نخستین 200 خط.
- Budak gila ni! - Aku akan bunuh kau!
Semuanya akan berakhir jika aku pindah sekolah?
Aku tahu apa yang Pakcik maksudkan.
Lee So-woo bukan bunuh diri. Saya nampak!
Lee So-woo tidak bertindak membunuh diri. Dia telah dibunuh oleh Choi Woo-hyuk!
Ini dihantar kepada kita. Kau nampak ceritanya, kan?
Dia tuduh saya bunuh Lee So-woo.
Apa kau boleh buat tanpa bantuan orang dewasa?
Kami boleh cari sebabnya kenapa Lee So-woo mati.
Mari kita cari sendiri kenapa So-woo mati.
Saya mahu minta mengadakan perbicaraan sekolah mengenai kes Lee So-woo.
Para pelajar tak perlu tahu lebih banyak mengenai kes Lee So-woo.
Hentikan mereka bila dapat peluang.
Kau mahu sertai perbicaraan?
Pihak sekolah tak pernah bersetuju.
Kita tak tahu apa yang mereka akan buat.
Kau mahu perbicaraan ini diketahui umum, supaya pihak sekolah tak boleh batalkannya?
- Ya. - OK!
Kau tak bunuh Lee Soo-woo.
Aku percayakan kau.
So-woo tak bunuh diri.
Ini adalah buktinya.
Saya dengan ini mendakwa Choi Woo-hyuk atas tuduhan membunuh Lee So-woo.
Nyatakan alibi anda ketika waktu kejadian.
Tanyalah mereka sendiri! Mereka ada di situ!
Choi Woo-hyuk berbohong.
Alibinya adalah palsu!
Tolonglah, Choi Woo-hyuk!
Aku tahu alibi Choi Woo-hyuk adalah palsu.
Aku pasti... yang dia bersalah!
Choi Woo-hyuk telah tolak Lee So-woo sampai jatuh.
Adakah kenyataan anda benar?
Itu adalah kebenaran.
Pada malam hari Krismas ketika waktu kematian Lee So-woo...
Aku percaya yang tak mungkin defendan boleh melakukan kesalahan itu.
Ini bukan mengenai samada seseorang itu bersalah atau tidak.
Perbicaraan ini ada motif lain.
Lupakan semua yang kau tahu.
Kembali jadi pelajar biasa yang tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini.
Adakah itu satu permintaan? Atau satu ugutan?
So-woo tak mungkin akan bunuh diri begitu.
Sesuatu pasti telah berlaku.
Ini mengenai pihak sekolah.
Siapa ayah Han Ji-hoon?
Ketua jabatan perundangan Yayasan Jeong-guk!
Dia sangat terkenal kerana reputasi buruknya!
Bermula dengan kes Lee So-woo...
Aku Han Kyung-moon, daripada jabatan perundangan Yayasan Jeong-guk.
Penjaga Sekolah Tinggi Jeong-guk(Jongpa). So-woo adalah orang di sebalik akaun itu.
Apa?
Aku tak pernah berikan apa-apa arahan kerana kejadian itu.
Aku tak pernah menyuruhnya berpindah sekolah, atau menggunakan Komiti untuk menentangnya.
Adakah kenyataan anda benar?
Ianya benar.
Budak lelaki waktu malam itu... aku akan letakkan dia di kerusi saksi. Dia saksi terakhir kita.
Itu dia orangnya!
Budak yang kau cari itu!
Budak dalam pondok telefon itu!
Masuk.
Ji-hoon!
Duduklah.
Ayah.
Boleh Ayah beritahu saya secara jujur kali ini?
Di perbicaraan ada ramai orang.
Saya faham kenapa Ayah cakap begitu, kerana kerja Ayah.
Tapi sekarang, hanya ada kita berdua dalam bilik ini.
Secara jujur...
Sebenarnya...
Boleh Ayah beritahu saya?
Ayah sudah beritahu sejujurnya.
- Saya mahu percayakan Ayah. - Jadi, percaya sajalah.
Ayah.
Dulu, Ayah seorang yang baik.
Saya bukan siapa-siapa.
Ayah tak perlu peduli
bagaimana saya hidup atau apa akan jadi dengan saya.
Tapi, waktu itu, Ayah kembali mencari saya.
Ayah hulurkan tangan,
dan telah selamatkan saya.
Ayah...
seorang yang baik seperti itu.
Tapi kenapa...
Esok,
saya akan ke perbicaraan sebagai defendan.
Ji-hoon.
Apa yang terjadi malam itu...
saya akan beritahu semuanya.
Kepada Ko Seo-yeon
Aku sedang bersedia untuk perbicaraan terakhir.
Ha, aku Han Kyung-moon daripada Yayasan Jeong-guk.
Aku Ko Sang-joon, detektif polis.
Nampaknya, bapa kepada pendakwaraya dan peguambela telah berjumpa.
Kau mendidiknya dengan baik.
Dia akan jadi orang yang baik bila dewasa nanti.
Ji-hoon pun begitu.
Aku ada permintaan untuk kau.
Maaf aku terlambat.
Aku perlukan masa untuk berfikir.
Aku...
malah lebih lambat daripada kau.
(SOLOMON'S PERJURY EPISOD TERAKHIR)
Joon-young!
Kau perlu makan sarapan! Jangan keluar begitu sahaja!
Biasanya, saya tak makan sarapan.
Begitu ke?
Hari ini hari terakhir perbicaraan,kan?
Ya.
Patutkah Ayah datang tengok juga?
Ayah nak tengok betapa bagusnya kau.
Ayah perlu datang awal, kami sangat popular.
Mungkin tak ada tempat duduk nanti.
Ya, Ayah akan datang awal.
Saya pergi dulu.
OK.
Hai.
Saya Kim Min-seok, dan saya akan mengetuai perbicaraan ini.
Terima kasih kerana menghadiri perbicaraan kali ini.
Sila duduk.
Hari ini adalah hari terakhir perbicaraan.
Selepas saksi terakhir memberi keterangan, kedua-dua pihak akan membuat kesimpulan.
Dan apabila para juri membuat keputusan, tidak akan ada lagi perbicaraan.
Kita akan mulakan siasatan.
- Saksi... - Terlebih dahulu!
Saya ada sesuatu ingin diberitahu.
Orang yang saya panggil untuk beri keterangan ini bukan seorang saksi.
Dia adalah defendan terbaru perbicaraan ini.
Defendan terlibat secara langsung dalam kes ini, walaupun selama ini dia bersembunyi.
Dia telah memberanikan diri untuk hadir di sini hari ini.
Sehingga ke saat akhir defendan memberi keterangan,
saya minta anda semua untuk menonton tanpa membuat sebarang komen.
Peguambela, Han Ji-hoon.
Sila duduk di kerusi defendan.
- Ji-hoon! - Seo-yeon! Apa kau buat ni?
Kenapa dia perlu duduk di situ?
Peguambela Han Ji-hoon.
Aku akan tanya secara terus.
Pada malam kematian Lee So-woo...
Di mana anda berada dan apa yang sedang anda lakukan?
Aku berada bersama Lee So-woo di bahagian bumbung bangunan sekolah ini.
Apa tuduhan yang sepatutnya didakwa pada anda?
Tuduhan membunuh Lee So-woo.
Defendan.
Berdasarkan bukti yang ditemui oleh pihak Pendakwa,
sekitar pukul 11 malam hari Krismas,
anda membuat panggil telefon di sebuah pondok telefon di hadapan kedai runcit.
Anda mengaku?
Ya.
Ianya benar.
Siapa yang anda telefon?
Aku telefon Lee So-woo.
Semua 5 panggilan adalah daripada aku.
Kenapa anda telefon dia?
Sila jelaskan pada kami.
Kerana aku berjanji pada Lee So-woo.
Janji yang bagaimana?
Pergi ke lokasi yang telah ditetapkan dan mencari telefon awam,
kemudian, membuat panggilan kepadanya.
Kelima-lima tempat tersebut adalah...
Bangbae-dong,
Hospital Sentral Katolik Seoul,
Balai Polis Gyeong-ak,
Tempat Menyimpan Abu Haneul,
dan di hadapan Sekolah Tinggi (ST) Seni Jeong-guk.
Bagaimana kesemua tempat ini dipilih?
Kesemua tempat itu ada makna pada aku.
11 tahun lalu...
Ada satu pembunuhan terjadi di Daerah Gyeong-ak.
Seorang lelaki yang pemabuk,
memukul isterinya sampai mati.
Satu-satu saksi kejadian tersebut adalah anak mereka yang berumur 7 tahun.
Budak kecil itu memberi keterangan menentang ayahnya,
dan lelaki itu membunuh diri di dalam penjara.
Budak kecil itu...
adalah aku.
Aku perlu beritahu kisah lampau aku untuk membolehkan aku jelaskan lokasi itu semua.
Apa yang terjadi pada anda selepas itu?
Aku ditempatkan di rumah anak yatim buat seketika.
Lepas itu bersama ayah angkatku, pendakwaraya kes tersebut.
Ayahku...
menjaga dan sangat menyayangiku.
Tapi, kejadian pembunuhan itu sukar untuk aku lupakan.
Malah, semakin lama, semakin aku dewasa,
aku sedar dan tahu betapa teruknya kejadian yang berlaku pada aku.
Sampai satu tahap, aku sudah tak boleh melalui kehidupan seperti biasa.
Jadi, ketika Tahun 1 di Sekolah Menengah, aku dimasukkan ke wad psikitrik hospital.
Ianya disebabkan gangguan tidur, halusinasi dan ada keinginan untuk bunuh diri.
Dan di situ,
aku bertemu So-woo.
Sekarang, jelaskan pada kami, apa maksud semua lokasi tersebut.
Lokasi pertama adalah di hadapan rumah tempat aku tinggal sekarang.
Dan...
Lokasi ke-2 adalah di balai polis di mana aku laporkan kes pembunuhan ibuku.
Itu juga adalah tempat aku disoalsiasat, dulu.
Lokasi ke-3 adalah di mana pengkebumian ibuku dilakukan.
Lokasi ke-4 adalah di mana abu mayat ibuku di simpan.
Jadi, kenapa anda ...
berjanji untuk membuat panggilan kepada Lee So-woo daripada semua tempat tersebut?
Pada malam hari Krismas,
So-woo hantar mesej kepada aku melalui akaun Jongpa.
Dia minta aku menghubunginya menggunakan telefon awam di hadapan rumahku.
No comments yet. Be the first to leave one.