نخستین 200 خط.
Sarikata oleh Sanzoryu
EXIT
Tengok tu, lelaki pemanjat tembok.
Lelaki pemanjat tembok?
Siapa dia?
Orang panggil dia "lelaki pemanjat tembok",
kerana dia terkenal di sini.
Teman wanitanya berhenti memanjat tembok setelah kematian pakciknya,
jadi dia sangat geram bila nampak tembok di jalanan.
Dia seorang genius dulu.
Macam mana dengan sekarang?
Dia hanya orang bodoh di kejiranan ini.
Hei, jomlah.
Jom main di tempat lain.
Apa yang kau katakan ni?
- Mari bermain di sini saja. - Hei, Ji-ho?
Han Ji-ho, apa kamu buat di sini?
Kamu tak ke sekolah?
Kamu semua kawan Ji-ho ke?
Selamat berkenalan.
Sopannya kamu semua ni.
Kamu mahu pakcik belanja kamu semua minum?
Susu Coklat!
Tak apalah.
Saya tak mahu minum. Mari pergi!
Kenapa pula? Aku haus ni.
Aku rasa paras gula dalam badan aku semakin menurun.
Mari pergi saja.
Ji-ho, Han Ji-ho.
Pakcik akan belikan kamu susu coklat.
Han Ji-ho.
Han Jiho, lelaki pendaki tu, dia pakcik kau ke?
Tak, dia bukan.
Han...
Kenapa dia malu sangat.
Lee Yong-Nam, kami berdukacita untuk maklumkan pada kamu bahawa kamu tidak diterima bekerja di DongGoo Corp.
Aku tak boleh nampak apa-apa.
Di depan aku.
Buka mata kau.
Aku tak tahu apa nak buat, dan ke mana lagi nak pergi.
Waktu aku kecil, aku ada impian.
Sekarang, aku dah tak pasti lagi.
Impian yang kau ada tu...
itu di masa silam, dan sekarang...
kita hanya orang yang tak berguna.
Orang lain dah masuk kerja tapi apa lagi yang kita buat?
Dari tadi kau cakap macam tak betul, semuanya okey ke ni?
Lebih baik aku hantar resume aku ke semua syarikat.
Gaji seorang sami_
AMARAN! Gempa bumi 5.5 skala Richter, 5 km Selatan NamGu. AWAS!
Satu lagi gempa bumi.
Nasib baik bukan di wilayah kita.
Dia ni memang tak sedar dirilah.
Kau ingat kau selamat ke?
Kita sedang mengalami bencana sekarang.
Bukan gempa bumi atau ombak besar.
Situasi kita lebih teruk dari bencana alam tu.
Cegah kanser dengan "Lima Jenis Makanan"...
Institut Kanser Kebangsaan US mengumumkan...
Awak tahu berapa lama saya tunggu untuk menonton siaran ni?
Lelaki mana yang asyik tengok drama ni?
Ini kali pertama saya tengok awak macam ni.
Kenapa awak yang selalu kawal siaran TV ni?
Itu TV awak ke?
Apa masalah awak ni?
Apa awak buat ni? Janganlah.
Apa lagi yang kamu pecahkan tu?
Kenapa tu? Kamu tak apa-apa ke?
Terlepas dari tangan saja.
Boleh tak kamu lebih berhati-hati?
Kenapa bising ni?
Boleh dengar sampai luar, tahu?
Kenapa kamu datang lagi?
Ada benda nak ambil.
Anak-anak tak mahu makan tanpa kimchi buatan neneknya.
Pukul berapa dah sekarang? Kamu tak bagi anak kamu makan lagi?
Mereka dah makan kari tadi.
Mereka bukan orang India.
Kenapa kamu nak bagi kari setiap hari?
Mereka sukakannya.
Kamu yang terlalu malas nak masakkan.
Kenapalah bagi makan kari setiap hari.
Orang Sepanyol...
Dia ni kan.
Kau dah basuh ke ni?
Boleh tahan baunya.
Tolonglah keluar dari sini.
Biar kakak tengok.
- Bukan ke kakak suruh potong rambut kau? - Tolonglah lepaskan.
Sampai bila kau nak membazir masa ni?
Kau ni buat kakak stres lah.
Apa masalah kau ni? Dengar tak kata kakak?
Ni 5000 won, cukup kan?
Simpan saja bakinya.
Kakak ingat aku ni pengemis ke?
Aku akan potong rambut esok.
Kalau aku pengemis pun, kenapa kakak kisah sangat?
Menyampah.
Apa kau kata? Kurang ajar.
Kakak buat macam ni demi kebaikan kau.
Ibu tak boleh kata apa-apa walaupun dia banyak benda nak cakap.
Susah betul nak nasihat.
Ini hari lahir dia yang ke-70, ramai orang akan datang ke majlis tu.
Dia pun nak bercakap tentang anak lelakinya.
Aku nak sembang pasal kau pun aku tiada apa nak cakap.
Walaupun tiada benda nak cakap tapi sekurangnya kau patut kelihatan segak, bukan?
Tolonglah berhenti.
Kakak tak larat lah dengan kau ni.
Apa ni?
Kau nak buka kedai barang terpakai ke?
Kau tak buang lagi benda alah ni?
Aku cakap elok-elok ni, letak balik dalam tu.
Apa yang kau nak buat dengan semua benda ni?
Ah, aku terjerit lagi.
Kalau kau mahu sertai kelab sekolah, kau patut masuk kelab yang ada nilai.
Kenapa masuk kelab memanjat tembok?
Kau nak jadi pelombong ke?
Biar aku tengok tangan kakak.
Kenapa? Apa kena dengan tangan kakak?
Aku rasa ada sesuatu pada tangan kakak.
Apa? Apa?
Apa kau buat ni?
Keluar.
Baju tu. Ibu!
Keluar.
Keluar dari sini.
Oh, kuatnya dia.
Bukan main kuat lagi kakak aku ni.
Tak guna.
Kuatnya dia.
Mesti susah abang ipar aku tinggal dengan dia.
Kasihan abang ipar aku tu.
Dia selalu kena pukul ke?
5 tahun lalu
Pertama sekali sebelum memanjat, apa yang kita patut lakukan adalah...
mencari laluan.
Apa maksud mencari laluan?
Maksudnya mencari jalan.
Kamu boleh letakkan sasaran kamu,
tapi kalau kamu tak tahu jalan dan kaedahnya, kamu takkan dapat teruskan.
Analisa laluan yang kamu ambil tu dari mula sampailah ke puncak,
fikir tentang kesukarannya dan keselamatan kamu dalam kepala.
Lihat laluan-laluan yang boleh kamu guna untuk sampai ke atas,
itulah namanya mencari laluan.
Kamu boleh lakukannya!
Teruskan mendaki.
- Bagus, bagus. - Yeah, macam itu.
Lagi sedikit, teruskan!
Hei bodoh!
Jaga langkah kamu!
Kamu ni...
Kamu dah nak sampai!
Kamu berjaya!
Kamu dah berjaya!
Ui-Joo, kamu memang terbaik.
Kejap, biar ibu tengok.
Kamu kena sikat belah sini.
Kamu nampak hebat.
Pandang kamera. Senyum!
Kamu nampak kacak.
Apa yang ibu buat ni?
Rambut saya...
Ini gaya rambut saya.
Ibu suka ke kalau saya sentuh dan rosakkan rambut ibu?
Eh dia ni.
Kamu gila ke?
Ibu cuma nak buat kamu nampak kacak.
Kita jadi pergi ke tak?
Awak asyik cakap "satu minit saja lagi" selama satu jam.
Jangan pergilah. Tak payah pergi.
Batalkan saja majlis tu.
Dia ni kan.
Tempat ni jauh betul lah.
Baguslah macam tu.
Kita patut sampai dulu untuk sambut tetamu.
Janganlah merungut, kita dah nak sampai dah.
Biar saya betulkan tali leher awak.
Anak-anak akan uruskan semuanya.
Buat saja apa yang awak disuruh buat.
Awak akan minum (arak) banyak ke hari ini?
Saya takkan minum (arak).
Puas hati awak?
Adik-adik.
Kamu tak patut usik benda ni.
Baik.
Ibu.
Jangan lari.
Kenapa mereka tak sampai lagi?
Itu mereka!
- Datuk. - Nenek.
Kenapa orang penting lambat ni?
Selalu datang lambat.
Ayah hampir tak boleh datang...
Ayah ambil masa seratus, seribu tahun untuk bersiap.
Ayah hampir mengamuk tadi.
Apa awak cakap ni?
Seronoknya kita dapat bersama lagi macam ni.
Hei, kau buat apa sekarang?
Tengoklah kau, pandai buat anak.
Ibu mertua.
No comments yet. Be the first to leave one.