نخستین 200 خط.
"Ikrar Kesucian"
Adakah awak berjanji untuk menahan diri...
...daripada berasmara sehingga berkahwin?
Ya.
Adakah awak berjanji kepada Tuhan yang awak akan menahan diri...
...daripada berasmara sehingga berkahwin?
Ya.
"Oh Woo Ri."
Mak pasti ini perkara yang betul untuk dia?
Oh Woo Ri Maria.
Adakah awak berjanji kepada Tuhan yang awak akan menahan diri...
...daripada berasmara sehingga berkahwin?
Itu saya.
Saya 15 tahun lalu.
Kenapa dulu mereka paksa budak-budak lalui perkara begitu?
Keputusan ini bergantung pada kebebasan peribadi kita.
Mana boleh orang arah-arahkan kita apa nak buat?
Kami sangat naif. Tapi apa?
Ikrar Kesucian?
Awak mahu kami buat ikrar itu?
Ya.
Jadi, tak boleh berasmara sehingga berkahwin?
Lelaki dan wanita...
...yang sihat takkan lakukannya pada abad ke-21?
Bolehkah?
Tahniah. - Tahniah.
Awak nampak cantik hari ini.
Aduhai. Saya patut tangkap jambangan bunga ini.
Betul. Saya rasa saya bertuah.
Oh, ya. Semasa awak di sekolah...
...awak kata awak kena tahan diri sehingga berkahwin.
Adakah menahan diri daripada berasmara satu jenayah?
Kenapa dia perlu peduli tentang orang lain?
Ia bukan satu jenayah.
Tapi tak lakukannya bukan perkara biasa.
Aduhai. - Berasmaralah.
Aduhai. Diamlah. - Apa?
Kenapa kita mesti memanggilnya "ia"?
Bagaimana tak berasmara akan beri kesan terhadap hidup kita?
Selain itu, daripada memanggilnya ikrar kesucian...
...baik kita panggil berasmara selepas kahwin.
Bukankah itu istilah yang lebih sesuai?
Aduhai. Baiklah.
Jadi awak tak bercinta dengan lelaki pun?
Tidak.
Saya nampak dia bercinta dengan ramai lelaki...
...sejak teman lelaki pertamanya.
Woo Ri! - Dia popular...
...walaupun sebagai pelajar tahun pertama.
Seperti yang awak lihat, dia cantik.
Ke tepi! - Aduhai.
Tapi lelaki mula mengelak daripada dia...
...apabila mereka dapat tahu tentang ikrar itu.
Aduhai, lelaki.
Bagaimana dengan awak? Boleh awak hadapinya?
Kalau awak tak buat, awak tak kecewakah?
Saya cuma... - Selepas bertahun menahan diri...
...saya nampak kekecewaan dan keinginannya meletus sekali gus.
Betul. Semasa lawatan pelajar tahun akhir.
Itu ciuman pertama dia.
Semuanya berjalan lancar dengan lelaki itu?
Itu kali terakhir mereka bersama.
Dia tak ambil nombor telefonnya pun.
Jadi bila hubungan pertama awak yang sebenar?
Antonim menahan diri ialah kehidupan cinta.
Awak rasa bolehkah awak bercinta?
Jadi bolehlah saya ambil jambangan bunga ini.
Tak boleh, tunggu.
Saya ada teman lelaki. - Apa?
Dah dua tahun kami bercinta.
Yakah?
Nampak? Dia telefon saya.
Hei, sayang. Awak ada di sini?
Saya akan keluar sebentar lagi. Okey.
Sayang!
Ia dah berakhir? - Ya.
Saya tak tunggu lama.
Kacaknya dia.
Hebatnya dia. - Rambut awak.
Di mana kita nak jumpa orang macam dia?
Saya dah lama membujang.
Jadi mereka dah bercinta selama dua tahun?
Nampaknya nasib malang dia dah berakhir sekarang.
Apa? Woo Ri. Itu bunga apa?
Awak tangkap jambangan bunga itu?
Tidak.
Ia ada di atas meja. Mereka suruh saya ambil.
Kang Jae, saya rasa masih sempat lagi.
Apa kata kita singgah di sana dulu?
"Motel"
Saya tak nak beli satu saja.
Jadi saya beli banyak.
Bagus.
Kang Jae, patutkah kita masuk sekarang?
Nah. Selamat jalan. - Selamat jalan.
Jumpa lagi. Selamat jalan.
Hei. Selamat jalan. - Selamat jalan.
Awak patut balik dan berehat.
Tentu awak penat selepas upacara misa petang.
Saya tak apa-apa.
Bagaimana dengan awak? Awak tak penat?
Tidak.
Saya sihatlah.
Awak pasti awak tak apa-apa?
Apa maksud awak?
Awak selalu datang ke sini disebabkan saya.
Awak tak kisah?
Kenapa awak tiba-tiba tanya saya?
Ada sesuatu berlaku?
Tak, saya dah lama fikirkan hal ini.
Dah dua tahun kita bercinta.
Tapi kita habiskan kebanyakan masa kita di gereja.
Saya tak pernah pergi ke rumah awak.
Kita tak pernah pergi bercuti berdua.
Kita tak pernah berseronok.
Bukan keseronokan saja yang kita tak dapat.
Saya ada awak.
Itu saja yang saya perlukan.
Kita tak perlu buat apa-apa lagi
Tapi ia sukar bagi awak, bukan?
Saya tahu apa yang saya akan hadapi.
Saya ajak awak keluar apabila saya tahu perasaan saya terhadap awak...
...memang serius dan saya sanggup tunggu awak.
Saya anggap prinsip awak lebih berharga...
...daripada menjalinkan hubungan biasa.
Tidak.
Kita patut pergi. Mari pergi sekarang.
Sekali lagi?
"Paderi"
Paderi. Saya perlu buat pengakuan.
Kang Jae.
Cukuplah dengan pengakuan awak.
Saya berfikiran buruk lagi.
Ia bukannya buruk pun.
Tak bolehkah seorang lelaki berfikir tentangnya?
Tapi...
Buat pengakuan selang sehari memang melampau.
Saya dan Tuhan pun sibuk.
Kamu berdua patut berkahwin saja.
Bukankah dah tiba masanya?
Jumpa lagi, Woo Ri.
"Kutlet Khinzir Seo Gwi Nyeo."
Aduhai.
Aduhai, mak.
Woo Ri! - Apa?
Nanti saya telefon. - Aduhai.
Aduhai.
Mak. - Apa?
Kenapa mak buat begitu di dalam kereta?
Jadi patutkah mak cium dia di luar kereta, bukan di dalam?
Butangkan baju. - Apa?
Jumpa lagi, sayang. - Jumpa lagi.
Mak memalukan saya di depan jiran kita. Masuklah.
Okey.
Mak. - Kami dah balik.
Hei.
Kamu berdua balik bersama.
Kami terserempak depan restoran. - Begitu.
Teman lelaki mak beli kereta baru?
Taklah.
Mak bersama orang baru. - Apa?
Mak bercinta dengan orang lain. - Kenapa?
Sejak bila? Kenapa?
Adakah mak perlukan sebab untuk jatuh cinta?
Kenapa mak perlukan sebab? Kenapa?
Mak, biar betul.
Mak.
Saya dah cakap saya perlukan 50,000 won untuk buat album.
Mak dah cakap kita tak ada duit sebanyak itu.
Saya ada duit.
Teman lelaki baru saya seorang penerbit.
Dia akan uruskan semuanya. - Apa?
Lelaki di dalam kereta itu seorang penerbit?
Mak bercium dengan penerbit?
Kamu pasti kamu tak perlu bayar apa-apa?
Kamu takkan terlibat dalam masalah lagi, bukan?
Bagi anak perempuan, musuh mereka ialah ibu mereka.
Bagi ibu-ibu pula, musuh mereka ialah anak mereka.
Mak dan Woo Ri sentiasa di pihak yang sama.
Mak. Woo Ri!
Saya rasa saya akan berjaya kali ini.
Sejak sekolah menengah lagi saya bercita-cita nak jadi penyanyi.
Saya ambil masa 30 tahun.
Mak terpaksa lepaskan semua itu untuk membesarkan kamu.
Tentu lebih baik kalau saya sepuluh tahun lebih muda.
Mari masuk.
Apa? Apa ini? Kamu tangkap jambangan bunga?
Woo Ri, kamu akan berkahwin dalam masa enam bulan.
Itu berita baik.
Nenek tunggu kamu dan Kang Jae cakap tentang perkahwinan.
Kenapa kamu berdua tak bercakap tentang perkahwinan?
Apa yang dia cakap selepas nampak jambangan bunga itu?
Dia tak cakap apa-apa.
Saya beritahu dia ini bukan jambangan bunga.
Kamu rasa tak selesa cakap tentang perkahwinan dulu?
Aduhai, zaman sekarang mana ada perigi cari timba.
Sudahlah. Jemput dia ke sini. Biar mak cakap dengan dia.
Apa? Kenapa pula mak nak cakap dengan dia?
Mak perlu bercakap dengan teman lelaki kamu.
Dah dua tahun dia menunggu. Dia dah cukup bersabar.
No comments yet. Be the first to leave one.