نخستین 200 خط.
Mestilah.
Saya perlukan botol air panas. Okey. Ah..
Di mana benda itu? Hmm, okey. Kita letakkan itu, di sana.
Ahh. Peta, peta, peta.
Finny, adakah kamu yang mengambil peta itu?
Dan di mana botol?
Oh, di sini rupanya. Tak apalah.
Oh, jangan lupakan ini.
Finny?
Di manalah budak itu?
Ayah! Ayah!
Sesuatu yang hebat telah berlaku, ayah. Saya telah dapat beberapa orang kawan hari ini.
Kami menaiki pokok kaktus dan membaling batu ke dalam ngarai yang sangat dalam.
Kami tak dapat nak dengar pun batu itu jatuh.
Ia sangat hebat.
Esok, kami...
Adakah ayah sedang mendengar, ayah?
Ayah minta maaf, Finny.
Tidak! Tidak lagi sekali!
Ayah baru sahaja siapkan rumah baru.
Saya baru sahaja dapat kawan.
Ia berbeza kali ini.
Semua haiwan di dalam dunia ini telah dipanggil ke satu perhimpunan.
Tapi saya nak tinggal di sini.
Tidak, dengar.
Ada banjir yang akan melanda, Finny.
Kita akan lemas kalau kita tidak pergi.
Air? Di sini?
Itu adalah alasan ayah yang paling lemah setakat ini.
Selalunya berkenaan cuaca, atau jiran yang bising, atau burung yang membuang air besar di atas...
...anjung rumah.
Ayah tahu perasaan kamu, Finny.
Tetapi sudah menjadi tugas ayah untuk menjaga keselamatan kamu.
Sekarang.
Di mana ayah telah letakkan payung itu?
Sedia?
Rasanya begitulah.
Ayuh.
Kita ada perjalanan yang jauh untuk ditempuhi.
Kita akan menemui tempat tinggal kita.
Adakah kita telah sampai di sana?
- Woah! - Woah!
Ayah rasa inilah tempatnya.
Nampaknya banjir itu akan sampai ke sini tidak lama lagi.
Bertenang, Finny.
Mereka tidak akan membuatkan kita datang sampai ke sini tanpa mempunyai apa-apa perancangan.
Betul tak?
Tempat yang bagus.
- Hei. - Tolong diam!
Diam!
Persembahkan, Raja segala haiwan.
Ah, tengoklah Raja itu, Finny.
Semuanya akan baik-baik sahaja.
Saya ada berita yang kurang baik.
Ah! Ayah dah agak dah.
Ayah, semua haiwan sedang memandang.
Tetapi ia memberi harapan yang besar kepada saya untuk melihat kesemua haiwan di sini bersatu sebagai satu.
Haiwan karnivor berbahaya yang memakan daging...
...dan haiwan herbivor yang memakan tumbuh-tumbuhan.
Bersama-sama kita akan menghadapi satu bencana besar yang akan melanda.
Anda mungkin sudah perasan bahawa cuaca telah menjadi sedikit tidak menentu kebelakangan ini.
Anda mungkin sudah pasti telah bertanya kepada diri anda sendiri, apakah yang akan berlaku nanti?
Banjir!
Sangat besar sehingga ia boleh melitupi bumi, menghapuskan dan memusnahkan segala-gala yang berada di laluannya!
- Oh, tidak! - Tiada yang akan selamat!
Hey, Encik, apakah benda yang kelihatan berbentuk seperti bot di belakang anda itu?
Oh, ya, ya. Memang saya sudah hampir untuk memberitahu perkara itu.
Tiada yang akan selamat...
...kalau bukan kerana seorang manusia yang baik bernama Noah.
- Noah? - Dia membina satu bahtera yang besar.
Satu kapal untuk memastikan kita, haiwan-haiwan selamat sehinggalah banjir berakhir nanti.
Kan ayah dah kata mereka ada rancangan.
Mungkin saya patut mulakan dengan perkara itu tadi.
Baiklah. Saya, Raja segala haiwan telah dilantik sebagai Kapten kapal oleh Noah sendiri.
Dia telah berikan saya kuasa untuk menguruskan segala hal ehwal yang berkaitan dengan haiwan.
Jadi, Noah mempunyai beberapa paraturan.
Pertama, terdapat larangan terhadap haiwan karnivor memakan haiwan herbivor.
Apa?
Saya pun patut berfikir begitu juga.
Dia nampak begitu serius tentang perkara itu.
Malang sekali.
- Hei, lepaskan mereka! - Uh, maafkan saya!
Ya?
Adakah larangan itu bermula dari sekarang, atau apabila kita menaiki kapal nanti?
Larangan itu bermula dari sekarang.
Tengok? Kan saya dah cakap.
Dan?
Dan akhir sekali, semua haiwan dialu-alukan ke atas kapal.
Ya!
Asalkan nama anda berada di dalam senarai Noah.
- Apa dia cakap? - Jumpa anda semua esok di pendaftaran masuk.
Senarai? Senarai apa?
Seterusnya.
Selamat tengahari.
- Sekarang, siapa yang kita ada di sini? - Kami 'songbirds', dari Australia.
Baiklah, anda ada di dalam senarai. Selamat datang ke atas kapal.
Tolong tandatangan di sini.
Terima kasih. Anda telah mendaftar masuk. Semoga memperoleh perjalanan yang menyeronokkan.
- Seterusnya. - Kami harimau dari Siberia.
Selamat datang ke atas kapal.
- Seterusnya. - Oh, itu saya. Datang, datang sekarang.
Kaki kiri, kaki tengah, kaki kanan, kiri...
Ah, fokus, Tanglefoot. Fokus! Ayuhlah!
Hai, saya adalah Tanglefoot.
- Seterusnya. - Ah, setakat ini sahaja.
- Kami gajah. - Dari India atau Africa?
- Huh? Adakah awak bergurau? - Huh?
Anda telah mendaftar masuk.
Seterusnya. Selamat datang. Seterusnya.
Selamat datang ke atas kapal. Seterusnya.
Seterusnya... seterusnya... seterusnya...
Seterusnya.
Hei.
Helo, saya Dave.
Saya adalah seekor Nestrian.
Nestrian?
Pernah dengar sebelum ini. Anda berasal dari mana?
Ah, uh, sebenarnya tuan, kami sebenarnya tak tahu.
Kami jenis yang merantau ke seluruh dunia untuk mencari tempat tinggal.
Nanti dulu. Bukankah haiwan jenis anda yang mengeluarkan gas berwarna biru...
- apabila anda menjadi takut? - Oh, tuan pernah dengar tentang kami?
- Saya yakin kita akan melayari perjalanan yang hebat. - Maaf. Seterusnya...
Apa? Tidak. Ini mesti satu kesilapan.
Kalau anda tiada dalam senarai, anda tiada dalam kapal.
Sekarang, tolong...
Jangan buang kami.
Kami boleh menjadi sesuatu yang berguna kepada anda.
Ia satu perjalanan yang jauh, bukan?
Kami boleh menjadikan keadaan tenang dan selesa untuk anda semua.
Nestrians adalah pembuat tempat tinggal yang bagus!
Saya boleh buat tempat walau yang kelihatan seperti ini pun menjadi bagus.
- Margaret tinggal di sini. - Saya rasa kita telah cukup membazirkan masa.
Tak, anda tak boleh buat macam ni.
Tuan takkan biarkan seekor haiwan yang terlebih sensitif, tinggal di dalam gua...
kerja mengagihkan kertas, perempuan gila bernama "Margaret" ini memberitahu kita apa yang perlu dibuat.
Betul?
Kita semua lelaki di sini, kan?
- Saya Margaret. - Aah-hah.
Aah!
Pergi dari sini!
Syukurlah kita dapat menaiki kapal itu.
Oh, hei, Ayah.
Hei.
Leah?
- Jadi? - Jadi, apa?
Kita adalah Grymps.
Sudah tentulah kita dapat naik.
Apa yang kamu buat?
Oh, maaf, mak. Saya terlupa siapa diri saya.
Kamu si gadis muda, perlu banyak belajar untuk menjadi seekor Grymp.
- Sekarang, mari pergi. - Ya, mak.
Jadi, ayah, bagaimana ia berlangsung?
Tidak pernah sebaik ini.
Betul ke? Baguslah!
- Kita akan menaiki kapal itu! - Uh, ayuh, nak. Ayuh, mari pergi.
Adakah ayah nampak kucing hitam yang hebat tadi?
Saya rasa mereka dipanggil Grymps, bukan? Mungkin kita akan bertemu mereka lagi di atas kapal nanti.
Adakah ayah rasa semua haiwan di dalam dunia ini akan berada di atas itu kapal bersama dengan kita?
Ia kapal yang agak besar, kamu tahu.
Hm, boleh kamu tolong ambilkan ayah tali itu?
Oh, sudah tentulah.
- Akan ada beruang dan gajah? - Ah-ha.
Pintu itu?
Ia pastinya hebat.
Ya, sudah tentulah.
Uh, ayah?
Uh, kamu tahu, tempat ini rupanya bagus juga.
Sayang kalau ditinggalkan, bukan?
- Apa yang ayah cakapkan... - Maksud ayah, kita boleh tinggal di sini kalau kamu suka.
- Mungkin kali ni kamu akan dapat.. - Ayah, kita tak dapat menaiki kapal itu, bukan?
Maafkan ayah, Finny. Kita tiada dalam senarai.
Ah, saya dah agak mereka tidak akan menerima kita.
Nestrians...
- Kita memang tak sesuai dimana-mana. - Jangan cakap macam itu.
Ayah akan mencarikan rumah untuk kita.
Satu tempat yang kamu boleh mendapat ramai kawan.
Finny, pandang ayah.
Ayah akan pastikan kita dapat menaiki kapal itu, okey?
Ayah maksudkannya?
Ayah janji.
Tolong bagi perhatian.
Jangan lupa untuk menunjukkan pas masuk anda yang anda telah capkannya di tapak kaki anda.
Terima kasih.
Okey, masuk terus ke dalam. Nikmatilah perjalanan anda.
Selamat datang ke atas kapal.
Zebras - tingkat 2, bilik 743.
Semoga memperoleh perjalanan yang menyeronokkan.
- Seterusnya. - Baiklah.
Hei, jangan memotong barisan.
Maaf semua, kami ingin cepat. Kami Griffin. Periksalah senarai itu, jika awak pandai membaca.
Tolong!
Keluarkan saya!
Nafas kelawar ini sedang membunuh saya! Keluarkan saya dari sini!
Hei, ludahkan dia keluar. Awak tahu peraturannya.
Boleh tak kalau kau kawal diri kau untuk kali ini?
Aku tidak datang ke sini dari Kansas hanya untuk dimakan.
Oh, kau nampak begitu sedap.
Lebih baik awak berdua pergi sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Jangan terasa hati, kawan. Tapi, uh, kau seekor gorila. Keadaan memang sudah sedia 'buruk'.
Kau sendiri yang meminta untuk ini.
No comments yet. Be the first to leave one.