نخستین 200 خط.
Saya berada di hadapan bangunan yang meletup...
sekitar tengah hari tadi di Hanseo-dong.
Menurut laporan polis,
pengganas itu menghubungi polis dalam 30 minit yang lalu...
dan memaklumkan bahawa dia memasang bom...
dan akan melakukan satu lagi jenayah.
Pihak polis mempertimbangkan kemungkinan pengeboman bersiri...
dan sedang berterusan...
- Saya pasti. Lihatlah. - Tolong berundur.
Mereka sedang mencari...
Apakah situasi semasa?
Sebuah bom ditemukan di hadapan bilik operasi.
Pesakit itu sedang kritikal dan pembedahan perlu diteruskan.
Bom itu "Prototaip S".
Terdapat banyak wayar bersambung pada peledak.
Ini bermaksud hanya pelakunya...
mampu menanggalkan fius bom itu.
Cho Tae Soo berumur 41 tahun...
pakar bahan letupan di sebuah syarikat pembinaan.
Tujuh tahun lalu, dia dihantar ke luar negara sebagai pasukan khas.
Hubungi ibu pejabat dan periksa jika ada luka terbakar padanya.
Baik, tuan.
Sun Woo, awak patut periksa jika dia berhubung dengan hospital.
Baik, tuan.
Seperti awak kata, terdapat letupan ketika dia dalam tentera.
Tujuh kematian pada akhirnya.
Wayar putih itu.
Saya tidak boleh tengok lagi. Saya akan lakukannya.
Ikut peraturan.
Dia yang bertanggungjawab untuk mematikan prototaip itu.
Kita berbaki satu minit lagi.
Inilah peringkat terakhir.
Sama ada punat "Lepas"...
atau pun punat "Pintas".
Seterusnya?
Cho Tae Soon berbohong.
- Entah kenapa... - Seperti yang awak kata.
Tiada luka terbakar padanya ketika dalam tentera.
Seterusnya?
Kita kesuntukan masa. Cepat.
"Lepas".
Tunggu sebentar.
"Pintas".
"Pintas".
Awak hilang akal? Dia kata "Lepas".
Dia mahu membunuh orang sejak awal lagi.
Dia tidak akan melepaskan peluang...
untuk membunuh, walaupun itu bermaksud...
dia akan masuk ke penjara.
Awak pasti?
Tekan punat "Lepas".
Tekan punat "Lepas".
Awak tidak dengar? Tekan punat "Lepas".
Tekan punat "Lepas".
- Tolong! - Tolong saya!
- Tolong saya! - Tolong!
Ini warna yang saya mahukan.
Awak menawarkan kereta itu pada harga begitu?
Hanya ada beberapa di Korea. Kereta ini edisi terhad.
Sudah tentu. Saya tahu.
Saya melayari banyak laman web untuk mencari model ini.
Awak mahu memeriksa enjin?
Saya akan hantar awak pulang.
Belok ke kanan di sana.
Awak sepatutnya belok ke kanan.
Saya akan turun di sini sahaja.
Apa awak sedang buat?
Hei.
Hentikan kereta ini.
Hentikan kereta!
Hentikan kereta!
Tolonglah, jangan bunuh saya.
Saya tidak buat salah. Saya orang baik.
Saya tahu awak berasa cemas.
Menurut peraturan, kita tidak boleh buat sesuatu sehingga...
menerima permohonan rasmi daripada pihak polis.
Apa pihak polis kata tentang kes Park In Hye?
Mereka fikir ia kes culik disebabkan rasa geram.
Rasa geram?
Mereka rasa ia berkaitan dengan kes pembunuhan bersiri...
Wilayah Gyeonggi Barat Daya.
Apa rasanya pendapat Pengurus Pasukan Kang?
Setahun sudah berlalu.
Tiba masanya untuk dia kembali.
Apa pendapat awak?
Terpulang pada dia.
Jika awak bertemu dia, katakan ini peluang terakhir...
untuk dia kembali.
Saya menikam mereka.
Setiap kali menikam mereka, sukar bagi saya.
Namun, jika saya teruskannya, saya akan terbiasa.
Membunuh.
Ada dua suara terkenal di Korea.
Pertama ialah dalang penculikan Lee Hyung Ho.
"Suara dia".
Satu lagi ialah suara yang awak baru dengar,
"Suara ini".
Penjenayah kes pembunuhan Seoul Barat Laut...
dikenali oleh media sebagai "Killer Reaper"...
telah membunuh 21 lelaki dan wanita dalam 11 kes...
selama 10 tahun lalu sejak 2001.
Salah satu tabiat pelik dia adalah meletakkan...
barang kepunyaan mangsa sebelumnya...
pada mangsa seterusnya.
Kasut tumit merah dalam gambar terakhir itu...
milik mangsa sebelumnya.
Seperti mahu mengatakan yang dia sudah puas berseronok,
dia lesap secara tiba-tiba.
Itu tujuh tahun lalu.
Selepas itu,
tiada kes serupa yang ditemukan.
Apa sebabnya?
Satu teori daripada pihak polis...
ialah penjenayah itu telah ditangkap...
atas tuduhan yang tiada kaitan dengan pembunuhan olehnya.
Tetapi, saya rasa...
mustahil untuk dia menjadi seorang banduan tidak dikenali.
Dia membunuh hanyalah...
untuk menarik perhatian orang lain.
Ada satu lagi teori bahawa dia telah mati.
Sebenarnya, itu satu-satunya cara...
pembunuh taasub akan berhenti membunuh.
Penjenayah itu menghidapi kecelaruan minda?
Mungkin juga dia seorang psikopat?
Cuba pandang orang yang duduk di sebelah awak.
Awak nampak sesiapa yang mungkin seorang pembunuh?
Apa saya mahu katakan...
penjenayah yang melakukan pembunuhan dahsyat...
mungkin jiran...
atau keluarga sesiapa sahaja.
Ini mangsa keempat.
Polanya semakin laju.
Menurut analisis, kita hanya ada empat hari...
untuk menyelamatkan Park In Hye.
Awak pernah terfikir begini?
Kadang-kadang...
mungkin kita tersilap.
Jika ada suara lain menjerit dalam minda awak,
jangan sembunyikannya.
Itu perkara paling kejam untuk dilakukan kepada diri sendiri.
Awak pernah katakannya sebelum ini.
Awak perlu bantu.
Kehendak ketua pengarah juga begitu.
Ini lokasi terakhir isyarat telefon bimbitnya.
Jika perlu menyiasat semua kes orang hilang,
bila kita dapat buat kerja kita?
Dia cuma pelajar perempuan yang tidur luar satu malam.
Kita bukan daripada Jabatan Wanita dan Belia.
Mereka suruh kita buat kerja ini juga.
Dia menempah restoran dan sebiji kek...
untuk kawan yang akan pergi ke luar negara,
tetapi dia hilang beberapa jam sebelum itu...
selepas mematikan telefon.
Dia juga pergi ke tempat dia tidak pernah pergi.
Dia tidak hilang begitu sahaja.
Jika dia tidak hilang begitu sahaja, apa yang berlaku?
Sebelum telefon dia dimatikan,
dua minit setengah diambil sebelum tiga stesen berubah.
Maksudnya...
kereta itu bergerak selaju 70 kilometer sejam
ketika telefon itu dimatikan.
Ya, Ketua Pasukan.
Maaf?
Baiklah.
Hei, mari pergi. Mereka sudah menemui suspek.
Jam ini menghasilkan sepuluh minit...
yang hanya awak seorang boleh guna.
Tetapi...
awak perlu berikan memori terindah...
dalam hidup awak sebagai balasan.
Awak setuju?
Ya.
Apa awak akan buat jika dapat sepuluh minit, Han Byul?
- Bermain jadi polis. - Sekali lagi?
Saya akan membantu ayah bekerja.
Jika begitu, awak Ejen Kang Han Byul.
Pergi bersembunyi. Mulakan.
Sayang.
Apa masalahnya? Awak okey?
Awak tidak apa-apa?
Ya.
Saya baik-baik sahaja.
Apa doktor kata?
Apa? Ada sesuatu yang tidak kena?
Awak sememangnya pakar profil?
Kenapa awak tidak boleh agak?
Jadi...
Dia kata saya sihat. Usianya sudah lapan minggu.
Jika ada suara lain menjerit dalam minda awak,
jangan sembunyikannya.
Itu perkara paling kejam untuk dilakukan kepada diri sendiri.
Awak pernah katakannya sebelum ini.
Awak perlu bantu.
Awak dapat bertemu Sun Woo hari ini?
Dia ada menelefon.
Kita akan mendapat anak kedua tidak lama lagi.
Awak patut kembali bekerja, Pengurus Pasukan Kang.
Jika ada perkara yang saya dan Han Byul...
tidak mampu buat, awak perlu atasinya.
Cuba kembali dan melawannya.
No comments yet. Be the first to leave one.