Kingmaker

Kingmaker (킹메이커)

دانلود زیرنویس Malay

هماهنگ با نسخه‌های زیر

Kingmaker 2022 KOREAN 1080p WEBRip AAC2 0 x264-Imagine
ناشر singyurl

برچسب‌ها

webrip
web
x264
BRip
1080
تاریخ انتشار: 2022-06-21
تعداد دانلود: 44
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Tahu tak apa yang membuatkan orang paling marah?

Dikhianati oleh orang yang mereka percaya.

(Filem ini berdasarkan kisah dan orang sebenar,)

Kami ada 5 ekor ayam di rumah.

2 jantan dan 3 betina.

Tetapi ia sudah berhari-hari tidak bertelur.

Satu-satunya kegembiraan saya adalah

menggoreng telur untuk sarapan pagi.

Awak dengar atau tidak?

Teruskanlah bercakap.

Jadi sejak 3 hari lepas

saya asyik memerhati di tepi reban.

Pada jam 4 pagi,

saya berjaya tangkap seorang yang menyelinap masuk.

Tahu tak siapakah dia?

Jiran saya, Changshik.

Tapi si tak guna itu,

dia menafikan segala-galanya.

Percaya tak?

Dia cakap dia datang pada jam 4 pagi

untuk beri ayam saya makanan.

Kalau begitu awak patut berjumpa dengan mandur kampung, bukan saya.

Hesy, tak boleh.

Changshik ialah anak kepada sepupu mandur.

Saya dipersalahkan kerana

menuduh orang yang tak bersalah.

Ayam saya menangis setiap malam

macam kehilangan anak.

Saya tak boleh tidur.

Apakah ini?

Ikat seutas tali pada kaki ayam awak.

Kemudian pada lewat malam,

letakkan seekor ayam awak di reban Changshik.

Bila dah siang, panggil semua penduduk kampung ke rumahnya.

Sekarang bukan telur saja yang dia curi,

dia curi ayam saya!

Bila dia menafikannya,

Cakap awak ikat tali merah pada kaki semua ayam awak.

Datuk kepada mandur pun takkan dapat selamatkan dia nanti.

Tapi bolehkah saya buat begitu?

Dia curi beberapa biji telur saja.

Ia taktik yang kejam.

Atau, awak boleh teruskan hidup sebagai seorang yang pemurah.

Tapi En. Ahli Farmasi,

awak sedang tulis apa?

Saya dah cakap jangan panggil saya begitu.

Farmasi ini cuma kerja sementara.

...mereka mendakwa bahawa ekonomi hancur

akibat Perang Korea, sedangkan ia tidak benar.

Kapitalisme birokrasi yang mengakibatkannya...

dan ia mengambil kesempatan ke atas buruh, seperti awak.

Tuan-tuan!

Untuk mendapatkan hak dan status yang kita patut dapat,

Pendemokrasian negara ini...

ada masa untuk berunding, dan ada masa...

Diamlah!

- Dan ada masa... - Kim Woonbum, awak komunis!

Dan ada masa kita perlu melawan.

Jika industrialis berunding dengan baik...

- Makan ini, komunis! - dan menggalakkan ketelusan...

Encik, jangan buat begini.

- Jangan dengar cakap dia! - Bawa dia pergi.

Itu semua dusta!

Biarkan saja dia.

Dia kata biarkan saya!

Kita semua, dalam apa jua situasi,

ada hak untuk bercakap.

Saya hormati kata-kata lelaki ini.

Dan apa yang dia kata itu benar!

Awak tak boleh undi komunis!

Tapi encik,

kenapa awak fikir saya ialah komunis?

Awak bertanding untuk menyerahkan negara kita kepada Utara!

Awak fikir saya tak tahu?

Encik, bagi saya.

Ketika perang dulu, tentera Utara memasukkan saya ke Penjara Mokpo,

dan saya berjaya larikan diri daripada skuad penembak.

Awak fikir

orang yang hampir dibunuh oleh Utara ialah komunis?

Kalau saya ialah komunis, maknanya saya komunis yang bodoh.

Saya datang untuk bertemu dengan En. Kim Woonbum.

- Dia keluar. - Yakah?

- Bila dia akan...? - Saya tak tahu.

Boleh saya tunggu...

- Boleh. - Baiklah.

- Hai. - Hai.

Selamat pulang.

- Hai. - Apa rancangan kita untuk esok?

Pada jam 7 pagi awak akan singgah di pusat komuniti.

Sapa orang-orang tua kampung.

Jam 9 pagi ada pembentangan tentang majlis kerajaan sendiri.

Jam 3 petang ada perjumpaan dengan peniaga kampung...

Kalau awak asyik gunakan taktik lapuk begitu,

awak akan kalah dalam pilihan raya lagi!

Awah dah kalah 4 kali dalam 7 tahun,

awak belum sedar?

- Apakah ini? - Maaf,

dia nak jumpa En. Kim...

polisi dan manifesto kempen awak semuanya bagus,

tapi bagi orang bertungkus lumus untuk dapatkan sesuap nasi,

semua itu bunyinya macam sampah.

Dia fikir dia siapa?

Siapa awak?

Selamat berkenalan. Nama saya Seo Changdae.

Ya.

Changdae. Apakah kesalahan saya?

Tengok Parti Bebas,

mereka sangat cekap.

Awak menerangkan tentang 10 isu,

tapi mereka jawab 'ko-mu-nis',

tiga suku kata saja!

Apa?

Awakkah orang yang hantar surat itu kepada saya?

Ya.

Untuk satu undi di sini,

saya akan buat parti lawan hilang 10 undi.

Awak mungkin boleh gunakan pemikiran kapitalis begitu.

Dengar sini, kami ahli politik,

bukan peniaga!

Meraih undi atau meraih wang, apa bezanya?

Ia berbeza.

Matlamat peniaga adalah untuk meraih wang,

tapi matlamat ahli politik bukan untuk meraih undi.

Sebelum ini, lembaga pilihan raya tak benarkan pun

awak mendaftar sebagai calon.

Untuk melawan orang yang kotor,

kita juga perlu kotor.

Negara di mana ahli politik membuang sampah

sama saja macam tong sampah.

Pada zaman dulu, Aristotle dari Yunani berkata begini.

Keadilan membentuk susunan masyarakat.

Plato berkata untuk keadilan,

segala cara boleh dipertimbangkan.

Dan Plato ialah guru kepada Aristotle.

Plato? Tak guna.

Kenapa dia berkata begitu?

Jadi apa cadangan awak?

Saya nak bekerja dengan awak.

Hesy, tak guna.

Awak boleh nampak yang saya tak mampu gajikan seorang lagi.

Saya tak perlukan gaji!

Sebab saya aktivis buruh.

Jaga diri.

Saya dari Utara, tapi aksen saya dah hilang.

Orang lain cuba bertahun-tahun dan gagal,

tapi melihat ayah saya dibunuh kerana ayatnya macam komunis

memudahkan saya!

- Ya, hidup awak susah. - Tunggu!

Mari hisap rokok.

Saya nak ubah dunia yang teruk ini!

Cukup!

Bunga apakah yang terkandung di dalam surat awak dulu?

Orang memanggilnya 'najis bayi.'

Ia adalah racun dan juga penawar.

Gunalah saya.

- Awak ahli farmasi? - Bukan.

Eh, ya.

Tapi farmasi itu cuma sementara. Saya ialah...

(Dapatkan hak demokrasi, #2 Kim Woonbum)

(Kemenangan pertama dalam pilihan raya kecil Inje)

(Kim menang lagi dalam pilihan raya Dewan Negara ke-6)

(Kim mengisytiharkan tamatnya pemerintahan diktator)

(Persaingan sengit untuk Kerusi Dewan Mokpo Nasional)

Sekarang, kumpulan yang bersubahat dengan Parti Republikan

sedang menggunakan kekerasan

untuk menakutkan dan menyerang

pembangkang dan penyokongnya,

berkeliaran seperti samseng!

Polis Mokpo, penjawat awam dan juga datuk bandar

cuba untuk kalahkan saya.

Boneka Republikan Kim Byungchan

telah menjadikan saya sasaran operasi

untuk dihapuskan.

Kenapa?

Kerana dia takut dengan saya!

Kim Woonbum!

Hari ini, saya mengajukan secara terbuka kepada Presiden Park.

Betulkah awak bercadang untuk meminda perlembagaan

dan bertanding untuk dilantik buat kali ke-3?

Dia ahli politik yang hebat!

Meloncat melepasi Kim Byungchan untuk menyasarkan presiden.

Perlembagaan pun dia sebut.

Dia berwawasan.

Kalau dia begitu berwawasan,

kenapa dia layan awak begitu?

Raja pun akan berikan pekerjaan

kepada orang gajinya yang bagus.

Ini macam dibuang negeri.

Dibuang negeri?

Dia beri saya cuti sebab saya tak sihat.

Siapa yang dapatkan lencana wakil rakyat itu untuk dia?

Dia patut jadikan awak pembantu.

Ia bukan masa yang sesuai!

Jika saya dilantik sekarang,

orang-orang tak guna itu akan dapat sasaran baru.

Orang tak guna yang mana?

Jadi, Kim Youngho dan Kim Woonbum

akan sertai Dewan Negara?

Apa kata Tuan Presiden?

Kita boleh beri pembangkang 10 atau 20 kerusi,

More Malay subtitles for Kingmaker

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left