نخستین 200 خط.
Rakyat sekalian,
parti New Liberalism adalah satu-satunya kuasa di Colombia
yang tak takut kepada pengedar dadah.
- "Ada tiga cara yang pengedar dadah..." - Ada tiga cara yang pengedar dadah...
- "guna untuk kurangkan ekstradisi." - guna untuk kurangkan ekstradisi.
- "Rasuah..." - Rasuah...
- "mengugut melalui keganasan..." - mengugut melalui keganasan...
- "dan pemerasan." - dan pemerasan!
- "Mereka wabak yang amat dahsyat." - Mereka wabak yang amat dahsyat.
Awak buat apa itu?
Cuma nak pastikan dia tak buat silap.
Awak yang tulis, awak tahulah.
Nah, saya bawa untuk awak.
Apa ini?
Stoking bersih.
Isteri awak hantar sebelum kita pergi.
Macam mana keadaan Galán?
Bolehlah.
Cuma, lebih baik kalau dia tak terlalu fokus untuk ekstradisi pengedar dadah.
Banyak benda lain dia boleh sebut.
Galán berani.
Orang berani
biasanya cepat mati.
Kalau begitu...
awak tak perlulah risau, bukan?
Hulurkan stoking itu.
Kita kena bawa awak keluar dari Bogotá dulu.
- Okey. - Ada rumah anak yatim di Cumaral.
Tempat itu di luar zon gerila dan jauh daripada pengedar dadah.
Lepas itu, apa?
Kita buat pasport untuk awak.
Awak buat keterangan tentang Escobar dan rampasan itu dari negara lain.
Awak mungkin lari dari negara awak, tapi saya takkan lari dari negara saya.
Ini soal nyawa awak.
Awak tidur dengan semua pemberi maklumat awak?
Saya bukan tanggungjawab awak.
Kalau Pablo Escobar jumpa awak,
dia akan bunuh awak dalam sekelip mata.
Saya akan bunuh dia dulu.
Ya, dia macam bom tangan hidup.
Dia seorang saja saksi yang boleh buktikan Escobar dengan rampasan itu.
Susah nak soal dia kalau dia dalam tahanan Colombia
dan lepas itu hilang.
Awak dah bersedia untuk itu?
Tak.
Jadi, apa lagi pilihan yang kita ada?
Sembunyikan dia sampai keadaan reda
dan beri dia imuniti untuk kenyataan dia...
Tak nak minta imuniti untuk kita?
Kalau kita ditangkap bersama wanita ini, kita akan masuk jel.
Jadi lain kali, kalau isteri awak nak bawa balik bom tangan macam dia,
apa kata suruh dia beri kepada awak?
Awak tidur dengan dia?
Tidur dengan seorang komunis?
Itu bukan tindakan orang Amerika.
Ada maklumat yang boleh sokong teori DEA,
mengatakan Escobar dalang rampasan kuasa di Istana Kehakiman?
Tak ada, puan.
Ejen Peña dakwa dia ada pemberi maklumat yang boleh beri kenyataan tentang itu,
tapi dia belum kemukakan pemberi maklumat itu.
Saya rasa, mereka berdua saja yang tahu.
Salah seorangnya, Elisa Alvaro,
kekasih Alejandro Ayala.
Seorang lagi ialah Ernesto Sobrino,
seorang paderi radikal...
yang melindungi pelarian M-19
di pusat komuniti Los Altos.
Pemberi maklumat awak orang mereka?
Puan, ini
maklumat intipan tak rasmi.
Kami pintas perbincangan antara pengedar-pengedar dadah.
Apa? Pengedar yang mana?
- Suaranya macam Pablo Escobar. - Kami hampir pasti.
Kami...
Susah kami nak kenal pasti. Talian putus-putus.
- Mereka buat panggilan dari Panama. - Panama?
Mereka tahu Galán akan menang dan mereka tahu dia sokong ekstradisi.
Mereka takkan duduk diam saja tunggu masa untuk dihantar ke AS.
Puan, dengar kata Manuel Noriega
sediakan pangkalan selamat untuk pengedar
dan mungkin juga pusat penghantaran kokaina mereka.
Mereka pindah operasi dadah mereka ke Panama?
Merepeklah, Peña.
Maafkan saya, puan.
Tadi awak kata Escobar berpakat
dengan komunis berhaluan kiri.
Sekarang, awak kata dia berpakat dengan Manuel Noriega.
Mana satu ini?
Puan, Manuel Noriega telah membantu kita menentang komunis di Amerika Latin
selama 20 tahun.
Saya rasa tersinggung kalau DEA cuba memburuk-burukkan namanya.
Saya rasa nak tergelak.
Haluan kiri atau kanan...
bagi Manuel Noriega, apa yang penting ialah duit.
Semasa Bush mengetuai CIA,
Noriega pura-pura benci komunis.
Supaya AS takkan ambil tahu
tentang penglibatannya sebagai pengedar dadah.
Bila Noriega sedar yang dia boleh untung lebih mengedar dadah
bila berpihak kepada komunis, dia tukar fikiran.
Jadi, kami mencerobohi Panama
dan tangkap si "Nanas Tua".
Tapi itu cerita nanti.
Buat masa sekarang, rakan dan sekutu yang dipercayai ini ialah aset CIA
yang terima duit daripada Bush
dan juga pengedar dadah.
Pablo dah musnahkan separuh Mahkamah Agung Colombia untuk menentang ekstradisi.
Sekarang, dia menawarkan
untuk membayar separuh hutang negara kalau jenayahnya diampunkan.
Mungkin dia rindu negaranya.
Tengok ini.
Kita belanja berjuta-juta,
tapi nak makan sedap pun susah.
Dengar sini,
masalahnya bukan makanan, masalahnya ialah Noriega.
Dapat saja peluang,
dia akan beritahu Amerika tentang kita.
Awak kena bertenang.
Bila kita capai persetujuan dengan kerajaan,
kita akan balik ke tanah air kita.
Bayar hutang negara Colombia untuk diampunkan?
Baik saya tinggal di Sepanyol.
Saya rasa,
mari kita balik dan lawan.
Tak boleh buat begitu. Perang tak elok untuk perniagaan.
Kita berunding dengan mereka macam yang Pablo cakap.
Hei, Gustavo...
semua ini takkan berlaku
kalau dia tak bunuh ahli politik dan hakim.
Habis, cakaplah apa yang kita patut buat.
Awak nak duduk saja di sini, mengenang perkara lepas?
Awak tahu tak, Pablo?
Kadangkala, saya rasa awak bunuh mereka sebab mereka tak terima awak.
Baik awak jaga mulut awak.
Kerajaan Colombia menolak tawaran pengampunan kita.
Biasakanlah diri dengan makanan di sini.
Tak selamat untuk kita balik.
Mereka tolak cadangan pengampunan kita.
Kita terpaksa tinggal di sini.
Saya benci tempat ini.
Kita boleh pergi tempat lain.
Saya dengar Switzerland sangat cantik.
Di Switzerland, orang tak kenal kita, Pablo.
Apa guna banyak duit kalau tak boleh balik ke rumah sendiri?
Kalau kita balik...
saya perlu berlawan.
Buatlah apa yang perlu, sayang.
Jadi, itulah keputusannya.
Keputusan yang akan mengubah Colombia selama-lamanya.
Awak mendahului dalam undian pilihan raya.
Saya rasa, kita dah tahu keputusannya.
Soalan saya, kenapa awak asyik terlibat dengan pengedar dadah?
Saya mahu negara yang aman.
Kalau saya tak buat, siapa lagi?
Awak buat mereka tak senang duduk.
Saya pakai jaket.
Saya rasa jaket kalis peluru...
tak cukup untuk memastikan masa depan awak.
Jangan risau, sahabat.
Masa depan sentiasa ada.
Luis Carlos Galán berucap di Soacha pada 18 Ogos,
walaupun telah ditegah oleh pengurus kempennya, César Gaviria.
Peluru menembusi bawah jaketnya dan dia mati serta-merta.
Di saat seketika, harapan itu ada,
tapi telah dihapuskan oleh picu seorang pembunuh upahan.
Sebagai meratapi kematian Galán,
semua rumah di kampung menyalakan lilin sebagai tanda memperingatinya.
Di bandar, beribu-ribu penduduk berarak secara aman dan senyap
sebagai protes bisu menentang keganasan pengedar-pengedar dadah.
Dengan pembunuhan Galán,
harapan untuk memiliki masa depan yang aman telah berakhir.
Berterus teranglah.
Galán dah mati.
Awak arah dia dibunuh, bukan?
Awak tak cakap apa-apa dengan kami dan terus bunuh dia.
Saya nak balik, Fabio.
Balik?
Kenapa kita nak balik? Supaya kita ditangkap?
Awak beria-ia cakap tentang usaha sama, tapi awak membelakangkan kami.
Galán adalah satu-satunya ancaman.
Sekarang tak ada orang boleh lawan kita.
Awak tahu kenapa, Fabio.
Sebab tak ada siapa berani macam kita.
Kita akan pulang.
Betul cakap Pablo.
Siapa yang cukup berani untuk ambil alih tempat Galán?
...kejujurannya yang unik.
Masyarakat kita bangkit dan menuntut keadilan,
saya berdoa kepada Tuhan agar pengorbanannya akan dibalas...
dan menjadi motivasi agar masyarakat...
bertindak dan bersatu...
untuk menyokong kerajaan...
dan semua institusi,
serta menuntut kepimpinan yang lebih berkesan...
LIBERAL BERSATU BERSAMA GALAN
...tidak gentar dengan ancaman pembunuh upahan,
rampasan...
atau mana-mana manifestasi keganasan.
Bapa saya,
Luis Carlos Galán...
No comments yet. Be the first to leave one.