نخستین 200 خط.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
PARIS
BERDASARKAN NOVEL THE PERFECT MOTHER KARYA NINA DARNTON
BERLIN
Hai.
Maaf, saya terlambat.
Kami tunggu ayah untuk tiup lilin.
Saya akan panaskan pinggan awak.
Malam Ahad. Saya ingat banyak masa.
Lebih lama daripada jangkaan.
Komplikasi semasa pembedahan. Maaf.
Pesakit awak pula?
Dia bagaimana?
Farida?
Pesakit yang awak bedah?
Demamnya dah kebah. Dia akan okey.
Mari makan kek. Saya ada peperiksaan.
- Selamat hari lahir, Hélène - Selamat hari jadi, mak
Selamat hari jadi
Serta segala kebahagiaan
Selamat hari jadi, mak.
Terima kasih.
Semoga berbahagia selalu, sayang.
- Jom ambil swafoto untuk Anya. - Ya.
Sempurna.
Baiklah, sekarang.
- Boleh kamu potongkan kek? - Ya.
Tak, bukan pisau itu.
Ini dia!
Matthias! Ia…
Kenapa? Ia keterlaluan. Saya tak biasa memakainya.
Untuk awak miliki, bukan dipakai.
Jadi, apa gunanya?
Lukas…
Seandainya saya tak cukup bersyukur. Semua yang kita ada. Keluarga kita.
Terima kasih, ayah. Kini saya seperti si dungu.
- Kenapa? - Ini dia.
Cantiknya!
Mungkin tak begitu cantik,
tapi saya buat sendiri.
Mak suka. Terima kasih, sayang.
Usah risau. Dia akan telefon pagi nanti.
MAK
- Hei, Mia. - Hai!
Masuklah.
- Selamat pagi! - Helo, Mia.
- Tak gementar hari ini? - Memadai.
- Hai, Mia. - Selamat pagi.
Mak bekalkan kamu bar bijirin.
- Saya akan mesej nanti. - Okey.
- Sayang mak. - Semoga berjaya.
Terima kasih.
BERLIN
Rupanya kamu masih ingat mak kamu.
Polis nak bercakap dengan saya.
Kejadian serius berlaku. Apa saya nak buat?
Sebentar, mak tak faham.
Perlahan-lahan. Apa dah jadi?
Ada orang dah mati.
Mati?
Siapa yang mati?
Ayah di sini. Mak buka pembesar suara. Dia boleh dengar.
Seorang lelaki. Saya tak kenal.
- Saya… - Kamu cedera?
Ini bukan tentang saya.
Saya bersama dia. Saya minum beberapa gelas dan tertidur. Setelah tersedar…
ada darah di semua tempat.
Dia dah mati.
Kamu di mana, Anya?
- Bagaimana kamu kenal dia? - Dia pelajar universiti.
Polis dapat nombor saya melalui adiknya. Saya ikut dia balik rumah.
Namanya Damien.
Polis nak soal saya. Apa saya patut cakap?
Saya di luar balai polis.
Mak akan segera ke sana. Kami ada untuk kamu.
Saya rasa mereka fikir saya bunuh dia.
Kamu tiada kaitan dengannya. Semua akan okey.
Berikan maklumat yang kamu tahu. Tak perlu sembunyi apa-apa.
Saya nak pulang.
Saya akan ambil kamu. Kita akan pulang bersama.
Saya takut.
Dengar, Anya. Kami ada. Okey? Teruskan. Kami ada bersama kamu.
Kami tunggu di panggilan.
POLIS
Begitulah. Teruskan.
Saya dah masuk.
Pasti itu dia.
- Sial. Itu dia? - Ya.
Saya Anya Berg.
- Buat panggilan? - Ya. Mak ayah saya di talian.
Awak sudah dewasa. Beri kepada saya.
Apa dia cakap ?
Awak diletakkan dalam tahanan polis
berkaitan pembunuhan Damien Carnau.
Balai ini di presint 17.
Mak sayang kamu.
Saya pergi dulu.
Ada penerbangan pukul 10.20. Saya akan beli dua tiket.
Jangan. Lukas ada peperiksaan.
Awak nak pergi sendirian?
Pesakit awak bagaimana? Pembedahan berisiko itu. Farida?
Saya akan telefon dari lapangan terbang.
Awak akan ke rumah mak awak?
Kami akan pulang malam ini.
Lukas, ini mak.
Mak perlu ke Paris untuk jumpa Anya. Ada hal. Kakak kamu tak apa-apa.
Ayah kamu akan jemput kamu selepas peperiksaan untuk jelaskan.
Mak akan segera pulang. Mak sayang kamu.
Terima kasih.
POLIS
Anya Berg. Saya maknya. Saya nak jumpa dia.
Ya. Anya Berg. Sila tunggu sebentar.
Saya telah cedera.
Baju saya berdarah. Saya tak nak simpan.
Awak dah buang baju awak?
Ya. Berhampiran stesen kereta api.
Kenapa saya bergelut untuk faham?
Bantu saya.
Kenapa tak telefon polis?
Telefon saya di ruang tamu.
Bila awak keluar? Bila awak dapatnya semula?
Saya terdengar bunyi.
Saya sangka dia masih di sana. Saya berlari keluar.
Siapa "dia"? Pengedar Damien?
Ini kali kelima awak tanya saya.
Bagaimana awak pasti pengedar itu bunuh Damien?
Awak terkunci di bilik air.
Siapa lagi?
Saya dan Damien sedang…
Berasmara?
Awak tak boleh cam dia?
Cahaya suram.
Maafkan saya.
Dia pukul saya.
Anak awak seorang dewasa yang sah.
Cuma peguam yang boleh jumpa dia.
- Okey, jadi… - Puan! Tolong kembali!
Puan! Awak tak dibenarkan masuk.
- Dia anak saya. Saya nak jumpa dia. - Jangan…
- Izinkan saya. - Puan.
- Bertenang. - Saya mak Anya Berg.
Saya nak jumpa dia.
- Saya maknya. - Kawasan larangan. Awak tak boleh masuk.
- Tunggu. Puan! - Dia anak saya!
Sayang, mak di sini. Tak apa.
Anak awak dalam tahanan.
Dia tak buat apa-apa.
Awak tak boleh di sini.
- Saya iring awak keluar. - Mak ada.
Mana peguam? Awak tak boleh soal tanpa peguam.
Dia menolaknya beberapa kali.
Saya akan dapatkan peguam.
Takkan…
Anak saya takkan buat…
Dia terlibat dalam kes homisid. Siasatan baru bermula.
Jika nak bantu dia, dapatkan peguam.
Helo.
- Helo. - Saya nak bercakap dengan En. Duc.
- Saya perlukan peguam. - Boleh.
Jadualnya padat sepanjang hari. Perbicaraan mahkamah esok pagi.
Ada kekosongan 2.00 petang esok.
Saya nak jumpa sekarang, jika boleh.
Beritahu dia saya Hélène Berg.
Jangan, sebut Hélène Journault.
- Dia kenal. - Saya dah cakap.
- En. Duc sibuk… - Ana?
Ana, Baratier ada telefon hari ini?
Helo, Vincent.
Alamak.
Hélène.
Apa tujuan kunjungan ini?
Maaf datang seperti ini.
Saya perlu bantuan awak.
Mari.
Berkaitan anak saya, Anya.
Dia ditahan di balai polis.
Mereka persoalkan dia tentang pembunuhan.
Saya nampak gambar itu. Ngeri. Kita perlu keluarkan dia.
Darah di semua tempat.
Awak dapat jumpa dia?
Ya. Tak.
Mereka tak benarkan kami bercakap.
Dia berada di tempat kejadian.
Dia belajar di Assas, Paris. Usianya 20 tahun.
Dia sendirian, buntu. Dia tak faham kehendak polis.
Saya perlukan peguam.
Saya harap kita bertemu dalam situasi berbeza…
Ya. Saya juga.
Tiada berita selama 25 tahun.
Tak mengapalah.
- Ana? - Ya?
Batalkan semua janji temu saya.
Baiklah.
Terima kasih.
Bukan, dalam darah.
- Nanti saya ambilkan kopi. - Okey.
Anya sedang diperiksa doktor. Dia tak apa-apa.
Mereka sedang geledah biliknya.
- Untuk sahkan penyataannya. - Dia tak bersalah.
Kenapa dia tak dibebaskan?
No comments yet. Be the first to leave one.