نخستین 200 خط.
Unit 6, jawab. Bila anggaran kamu tiba?
Dalam lima minit. Merentasi jambatan sekarang.
Bila kamu tiba, turunkan pasukan dan bersedia menerima arahan.
Arahan diterima.
Kau rasa kenapa mereka suruh kita guna kelengkapan ini?
Walau apapun ia,
ia cukup serius untuk panggil kita yang tak bertugas ini.
Tak gunalah, Dylan, kita patut dah ada di San Fran sekarang,
makan ketam dan minum bir.
Frisco takkan ke mana-mana, JJ.
Kita habiskan misi ini dulu.
Kita dah hampir tiba di Bandar Raccoon, jadi dengar sini.
Bandar itu dalam perintah berkurung.
Arahannya adalah untuk bantu pemindahan eksekutif Syarikat Umbrella
dan pegawai kerajaan sahaja.
Tiada orang awam.
Saya ulang. Tiada orang awam.
Macam mana kalau mereka cuba lepasi kami?
Kamu dibenarkan untuk tembak dan bunuh.
Seriuslah?
Saya mahu barisan di hadapan trak.
Pantas. Gerak. Gerak.
Ini amaran kepada semua orang awam.
Kembali ke rumah kamu semua dan berlindung di sana.
Saya ulang, kembali ke rumah kamu semua.
Apa yang sedang berlaku?
Itu yang aku nak tahu.
Bersedia.
Seorang eksekutif Umbrella sedang masuk.
Rapatkan kedudukan dan peka.
Mereka memberontak! Sedia senapang. Tembak atas arahan saya.
Tak guna. Sakitlah!
Mereka dah hancurkan Ketua!
Kenapa dengan orang-orang ini?
Mereka robek tubuh dia.
Mereka ada penyakit anjing gila ke apa.
Mereka ambil tubuh dia dan... - Musibat!
Aku dah hentikan pendarahannya.
Kau bertahan saja, baik? Kami panggil untuk pemindahan.
Carl. Carl.
Carl?
Diterima.
Kami berhasil memindahkan yang cedera di tempat selamat.
Kami perlukan pemindahan atau mereka... - Mereka dah dijangkiti.
Maaf, dijangkiti?
Disahkan. Kuarantin mereka dan tunggu arahan selanjutnya.
Kamu mahu kami buat apa?
Apa yang kau buat ini?
Kau tak boleh kurung mereka di dalam.
Kita kena bawa mereka ke hospital. Sekarang.
Ibu Pejabat kata kita perlu kuarantin mereka dan tunggu arahan.
Kuarantin?
Unit 6, jawab.
Sesiapa di Bandar Raccoon yang dijangkiti
mesti ditembak serta merta. Tiada pengecualian.
Walaupun orang kita.
Kamu mahu kami bunuh pasukan kami?
Hapuskan tanpa belas kasihan.
Kemudian kami hantar pasukan pemindahan. Tamat.
Jangan. Tidak.
Kita kena buat. - Kau dah gila ke?
Itu pasukan kita. Kau tak boleh bunuh mereka.
Kalau kita tak bunuh, mereka takkan datang.
Ini mesti suatu kesilapan.
Mereka hanya perlukan doktor atau sesuatu!
Mereka perlukan bantuan!
Jangan buat! Kau akan menyesal nanti!
Aku akan lebih menyesal kalau mereka terlepas!
Hentikan!
PULAU KEMATIAN
Jadi, ada apa dengan si Dr. Antonio Taylor ini?
Dia dikehendaki atas perisikan dan membantu musuh negara.
Pihak Polis San Francisco hantar SWAT ke lokasi terakhirnya,
tapi mereka diserang oleh kumpulan yang tak dikenali
dengan senjata api yang banyak.
Walau siapa pun mereka, mereka ada Taylor sekarang.
Itu mesti tak bagus.
Lebih teruk sebenarnya.
Dia terlibat dalam penyelidikan sulit bagi ketenteraan kita.
Dan sekarang ejen asing juga sedang memburu dia.
Kami perlu dia ditahan segera. Macam, semalam patutnya.
Kau suka gesa aku, bukan?
Kami tahu jalan yang van itu ambil.
Kalau kiraan kami betul,
ia patut melintasi kau dalam seminit.
Mereka awal.
Tak guna.
Aku sayang motorsikal itu.
Bau tengiklah.
Tengoklah itu!
Tumpang lalu.
Hei. Awak dari bandar?
Ya. Siapa awak?
Claire Redfield dari TerraSave.
Saya William Gunnar. Bahagian Ikan dan Hidupan Liar.
Terima kasih kerana datang.
Ada sebuah penjejak TerraSave pada paus ini,
jadi kami fikir awak mahu tahu tentangnya.
Uh... Adakah kumpulan awak macam,
sebuah badan perlindungan alam sekitar ke apa?
Sebenarnya kami badan bukan kerajaan
yang bantu mangsa keganasan bio.
Huh.
Pelik.
Apa-apa sajalah.
Sekurang-kurangnya ada orang nak bantu uruskan keadaan ini.
Gigitan ini sangat besar.
Gigitan jerungkah?
Tak. Mereka tak cari pasal dengan paus pembunuh.
Lagipun, jejari gigitan ini sangat besar.
Tiada jerung yang boleh lakukan sebegini.
Jill, jawab.
Ini Jill.
Berdasarkan laporan pertama,
ini nampak seperti situasi senjata bio.
Sekat jalan itu dan tunggu bantuan.
Terlambat. Aku dah masuk.
Memeriksa kalau ada yang terselamat. - Jangan terburu-buru.
Tunggu bantuan. Itu arah...
Selamat!
Bilik selamat. Berkumpul semula!
Jangan bergerak!
Turunkan senjata.
Dia dengan saya.
Kenapa kau masuk sendirian? - Aku takkan tunggu bantuan
bila ada kemungkinan yang seseorang dalam bahaya.
Yalah, tapi...
Hai, Rebecca. - Hei, Chris.
Mana Jill?
Aku suruh dia tulis laporan pasal malam tadi.
Ah. Aku faham. Hukuman.
Jangan nak ke situ.
Apapun, bandar ini sekarang ada 12 kes
yang sama dengan malam tadi.
Ujian-ujian kau ada temukan apa-apa?
Ya, mereka semua dijangkiti
dengan versi T-Virus yang telah diperelok,
dan mereka semua ada kesan suntikan.
Tiada gigitan? Hm-mm.
Tiada yang digigit, cuma mangsa mereka.
Dan mangsa mereka tak bertukar. Mereka mati disebabkan luka mereka.
Dari apa yang yang aku boleh agak setakat ini,
virus ini tak disebarkan melalui zarah di udara atau air liur.
Jadi ini sesuatu yang baru.
Kita kena halang dalang di sebalik ini.
Dengan pantas.
Jill tak digigit, bukan?
Cuma bertindak gelojoh, macam biasa.
Kenapa kau nak risau sangat?
Kau fikir kau seorang saja
dibenarkan untuk bahayakan nyawa untuk selamatkan orang lain?
Apa?
Setelah apa yang dia lalui,
akhirnya dia dah kembali ke lapangan.
Kalau dia bertindak gelojoh, macam kau kata,
itu mungkin sebab dia cuba untuk tebus kembali
atas apa yang dah berlaku pada dia.
Maksud kau, macam mana Wesker basuh fikiran dia
dan buat dia memburu kita?
Tiada siapa salahkan Jill pasal hal itu.
Tiada siapa.
Kecuali Jill.
Apa cerita?
Aku mahu lucutkan kau dari kes ini.
Kau perlukan masa untuk berehat.
Kau bergurau ya.
Memang bagus kau dah kembali.
Aku cuma tak mahu kau paksa sangat diri kau.
Kau dah lalui banyak perkara.
Waktu minda aku dikawal oleh Wesker,
apa yang aku mahu hanyalah membunuh kau.
Kau orang semua.
Aku sedar, tapi aku tak boleh halang diri aku.
Ia macam hidup dalam mimpi ngeri.
Kadangkala...
mimpi ngeri itu tak hilang.
Dan kalau kau tak hati-hati, ia akan menelan kau.
Aku tak apa-apa sekarang.
Jangan risau pasal aku.
Ada seorang ini bernama Piers.
Aku mahu dia ambil alih kedudukan aku.
Aku percayakan dia, dan dia percayakan aku.
Dia berjuang di samping aku, kemudian...
dia mati demi menyelamatkan aku.
Kita perlu bersedia untuk mati sewaktu bertugas.
Itu sebahagian daripada kerja ini.
Tapi terburu-buru masuk macam kau buat malam tadi,
kau bukan saja bahayakan nyawa kau.
Sejujurnya,
aku mungkin akan buat perkara sama seperti kau.
Sebab itu kerja kita ini sukar.
Kita terpaksa pertimbangkan hal seperti itu. Sentiasa.
Kita berada dalam perjuangan ini sangat lama sampai dah lali.
Jadi kita kena lebih berhati-hati sekarang.
Sebab kalau tidak,
kelalian itu...
akan meresap dalam jiwa kita.
Orang yang tak bersalah diracuni dan digunakan sebagai senjata.
Orang yang buat begitu memang dah tiada jiwa.
Dan kalau kita mahu halang mereka,
No comments yet. Be the first to leave one.