هماهنگ با نسخه‌های زیر

육룡이나르샤 Six Flying Dragons E38 720p-WITH-iPOP
ناشر badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

برچسب‌ها

720p
720
تاریخ انتشار: 2016-02-18
تعداد دانلود: 53
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Inilah cara saya.

Inilah tempat saya.

Kalau dah jatuh ke dalam lubang najis...

...macam mana nak keluar tanpa terkena najis?

Saya...

...akan bina kuasa dengan menggunakan cara saya sendiri.

Mati dan hidup semula pun, saya tetap rasa saya benar.

Mungkin dengan cara ini, saya akan jumpa tempat saya sendiri.

Kamu tunggu apa lagi?

Saya kata bakar tempat ini! Lekas!

Apa tuan buat ini?

Tuan dah gilakah?

Unit Pertama, mara!

Sedia.

Serang!

Apa kamu buat ini?

Kamu ingin tengok sajakah?

Pulang segera dan hebahkan...

...orang gila bernama Lee Bang Won sedang membakar tempat ini...

...dan mari kita semua mati sambil bersorak "Hidup Goryeo."

Kamu semua mesti tekad.

Unit Kedua, mara!

Lee Bang Won datang untuk bakar kampung ini!

Apa?

Marilah kita semua mati...

...di sini.

Itu...

...mati yang sia-sia saja.

Guru!

Keluar, semua.

Saya...

...akan tinggal di sini.

Nampaknya ia dah mula terbakar.

Perlukah saya bakar lagi?

Saya rasa mereka dah dapat pesanan tuan.

Jadi tak perlulah.

Kenapa?

Selama ini awak asyik baca wajah saya...

...tapi sekarang awak tak sanggup nak tengok apa yang saya buat?

Moo Hyul.

Ya, tuan.

Pasti ada yang akan lari untuk selamatkan diri selepas ini.

Tangkap dan tahan mereka.

Baiklah.

Tahan mereka semua!

- Baik. - Baik.

Pulanglah.

Kamu tak perlu tengok saya begini.

Tuanku, ada sesuatu...

...saya ingin bincangkan.

Tuanku.

Saya datang...

...untuk membawa tuanku pulang...

...sebagai putera mahkota negara ini.

Apa?

Tuanku akan tercedera. Tolong hentikan.

Cubalah bunuh saya.

Awak wira pedang terulung, bukan?

Berhenti!

Berhenti.

Nyawa saya dah tak penting lagi.

- Saya... - Pendapat tuanku juga...

...dah tak penting lagi!

Yang penting hanyalah...

...orang yang berdiri di depan saya ini...

...ialah ketua kepada keturunan Lee dari Jeonju...

...yang akan mengetuai negara baru ini!

Tak guna!

Tuanku boleh bunuh saya...

...tapi tuanku mesti jadi putera mahkota.

Awak fikir saya tak berani bunuh awak?

Negara ini telah musnah.

Apa lagi yang perlu saya takutkan?

Baiklah.

Kalau awak nak mati, saya akan tunaikan.

Bang Woo...

Ayahanda...

...perlukan kamu.

Untuk apa?

Kamu...

...mesti ambil tempat putera mahkota.

Lebih baik ayahanda pulang.

Kenapa kamu masih tak faham niat ayahanda?

Anakanda pernah beritahu ayahanda.

Bila patik menjadi raja, patik akan turunkan takhta ini...

...kepada raja yang lalu.

Tak guna!

Banyak impian ayahanda yang menjadi kenyataan.

Tapi...

...impian ayahanda untuk anakanda...

...takkan menjadi kenyataan.

- Berani kamu! - Ya!

Patik...

...ialah anak Lee Seong Gye.

Tapi...

...patik bukan rakyat negara yang diperintah oleh Lee Seong Gye.

Walaupun hubungan darah takkan terputus...

...tapi patik takkan jadi rakyat, atau pengikut...

...terutamanya putera mahkota kepada negara...

...yang dibina atas kematian Po Eun!

Bukankah ayahanda ada...

...Lee Bang Won yang telah membunuh Po Eun?

Bang Won memang sesuai untuk gelaran itu.

Kita mesti pujuk Putera Jinan.

(Putera Jinan: Lee Bang Woo. Anak Pertama Lee Seong Gye)

Apa beta perlu buat dengan dia?

Kamu tak dengarkah tadi?

Putera Jinan bukan saja waris sulung...

...tapi dia juga terkenal dengan kesetiaannya terhadap Goryeo.

Sekiranya dia menjadi putera mahkota...

...rakyat akan yakin dengan dia...

...dan itu akan menjadi lambang keharmonian.

Beta sedar tentang semua itu.

Patik akan datang ke sini setiap hari.

Dia akan dihukum.

- Tak guna. - Dia akan terima padahnya.

- Tak guna. - Si tak guna itu.

Berani tuan!

Tuan tak takut dengan balasan Tuhan?

Apa tuan buat pada Woo Nam dan Guru Chuk Jae?

Woo Nam, Chook Jae, Seok Moon, dan Guru Sa Eun...

...termasuk 13 orang tak hadir di sini...

...telah mati disambar api...

...dan membuktikan keteguhan hati mereka.

Apa?

Mereka telah buktikan mereka cuma mahu setia pada satu raja saja.

Bukan macam kamu semua yang berada di sini.

Beta, Putera Jeongan Lee Bang Won...

...memuji kesetiaan 13 orang itu...

...dan beta akan simpan setiap nama mereka...

...di dalam hati beta.

Sepertimana...

...beta simpan nama Guru Po Eun.

Berani tuan...

...sebut nama guru!

Baiklah.

Tuan juga boleh bunuh saya!

Hei!

Awak tak apa-apa?

Kamu semua masih bertenaga.

Berani dia...

- Berani dia buat begini? - Awak tak apa-apa?

Tak guna.

Biar mereka berlapar selama tiga hari.

Selepas tiga hari, beri mereka makan.

Dua jam kemudian, lepaskan mereka.

Baiklah.

Apa tuanku ingin lakukan sebenarnya?

Bukankah beta cakap beta akan pujuk mereka?

Adakah membiarkan mereka berlapar dianggap sebagai memujuk?

Tapi tuanku...

...cuma menaikkan kemarahan mereka dengan kematian 13 orang itu.

Itu sajakah?

Bila sebut nama Po Eun...

...ia bagaikan mencurah minyak ke atas api.

Buka pintu ini!

Lee Bang Won!

Bila saya keluar nanti...

...saya akan bunuh awak!

Tapi...

...apa yang akan berlaku apabila mereka kehabisan tenaga...

...melepaskan kemarahan di dalam itu?

Mereka...

...akan teramat sedih dan putus harapan.

Mesti mereka sedang marah sekarang.

Rasa malu kerana gagal buat pilihan seperti 13 orang...

...yang mati itu.

Jadi?

Sehari lagi berlalu, mereka akan sedar.

Sedar tentang apa?

Yang mereka telah berlapar selama beberapa hari.

Apa?

Manusia itu lemah.

Tak kira betapa sedih, marah atau putus harapan...

...jika tak makan, perut akan lapar...

...jika tak tidur, mata akan mengantuk.

Mereka akan makan selepas tiga hari.

Pada awalnya, mereka akan teragak-agak.

Tapi tak lama kemudian...

...mereka akan makan semuanya.

Waktu itulah beta akan pujuk.

Boleh berjayakah?

Tapi macam mana dengan mereka yang tetap tak nak makan itu?

Dalam dunia ini, ada orang sanggup mati kerana prinsip.

Betul.

Tapi mereka tak ada dalam kurungan itu.

Kenapa tuanku begitu pasti?

Kenapa kamu fikir beta bakar kampung itu?

Ada 13 orang seperti yang kamu sebutkan tadi...

...dan mereka semua telah mati terbakar.

Ya.

Beta tak ingin lagi membuang masa untuk cuba...

...memujuk orang seperti Po Eun.

Orang yang mementingkan prinsip lebih daripada nyawa mereka.

Orang seperti Sam Bong dan ayahanda juga...

...gagal buat begitu.

Tak macam dia.

Hanya kerana silap menilai, dia sanggup terus memujuk...

...sehingga diri sendiri mula teragak-agak dan menjejaskan...

...usaha yang diusahakan seumur hidupnya.

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left