نخستین 200 خط.
Jika kamu tinggalkan saya atau jika kamu mati,
jantung saya juga akan berhenti berdegup.
Itulah sebabnya Jung Hoon mati.
Bila kekasihnya meninggalkannya,
jantungnya menjadi keras dan berhenti berdegup.
Jika kamu pergi, saya juga akan mengalami nasib yang sama sepertinya.
Jika saya tak pulang ke lautan,
saya akan mati.
Kamu akan mati?
Apa?
Apa yang kamu kata tadi?
Apa yang saya kata? Tolong ulang semula.
Apa yang mengeras dan berhenti berdegup?
Siapa yang akan mati?
Kamu boleh mendengar suara saya?
Kamu kata, jantung kamu akan terhenti.
Sejak bila kamu boleh mendengar suara saya?
Kamu kata, kamu akan mati.
Sejak bila kamu boleh mendengar suara saya?
Kenapa kamu harus mati?
Bagaimana pula dengan kamu?
Bila kamu mula mendengar suara saya?
Sejak dari awal lagi.
Sehinggalah sekarang.
Jadi, adakah kamu tahu siapa saya
dan dari mana saya datang?
Ya.
Saya ingat semuanya.
Lelaki gila yang pegangkan payung untuk kamu ketika hujan.
Lelaki yang memimpin tangan kamu ketika kamu mabuk,
dan lelaki yang kamu panggil si bodoh yang telah masakkan ramen untuk kamu.
Sayalah orang yang kamu cakapkan itu.
Semasa dia lemas, kamu yang menyelamatkannya
dan memadamkan semua ingatan tentang kamu yang ada padanya.
Kamu ingat semua itu?
Ya, saya sudah boleh mengingatinya semula.
Bagaimana ia boleh terjadi?
Jawablah.
Apakah maksud kamu bila kamu kata kamu akan mati?
Kenapa jantung kamu akan terhenti?
Kamu kata kamu dengar semuanya.
Adakah ia benar?
Jika saya tiada di sisi kamu,
jantung kamu akan terhenti?
Dan kamu akan mati?
Kamu kata kamu dengar semuanya.
Jadi, kamu boleh mendengar suara hati saya.
Ya.
Apa yang kamu dengar itu adalah benar.
Saya bukan berasal dari dunia ini.
Sejak saya meninggalkan lautan,
jantung saya telah ditakdirkan untuk berdegup demi kamu.
Jadi, jika saya mati,
kamu juga akan mati?
Betul.
Jadi, demi saya, pastikan kamu terus hidup.
Jangan suruh saya teruskan hidup seorang diri dengan bahagia.
Saya tak dapat berjanji sedemikian dengan kamu.
Tanpa kamu,
saya juga akan mati.
Jika kamu tak mencintai wanita itu
dan dia tak mencintai kamu,
Tragedi sebegini takkan berlaku.
Perasaan cinta itu yang
telah menyebabkan kamu berdua terbunuh.
Tiada apa yang lebih teruk daripada itu.
Sebenarnya, Ma Dae Young bukan punca masalah ini.
Mungkin saya yang akan menyebabkan kamu terbunuh.
Heo Joon Jae, jangan kata begitu.
"Legend Of The Blue Sea"
Adakah kamu rasa semua ini akan berulang?
Jika kamu hentikannya sekarang
dan hantar dia pulang ke tempat asalnya,
mungkin tragedi itu dapat dielakkan.
Adakah kamu bergaduh besar kali ini?
Tidak.
Jadi, kenapa Chung menangis?
Adakah dia masih menangis?
Ya, dia sedang menangis teresak-esak.
Jika kamu tak mahu bertanggungjawab,
apa kata kamu putuskan saja hubungan ini?
Kenapa semua orang mahu saya putuskan hubungan ini?
Saya tak pernah melayannya dengan baik.
Saya hanya membuat dia menangis saja.
Adakah saya yang membuat dia menangis? Ia angkara kamu.
Jangan lepaskan kemarahan kamu kepada saya.
Nam Doo.
Apa?
Chung bersungguh-sungguh datang ke sini untuk mencari saya.
Saya tekad untuk tidak melepaskan dia pergi.
Apa yang kamu cakapkan ini?
Saya tahu saya tak patut memintanya untuk terus berada di sisi saya.
Dan saya asyik mengetepikan kenyataan bahawa saya patut biarkan dia pergi.
Saya selalu mencari alasan untuk tidak melepaskannya
walaupun saya tahu nyawanya dalam bahaya di sini.
Oh, ya. Ada sesuatu tentangnya
yang sering bermain-main di dalam minda saya.
Seolah-olah ada sesuatu perkara yang dia perlu beritahu saya.
Tapi saya tak dapat ingat apa perkara itu.
Kalau begitu, jangan cuba mengingatinya.
Kenapa kamu mahu mengingatinya?
Kenapa kamu pukul saya?
Apa rahsia kamu?
Rahsia saya adalah...
Saya berbeza daripada kamu.
Saya seekor ikan duyung.
Betul.
Itulah saat dia mula mendengar suara saya.
Saya nyaris terjatuh.
Jika saya terjatuh ke dalam air,
pasti semuanya akan terbongkar.
Hei, kamu akan mengalami konkusi
jika kamu terjatuh ke dalam sana.
Ketika itu, dia sudah pun mengetahuinya.
Dia tahu semuanya.
Tapi, dia cuma berpura-pura...
Apa maksudnya itu?
Adakah dia meminta saya untuk tidak memikirkan tentang dirinya lagi?
Kenapa dia memandang saya begitu?
Adakah dia marah dengan saya?
Kenapa?
Bagus. Dah senyap sekarang.
Jangan fikirkan tentangnya lagi.
Dan jangan buat apa-apa pun.
Kenapa dia berpura-pura tidak tahu apa-apa?
Saya ada sebuah soalan.
Apa?
Sebenarnya, saya sangka tiada orang di rumah.
Nam Doo nampak saya berenang.
Dan perwatakannya telah berubah sepenuhnya.
Dia mengugut untuk memperdagangkan saya demi wang.
Jadi, saya terpaksa padamkan ingatannya itu.
Bagaimana pula dengan kamu?
Apabila kamu mengetahui kebenarannya,
adakah kamu benci atau takut kepada saya?
Adakah ia begitu penting buat kamu?
Ia penting buat saya.
Baiklah.
Saya tak benci atau takut kepada kamu.
Kamu memang unik sejak dari awal lagi,
jadi saya tak kisah.
Lega rasanya.
Bayangan itu menghantui saya.
Bayangan yang kamu tidak menyukai saya lagi.
Sebenarnya, saya lega kerana kamu sudah tahu kebenarannya.
Setiap malam, saya risau
kalau-kalau rahsia ini terbongkar.
Dan jika ia terbongkar, adakah pandangan kamu terhadap saya akan berubah?
Saya paling takut bila memikirkan
bahawa pandangan kamu terhadap saya akan berubah.
Apa yang menyebabkan saya rasa takut adalah
apabila semua yang berlaku dulu berulang kembali.
Semuanya akan berulang kembali?
"Artifak Yang Yang"
Kenapakah kita datang ke sini?
Perkara yang mungkin berulang itu...
Kamu akan tahu mengenainya nanti.
"Pameran Artifak Bangkai Kapal Yang Yang"
Saya tahu apa yang kamu fikirkan,
tapi saya lebih kacak daripadanya.
Siapakah dia?
Seorang lelaki yang telah jatuh cinta kepada seekor ikan duyung.
Dia hampir lemas semasa dia masih kecil.
Dan seekor ikan duyung telah menyelamatkannya.
Selepas itu, mereka banyak meluangkan masa bersama
dan telah jatuh cinta.
Tetapi, lelaki itu terpaksa berkahwin dengan gadis lain.
Pada malam pertama perkahwinannya, dia melarikan diri.
Sae Hwa...
Dia membahayakan dirinya dan telah pergi ke laut
supaya dia boleh bersama ikan duyung tersebut.
Demi mengelakkan budak lelaki itu daripada mencarinya lagi,
jadi telah menciumnya dan memadamkan semua ingatan mengenainya.
Masa berlalu
dan mereka bertemu semula setelah mereka dewasa.
Jodoh yang disangka telah berakhir,
kini telah bertaut semula.
Kemudian, apa yang telah berlaku?
Ceritakan kepada saya.
Kamu kata kamu mahu beritahu saya tentang perkara yang berulang itu.
Mereka berdua...
Buah kegemaran kamu, buah pisang kaki.
Adakah salji sedang turun di luar?
Tidakkah kamu tahu?
Mereka berdua hidup bahagia.
Mereka tak pernah jatuh sakit atau cedera.
Mereka juga mempunyai beberapa orang anak.
Mereka hidup bahagia selama-lamanya.
Begitu.
Ya, betul.
Itulah cerita yang saya dengar daripada mereka.
Entah kenapa air mata saya bergenang pula.
Mari sini.
Pasti mereka juga dapat melihat kita di dalam mimpi mereka.
Kalau begitu, kenapa ia sebuah mimpi buruk?
Bukankah ia sebuah mimpi yang indah?
Kenapakah kamu takut mimpi indah itu berulang?
Jangan tinggikan suara kamu di sini.
Kamu sedang mengganggu orang lain.
Orang lain? Siapa?
No comments yet. Be the first to leave one.