نخستین 200 خط.
SIRI ASLI NETFLIX
Apa pendapat awak tentang Darren Jarvis?
- Dari CBS? - Dia nak saya jadi wartawan.
Buang masa awak saja.
Bagaimana dengan Greer Fisher dari MSNBC?
Teruskan menulis.
Muncul di kaca TV sekali-sekala.
Awak lebih layak daripada itu.
Bagaimana dengan Slugline ?
Slugline itu apa?
Kalau saya kata Politico nak ambil saya, apa pendapat awak?
Saya akan cakap yang itu menarik minat saya.
Enam bulan lagi, Slugline akan jadi sama macam Politico setahun setengah yang lalu.
Semua orang di Politico baca
sebab Slugline siarkan berita sebelum mereka.
Saya tak pernah dengar pun.
Semua orang ejen bebas.
Mereka tulis apa yang mereka nak, di mana saja mereka berada.
Ramai yang tulis dari telefon.
Baiklah, jika kebebasan dan pendedahan yang mereka tawarkan,
saya akan cakap yang tak salah pun kalau awak cuba.
Hal tentang Hammerschmidt sedang heboh diperkatakan.
Saya rasa dia mungkin akan dipecat.
Tentu ada 1,000 tweet di sini.
Orang mempertahankan saya, orang mengeji saya.
Malah ada hashtag , "AyuhZoe".
Hei!
Kita tak boleh tinggalkan bukti.
Semua kenalan saya ada dalam telefon itu.
Jadi dah tiba masanya awak cari beberapa kenalan baru.
Jangan risau. Saya akan beli baru.
Dua telefon.
Satu untuk kerja dan satu lagi untuk bermain.
Awak akan dapat tengah hari nanti.
Lagi satu...
Ayuh, Zoe.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Wartawan itu?
Ya.
Kali ini saja?
Saya tak pasti.
Apa kegunaan dia pada kita?
Tukang menyampai bila kita memerlukan. Dia masih berguna setakat ini.
- Apa yang dia nak? - Akses.
Kuasa untuk buat keputusan.
Nampaknya macam dia boleh diharap.
Dia boleh dikawal.
Awak pasti?
Ya. Saya janji.
Baiklah. Kalau awak kata begitu.
- Sebaik saja awak suruh hentikan... - Saya tahu, Francis.
Saya nak bersiap untuk pergi kerja.
Hei.
Ingatkan awak datang lambat.
Ini agenda awak untuk hari ini.
Ini jadual awak untuk sepanjang minggu.
Ini dokumen untuk diluluskan atau ditandatangani.
Di sini adalah ringkasan mesyuarat jawatankuasa
dan maklumat tindakan perundangan yang akan datang.
Saya panggil Ashley dan dia boleh ganti sampai awak jumpa pengganti.
Christina...
Apa?
Terima kasih...
sebab pastikan semua benda teratur.
Ashley boleh hubungi saya kalau awak ada sebarang soalan.
- Dia dah sampai? - Saya suruh dia tunggu dalam pejabat.
Marty Spinella, ketua pelobi untuk kesatuan guru.
Dia nak cabut kepala saya dan kupas macam buah oren.
Kenapa? Sebab saya tipu dia.
Tapi apa pilihan yang saya ada
bila kebenaran akan menamatkan perbualan sebelum ia bermula lagi?
- Nanti saya telefon balik. - Marty.
Awak menipu, Frank?
Tak. Awak menipu saya?
- Marty, saya tak tipu. - Tak...
Kami habiskan hujung minggu dalam bilik itu
meneliti rang undang-undang
dan ia langsung tak menyatakan tentang perundingan kolektif.
Mari bertenang dan duduk. Kita akan bincang perkara ini.
Saya akan jelaskan segala-galanya dan kita akan selesaikan masalah ini.
Sudahlah.
Ini cuma pertemuan yang singkat
sebab cuma salah satu yang akan berlaku.
Sama ada awak meyakinkan saya bahawa pindaan telah dibuat
atau saya keluar dan mula melancarkan rusuhan.
Pindaan itu tak pernah dirancang dalam rang undang-undang.
Ia digunakan untuk menampung kos.
Awak ugut untuk kurangkan pembiayaan persekutuan dari kesatuan sekolah?
Itu bukan cip poker. Itu satu penganiayaan.
Begini, pindaan itu dikeluarkan dari rang undang-undang.
Saya cuma perlukan kerjasama awak tentang piawaian prestasi.
Piawaian prestasi?
Awak berguraukah?
Awak dah setuju! Tak boleh masukkan balik!
- Marty, begini... - Saya ada reputasi untuk dijaga!
Saya yang buat wakil kesatuan tunggu awak
masa awak berada di Gaffney menguruskan Peachoid!
- Marty... - Cakap! Pindaan itu ada atau tak?
Ada jalan penyelesaian, Marty. Kita cuma kena cari.
Saya anggap jawapannya tidak.
Okey.
Marty, jangan memulakan perang yang awak takkan menang.
Awak kenakan saya, saya kenakan awak balik.
Stamper!
Marty dan saya ada hubungan kerja yang baik atau pernah ada.
Anda boleh lihat baran dia,
tapi biasanya saya boleh pujuk dia dan jelaskan pada dia.
Tapi saya mungkin dah melampaui batas dan itu sangat membimbangkan.
Kawan adalah musuh yang paling teruk.
- Macam mana? - Apa yang awak dengar?
- Banyak kata kesat. - Itu cukup untuk menggambarkannya.
Mari kita fikirkan.
Kita ada mesyuarat Kepimpinan JKD.
Apa?
Saya nak abaikan, tapi Birch baru tugaskan pada kita.
- Bila? - Dalam 12 minit lagi di sini.
Mengapa di sini, bukan di ibu pejabat JKD?
JKD sedang buat pengubahsuaian. Ia akan jadi bangunan mesra alam sekitar.
Penggunaan dana parti yang menarik.
Kami baru saja berada di sini dalam tiga bulan.
Menarik.
Tak macam The Herald , bukan?
Awak pernah pergi ke sana?
Ya. Sangat tertekan.
Jadi, siapa lagi yang nak awak?
Beberapa orang.
Maksud awak semua orang.
Ada banyak e-mel pagi ini.
Tak mengejutkan. Awak terkenal sekarang.
Ramai berminat. Saya pun sama.
Tapi jika lapan minit berlalu tanpa apa-apa, saya jadi bosan.
Saya pun boleh bosan dengan awak melainkan awak menarik minat saya.
Saya rasa awak boleh.
Saya rasa inilah tempat untuk awak menarik minat seluruh dunia juga.
Pilihan di tangan awak. Saya takkan paksa.
Saya memang berminat.
Ambillah masa untuk tengok sekeliling.
E-mel pada saya jangkaan gaji awak. Nanti saya akan telefon awak.
Ini adalah keutamaan kita.
Ohio, Florida dan Pennsylvania.
PECAHAN UNDI MENGIKUT NEGERI
Kita perlukan mereka semua atau Walker akan dilucutkan.
Dia pilih Matthews sebagai saingan sebab Pennsylvania.
Tapi sekarang kita kena cari pengganti.
Pilihan raya kecil berlangsung pada November ini.
Patricia Whittaker, Pengerusi JKD.
Satu contoh bagi seorang ketua untuk menyertai pemilihan
berbanding orang bawahan mereka.
Kecekapan adalah nilai penting dalam permainan ini
dan saya menghargainya setiap kali saya melihatnya.
Dewan Negara juga akan terkesan.
Gabenor baru akan pantau pembahagian semula kawasan.
Kita hilang kerusi di sini, kita boleh hilang majoriti di Washington.
JKR akan menyokong Jack Swofford, bekas Datuk Bandar Pittsburgh.
Namanya diiktiraf oleh seluruh negeri dan jentera kempennya dah sedia.
Dah tiga bulan berlalu
dan kita tak ada apa-apa.
Apa kata Peguam Negara? Ben Pluckett?
Ben dah cuba sertai Dewan Negara pada tahun 2014.
Dia kalah sebab hukum pesalah seks dengan penipuan tahun lepas.
- McHolland pun ada. - Dia berumur 78 tahun.
Bila kali terakhir dia pegang jawatan? Masa Carter jadi presiden?
Reagan, tapi sama saja.
Dia dihormati, ada kesungguhan.
Kalau perlukan orang untuk ganti Matthews...
Awak tak boleh gantikan Matthews. Kita tak patut cuba pun.
Kita perlukan orang baru.
Negeri ini ada kerusi yang lemah.
Mari semak semula semua kerusi Kongres
dan lihat jika ada yang menonjol.
- Baiklah. Saya ada senarai di sini. - Okey. Teruskan.
Daerah pertama Pennsylvania, Peter Russo.
Gugurkan dia. Dia tak bagus.
Tiada pengalaman, tiada kebolehan.
Okey, seterusnya. Daerah kedua, Gwendolyn Pierce.
Tak, Gwen banyak pertelingkahan. Lantang tentang pengguguran bayi.
- Caroline pula? - Dia sihat.
- Anak-anak awak? - Keempat-empat mereka?
Awak pun tahu.
Awak ada gambar dalam telefon awak?
Sudahlah. Terus ke tujuan utama, Pete.
Apa kita nak buat tentang limbungan itu?
BRAC dah buat sidang dengar. Mereka buat keputusan untuk tutup.
Okey, dan kenapa awak tak beri keterangan?
Kita bercakap tentang 12,000 pekerjaan di sini.
Saya terikat. Ramai orang nak ia ditutup.
- Saya terima banyak tekanan. - Dari siapa?
Orang atasan. Tiada apa yang saya boleh buat.
Mengarutlah!
Pergi semula ke BRAC. Cakap dengan Pertahanan.
Cakap dengan setiausaha Tentera Laut. Buat sesuatu.
Itu takkan berlaku.
Okey. Kenapa?
Saya dah cakap. Isu politik.
Jadi saya patut pergi ke Persatuan Pembina Kapal
dan nak cakap apa?
Mereka dibuang kerja sebab Pete Russo bermain politik?
Aduhai, Pete.
Kami yang buat awak terpilih.
Sekarang awak nak abaikan kami?
No comments yet. Be the first to leave one.