نخستین 141 خط.
Anna. Elsa.
Masa tidur tak lama lagi.
Uh-oh. Puteri itu terperangkap
dalam sihir jahat goblin salji.
Cepat, Elsa! Buatkan seorang putera! Yang kacak!
Oh, tidak! Putera itu terperangkap juga.
Siapa peduli akan bahaya
bila adanya cinta?
Ugh, Anna. Bleugh!
Ciuman takkan selamatkan hutan itu.
Pari-pari yang sesat itu berteriak.
Bunyi apa yang zirafah keluarkan?
Tak apalah.
Mereka mengejutkan permaisuri pari-pari itu...
yang meleraikan jampi itu dan selamatkan semua orang!
Dan mereka semua berkahwin!
Apa yang awak berdua main tu?
Hutan Ajaib.
Putera dan puteri...
Hmm. Itu bukan seperti hutan ajaib yang ayah pernah lihat.
Ayah pernah lihat hutan ajaib?
Nanti dulu, apa?
Ayah pernah. Sekali.
Dan ayah tak pernah beritahu kami sebelum ini?
Ayah boleh beritahu awak sekarang, kalau awak...
- Okey. Sekarang. - Beritahu kami sekarang.
Awak pasti pasal ni?
Dah tiba masa untuk mereka tahu.
Mari buat orang salji yang besar kemudian.
Kalau mereka boleh duduk diam dan dengar.
Di tempat yang jauh...
di utara sana...
teguhnya berdiri sebuah hutan yang sangat tua dan sangat ajaib.
Tapi magiknya bukan datang dari
sihir goblin atau pari-pari yang sesat.
Ia dilindungi oleh roh yang paling kuat...
dari udara...
api...
air...
dan tanah.
Tapi ia juga kediaman
bagi penghuni misteri Northuldra.
Northuldra tu ajaib ke, macam saya?
Tidak, Elsa. Mereka bukan ajaib.
Mereka cuma menggunakan kelebihan Hutan itu.
Cara hidup mereka sangat berbeza dari kita...
tapi masih, mereka menjanjikan kita persahabatan.
Atas penghormatan itu,
atuk awak, Raja Runeard,
binakan untuk mereka sebuah empangan yang kukuh...
untuk menguatkan sistem perairan mereka.
Ia merupakan hadiah keamanan.
Itu adalah hadiah keamanan yang besar.
Dan ayah sungguh gembira
untuk pergi ke Hutan itu bagi meraikannya.
Berdiri tegak, Agnarr.
Ayah tidak bersedia
terhadap peristiwa yang akan berlaku hari itu.
Kami kurang berwaspada.
Kami terpesona.
Whoa. Whoa!
Ia rasa sungguh...
ajaib.
Tapi ada sesuatu yang tak kena.
Mereka menyerang kita.
Duduk belakang saya.
Ia pertarungan yang ganas.
Atuk awak...
Ayah!
...tewas.
Aah!
Pergaduhan itu membuat roh-roh itu mengamuk.
Jaga-jaga!
Mereka gunakan magik terhadap kami semua.
Ada suatu suara ini...
...dan seseorang selamatkan ayah.
Ayah diberitahu yang roh itu telah lenyap.
Dan kabus yang tebal menutupi Hutan itu.
Menghalang semua orang masuk.
Dan pada malam itu, ayah pulang sebagai Raja Arendelle.
Whoa, Ayah, itu memang epik.
Siapa jua yang selamatkan ayah,
saya sayang mereka.
Ayah harap ayah tahu siapakah ia.
Apa yang berlaku pada roh-roh itu?
Apa yang ada dalam Hutan itu sekarang?
Ayah tak tahu.
Kabus itu masih kekal.
Tiada siapa boleh masuk.
Dan tiada seorang yang keluar sejak itu.
Jadi kita selamat.
Ya.
Tapi Hutan itu boleh terjaga lagi.
Dan kita mesti bersedia untuk apa jua bahaya darinya.
Dan untuk itu,
apa kata kita ucapkan selamat malam kepada ayah awak?
Tapi saya masih ada banyak sangat soalan.
Simpan untuk malam yang lain, Anna.
Awak tahu saya tiada kesabaran seperti itu.
Lagipun kenapa Northuldra serang kita?
Siapa yang serang orang yang bagi mereka hadiah?
Ibu rasa Hutan itu akan terjaga lagi?
Hanya Ahtohallan yang tahu.
Octa-siapa?
Waktu ibu kecil...
nenek awak selalu nyanyikan sebuah lagu
tentang sebatang sungai yang istimewa dipanggil Ahtohallan...
yang dikatakan ada semua jawapan bagi masa silam.
Tentang asal usul kita.
Wow.
Boleh ibu nyanyikan untuk kami? Tolong?
Okey.
Peluk erat-erat.
Dekat dengan ibu.
- Tuanku. - Oh!
Mereka dah sedia.
Maafkan saya.
Saya datang.
Awak dengar tak tu?
Apa?
Tak apalah.
Menikmati kawasan baru awak, Olaf?
Saya cuma menikmati impian ini, Anna.
Betapa saya berharap
- ini akan kekal selamanya. - Mmm.
Tapi, perubahan itu mengejek kita dengan kecantikannya.
Apa tadi tu?
Maafkan saya. Kematangan membuatkan saya berpuitis.
Beritahu saya, awak tu lebih dewasa dan tahu segalanya...
awak pernah risau pasal anggapan bahawa...
tiada apa yang kekal?
Uh... Tak.
Sungguh?
Wow, saya tak sabar untuk menjadi purba seperti awak...
supaya saya tak perlu lagi risau pasal perkara yang penting.
Bukan itu maksud saya.
Saya tak risau kerana...
saya ada awak dan Elsa dan Kristoff dan Sven...
dan gerbang itu terbuka luas...
dan saya tak bersendirian lagi.
Oh!
No comments yet. Be the first to leave one.