نخستین 200 خط.
Filem ini adalah berdasarkan peristiwa sebenar
Musim bunga 1980, Seoul
Sarikata diterjemahkan oleh maliq_98 -
PEMANDU TEKSI
Teksi Persendirian
- Tarik semula pengisytiharan darurat! - Tarik semula! Tarik semula!
Tiada lagi undang-undang tentera!
Tiada lagi! Tiada lagi!
Apa, ada kemalangan ke?
Bersurai, atau kami akan bertindak menggunakan kekerasan!
Saya ulangi.
Bersurai,
atau kami akan bertindak menggunakan kekerasan!
Saya hairan kenapa suasana hari ini sangat senyap.
Adakah mereka pergi ke universiti untuk melakukan bantahan?
Sudahlah cukuplah...
Orang-orang bangsat tu perlu dihantar ke Arab Saudi menaiki kapal.
Bekerja separuh mati di tengah panas terik di padang pasir,
kemudian baru mereka akan sedar, "Wow, negara saya hebat!"
Bagaimana awak boleh menerpa ke kereta saya?
Jika awak melompat seperti itu...
Lari!
Hei, ke mana awak nak pergi?
Hei, awak!
Kembali ke sini!
- Berhenti! - Teksi!
Teksi!
Itu...
Pergi ke hospital, cepat!
Encik, tolong pandu cepat sedikit.
Bayi pertama ambil masa yang lama, walaupun air ketumban sudah pecah.
Isteri saya menghabiskan masa 12 jam di wad bersalin.
Biasalah bayi pertama.
Hei, hei, hei...
Tiada lagi undang-undang tentera!
Jangan beritahu saya awak dah dekat!
Oh, apa-apa sahajalah.
Singkirkan pemerintahan diktator dan bawa masuk pemerintahan demokrasi!
Kami ada di sini, sayang.
Pemanduan terbaik saya pernah lihat!
Arah sini.
Pemandu teksi lain tidak akan membawa wanita hamil.
Tapi saya tetap lakukannya, kerana saya teringatkan kelahiran anak perempuan saya.
Terima kasih... Sayang, di manakah dompet saya?
Awak yang kemaskan beg!
Cari lagi, ia mesti ada di sana.
Maaf tapi saya tertinggal dompet saya. Esok, saya janji...
Awak tahu tak sudah berapa kali saya dengar?
Awak boleh beli sebuah rumah dengan semua tambang teksi itu!
Tidak, saya janji...
Dia dah mula lagi!
Dia dah nak keluar!
Tunggu sebentar!
Ini kad perniagaan saya.
Hubungi saya esok, saya akan bayar dua kali ganda! Jadi maaf!
Bayar saya dua kali ganda?
Semoga bertuah di sana, okey?
Semoga bertuah!
Ini bukan tempat untuk bermain bola sepak. Pergi bermain di sana!
Dia dah keluar ke?
Hei anak perempuanku, dah tidur ke?
Awak perlu makan malam.
Huh?
Siapa yang lakukan ini kepada awak?
Saya terjatuh.
Sang-gu, budak tak guna!
Bukan sebab Sang-gu! Saya sendiri terjatuh.
Awak cuba berbohong pada ayah awak?
Eun-jung! Nak saya pukul awak sebaliknya?
Puan! Sang-gu !!
Ah, memang orang yang saya nak jumpa.
Apa yang awak nak jelaskan tentang perkara ini?
Bagaimana dia boleh lakukan ini kepada anak kesayangan kami?
Tetapi dia juga ada...
Sumpah, saya tak pernah jumpa budak perempuan yang liar seperti Eun-jung!
Awak terlalu berlembut dengannya sebab ibunya meninggal dunia!
Percakapan awak itu agak...
Dan oleh kerana awak ada sudah ada disini, satu perkara lagi!
Saya tahan sabar saya kerana saya tahu situasi awak.
Tapi awak berhutang sewa dengan saya sebanyak 100,000 won!
Saya minta maaf. Puan, saya akan...
Sudah 4 bulan tak bayar, sekurang-kurangnya beritahulah kami bila awak akan bayar!
100,000 won juga merupakan jumlah yang banyak bagi kami.
Sang-gu, awak mengantuk! Mesti sebab makan terlalu banyak.
Saya tak peduli apa yang akan dikatakan oleh suami saya, saya tak boleh tahan lagi.
Dan disiplinkan anak awak, boleh?
Hancur hati saya melihat anak saya seperti ini.
Oh, saya lapar!
Sup taugeh?
Hei, jangan lipat belakang kasut awak.
Tak jawab lagi.
Kasut tu terlalu kecil. Makan malam sudah siap.
Jadi suruh lah saya belikan awak kasut baru!
Wow, sedapnya.
Awak sudah boleh berkahwin esok!
Ibu Sang-gu yang membawanya.
Betul, saya rasa ianya terlalu masin.
Angkat kepala awak.
Ayah, adakah kita perlu berpindah?
Ya, kita akan membeli rumah Sang-gu. Selepas saya menjadi kaya.
Jadi jangan risau dan belajar rajin-rajin.
Okey?
Sudah tentu, sakitlah.
Jadi kenapa awak tak dengar cakap?
Apa yang saya cakap? Main elok-elok dengan dia, jangan berkelahi.
Tetapi dia yang mulakannya!
Abaikan sahaja dia.
Belajar bersabar. Kehidupan sebenar tak akan pernah adil.
Nak pergi berkelah tak Rabu ni?
Cuti sekolah pada Hari Kelahiran Buddha.
Awak perlu bekerja. Pelanggan lebih ramai pada hari cuti.
Omo, awak lebih teruk daripada ibu awak.
Sikap manis awak ni turun daripada siapa lah ya!
Di bawah perintah darurat bermula pada 18 Mei,
undang-undang tentera berkuat kuasa, semua aktiviti politik diharamkan,
universiti negara ditutup buat sementara waktu,
dan mogok buruh dilarang keras.
Demonstrasi jalan baru-baru ini yang dilakukan oleh pelajar...
Jadi adakah ia bermakna saya akan kehilangan penumpang lagi?
19 Mei 1980 Pusat Media, Tokyo
Bir dan sushi lagi?
Hei Peter, bagaimana dengan parlimen hari ini?
Sama seperti biasa, tak ada yang berbeza.
Ini adalah Jürgen Hinzpeter dari ARD-nDR, Jerman.
Dia sudah tinggal di Jepun selama 8 tahun.
Mungkin akan berguna jika awak mengenalinya.
Sangat senang bertemu dengan awak, Encik Hinzpeter. David John, BBC.
Panggil sahaja saya Peter.
Ia adalah kali pertama saya di Jepun. Ada apa-apa perlu saya lihat?
Ia selesa.
Itu agak rumit... sebagai wartawan,
awak tidak sepatutnya berada di tempat yang terlalu selesa.
Apa?
Tiada apa-apa. Awak ditempatkan di mana sebelum ini?
Korea Selatan. Keadaan sangat tegang di sana sekarang.
Saya dengar kerajaan mereka telah mengisytiharkan undang-undang tentera.
Ianya sentiasa tegang di sana.
Saya rasa ianya semakin buruk kali ini.
Selain undang-undang tentera, beberapa pemimpin pembangkang telah ditangkap,
dan universiti juga telah ditutup.
Apa lagi yang awak tahu?
Saya telah cuba menghubungi beberapa orang yang saya kenal,
tetapi ia... agak mustahil untuk berhubung dengan mereka.
Sejak bila?
Sejak malam tadi.
Seoul, Korea
Saya bekerja dengan pihak Gereja.
Saya seorang mubaligh.
Sudah lama tak berjumpa.
Saya perlu kembali segera. Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena.
Betapa buruk keadaannya?
Sudah 3 hari sejak undang-undang tentera dikuatkuasakan.
Kim Dae-jung telah ditangkap,
dan mereka telah meletakkan Kim Young-sam di bawah tahanan rumah.
Gwang-ju?
Ia sebuah bandar di bahagian selatan.
Dan tidak ada artikel mengenai Gwang-ju? Tiada liputan, apa-apa?
Ini adalah surat khabar tempatan dari Gwang-ju.
Mereka menapis seluruh halaman?
Apa sebenarnya yang berlaku di sana?
Tiada siapa yang tahu.
Kami dapat berita mengenai kecelakaan pertama pada pukul 3 pagi 19 hari bulan...
Tetapi sekarang,
talian telefon pun sudah dipotong.
Bagaimana dengan pihak media luar?
Hari ni hari perbicaraan Kim Jae-kyu. Mereka semua pergi ke sana.
Tetapi kerajaan sedang memerhatikan mereka.
Mereka tidak boleh bergerak sesuka hati.
Awak perlu berhati-hati.
Pertama sekali saya perlu pergi ke Gwang-ju...
Bersendirian?
Tetapi bagaimana awak nak ke sana?
Bagi lelaki yang begitu paranoid tentang keretanya,
bagaimana awak nak memecahkan cermin?
Lelaki tak guna. Dia lari selepas melanggar kereta saya.
Kenapa jadi pelajar jika tak boleh jadi manusia yang bersopan santun?
Baiklah. Saya hanya akan mengenakan bayaran 5,000 won, okey?
Apa? Ambil sahajalah 4,000. Saya sudah penat hari ni.
Bertimbang rasalah sedikit! Kenapa kedekut sangat?
Dan buat pemeriksaan kereta selalu. Bunyi enjin sudah lain macam.
Pemeriksaan? Saya periksa kereta saya setiap hari.
Selepas 600,000 km, kereta ini dah melepasi tarikh luput.
Jaga-jaga dengan kereta saya!
Kalau baiki selepas sudah rosak, lagi tinggi kosnya.
Jangan berikan saya nasib buruk! Saya sudah marah ni.
Jadi, 3,000 won.
Ini sungguh tak adil! Awak tahu tak kos alat ganti kereta berapa harganya?
- Buangkan yang ini? - Tak boleh. Saya akan gunakannya kemudian.
Biarkannya.
Tak guna!
Hei, apa yang awak lakukan?
Tuhanku, awak sungguh menyedihkan.
Menyedihkan?
Jadi, budak-budak tu bergaduh lagi?
Saya sudah memarahi Sang-gu.
Puan! Di sini!
- Apa? - Satu bahagian lagi untuk kita.
Tidak, saya tak mengapa. Tidak mengapa!
Kenapa tidak? Saya cakap saya yang akan bayar.
Jangan jadi bodoh, saya akan bayar.
No comments yet. Be the first to leave one.