نخستین 200 خط.
Masih berbisa.
[ Berdasarkan novel "Misery" oleh Stephen King ]
Apa itu?
Kawan lama.
Saya sedang selongkar bilik stor, dan di situlah ia terbiar.
Cantiklah, Paul.
Ia ada perwatakan.
Waktu saya tulis buku pertama saya, saya selalu membawanya dalam beg ini
sambil mencari pihak penerbit.
Saya seorang penulis dahulu. - Awak masih lagi.
Saya dah lama tak jadi penulis sejak terlibat dengan bisnes Misery .
Bukan bisnes yang teruk.
Dan ia masih akan berkembang juga.
Cetakan pertama untuk Anak Misery adalah yang terbanyak, lebih sejuta.
Marcia, tolonglah.
Watak Misery Chastain dah biayai pendakap gigi anak awak
dan menampung dia masuk kolej,
belikan awak dua buah rumah dan tempat duduk terbaik di Knicks.
Terima kasih apa yang dia dapat? Awak pergi bunuh watak dia.
Saya tak pernah berniat menjadikannya kehidupan saya.
Kalau saya tak padam dia sekarang, saya akan tulis pasal dia selamanya.
Sekarang saya akan bertolak ke Colorado untuk cuba tamatkan buku baru itu.
Kalau saya boleh siapkan buku ini,
saya mungkin ada sesuatu untuk ditulis pada batu nisan saya.
Saya peminat nombor satu awak.
Tiada apa perlu dirisaukan.
Awak akan baik-baik saja.
Saya akan jaga awak dengan baik.
Saya peminat nombor satu awak.
Di mana saya?
Kita cuma di luar Silver Creek.
Dah berapa lama?
Dah dua hari awak di sini.
Awak takkan apa-apa.
Nama saya Annie Wilkes.
Peminat nombor satu saya.
Ya. Betul itu.
Saya juga seorang jururawat.
Nah. Makan ini.
Nah.
Apakah ini?
Ia dipanggil Novril. Untuk kesakitan awak.
Terima kasih.
Kenapa pula saya bukan dalam hospital?
Ribut salji terlalu kuat. Saya tak berani bawa awak ke sana.
Saya cuba hubungi hospital, tapi talian telefon mati.
Awak jangan susahkan diri awak.
Awak harus berehat.
Awak hampir mati.
Buka mulut.
Kaki-kaki awak berlagu macam opera bila awak gerakkannya, bukan?
Ini takkan sakit selamanya, Paul. Saya janji pada awak.
Adakah saya akan boleh berjalan? - Mestilah.
Dan lengan awak akan pulih juga.
Dislokasi bahu awak sangat teruk.
Ia agak degil, tapi saya dapat betulkan akhirnya.
Yang saya paling bangga adalah kerja yang saya buat pada kaki itu.
Melihatkan apa yang saya ada di rumah saya,
saya tak rasa ada doktor yang boleh buat lebih baik.
Ia tidaklah seteruk yang dilihat.
Awak alami keretakan terbuka pada tibia di kedua belah kaki,
dan fibula di kaki kanan retak juga.
Saya boleh dengar tulang itu bergerak, jadi lebih baik jangan gerakkan kaki awak.
Dan sebaik saja jalan dah buka, saya akan bawa awak ke hospital.
Sementara itu, akan ambil masa untuk awak sembuh,
dan saya anggap ini satu penghormatan yang awak pulih dalam rumah saya.
Ini Marcia Sindell, saya memanggil dari Bandar New York.
Saya mahu bercakap dengan Ketua Polis Silver Creek atau Syerif.
Yang mana satu awak mahu? - Sesiapa yang tak sibuk.
Saya pasti mereka berdua tak sibuk, Cik Sindell, memandangkan ianya saya.
Saya juga adalah Presiden Persatuan Kebajikan Anggota Polis,
Pengerusi Dana Persaraan Anggota Peronda,
dan kalau awak perlukan panduan memancing, saya boleh beri juga.
Panggil saya Buster, semua panggil begitu.
Apa boleh saya bantu?
Saya seorang ejen sastera, dan saya rasa dungu menghubungi awak,
tapi saya rasa salah seorang klien saya, Paul Sheldon,
mungkin ditimpa suatu musibah.
Maksud awak Paul Sheldon si penulis itu?
Dia klien awak, huh? - Ya, benar.
Semua orang memang suka buku-buku Misery itu.
Ya.
Saya pasti awak tahu Paul datang ke Rumah Tumpangan Silver Creek selama bertahun-tahun
untuk selesaikan buku-bukunya.
Saya difahamkan dia berada di sini sejak enam minggu lepas.
Tidak juga.
Saya baru saja hubungi pihak sana dan mereka...
Mereka kata dia dah daftar keluar Selasa lepas. Agak aneh, bukan?
Entahlah. Adakah dia biasa hubungi awak sebelum keluar dari hotel?
Tidak. Tidak, mestilah tidak.
Cuma anak perempuannya tak dengar khabar daripada dia,
sebab bila dia ada buku baru, biasanya dia berhubung.
Jadi bila tiada khabar daripada dia, saya...
Awak fikir dia mungkin hilang, huh?
Saya benci yang saya buat panggilan ini. Katalah yang saya hanya terlalu risau.
Oh, mungkin agak terlalu memanjakan,
tapi beginilah yang saya akan buat.
Tiada apa dilaporkan di sini, tapi saya akan semak dalam sistem kami,
dan jika ada apa-apa, saya akan hubungi semula.
Saya hargainya. Terima kasih banyak.
Selamat tinggal, Cik Sindell.
Kita dapat panggilan telefon? Pagi yang sibuk.
Ya. Kerja, kerja, kerja.
Virginia, bilakah ribut salji itu?
Selasa lepas. Kenapa?
Tiada sebab.
Agaknya ia seperti keajaiban, awak menjumpai saya.
Taklah, bukan keajaiban pun.
Boleh dikatakan saya mengekori awak. - Awak mengekori saya?
Bukannya rahsia pada saya yang awak menetap di Silver Creek,
memandangkan saya peminat nombor satu awak.
Ada beberapa malam saya singgah di sana dan duduk di luar
dan lihat ke arah cahaya dalam kabin awak,
dan saya cuba bayangkan keadaan dalam bilik penulis terhebat dunia.
Sebut bahagian akhir itu sekali lagi. Saya tak dengar.
Jangan bergerak sekarang. Saya tak mahu melukakan leher awak.
Tengah hari itu,
saya dalam perjalanan pulang,
dan di situlah awak, meninggalkan rumah itu.
Dan saya hairan kenapa seorang genius sastera akan memandu
bila ada ribut besar datang.
Saya tak tahu ada ribut besar akan datang.
Jadi bertuahlah awak sebab saya tahu.
Bertuah bagi saya juga.
Sebab sekarang awak masih hidup dan awak boleh tulis lebih banyak buku.
Oh, Paul, saya dah baca semua karya awak.
Tapi novel-novel Misery . Saya hafal semua. Kelapan-lapannya.
Saya sangat cintakannya.
Awak sangat baik hati. - Dan awak sangat bijak.
Licin seperti bayi.
Semua dah selesai. - Terima kasih.
Awak rasa bila talian telefon akan elok?
Saya harus hubungi anak saya, dan saya mahu hubungi ejen saya di New York
dan beritahu dia yang saya masih hidup.
Tak lama lagi dah.
Sebaik saja jalan dah buka, talian telefon akan kembali sediakala.
Kalau awak beri saya nombor mereka, saya akan cuba hubungi untuk awak.
Terima kasih.
Boleh saya minta sesuatu pada awak?
Saya perasan dalam beg bimbit awak ada sebuah buku baru Paul Sheldon,
dan saya tertanya kalau mungkin...
Awak mahu membacanya? - Kalau awak tak kisahlah.
Saya sememangnya ada peraturan ketat
tentang siapa yang baca karya saya pada tahap awal ini.
Penyunting saya, ejen saya,
dan sesiapa saja yang selamatkan saya daripada mati kesejukan dalam kereta rosak.
Awak takkan sedar betapa istimewa keizinan awak ini.
Aduhai, kesakitan awak datang setiap masa.
Saya akan bawakan Novril awak, Paul.
Maafkan saya berceloteh panjang dan buat awak rasa sakit.
Apa tajuk buku baru awak ini?
Saya belum ada tajuk lagi.
Ia mengenai apa?
Entahlah.
Saya tahu susah nak percaya, tapi saya dah lama tak tulis apa-apa selain Misery .
Apa kata awak membacanya?
Dan awak boleh beritahu saya ia mengenai apa.
Mungkin awak boleh fikirkan tajuknya.
Macamlah saya boleh buat begitu.
Tiada apa yang aneh tentang pemergian En. Sheldon, Buster.
Awak boleh lihat dari champagne itu. - Mungkin boleh, Libby.
Dia selalu pesan sebotol Dom Perignon bila dia dah sedia bertolak.
Kemudian dia bayar dan keluar dari sini.
Tiada panggilan telefon jarak jauh atau bungkusan Federal Express?
Apa saja yang di luar kebiasaan?
Saya tak rasa En. Sheldon suka keadaan berada di luar kebiasaan.
Walaupun dia itu terkenal dan sebagainya,
dia tak berlagak.
Memandu ke sini dari New York dalam kereta yang sama setiap kali.
Sebuah Mustang '65. Dia kata itu bantu dia berfikir.
Dia sentiasa jadi tetamu yang baik.
Tak pernah buat bising. Tak pernah ganggu sesiapa.
Saya memang berharap tiada apa berlaku padanya.
Saya pun sama.
Saya yakin kereta Mustang itu sedang tiba di New York sekarang.
Saya pasti awak benar. Terima kasih, Libby. - Gembira membantu.
Saya tahu saya baru baca 40 halaman dari buku awak itu, tapi...
Tapi apa?
Tiada apa. - Tak, tak, tak. Apa dia?
Mengarutlah.
Siapalah saya untuk kritik seseorang seperti awak?
Tak mengapa, saya boleh mendengar.
Jadi, ia ditulis dengan sangat bagus.
Tapi semua yang awak tulis memang sangat bagus.
Agak sukar diterima, huh?
Kata-kata kesat itu, Paul.
Itu dia, saya dah sebut.
Ya. Kata-kata keji itu mengganggu awak.
Ia tiada kemuliaan.
Ini budak-budak miskin.
Saya dahulu budak miskin.
Semua orang berkata begitu. - Mereka tidak!
Awak fikir apa saya kata bila saya pergi ke kedai makanan haiwan di pekan?
"Sekarang, Wally, bagi saya seguni makanan khinzir celaka itu
"dan 10 paun jagung lembu bedebah itu!"
Dan di bank, ada saya kata pada Puan Bollinger,
"Nah, ambil cek besar nak mampus ini, bagilah duit awak musibat"?
Itu dia! Nampak! Nampak apa awak dah buat saya lakukan?
Oh, Paul, maafkan saya.
Minta maaf sangat.
No comments yet. Be the first to leave one.