Melur Untuk Firdaus

Melur Untuk Firdaus

دانلود زیرنویس Malay

هماهنگ با نسخه‌های زیر

Melur Untuk Firdaus S01E01-E18 1080p HS WEB-DL AAC x264
ناشر RumahKarangan
Hotstar Retail

برچسب‌ها

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
x264
1080
تاریخ انتشار: 2022-06-25
تعداد دانلود: 46
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Allah lepaskan sesuatu daripada genggamanmu,

namun ingatlah akan janji-Nya.

Sesuatu yang hilang daripadamu itu kerana Allah ingin gantikannya

dengan yang lebih baik.

- Awak. - Ya.

Awak.

- Melur. - Kenapa?

Melur dah tak ada.

Di bawah? Di dapur?

Saya dah cari semua tempat, tak ada.

Okey, kejap. Awak tunggu di rumah, saya pergi cari dia.

- Tunggu di rumah. Saya cari dia. - Cepat sikit.

Ya.

Melur. Melur.

Melur.

Melur.

Melur. Ni ayah ni, Melur.

Melur.

Sampai bila Melur nak macam ni, sayang?

Melur tak sayangkan diri Melur ke?

Melur, Melur tak sayangkan ayah ke?

Melur. Ni ayah, sayang.

Melur. Melur tahu tak?

Bonda di rumah risau fasal Melur.

Dia sangat risau akan awak.

Saya sangat risau akan awak.

Sayang. Ni ayah, sayang.

Jom.

Sayang, kita balik. Kita rehat.

Hai. Hai, sayang. Hai.

Saya minta maaf.

Saya sibuk gila. Saya ada banyak kerja tadi di pejabat.

Kalau tak datang lambat,

bukan Diana Rahila nama dia, kan?

Kalau tak awal sepuluh minit,

bukan Firdaus Iskandar bin Haji Nasarudinlah namanya.

Nak lawan saya ke apa ni?

Oh, sayang. Awak tahu tak?

Sejak CEO saya cuti sakit, kan?

Kerja saya semakin bertambah sampai saya tak menang tangan.

Sebab tu saya tak sempat tengok telefon.

- Tak sempat tengok jam... - Kerja, kerja juga.

Habis tu kita ni macam mana?

Umi dengan walid dah bising dah fasal kita ni.

Kenapa ni?

Lenguhnya, sayang.

Tahu tak? Semalam sampai pukul dua pagi saya mesyuarat.

Sebab kena jumpa Majlis Bandaraya.

Sebab kami nak letupkan lagi industri pelancongan.

Kalau awak kahwin dengan saya, Dee,

dah lama saya urut awak.

Dee. Dee, apa kata kalau kita ikat?

Ikat?

Ikat. Kita ikat, lepas tu kita tunang. Kemudian, kita kahwin.

Saya tak nak umi dengan walid bising fasal kita lagi.

Tolonglah.

Kenapa lagi ni?

Oh, saya lapar sangat. Saya betul-betul lapar.

Semalam sejak pagi sampai ke malam,

saya tak makan sebab banyak sangat kerja.

Kejap lagi pun saya ada mesyuarat.

Kalau awak kahwin dengan saya, Dee,

jangan harap awak boleh sibuk macam ni.

Selagi dia memikir benda tu,

selagi tulah dia akan jadi stres macam ni.

Dia tertekan sangat, stres sangat.

Sampai migrain teruk, sampai dia pengsan.

Tapi abang paling risau,

jadi macam Subuh semalam, dia keluar senyap-senyap tak bagi tahu kita.

Pasti malam tu dia mimpi ngeri. Mimpi ngeri apa? Sebab tu dia pergi sana.

Yalah, sebab dia memikirkan sangat.

Sebab tulah doktor nasihat suruh alihkan perhatian dia.

Maria, yang itu abang tahu.

Tapi Melur tak nak pergi kerja, abang nak buat macam mana?

Habis tu? Sampai bila kita nak suruh dia jadi macam ni?

Sampai bila?

Sampai bila kita tak nak ada menantu?

Tak nak ada cucu?

Ya, abang tahu.

Kalau bukan kita ibu bapa dia, siapa lagi nak sokong dia?

Allah takkan ambil sesuatu daripada engkau,

melainkan Dia nak menggantikan yang lebih baik untuk engkau, Melur.

Mana masa disiplin kamu, Rania?

Ada kelas dalam talian tadi.

Habis lambat, walid.

Kalau ikut waktu, habis cepatlah.

Ini buat cincai.

Sayang.

Dah.

Basuh tangan, ya? Jom.

Fir, kejap. Duduk.

Walid dengan umi ada hal sikit nak cakap.

Dah. Lap sini.

Walid ni kan tak pernah berubah, tahu? Walaupun dah pencen.

Betullah tu.

Ingat dulu masa dia jadi pensyarah?

Pelajar dia, mana saja yang tak takut dengan dia?

Mujurlah umi bukan macam walid, kan?

Rasanya umi pun stres tu, duduk rumah dengan walid.

Sebab tu dia sanggup sambung kontrak dia sebagai pensyarah sambilan.

Ya tak ya?

Tapi kan, kak long,

ada saja pensyarah Nia yang pernah jadi bekas pelajar walid dulu

datang kepada Nia tanya,

"Haji Din tu, garang lagi?"

Jangan cakap.

Mia pun takut dengan atuk.

Atuk tak sayang Mia ke?

Tak mahu cakap macam tu.

Agak-agaklah. Kalau esok-esok kahwin dengan Dee,

dapat ke makan sedap-sedap ni?

Maksud umi?

Apa salahnya kalau

lepas kahwin kalau Fir rasa lapar, Fir datang sini?

Umi pun tahu kan yang Dee tu tak reti masak,

dia sibuk dengan kerja saja?

Habis tu kahwin tu untuk apa?

Mungkin dia boleh belajar nak masak, perlahan-perlahan, kan?

Masalahnya, dia tak belajar apa-apa pun.

Dia terlalu lembap.

Fir.

Tujuh tahun, tahu?

Bukan jangka masa yang pendek.

Lama tu.

Sampai bila nak tunggu dia bersedia nak jadi isteri Fir ni? Cuba cakap.

Umi cakap apa ni?

Fir tak faham.

Walid dan umi dah putus harapan dengan Dee.

Walid harap Fir terima segala kemungkinan.

Kau tak patut tinggalkan aku, Maya.

Kau ni satu-satu saja kawan aku kut.

Tak. Kita ni dah macam adik-beradik, kan?

Kan?

Sebaya.

Membesar sama-sama.

Ayah bonda engkau pun dah macam mak ayah aku.

Habis tu?

Kenapa kau tak terus duduk dengan aku?

Dari kecil,

sampailah masuk universiti

dan dah kerja dah pun,

kau masih nak melekat dengan aku, kan?

Maya.

Kau seorang saja yang kenal aku luar dalam.

Aku sentiasa ada dengan engkau.

Walaupun tak ada di sini,

aku sentiasa ada dalam hati engkau.

Okey?

Janji?

Tak selera nak makan lagi?

Dah makan ubat?

Tak apalah.

Bonda ambil dulang makanan, ya?

Tak apa.

Melur bawa turun nanti.

Nanti kalau Melur nak tidur,

jangan lupa solat Isyak.

Tidur dalam wuduk, ya?

Dalam hidup kita ni,

tak ada istilah sunyi

kalau dalam hati kita sentiasa ada Allah.

Bonda dengan ayah akan sentiasa dengan Melur.

Ingat.

Allah tu tak pernah lukakan hati kita.

Wah, semangat betullah pembentangan engkau tadi.

Sudah tentu. CEO.

Kenalah semangat. Nanti tak fasal-fasal pula dia laporkan aku, macam mana?

Ni, aku nak tanya fasal Dee ni. Umi engkau tak bising ke?

Bisinglah. Macam tulah.

Tapi nanti lama-lama dia okeylah.

Macam kau tak kenal umi dengan walid macam mana?

Oh, yakin ya?

Tapi macam mana kalau umi dengan walid betul-betul nak nikahkan engkau?

Adalah, walid ada bagi amaran kepada aku.

Dia suruh aku bersiap sedia.

Maknanya sahlah.

Apa yang sah?

Kau akan nikah tak lama lagi.

Karl.

Bersiap sedia!

Melur.

Migrain ke?

Kalau dah pening, stres macam ni,

apa kata kita pergi bercuti, nak?

Ataupun Melur kerja balik dengan ayah?

Sekurang-kurangnya boleh hilangkan stres, bosan.

Melur dah tak ada semangat untuk semua tu.

Kalau Melur nak buat kerja di rumah pun boleh.

Bekerja di rumah.

Kan dah lama dah Melur tak...

Tak buka komputer riba.

Sekurang-kurangnya Melur boleh

sambung balik penulisan ataupun siapkan novel Melur?

Dah tak ada idea.

Ataupun, kita buka butik.

Spa ke? Um...

Kafe buku?

Kalau Melur tak nak berjumpa dengan orang pun tak apa.

Biar bonda saja yang jumpa dengan orang.

Atau apa kata Melur ikut ayah pergi memancing? Pergi memancing nak?

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left