Suits

Suits (슈ì¸)

دانلود زیرنویس Malay

هماهنگ با نسخه‌های زیر

슈츠ㅡSuits-E07 180516 HDTV H264-NEXT-VIU
ناشر Nasrull07
Ep. 7 [VIU Ver.] Sub by VIU Synced for NEXT. Enjoy.... ;)

برچسب‌ها

HDTV
hdtv
TS
HD
تاریخ انتشار: 2018-05-28
تعداد دانلود: 34
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

sync NaSrul

sync NaSrul

(Berdasarkan siri "Suits" oleh NBC Universal.)

(Berdasarkan karakter yang dicipta oleh Aaron Korsh.)

Pendakwa raya.

Boleh awak teruskan?

(Adakah sarung benar-benar tidak penting...)

(untuk pisau yang dipanggil keadilan?)

Peguam bela, adakah awak akan teruskan?

Peguam bela?

Tidak.

Itu sahaja, yang arif.

Peguam bela telah berikan kenyataan penutupnya,

jadi perbicaraan akan ditutup sekarang.

Defendan adalah pemenang bagi perbicaraan latihan ini.

Mahkamah bersurai.

Go Yeon Woo.

Saya harapkan lebih dari awak...

tapi awak sangat naif dan juga lemah.

Adakah awak okey?

Jangan bimbang. Saya akan fikirkan jalannya.

Terima kasih kerana datang hari ini.

Jangan sebut tentang itu.

Tapi, Yeon Woo, kenapa awak lakukannya?

- Lakukan apa? - Sehingga ke akhirnya...

Tidak mengapa.

Yeon Woo, awak lelaki yang baik. Sudah tentu awak akan lakukannya.

Awak patut pergi.

Apa? Ya.

Awak boleh belikan makanan untuk saya lain kali.

Ia perbicaraan latihan.

Apa yang awak boleh buktikan dengan menyakiti orang lain...

- semasa perbicaraan latihan? - Tidak.

Awak baru sahaja buktikan...

kepada semua rakan kongsi di sini termasuk saya,

yang awak belum cukup cekap atau layak...

untuk menjadi sebahagian dari Kang dan Ham.

Apa kecekapan dan kelayakan yang Kang dan Ham cari?

Adakah jika kaya dan berkuasa...

Tidak.

Adakah jika seseorang sanggup membayar dengan banyak,

awak perlu ambil kes itu dan memenanginya...

tidak kira siapa klien itu dan apa yang mereka lakukan,

dengan menjadi hipokrit bagi setiap kes?

Dan menjadi seorang pakar seperti awak?

Saya tidak penah minta atau mahu awak menjadi seperti saya.

Awak tidak boleh jadi seperti saya walaupun jika awak mahu.

Awak betul.

Bagaimanapun,

saya lebih ingin menjadi peguam yang boleh...

menyelamatkan seseorang dalam hidupnya,

daripada menjadi seorang peguam...

yang sanggup mengorbankan orang lain untuk menang.

Saya setuju yang saya seorang peguam yang sangat cekap,

tapi bagaimana dengan cakap besar awak...

yang mahu melindungi seseorang dengan mutu dan keadilan awak?

- Saya tidak yakin tentang itu. - Kenapa tidak?

Kerana saya palsu dan penipu?

Tidak.

Tidak penting jika awak palsu atau tidak.

Jika awak biar emosi menguasai diri,

awak takkan dapat melindungi sesiapa.

Jika awak tidak yakin, jangan keluarkan senjata awak.

Tapi jika awak keluarkannya, awak perlu menjatuhkan mereka.

Awak perlu lakukan salah satunya.

Awak masih tidak faham...

bagaimana untuk lakukan keputusan dan pilihan yang tepat.

Bagaimana awak mahu menyelamatkan orang?

Cik Kim.

Ada...

Ada alasannya.

Saya minta maaf.

Saya terlalu fokus untuk menang.

Saya bukan bercakap tentang awak.

Saya cakap tentang diri sendiri.

Sekarang saya telah dimalukan di hadapan semua orang,

saya bimbang apa reaksi mereka esok.

Bagaimana saya mahu pergi ke makan malam syarikat malam ini?

Bolehkah saya pergi? Patutkah saya pergi?

Tapi jika saya tidak pergi, orang akan fikir pelik terhadap saya.

Begitu banyak perkara dalam fikiran saya.

Kemudian saya mula terfikir, "Kenapa dengan saya?"

"Adakah Encik Go betul..."

"bila dia kata diri saya dipenuhi dengan kemarahan?"

Kemudian saya mula berfikir,

"Saya rasa dia betul. Saya rasa saya orang sebegitu."

Kemudian saya mula berfikir, "Tidak."

"Bukan begitu."

Sebenarnya...

saya rasa terganggu dengan awak.

Saya rasa terganggu dengan awak,

Encik Go.

Saya tidak tahu sebabnya, tapi saya tidak boleh tahan.

Sebab itu saya cepat naik angin.

Saya tidak boleh lakukan apa-apa tapi rasa terganggu oleh awak.

Saya tahu ia salah saya.

Saya tahu apa maksud awak kata begitu tentang saya.

Tapi ia rahsia antara kita berdua.

Adakah awak beritahu kawan awak...

tentang cerita arnab saya?

Tidak, saya cakap secara kebetulan.

Kebetulan?

Saya rasa awak sangat genius.

Ia...

Saya rasa awak betul.

Saya tidak tahu bagaimana saya boleh menjadi genius...

yang berbakat untuk mengecewakan awak.

Jika ia benar-benar kebetulan,

awak patut pertahankan sehingga ke akhirnya.

Kenapa awak berhenti di pertengahan?

Tidak.

Ia mungkin kerana awak berhati baik.

Tapi apa pun alasannya, sebenarnya...

kita berdua telah rosakkan perbicaraan itu...

kerana gagal mengawal perasaan.

Tidak, bukan begitu.

Pemenang telah datang untuk merampas trofinya.

Tiga hari.

- Seminggu. - Tiga hari.

- Lima hari. - Sehari.

Sehari?

Adakah awak begitu tidak yakin?

Bukankah sejam cukup untuk pujuknya supaya bekerja dengan awak?

Baiklah, berikan saya tiga hari.

Tapi apa sahaja alasannya, sebenarnya...

kita berdua telah rosakkan perbicaraan...

kerana gagal mengawal perasaan.

Yeon Woo,

awak tidak berperasaan mulai hari ini.

Juga, buang pandangan keadilan awak yang lama.

Kenapa perempuan itu tidak minta bayaran?

Saya tidak pernah dapat diskaun.

Adakah definisi keadilan awak...

adalah cuba mendapatkan diskaun dari penjual jalanan?

Tidakkah awak fikir awak agak beremosi?

Saya sudah tinggalkan semua emosi saya di rumah.

Saya sudah belajar yang jika perbicaraan semalam itu benar,

saya hanya akan menyakiti klien saya dan pesaing saya.

Jika awak sedar tentang itu, tunjukkan saya keputusannya...

daripada hanya bercakap tentang itu.

Adakah awak tahu yang awak akan menyimpan dendam yang besar?

Dendam?

Saya sangat cerewet bila harus memilih wiski.

Keharuman yang menusuk hidung saya.

Keenakan wiski yang terasa di lidah saya.

Dan cara ia turun melalui tekak saya.

Tapi ada satu lagi perkara yang saya lebih cerewet.

Jangan cakap ia bukan untuk menyimpan dendam.

Sudah tentu.

Kedua-dua wiski dan perbicaraan...

tidak patut meninggalkan rasa yang pahit.

Encik Oh.

Sudah lama tidak bertemu, Kang Seok.

Saya tidak percaya yang saya bertemu awak di sini.

Saya tahu.

Sudah lama, Ketua Pendakwa Oh.

Tidak. Awak adalah timbalan ketua pendakwa sekarang.

Kata helo.

Dia Oh Byeong Wook, timbalan ketua pendakwa...

Mahkamah Daerah Tengah Seoul.

Helo, saya adalah Go Yeon Woo.

Adakah awak anak didik Pendakwa Choi?

Pendakwa Choi?

Dia tidak beritahu awak tentang zaman pendakwa dia?

Dia dulu sangat cekap.

Dia hampir tidak bagi sesiapa memenangi kes.

- Jadi awak kata... - "Jangan bawa kes ke mahkamah."

"Sudah tentu, jika awak tidak yakin akan menang. "

Sudah lama sejak kita bertemu, jadi mari minum kopi...

Tidak, tunggu.

Apa yang awak buat malam ini?

Batalkan semua janji temu awak.

Dan beritahu Cik Kang yang awak akan jumpa saya.

Mari makan malam bersama.

Awak adalah anak didik terbaik saya.

Saya akan teks awak masa dan tempat.

Saya akan jumpa awak nanti.

Kenapa muka panjang?

Awak kelihatan tidak selesa.

Sudah tentu.

Awak tahu apa saya hilang dari hasil terbaik awak?

Jangan beritahu saya...

awak rancang ini.

Awak tidak tahu, bukan?

Sudah tentu, saya tidak tahu.

Siapa sangka yang dia akan kalah perbicaraan latihan itu?

Tidak, maksud saya adakah awak benar-benar tidak tahu yang...

Encik Chae akan mahu saya...

sebagai setiausaha dia jika dia menang?

Itu...

Tidak, saya tahu awak sudah tahu.

Apa lagi yang Encik Chae mahu dari awak...

selain dari saya?

Jadi...

apa awak mahu buat?

Duduk sahaja di sebelah dia selama tiga hari.

Awak mahu saya duduk di sebelahnya?

Tidak, bukan itu maksud saya.

Bagi sahaja dia berseronok selama tiga hari.

Oh Tuhan, awak mahu saya duduk sebelah dia dan hiburkan dia?

More Malay subtitles for Suits

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left