Modern Farmer (모던파머 / Modeonpameo)

Modern Farmer (모던파머 / Modeonpameo)

دانلود زیرنویس Malay

هماهنگ با نسخه‌های زیر

모던파머 Modern Farmer E20 END 141227
ناشر badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

برچسب‌ها

other
تاریخ انتشار: 2016-03-06
تعداد دانلود: 40
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Doktor, kenapa dengan kawan saya?

Kami kena tengok keputusan ujian dia dulu.

Tapi keadaan dia nampak jelas.

Kenapa tak suruh dia masuk hospital dari awal lagi?

Apa maksud doktor? Kenapa?

Cik lebih suka saya bercakap berbelit-belit dengan cik

atau cik lebih suka kalau saya berterus-terang?

Mestilah berterus-terang.

Dia ada kanser. Kanser hati. Peringkat akhir.

Dia ialah pesakit saya di Seoul.

Kanser hati?

Kenapa dia...

Pesakit ini sudah lama tahu berapa masa yang dia ada lagi.

Paling baik setahun, mungkin enam bulan.

Paling teruk, tiga bulan. Tapi kalau masa dia dah sampai,

dan dia meninggal hari ini, ia bukan sesuatu yang mengejutkan.

Dia akan meninggal?

Su Yeon, saya di mana ini?

Su Yeon, kenapa ini?

Doktor, apa doktor buat di sini?

Encik lebih suka saya cakap berbelit-belit

atau encik lebih suka...

Sebenarnya saya terima rasuah dari

sebuah syarikat farmasi dan tertangkap.

Masa itu, saya ada di bar bila pengarah hospital muncul.

Saya boleh nafikannya, tapi saya berterus-terang dengan dia.

Jadi saya pun dipindahkan ke sini.

Doktor pun suka berterus-terang dalam hal peribadi doktor.

- Suka berterus-terang. - Encik pun tahu cara saya.

Ini memang meletihkan saya.

Doktor, keputusan ujian sudah keluar.

Oh, ya. Sila tunggu sekejap.

Keputusan...

Su Yeon, mari kita balik.

Saya rasa baik kita pergi.

Saya tahu saya sudah takutkan awak.

Kenapa ini? Saya tak apa-apalah.

Saya cuma tak makan beberapa hari. Jadi saya pening, lepas itu pengsan.

Itu sudah biasa. Mari kita balik.

Marilah kita pergi.

Su Yeon, mari kita makan dulu. Laparnya saya.

Memang betul orang boleh pengsan kalau tak makan.

Tak sangka zaman sekarang masih ada orang pengsan sebab tak makan.

- Kenapa ini? - Sampai bila awak mahu tipu saya?

Awak ada kanser hati. Peringkat keempat pula itu.

Yang itu macam mana awak boleh tahu?

Doktor sudah beritahu saya tadi.

Kenapa tak beritahu saya? Kenapa tipu saya?

- Maafkan saya. - Minta maaf sudah cukupkah?

Jadi awak mahu pergi tanpa beritahu sesiapa?

Itu yang awak mahukah? Saya macam mana?

Apa saya patut buat nanti?

Apa?

Jadi sejumlah duit tertanam di kebun kubis kamu itu?

Ada lima juta dolar tunai?

Kenapa kami boleh tak tahu? Sudah berbulan-bulan menanam kubis.

Su Yeon memang hebat. Tak sangka dia pun terlibat.

Itulah. Di luar nampak macam seorang perempuan yang baik,

tapi sebenarnya ada niat yang jahat. Mana saya tahu?

Kita masih kena jual kubis kita untuk keluarkan album kita itu.

Saya tak ada semangat untuk kerja

lepas tengok lima juta tunai tadi itu.

Yalah. Kamkorder itu.

Abang, jangan risau.

Saya ada satu idea baik.

Kamkorder!

- Jangan bergerak! - Pistol!

Kenapa buat macam ini?

Diam! Angkat tangan!

Helo? Ini stesen TVkah?

Janganlah menangis lagi

walaupun saya suka sangat awak menangis sebab saya.

Awak masih boleh bergurau sekarang?

Saya tak berguraulah.

Bila saya bersama awak, saya betul-betul gembira.

Pada mulanya saya tak ada harapan.

Lepas berkenalan dengan awak, saya terus bertahan.

Tak kira sesakit mana pun, setiap kali nampak awak,

saya hidup balik. Sakit pun hilang.

Dan saya mahu

berterima kasih kepada awak sebab berikan saya memori yang indah.

Saya takkan lupakan semua itu lepas saya mati nanti.

Sejuk ini. Awak patut masuk dulu.

Dan tolong rahsiakan perkara ini daripada kawan-kawan saya.

Mereka mungkin saja nampak bodoh.

Hati mereka lembut dan senang menangis.

Jadi saya pergi dulu.

Mana kamu pergi ini?

Mak cik mahu kita pergi dari sini serta-merta.

Kenapa kamu ini? Kamu menangis?

Kakak.

Macam mana ini?

Apa patut saya buat?

Han Cheol... Han Cheol, dia...

Kenapa dengan orang pelik itu?

Kakak, saya rasa saya sangat suka pada orang pelik itu.

Kampung kita ini sudah habis tuahkah sejak kebelakangan ini?

Meteorit, duit haram...

Bermacam perkara pelik sudah jadi.

Betullah, tak ada pun sehari yang aman di sini.

Abang! Helo, semua!

Kenapa kamu balik semula?

Berita! Tengok berita sekarang!

Berita apa yang penting sangat?

Kakak, pasang TV itu sekarang.

Kamu ini pelik betul.

Ia baru mula. Jangan kelip mata.

Hari ini di kebun kubis di Hadurok-ri,

sejumlah lima juta dolar tunai duit haram telah dijumpai.

Duit itu disyaki kepunyaan Ahli Dewan Kim Seong Joo

tetapi sehingga kini, beliau masih menafikannya.

Ramai orang buat spekulasi milik siapa duit itu sebenarnya.

Kami mendapat rakaman video yang menunjukkan keadaan sebenar

di tempat kejadian yang dihantar oleh orang yang namanya dirahsiakan.

Kami akan mainkan video itu sekarang.

Kenapa kami ada dalam TV itu?

Yalah, kenapa tunjuk kami begitu lama?

Bukannya ada kaitan dengan berita ini.

Jangan bergerak!

- Orang itu pakai pistol mainan. - Tak betulkah?

- Yakah? - Saya ingatkan

yang dia betul-betul akan tembak kami.

Tunggu apa lagi? Masukkan ini ke dalam kereta!

Dia yang paling jahat. Orang itu.

Kami percaya Ahli Dewan Kim tidak akan menafikan

pembabitan beliau dalam skandal duit haram

dan penyalahgunaan kuasa selepas menonton video ini.

Macam mana? Hebat, bukan?

Semuanya sudah dirakamkan di dalam kamkorder itu.

Patutlah.

Tapi kenapa masukkan nyanyian kami?

Saya beri video ini kepada mereka dengan syarat.

- Kenapa? - Abang ini bodohkah?

Abang semua ada dalam berita perdana dalam stesen TV utama.

Muka dan lagu abang muncul dalam TV. Bukankah itu satu promosi hebat?

Jangan ingat setakat itu saja. Tiga stesen TV lain, TV kabel,

Internet dan yang lain akan ada video ini juga.

Lagu abang ada di merata-rata sekarang.

Sekarang muka dan muzik kami sudah muncul dalam TV,

jadi semua orang sudah tahu.

Maksudnya kubis masin kami akan laku lepas ini!

Apa? Abang bodohkah?

Siapa kisah tentang kubis itu?

Kalau bertuah, abang akan jadi bintang!

Bintang konon. Kamu ingat itu akan jadi kenyataankah?

Saya hanya harap kubis masin kami laku lepas ini.

Sudah ada ramai orang mencari tentang mereka di Internet!

- Cepatnya! - Petani Moden tempat kelima.

Skandal duit haram di Hadurok-ri tempat ketujuh.

- Tengok. - Betullah.

Helo? Ya, saya.

Apa?

Temu ramah?

Ya. Baik.

- Temu ramah? - Tengok? Bukankah saya sudah cakap?

Ini yang kita semua tunggu.

Betul! Kita boleh ambil peluang ini untuk

pasarkan kubis kita secara besar-besaran! Okey?

Betul. Sambil itu, kita boleh jual kubis masin kita.

Mesti laku kali ini. Ini sudah ditakdirkan!

Satu negara sudah tahu tentang kubis kita sekarang.

Sekejap. Semua kubis ini sudah masuk sekali, bukan?

Ya, semuanya boleh muat.

Mari kita mulakan.

Encik yang mainkan peranan untuk selesaikan misteri duit haram itu.

Apa perasaan encik?

Apa perasaan kami?

Secara ringkasnya, biar saya jelaskan macam ini.

Hidup ini sama seperti kubis.

Kadang-kadang kita dapat siput babi, malah rusa pun boleh dapat.

Dengan kesabaran dan terus berusaha, anda akan dapat kubis seperti ini.

Dan kubis yang telah dituai boleh dijadikan kubis masin yang sedap.

Begitulah! Itulah perasaan kami.

Ya. Saya dengar encik berempat ini ialah satu kumpulan muzik.

Kenapa boleh ceburkan diri dalam penanaman kubis?

Sebenarnya, lepas kumpulan kami dibubarkan, kami tak ada kerja lain.

Tanpa impian, kami hidup tanpa apa-apa tujuan.

Tak tahu patut buat apa.

Pada suatu hari, kami jatuh cinta dengan keenakan kubis masin ini!

Kubis kami sangat sedap, dan ia penuh dengan khasiat.

Kubis masin Hadurok-ri adalah yang terbaik!

- Terbaik! - Ya, macam itulah!

Ya.

Ki Jun, ucapan kamu tadi itu memang hebat!

Sangat meyakinkan.

Tapi saya tak hebat macam abang tadi.

Pasaran untuk kubis masin kita semakin meningkat.

Sebab di Internet, masih lagi ada ramai orang tengok.

Tak sangka pengaruh penyiaran begitu kuat sekarang.

Tapi kita masih lagi jauh sebelum boleh keluarkan album kita.

Kenapa muka kamu ini muram saja?

Sekarang semua sudah berjalan lancar. Kenapa kamu ini?

Tak, saya okey saja.

Helo, Su Yeon!

Helo.

Maafkan saya sebab menipu awak semua.

Tak apalah, kami okey saja. Ia tak beri kesan kepada kami pun.

Baguslah kalau macam itu.

Maafkan saya. Boleh saya pinjam Han Cheol untuk sehari tak?

Buat apa? Awak mahu buat apa dengan dia?

More Malay subtitles for Modern Farmer (모던파머 / Modeonpameo)

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left