نخستین 200 خط.
Episod 11
Apa kamu buat di sini?
- Seung Hyun. - Abang.
Saya dah fikir apa nak minta dari pertaruhan kita.
Abang.
- Saya... - Tak boleh.
Jangan.
Abang... kamu dah tahu, kan?
Ya.
Saya dah tahu.
Saya tahu kamu sukakan Na Ae Ra.
Buat penat saja saya risau.
Kalau begitu biar saya terus terang saja.
Saya...
sukakan Na Ae Ra.
Walau pun saya tahu dia bekas isteri kamu.
Saya tak kisah sebab saya sangat sukakan dia.
- Tak boleh. Saya kata tak boleh! - Kenapa tak boleh?
Kamu dan Ae Ra dah tak ada apa.
Saya...
Saya tak suka kamu bersama orang yang ada sejarah dengan saya.
Lagi pun hubungan kami tak berapa baik.
Itu sajakah?
Kenapa nak pergi mandi pada lewat malam begini?
Kita berdua sukar untuk tidur dalam keadaan macam ni.
Mari pergi mandi air panas, dan rehatkan diri sebelum tidur.
Kenapa pula kita sukar nak tidur?
Kenapa orang tak guna tu boleh halang kita tidur?
Mak boleh tidur nyenyak sekarang, sebab mak dah luahkan isi hati mak.
Ya, baiklah.
Tapi dah lama kita tak bermalam bersama.
Jadi mari kita pergi mandi bersama.
Kamu ni leceh lah.
Itu sajakah sebabnya?
Ya, itu saja.
- Walau pun begitu... - Itu saja saya nak tahu.
Hei, Gook Seung Hyun.
Saya tak nak hal ni merosakkan hubungan kita.
Macam ni lah. Pertaruhan kita dalam pertandingan judo tu.
Kamu kena tunaikan permintaan saya, kan?
Saya minta kamu jangan halang saya pikat Na Ae Ra.
Oh, ya. Saya lupa nak bawa tuala penyental kulit.
Kamu ni pelupa betul. Biar mak pergi ambil.
- Apa ni? - Kamu.
Macam mana kamu tahu?
Adakah...
Na Ae Ra beritahu kamu?
Ae Ra tak tahu, yang saya dah tahu.
Apa ni?
Lukisan.
Saya lukis sesuatu untuk Na Ae Ra.
Lukisan apa?
Untuk tunjukkan perasaan saya pada dia.
Tunjukkan perasaan kamu?
Ya.
Saya datang nak bagi ini pada dia.
Saya tak tahu kenapa kamu ke sini, tapi kalau dah selesai, baliklah.
Hei!
Ini...
Apa pula ni?! Bagi balik!
Tak nak!
Bunyi apa tu?
Aigoo, mesti orang mabuk yang bergaduh.
Tak senonoh betul.
Kamu main kotor.
Hei.
Ini perasaan kamu pada dia?
Ya.
Itu bukan perasaan yang sebenar.
Kamu kena renung betul-betul sekali lagi untuk faham perasaan sebenar.
Kan kamu kata dah tiada apa dengan Ae Ra.
Walau pun dah tiada apa.
Hakikatnya kami pernah jadi suami isteri.
Macam mana kalau Na Ae Ra tahu pasal hubungan kita?
Kamu rasa dia akan okay ke?
Jadi... kita rahsiakan hubungan kita...
daripada Ae Ra buat masa sekarang.
Beri masa untuk Ae Ra melihat saya, Gook Seung Hyun, sebagai lelaki.
Ia takkan ambil masa lama.
Sebab saya akan cuba sedaya upaya...
dan akhirnya, keputusannya terletak di tangan Ae Ra.
Saya dah kata jangan.
Walau pun kamu lebih handal matematik dari saya.
Saya lebih jujur pada diri berbanding kamu.
Jadi... jangan cuba jadi cikgu dan mengajar saya.
Saya dah buat keputusan.
Saya tahu apa saya akan buat.
Sekarang kamu putuskan apa kamu mahu buat.
Kakak saya...
Perasaan kakak saya pada kamu...
Saya tahu kamu sedar mengenainya.
Kalau kamu tiada perasaan sama terhadap dia...
Saya takkan salahkan kamu. Tapi...
Kamu kena terus terang dengan dia.
Supaya kakak saya tak terluka.
Kenapalah mesti Na Ae Ra?
Kenapa mesti Na Ae Ra!
Keluhan kamu boleh buat bumbung runtuh.
Kenapa mengeluh di tengah-tengah malam?
Mak pun sama.
Mak mana boleh tidur kalau dengar anaknya asyik mengeluh?
Kan mak cakap tak ada masalah untuk tidur tadi.
Betul tu.
Itulah yang mak sangka tadi.
Tapi mak rasa tak selesa lepas apa yang berlaku tadi.
Kenapa dia tak bagi alasan atau penjelasan
masa mak marah dia tadi?
'Tapi saya dah bayar semua hutang.'
Macam mana mak tak marah kalau dia asyik cakap begitu?
Kenapa mak ungkit pasal tu?
Semuanya dah lepas.
Tapi tak patut begitu.
Walau pun orang kata cinta itu penting,
tapi kepercayaan yang kamu bina semasa berkahwin itu lebih penting.
Kesetiaan.
Memang patut kamu berpisah dengan dia.
Kalau dia ada sedikit rasa setia
dia patut kenang pengorbanan kamu.
Kami dah lama bercerai.
Ia cuma akan buat dia rasa bersalah.
Kenapa kamu masih ikut dia kalau kamu dah tiada hubungan?
Siapalah mak untuk nasihatkan kamu?
Sedangkan mak sendiri pun menaruh harapan bila dengar yang dia dah kaya.
Maafkan saya, mak.
Saya cuma fikir perasaan sendiri semasa bercerai
dan tak fikir pasal perasaan mak.
Kenapa kamu rasa bersalah?
Mak yang paksa kamu kahwini dia sebab mak ingat dia akan jadi pekerja kerajaan.
Sebab mak tak mahu kamu jadi macam mak.
Sepanjang hidup kerja untuk sara ayah kamu...
Mak bersumpah tak nak kamu alami nasib yang sama.
Ini semua perbuatan mak.
Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dipaksa.
Berkahwin dan bercerai adalah keputusan saya.
Saya bertanggung jawab atas semuanya jadi janganlah rasa bersalah.
Aigoo, tepilah. Mak tak suka kamu.
Janganlah, mak!
Kenapa asyik peluk mak? Mak tak suka kamu. Pergilah.
Mak rasa sungguh hangat dan selesa.
- Saya... - Tak boleh.
Jangan.
Kamu dan dia dah tak ada hubungan.
Saya tak suka kamu bersama orang yang ada sejarah dengan saya.
Itu sajakah?
Itu sajakah sebabnya?
Selepas kamu dan Ae Ra bercerai.
Dia berhempas pulas siang dan malam demi untuk membayar hutang-hutang!
Dia tanggung kehidupan kamu berdua selama 4 tahun.
Takkanlah tak ada berhutang?
Dia kerja demi membayar hutang sambil menumpang rumah kawannya.
Kamu tahu betapa sakit hati saya melihat dia menderita?
Tiada duit dapat menebusnya kembali.
Kau tahu tak?
Jadi jangan nak hina aku dengan duit ni.
Macam mana Seung Hyun sekarang?
Dia kerja keras siang dan malam.
Kalau terus begini, dia boleh jadi pekerja cemerlang.
Ingatkan dia cuma akan tahan 2 ke 3 minggu.
Nampaknya dia dapat bertahan.
Saya nak suruh dia jadi pekerja tetap setelah latihannya tamat.
Ya ke?
Dia nak tak?
Lagi pun saya memang perlukan dia.
Baguslah.
Apa pun... apa kata kamu uruskan soal jodoh kamu?
Ayah dengar gosip pasal kamu dan CEO Cha.
Ayah tak perlu peduli.
Gosip begitu tiada kesan bagi lelaki, tapi lain kisahnya kepada perempuan.
Ayah akan cakap dengan CEO Cha...
Jangan.
Jangan buat apa-apa.
Teruskanlah makan. Saya dah selesai.
Dia sama macam aku.
Agak panas baran, kan?
- Kamu cari apa? - Hah?
Tak.
Entah kenapa punggung saya rasa panas.
Saya nak lihat kalau-kalau ada pemanas.
Maafkan saya, abang.
Saya rasa bersalah sebab Ae Ra yang terpaksa bayar hutang...
dan saya rasa bersalah buat mak sedih kerana hal itu.
Saya tak tahu nak kata apa.
Kan kamu tak tahu pasal tu!
Tak boleh salahkan kamu.
Saya tak sepatutnya suruh kamu serahkan duit nafkah Ae Ra.
- Itu... - Pasal kamu ambil duit nafkah Ae Ra...
Saya tak nak kata apa-apa tentang itu.
Menantu Cha.
Saya betul-betul terdesak masa tu.
Ya, saya tahu.
- Buat perniagaan kecil memang susah. - Betul kan?
Saya tahu kamu akan faham!
Tapi kamu masih tak patut habiskan duit tu!
Tapi salah saya sebab percayakan kamu.
Kamu tahu tak apa kamu dah buat pada saya?
Maafkan saya.
Saya akan cuba cari kalau ada kerja sesuai untuk kamu di sini.
Kerja dengan D&T?
Okay, walau pun saya ni berjiwa bebas...
Apa salahnya saya cuba gaya hidup korporat.
No comments yet. Be the first to leave one.