نخستین 200 خط.
Terdapat satu detik keheningan yang tertib...
sebelum satu permainan football bermula.
Para pemain berada di kedudukan.
Para lineman membara dan semuanya berkemungkinan.
...Cuaca panas pada pertengahan November ini.
Kemudian, seperti kemalangan jalan raya...
benda-benda mulai berlanggar secara rawak.
Dari tendangan bola kepada bunyi tulang pertama...
ia lebih hampir kepada empat saat daripada lima.
Satu dan sepuluh, Riggins, flea flicker kembali kepada Theismann.
Theismann sedang menghadapi banyak masalah.
Satu Mississippi, Joe Theismann, Quarterback Redskins...
mengambil bola dan memberikannya kepada pelari.
Dua Mississippi, ia permainan muslihat, flea flicker...
dan pelari itu melontarkan bola semula kepada Quarterback.
Tiga Mississippi, hingga peringkat ini...
permainan itu telah ditakrifkan oleh apa yang dilihat oleh Quarterback.
Ia sedang bakal ditakrifkan oleh apa yang tidak dilihat olehnya.
Empat Mississippi...
Lawrence Taylor adalah pemain pertahanan terbaik dalam NFL...
sejak dari kali pertama dia melangkahkan kakinya...
ke dalam padang sebagai seorang pemain baru.
Theismann sedang menghadapi banyak masalah...
dan ia adalah Lawrence Taylor yang...
telah menghempaskan Theismann ke tanah di garisan 42 ela.
Dia juga akan mengubah permainan football...
daripada apa yang kita tahu selama ini.
Kita akan melihatnya dari sudut yang bertentangan sekali lagi...
dan saya sarankan awak jangan tengok jika awak lemah semangat.
Quarterback legenda, Joe Theismann...
tidak pernah bermain satu perlawanan football lagi.
Sekarang, kamu semua akan meneka yang kebiasaannya...
pemain yang dapat bayaran paling tinggi dalam pasukan NFL...
ialah seorang Quarterback dan memang betul.
Namun, apa yang kamu mungkin tak tahu ialah kebiasaannya...
pemain yang mendapat bayaran kedua paling tinggi ialah...
disebabkan oleh Lawrence Taylor, penyerang kiri...
sebab seperti setiap suri rumah tahu, cek pertama yang awak tulis...
ialah untuk gadai janji tapi yang kedua ialah untuk insurans.
Tugas penyerang kan...
ialah untuk melindungi Quarterback daripada apa yang tak dapat dilihatnya.
Untuk melindungi sisi butanya.
Penyerang kiri yang ideal adalah besar tapi ada ramai orang yang besar.
Pinggul dan pahanya besar.
Dia memiliki lengan yang panjang, tangan yang amat besar...
dan kaki yang sepantas lipas kudung.
Ini adalah satu kombinasi yang jarang ditemui serta mahal...
keperluannya boleh dikesan sejak dari perlawanan malam Isnin itu...
dan Lawrence Taylor.
Pada hari itu, dia bukan saja mengubah hidup Joe Theismann...
tapi hidup saya juga.
Encik Oher?
Awak faham? Awak tahu kenapa saya ada di sini?
- Untuk menyiasat? - Benar, untuk menyiasat.
Saya di sini untuk menyiasat kesulitan awak yang pelik ini.
Adakah awak rasa kesulitan awak ini pelik?
- Michael? - Saya tak tahu.
- Bolehkah saya pergi sekarang? - Tidak, awak tak boleh pergi.
Dua Tahun Sebelum Itu
Kata mereka awaklah jurulatihnya.
Bert Cotton.
Tony Hamilton, tapi semua orang panggil saya Big Tony saja.
Big Mike, tengoklah ini.
Tak berkunci pun.
Orang kulit putih memang gila.
Saya berjanji dengan ibu saya, pada saat-saat kematiannya...
saya akan keluarkan anak saya, Steven, dari sekolah awam...
dan masukkannya ke dalam sebuah sekolah gereja.
Saya menghargainya, Tony...
tapi saya tak terlibat dengan penerimaan masuk.
Saya rasa mungkin saya boleh berbincang dengan awak...
memandangkan awak mungkin perlukan pemain.
- Jenis sukan apa yang dia main? - Apa-apa yang ada bola.
- Dia handal pula itu. - Kelas bermula dalam seminggu.
Ia perlu dibuat untuk semester akan datang.
Saya tahu apa yang awak fikirkan, tapi dengar sini, saya ada wang.
Saya seorang mekanik di Wilson's Auto, di seberang bandar.
Bagaimana jika ada orang keluar atau berpindah?
- Bolehkah mereka masuk? - Mereka?
Awak cuma sebut seorang anak lelaki saja.
Itu memang betul. Steven. Tapi ada seorang budak lelaki lagi.
- Seorang budak lagi? - Ya.
Big Mike. Dia menumpang di rumah saya sekali-sekala.
Hidupnya susah. Maknya seorang penagih dadah.
Dia tak ada sesiapa pun lagi. Dia cuma ikut sekali untuk...
- tengok-tengok saja. - Mereka ada di sini?
Ya, yang kecil itu Steven.
- Yang besar itu pula... - Big Mike.
Oh, Tuhan.
Surat Steven Hamilton boleh diterima pada saya...
dan saya rasa, dia boleh diterima...
- tapi yang seorang lagi... - Big Mike.
Berdasarkan rekodnya, Michael Oher...
tidak meyakinkan kami yang dia boleh berjaya di sini.
Teruk sangatkah?
Kami tak begitu pasti berapa usianya sebab kekurangan rekod tentangnya.
Tahap IQnya ialah 80, enam persentil.
Gred puratanya bermula dengan sifar. 0.6.
Semua orang meluluskannya saja.
Mereka berikan dia gred D supaya dapat lepaskan masalah mereka...
ke sekolah yang seterusnya.
Dia seorang budak yang berani.
Kerana ingin datang ke sini.
Kerana mahukan satu pendidikan yang berkualiti.
Pendidikan yang tidak diberikan kepadanya...
disebabkan oleh buruknya kualiti sekolah-sekolah yang telah dihadirinya.
Kebanyakan budak dengan latar belakang sepertinya...
takkan datang dalam lingkungan 200 batu pun dari tempat ini.
Jurulatih Cotton...
kami faham minat awak terhadap kemampuan atletik anak muda ini.
Lagipun, dia takkan dapat bersukan hingga dia meningkatkan grednya.
Lupakan sukan.
Tengoklah dinding ini. Kristian.
Sama ada kita mengambilnya serius atau kita padamkannya saja.
Awak bukannya menerima Michael Oher disebabkan sukan.
Awak terima kerana itu perkara yang betul untuk dilakukan.
Kelas, ini Mike Oher dan dia pelajar baru di sini.
Jadi, cikgu nak kamu semua mengalu-alukan dia.
Mike, duduklah di mana-mana tempat yang kosong.
Kuiz ini berdasarkan maklumat yang telah kamu...
pelajari tahun lepas dalam kurikulum sains.
Jangan risau, ia tak akan digredkan.
Cikgu cuma nak lihat berapa banyak yang perlu diulang semula.
Jawab saja apa-apa yang awak tahu.
Terima kasih.
Bolehkah saya pergi sekarang?
Boleh.
Ambillah buku awak.
Saya dah bosan asyik ada orang saja di dalam rumah kita.
Saya dah bosan dengan dia memakan semua makanan.
Awak kena bersikap macam orang Kristian dalam hal ini, faham?
Biarlah orang lain bersikap Kristian tentang hal ini.
Dee, saya tak boleh halau dia seperti anjing.
Biarlah orang lain yang bertanggungjawab.
Awak nak saya buat apa?
Pergi ke Jalan Beale dan tinggalkan dia?
Bila masanya saya boleh bersama awak saja?
Baiklah. Awak menang. Saya akan uruskannya.
Saya tak peduli jika Patrick Ramsey luluskan kerusi itu.
Dia seorang Quarterback NFL, bukannya Martha Stewart.
Sebab ada bezanya antara Bunny Williams dan La-Z-Boy.
Bila MTV Cribs datang kerumahnya...
dia akan bermegah-megah. Apa yang akan saya...
lihat hanyalah sebuah Barcalounger berwarna perang.
Tidak, dengar cakap saya. Saya adalah pereka ciptanya.
Nama saya ada di atasnya.
Hantarkan apa yang saya pesan. Terima kasih.
- Apa yang saya terlepas? - Collins baru buat satu dig.
Ini cuma bola tampar perempuan. Mak tak terlepas apa-apa pun.
- Ayuhlah, Collins. Gerakkan kaki. - Syabas, Collins.
Teruskan.
Collins, kami tunggu di luar tapi...
jangan lama sangat, awak ada kerja rumah.
Saya akan pergi ke rumah Cannon untuk belajar.
SJ, jangan masuk ke bilik lokar perempuan lagi. Mari ke sini.
SJ, mari ke sini.
Budak besar itu dah berada di sini berapa lama? Sebulan?
Dia masih belum dapat mengikuti kelas saya lagi.
Kenapa bahagian penerimaan buat begini?
Ia tak adil kepada kita atau pun budak itu.
Mereka cuma menerimanya agar dia gagal.
Saya rasa dia langsung tak tahu...
- apa yang saya ajar. - Kalau dia tahu pun...
bagaimana awak nak tahu? Bercakap pun dia tak nak.
- Dia boleh menulis. - Tulis namanya bolehlah.
Itu pun sikit-sikit saja.
Dia buang ini ke dalam tong sampah.
Saya lihat dan saya nampak putih di mana-mana.
Dinding putih, lantai putih dan ramai orang berkulit putih.
Guru tak tahu yang saya tak faham langsung apa yang mereka cakapkan.
Saya tak mahu dengar cakap sesiapa pun terutama sekali guru.
Mereka beri kerja rumah dan harap saya selesaikan masalah itu.
Saya tak pernah buat kerja rumah sepanjang hidup saya.
Saya pergi ke bilik air, lihat di cermin dan berkata...
ini bukanlah Michael Oher.
Dia memberikan tajuknya, Dinding Putih.
Bagaimana dengan ejaannya?
Hai.
Senyumlah ke arah mereka.
Ia buat mereka tahu yang awak kawan mereka.
Awak Big Mike, bukan?
Saya Sean tapi semua orang panggil saya SJ untuk Sean Junior.
Nama ayah saya Sean. Sean Tuohy?
Dia seorang bintang bola keranjang di Ole Miss.
Sekarang dia memiliki sejuta cawangan Taco Bells.
Jumpa lagi esok.
- Siapa itu SJ? - Big Mike.
Turunkan kaki awak dari papan pemuka mak.
Terima kasih. Pakai tali pinggang keledar awak.
Big Mike?
Mike, saya ada terima panggilan dari jabatan polis.
Awak ingat ada berita dalam akhbar tentang.
Seorang lelaki yang terjatuh dari sebuah laluan atas?
Tiada seorang pun yang tahu dia siapa.
Mereka tak tahu jika dia melompat atau jika dia...
Bagaimanapun, dia dah mati.
Mike, lelaki itu ayah awak.
Mereka sedang mencari seseorang untuk dihubungi dan...
mereka telah menemui nama awak dalam pendaftaran kami.
Saya benar-benar rasa simpati.
No comments yet. Be the first to leave one.