هماهنگ با نسخه‌های زیر

닥터 프리즈너 Doctor Prisoner E03-E04 NEXT-VIU
ناشر King_2

برچسب‌ها

other
تاریخ انتشار: 2019-04-14
تعداد دانلود: 16
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

(dan kejadian dalam drama ini adalah rekaan.)

(Di bawah artikel 471 Akta Prosedur Jenayah,)

(dianggap tidak berperikemanusiaan, dengan perintah pendakwa raya.)

Dia orangnya...

yang akan membantu saya keluar dari sini?

Ya, puan.

Ketika saya dapat waran tangkap, saya memohon semua,

seperti jaminan sakit, penggantungan pelaksanaan penjagaan,

dan penangguhan pelaksanaan hukuman.

Saya telah memohon, tapi semuanya telah ditolak.

Kata pendakwa raya yang bertanggungjawab,

sifat jenayah saya terlalu teruk.

Tidak ramai wanita yang mengupah orang...

untuk bunuh perempuan simpanan suami mereka.

Doktor Na.

Dan memberi penangguhan pelaksanaan kepada orang seperti itu...

adalah bertentangan dengan undang-undang negara.

Bukankah saya betul?

Sebab itu saya mereput di dalam penjara ini,

dan terpaksa makan sushi yang basi.

Jadi beritahu saya.

Bagaimana cara awak untuk keluarkan saya dari sini?

Saya telah lihat pada diagnosis yang ditolak.

Kanser hati, semput, punca strok yang tidak diketahui,

osteoporosis, refluks esofagus,

pelbagai penyakit saraf kerana diabetes,

dan insomnia.

Mari tambah satu lagi.

Apa itu?

Anemia Fanconi.

Ia anemia yang tidak dapat diubati yang awak ada sejak lahir.

Dengan kata lain,

gen bermutasi ini kadang-kala disebabkan oleh keturunan.

Ia melakukan kerosakan pada sel stem...

dan boleh menyebabkan leukemia.

Malangnya, keluarga saya tiada sebarang penyakit keturunan.

Bukankah awak ada saudara...

yang mati akibat penyakit jantung?

Satu daripada empat pesakit yang menderita kerana anemia ini...

boleh alami penyakit jantung semula jadi.

Jika mereka tidak dapatkan rawatan dengan segera,

mereka akan mati.

Bagaimana awak begitu yakin yang saudara saya ada penyakit ini?

Kenapa saya perlu yakin?

Siapa yang akan siasat tentang kematian seseorang...

40 tahun yang lalu?

Kecacatan pada ibu jari juga adalah simptom anemia ini.

Saya dapat kecacatan ini kerana bermain golf.

Saya suka persaingan, awak tahu?

Itu tidak penting..

Sama ada kerana penyakit keturunan atau daya saing yang berlebihan,

kecacatan tetap dianggap kecacatan.

Saya baik-baik sahaja selama setengah abad.

Bagaimana awak akan jelaskan...

yang saya ada kecacatan semula jadi sekarang ini?

Saya dapat tahu...

awak telah menerima rawatan untuk kanser hati.

25 peratus daripada pesakit seperti itu...

di diagnosis dengan anemia selepas mereka dapat tahu tentang kanser.

Jadi maksud awak,

semasa saya menerima rawatan untuk kanser hati,

saya dapat tahu yang saya juga ada anemia Fanconi?

Apa yang perlu saya buat sekarang?

Rosakkan tubuh awak, apa lagi.

Menderita kerana katarak dan nystagmus...

adalah beberapa gejala anemia.

Jadi jangan ambil vitamin, beta-karotena,

suplemen tambahan, dan juga makanan.

Untuk beri tekanan pada jantung awak,

kurangkan jumlah mineral yang awak ambil.

Berhenti mengambil ubat hipotiroidisme awak.

Ambil ubat untuk hipertiroidisme.

Saya rasa lebih baik kita tingkatkan hipotiroidisme...

dan alami gangguan dalam sistem endokrin.

Bintik coklat di badan awak juga merupakan gejala utama.

Awak perlu berjemur bawah matahari.

Awak perlu dapatkan kesan jemuran berbentuk bulat.

Pesakit yang menghidapi anemia ini...

sangat mudah dapat lebam...

dan pendarahan hidung yang tidak dapat dijelaskan.

Tidur selama dua jam sehari atau kurang daripada itu.

Kurangkan kiraan platelet awak...

dengan menyeksa badan awak.

Baik.

Saya sudah buat seperti yang awak suruh.

Apa yang akan awak lakukan tentang pemeriksaan rasmi?

(Pemeriksaan yang dilakukan oleh orang yang bertanggungjawab)

Ini adalah pil penghalang beta yang baru dibuat.

Ia akan kurangkan kadar degupan jantung awak...

seolah-olah awak mengalami kejutan jantung.

Ia tidak akan...

betul-betul hentikannya, bukan?

Itu tidak penting...

asalkan awak dihidupkan semula tepat pada masanya.

(Ketua Jabatan Jenayah, Jung Eui Sik)

Awak sedang cuba yang terbaik, bukan?

Apa pula sekarang? Penyakit keturunan?

Awak tidur dengan baik?

Saya rasa kesakitan,

dalam hati saya,

jadi saya tidak boleh tidur dengan selesa.

Hidung dia sering berdarah?

Ini akan berlaku tujuh atau lapan kali sehari.

Dan ia tidak akan berhenti dengan mudah.

Berapa bacaan tekanan darah dia?

85 atas 45.

Selain dari hasil ujiannya,

dia mengalami lebam-lebam dan pendarahan hidung...

yang merupakan tanda platelet darah rendah.

Dia ada bintik coklat di seluruh badannya dan juga scoliosis.

Dia mengalami nystagmus, dan rasa sakit bahagian dada.

Seperti yang dinyatakan oleh diagnosis,

dia mengalami simptom Anemia Fanconi.

- Awak pasti? - Ya.

Kita harus pindahkan dia ke hospital segera.

Disebabkan usianya, dia berisiko untuk mati bila-bila masa sahaja.

Oh Tuhan.

Dia mahu membunuh...

seorang lelaki yang berusia 22 tahun.

Bagaimana kita mahu benarkan orang seperti dia keluar...

disebabkan oleh penyakit keturunan yang tidak diketahui?

Tuan.

Suruhanjaya hak asasi manusia...

sudah menasihati kami dua kali untuk merawatnya.

Saya tidak peduli dengan itu. Saya tidak akan biarkan dia keluar!

Dia alami serangan jantung!

Di sini.

Benarkah awak menghidapi Anemia Fanconi?

Bagaimana perasaan anda sekarang?

- Puan. - Awak tidak apa-apa?

- Cik Oh. - Cik Oh!

Tolong beritahu kami!

Satu penghormatan dapat berkhidmat untuk awak, puan.

Tubuh saya sudah hampir mati,

tapi memandangkan saya berada di luar,

Saya rasa sangat gembira.

Namun begitu, dalam perjalanan saya di sini,

Saya lihat tidak banyak pemberita yang datang.

Saya telah hilang populariti?

Ia bukannya begitu.

Cuma masanya sahaja yang tidak kena.

Pengarah Urusan Lee Jae Hwan...

didakwa atas penggunaan dan pemilikan methaphetamine.

Dia dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun.

Dan dia sedang dipindahkan ke penjara.

Peguamnya telah bertegas bahawa dia sepatutnya...

dibebaskan kerana dia tidak berada dalam keadaan waras,

tetapi mahkamah tidak menerimanya.

Lelaki itu.

Bukan dia anak lelaki Pengerusi Lee Deok Seong,

yang dia dapat hasil hubungan...

dengan pelakon itu?

Anak kedua keluarga Kumpulan Taegang?

Itu betul.

Dia terima hukuman penjara tiga tahun dan ditahan di mahkamah.

Itu mungkin sebab kenapa semua wartawan pergi ke sana.

Seorang anak yang baik.

Jadi mereka akan hantar dia ke mana?

Penjara Seoul Selatan.

Penjara Seoul Selatan?

Awak lihat,

Saya telah hubungi ramai doktor...

untuk dapatkan penangguhan hukuman,

tapi awak doktor pertama yang menemui Anemia Fanconi.

Rasanya...

awak lakukan ini bukan untuk gaji yang kecil.

Apa yang awak mahukan?

Awak mahu jadi seorang profesor? Atau seorang dekan?

Beritahu saya.

Saya tidak akan libatkan diri dalam...

peperangan berlumpur ini jika saya hanya mahu menjadi dekan.

Begini, saya mahukan surat sokongan.

"Pengambilan terbuka untuk pengarah perubatan di Penjara Seoul Selatan"?

Dengan semua kelayakan yang awak ada, saya yakin...

awak boleh bekerja di mana-mana hospital di negara ini.

Dan awak memohon jawatan pengarah perubatan ini?

Itu sesuatu yang awak betul-betul mahukan?

Saya perlu bertemu dengan seseorang,

di penjara itu.

Maksud awak, salah seorang penghuni di sana?

Bukan sekarang,

tetapi dia akan diletakkan di sana tidak lama lagi.

Encik Lee, boleh awak beritahu kami...

bagaimana awak dapatkan bekalan methaphetamine?

- Tolong cakap sesuatu - Dari mana awak mendapatkannya?

(Akan Dihantar ke Penjara Seoul Selatan)

Lee Jae Hwan.

Jadi dia sedang buru lelaki itu?

(Pewaris Kumpulan Taegang, Lee Jae Hwan, Telah Ditahan)

- Cuba ini. - Baik.

Doktor Na, awak apa khabar?

Saya menghantar awak gambar ultra bunyi...

Ha Eun, yang awak selamatkan.

Dia akan dilahirkan dalam sebulan dari sekarang.

Oh Tuhan.

Ciri-ciri wajahnya kelihatan sama seperti awak.

Dia sangat cantik.

Doktor Na kata...

anak perempuan kita sangat cantik.

Ini kerana dia mewarisi saya.

Dr. Prisoner (Doctor Prisoner / Dakteo Peurizeuneo / 닥터 프리즈너) subtitles in other languages

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left