak siput di kebun kamu?
Ya, mereka sangat comel!
Apa? Comel?
Kamu semua ini memang bodoh. Tak boleh ubat lagi!
Malapetaka fasa kedua sudah pun bermula.
Malapetaka fasa kedua?
Tengok sini betul-betul.
Inilah apa yang terjadi bila siput comel kamu itu
buat macam ini kepada semua kubis kamu di ladang ini.
Mereka ini kecil saja. Berapa banyak yang mereka boleh makan?
Kalau macam itu, biarlah mereka makan.
Tak lama lagi, semua kubis kamu akan hilang tanpa dikesan.
Lepas itu, kebun kamu akan dipenuhi dengan
siput yang lebih sihat daripada kubis kamu itu.
Pak cik pernah beritahu kamu.
Baik kamu jual saja siput. Tak perlu jual kubis.
Apa kita patut buat sekarang?
Kamu tak boleh hapuskan mereka dengan bahan kimia.
Kamu kena kutip satu demi satu dan hapuskan mereka.
Kita kena bunuh siput comel inikah?
Kalau tak, semua kubis kamu akan mati!
Kalau kamu suka sangat mereka itu, tidurlah dengan mereka!
Kenapa susah sangat menanam kubis ini?
Tunggu apa lagi?
Maafkan saya.
Betulkah kena bunuh mereka ini?
Sebab itulah saya tanya sekali lagi!
Betulkah kita berdua ini hanya setakat
kawan lelaki perempuan yang rapat saja?
Tidaklah! Saya tak mahu hanya jadi kawan rapat abang saja!
Betulkah?
Abang Sang Deuk, awalnya abang datang hari ini?
Mi Young, abang mahu cakap dengan awak sekejap.
- Ada apa ini, abang? - Sebenarnya...
Apa yang terjadi semalam itu...
Abang rasa...
Saya tahu apa abang mahu cakap.
Kita sudah banyak minum dan buat kesilapan...
Tidak!
Abang tak buat silap.
Abang serius semalam.
Mi Young, mari kita mula semula. Abang akan jaga awak.
Abang...
Tak boleh. Salah kita buat macam itu.
Kenapa? Awak tak suka abangkah?
- Macam itukah? - Bukan macam itu.
Cuma tak patut saja.
Saya ini janda yang ada anak.
Apa kita patut buat kalau mak abang dapat tahu?
Itu awak jangan risau. Abang akan uruskan itu.
Percayalah pada abang.
Abang takkan lepaskan tangan awak lagi.
Tak kira apa yang terjadi nanti, kita akan terus bersama.
Abang.
Tumpang lalu!
Saya takkan lepaskan tangan awak lagi.
Oh, tuhan. Abang ada banyak lagi epal di sini.
Tak banyak epal yang boleh dijual walaupun abang jual terus di pasar.
Sebabnya masih banyak lagi orang yang tak tahu tentang epal ini.
Kita kena buat lebih banyak pemasaran.
Ada tak cara terbaik untuk buat pemasaran?
Baiklah, saya akan turun ke pekan dan fikirkan sesuatu.
- Saya ada bawa mi! - Helo, mak cik!
- Laparnya. - Terima kasih.
Terima kasih, abang.
Sedap.
Mi yang Puan Kim masak ini memang sangat sedap.
Rupanya Puan Kim sangat handal memasak.
Mana ada.
Makan kenyang-kenyang, ya?
Kenapa dengan mak ini? Kenapa tiba-tiba jadi manja pula?
Mana ada. Kamu ini!
Betullah saya cakap!
Kenapa dengan saya ini?
Saya jadi cair setiap kali dengar suara Encik Han.
Mak, jangan terkejut dengan kata-kata saya ini.
Saya bercinta balik dengan Mi Young. Saya mahu kahwin dengan dia.
Ya, saya tahu! Dia pernah bersalah pada saya!
Dan dia seorang janda yang ada anak!
Tapi itulah cinta sebenarnya. Cinta itu buta.
Tak ada siapa yang boleh halang! Tak kira apa mak akan cakap,
saya tetap mahu bercinta dengan Mi Young juga!
Saya terima kalau mak tak mahu mengaku saya anak mak lagi!
Itulah yang saya mahu cakap kepada mak.
Gilakah saya ini? Tidak, saya mesti cakap juga.
Kamu kena berani, Sang Deuk.
Mana kamu pergi sepanjang hari? Sekarang baru balik?
Saya ada hal untuk dibuat.
Yalah, mak. Saya mahu cakap sesuatu.
Oh, ya, Sang Deuk. Kamu tahu tak?
Mak dapat satu mimpi buruk masa mak tidur petang tadi.
- Mimpi? - Ya. Kamu beritahu mak
yang kamu mahu berkahwin dengan budak Mi Young tak guna itu.
- Jadi? - Apa maksud kamu jadi?
Mak naik marah dan belasah kamu dengan satu tunggul kayu.
Akhirnya kamu mengalami kecederaan otak.
Mak ingat perkara itu betul.
Kamu bukankah mahu cakap sesuatu? Apa halnya?
Tak ada apa-apa, mak.
Penghuni Kampung Hadurok-ri,
ada perjumpaan penting di dewan kampung kita.
Ketua Kampung Kang Yun Hui.
Setiap kali saya sibuk, mesti kamu adakan perjumpaan penting.
Duduklah dulu.
- Duduklah dulu, tak guna. - Cakap lebih pula.
Saya pasti semua orang risau tentang epal masing-masing.
Akhirnya saya dapat satu jalan penyelesaian.
- Apa? - Semua orang dengar.
Jangan terkejut.
Minggu depan di kawasan kita ini, akan ada satu pertandingan menyanyi
dan kita boleh masuk bertanding!
Bagus juga!
Apa kena-mengena pertandingan menyanyi dengan menjual epal kita?
Kita boleh guna peluang ini untuk pasarkan epal kita.
No comments yet. Be the first to leave one.