هماهنگ با نسخه‌های زیر

May I Help You S01 1080p AMZN WEB-DL DDP2 0 H 264-APEX
ناشر singyurl

برچسب‌ها

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
Download Malay Subtitle Files for Mobile (16)
Choose the file for your episode
S01E01
May.I.Help.You.S01E01.I.do.anything.for.you.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 46 KB
S01E02
May.I.Help.You.S01E02.A.strange.woman.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 52 KB
S01E03
May.I.Help.You.S01E03.Let.me.tell.you.a.secret.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 58 KB
S01E04
May.I.Help.You.S01E04.The.guy.I.already.knew.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 49 KB
S01E05
May.I.Help.You.S01E05.Misunderstanding.and.prejudice.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 46 KB
S01E06
May.I.Help.You.S01E06.The.way.I.console.you.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 52 KB
S01E07
May.I.Help.You.S01E07.A.girl.showed.up.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 53 KB
S01E08
May.I.Help.You.S01E08.The.broken.promise.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 52 KB
S01E09
May.I.Help.You.S01E09.The.letter.that.I.cant.send.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 48 KB
S01E10
May.I.Help.You.S01E10.I.Can.See.Your.Lies.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 59 KB
S01E11
May.I.Help.You.S01E11.When.the.fall.comes.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 55 KB
S01E12
May.I.Help.You.S01E12.Meeting.you.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 42 KB
S01E13
May.I.Help.You.S01E13.Our.attitude.towards.truth.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 46 KB
S01E14
May.I.Help.You.S01E14.You.are.flawless.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 49 KB
S01E15
May.I.Help.You.S01E15.Good.bye.the.two.words.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 43 KB
S01E16
May.I.Help.You.S01E16.Good.bye.the.two.words.Dong-joo.gets.in.trouble.1080p.AMZN.WEB-DL.DDP2.0.H.264-APEX.srt 41 KB
دانلود زیرنویس Malay
Translate with Pro
Show all subtitles
تاریخ انتشار: 2023-01-23
تعداد دانلود: 31
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Dia menangis teresak-esak.

Mungkin dia masih menangis sekarang.

EPISOD 1

Saya kenal sangat perangai dia. Kami dah lama berkawan.

Sepanjang 30 tahun berkawan, kami tak pernah bertikam lidah.

Apatah lagi bergaduh.

Kamu berdua memang sahabat sejati.

Kami macam belangkas. Dia buat saya tak kering gusi.

Entah apalah yang kelakar sangat…

Betina tak guna.

Awak dah gilakah?

Hei, awak dah gilakah? Dia kawan mendiang anak saya!

Saya anggap dia macam anak sendiri! Berani awak?

Siapa dia? Dia kenal Yeon-hee?

Ham?

Tiada sesiapa pun boleh dipercayai di dunia ini.

Dasar munafik…

Tak guna!

Saya doakan mereka mati dan mereput di neraka!

Ibu, saya…

Berani awak buat kacau di…

Berani awak menggatal di sini?

Apa?

Berani awak curang?

Apa? Saya tak curang!

Apa maksud awak?

Saya pun tak faham.

Dia dan perempuan ini…

ada hubungan sulit.

Apa awak mengarut?

Hei!

Sayang konon.

Sampai hati kamu?

Dasar kawan makan kawan!

Tergamak kamu khianati Yeon-hee?

PENGURUS PENGEBUMIAN BAEK DONG-JOO

Penampar saja tak cukup.

Saya kasihan akan ibu, kakak dan ahli keluarga saya.

Sekurang-kurangnya, awak buat sesuatu.

Terima kasih.

Tak sangka ada orang sebaik awak.

Kasihan Yeon-hee.

Cepat sembuh, Yeon-hee.

Kuatkan semangat, okey?

Betul cakap dia. Saya tak sanggup kehilangan awak.

Awaklah penyelamat saya

walaupun saya dah mati.

Awak betul-betul buat saya tersentuh.

Terima kasih dengar rintihan saya.

Sekarang, saya boleh mati dengan tenang.

Pokok lilac sedang berbunga.

Awak tahu apa maksudnya?

Bau bunga lilac pada awal musim panas sangat istimewa.

CHOI YEON-HEE

Yeon-hee.

Yeon-hee.

Bila awak nak berubah?

Saya tak pernah tengok orang tampar waris si mati.

Dari mana awak dapat gambar-gambar itu?

Keluarga si mati ada restoran galbee terkenal.

Ada empat cawangan di Gangnam. Sinsa, Dogok, Apgujeong dan Nonhyeon.

Masalahnya, suami si mati yang uruskan semua itu!

Apa kaitannya dengan awak kalau suami dia dapat semua itu?

Yalah, itu bukan urusan saya.

Sebenarnya, itu urusan awak.

Apa?

Apa tugas kita?

Kita pastikan si mati pergi dengan tenang.

Si mati tentu gembira kerana awak berani bersuara untuk dia.

Saya percaya dia akan bersemadi dengan tenang.

Kami dah hantar seorang lagi klien.

Saya berbesar hati dapat tunaikan permintaan terakhir seseorang.

Saya rasa inilah pekerjaan lain yang paling mulia di dunia.

Saya rasa ia satu kepuasan.

Pak cik ingat saya nak cakap macam itu?

Dunia ini penuh dengan orang gila.

Jangan marah. Tarik nafas dalam-dalam.

Saya patut jadi atlet pingpong atau belajar tinggi-tinggi.

Kenapa kacau saya?

Tinggal 15 orang klien.

Sabarlah, sekejap saja lagi.

Kita boleh ke Kuil Naesosa untuk tengok daun-daun kering.

Kuil Buseogsa pun boleh.

Berdua saja?

- Kenapa? - Tiada apa-apa.

Tak sabar rasanya.

Dahlah miskin, malang pula itu. Saya sanggup buat apa-apa saja.

Pak cik tahu saya nak jadi pegawai kerajaan, bukan?

Pak cik mesti tunaikan cita-cita saya.

Tuhan tak boleh bantu awak.

Awak mesti belajar rajin-rajin untuk lulus peperiksaan perkhidmatan awam.

Nah, saya sentiasa doakan awak.

Minum ini dan pergi buat ulang kaji.

Sekarang baru pukul 7.00 pagi.

Apa salahnya minum pagi-pagi?

Inilah pengubat segala duka.

Hei! Berhenti!

Hei! Kamu nak matikah?

Maafkan saya!

Encik pasti terkejut! Maaf!

Kamu okey?

Kamu okey? Kenapa tak pandang ke kiri kanan?

Han Sung-ah!

Oh, Tuhan! Budak bertuah ini!

Terima kasih banyak.

- Awak okey? - Ya, saya tak apa-apa.

Dia nampak okey, tapi mungkin dia terkejut.

Mungkin dia susah nak tidur, cirit-birit atau muntah-muntah.

Semua itu simptom biasa, jadi jangan marah dia.

Kalau dia tak boleh tidur, beri dia air suam atau susu.

Kalau simptomnya melarat, bawa dia ke hospital dan minta preskripsi.

Okey, terima kasih.

Kamu dah cakap terima kasih?

Cepat cakap.

Terima kasih.

Tak apa, ini tugas saya.

Terima kasih.

Awak ayah Ro-wun?

Bukan.

Ayah Lee Ro-wun atau Min-chae yang bertugas hari ini?

Jadi, awak ayah Min-chae?

Pak cik dia?

Saya A Dime A Job.

A Dime A Job?

Puan boleh telefon saya.

Ada diskaun sempena pembukaan.

SEMUA DITANGGUNG BERES

Kami sedia mendengar.

Di mana-mana atau sesiapa saja.

Terhad untuk 15 klien terawal.

- Ya. - Ya.

Ya, semua ditanggung beres.

EPISOD 1 APA SAJA UNTUKMU

Nampak lelaki pakai ves hijau di depan Sekolah Rendah Boong-Moon?

Terkejut saya!

Kacak betul orangnya.

Dia buat kerja suruhan. Mereka baru beroperasi minggu lepas.

Adakah perkhidmatan macam itu? Hebatnya.

Nama syarikat dia A Dime A Job.

Mereka mesti pandai ambil hati suri rumah yang berjaya macam kita.

Hei!

A DIME A JOB

Jom.

Jangan letak skuter di sini! Alih sekarang!

Maaf.

A Dime A Job dah beroperasi! Ambillah.

Jangan malu! Jangan segan! Silakan!

Ramyun percuma!

Plastik sampah pun ada! Semuanya percuma!

Percuma?

Ya! Muat turun saja aplikasi A Dime A Job.

Apa itu?

Dengan 100 won saja, kami boleh mudahkan urusan harian anda.

Seratus won saja.

Betulkah?

Mengarutlah. Siapa nak upah orang untuk buang sampah?

Betul cakap dia! Membazir saja.

Ia bukan pembaziran, tapi pelaburan.

Pelaburan yang menguntungkan suri rumah.

A DIME A JOB

KITAR SEMULA 1,000 WON

Hati-hati.

BAWA ANJING BERJALAN-JALAN 3,000 WON

Ia akan memudahkan hidup anda.

Bukan kerja rumah dan tugas harian saja,

kami juga tawar khidmat kaunseling daripada pakar perundangan,

penaksiran, kewangan dan lain-lain lagi.

Malah, kami turut memperjuangkan keadilan.

KAMI BUAT SEMUA KERJA

Kami buat semua kerja. Tiada apa-apa yang terkecuali.

Kecuali membunuh, merompak atau perkara yang menyalahi undang-undang.

Saya, Vincent, CEO A Dime A Job,

ialah pemudah cara hidup anda!

Boleh beri kami plastik sampah?

Boleh. Siapa tak suka benda percuma?

Nah, ambillah.

Muat turun aplikasi kami!

Jangan lupa muat turun aplikasi kami, okey?

Aduhai, penatnya.

Pak cik tersedar sesuatu hari ini.

Pak cik belajar sesuatu daripada acara pembukaan tadi.

- Apa dia? - Bekerja tak memenatkan.

Lagipun, kita boleh cari duit 24 jam sehari.

Ini petunjuk daripada Tuhan.

Apa kata kita makan samkyupsal untuk raikannya?

Okey.

Apa nak berkira? Dua puluh ribu won saja.

Kita minum somaek.

Okey.

Petunjuk daripada Tuhan

Maafkan saya.

Acara pembukaan hari ini dah tamat, tapi kami akan datang lagi minggu depan.

Sebenarnya, saya nak tanya tentang itu.

A DIME A JOB - APA KAMI BOLEH BANTU?

Oh, ya! Apa saya boleh bantu?

Maafkan saya, tapi bolehkah…

Boleh! Kami boleh buat apa-apa kerja.

Sebenarnya, teman wanita saya…

Nak buat kejutan?

98 HARI SEJAK BERKENALAN

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left