نخستین 200 خط.
Diterjemahkan oleh : NaszMie
Ahli Sihir dari Waverly Place: Filem
Justin, saya jumpa beg awak.
Boleh saya selongkar dan lihat segala barang peribadi awak?
OK, terima kasih!
Tak mungkin!
Ju... Justin!
Apa yang berlaku? Semua orang tak apa-apa?
Alex?
Hebat! Ayah, apa-apa pun, boleh saya simpan?
Saya sudah agak! Alex selongkar beg saya,
jadi saya menyihirnya. Jangan nafikannya.
Semestinya. Beg penghantar yang disihir.
Bagaimana kita boleh hidup tanpanya? Hmm.
Tapi kita akan berseronok semasa...
- Lakukannya. - Mari lihat dia terpusing-pusing.
Sihir diguna untuk melindungi beg.
Terbalikkan sihir, lepaskan si hodoh.
OK, baiklah. Saya selongkar beg awak.
- "Si hodoh?" - Hmm.
Tapi, lihat apa yang saya jumpa.
Tongkat sakti keluarga dan buku Sihir Larangan.
Justin keluarkan dari tempat tersembunyi tanpa kebenaran.
Rasa hormat pada awak makin meningkat.
Saya tak mengambilnya. Ayah beri pada saya.
Ia berkurang sekali lagi.
Ayah, sampai hati ayah beri kepada Justin? Ia dilarang.
Ayah kata kami tak dibenarkan untuk menyentuhnya.
Ayah kata kami belum bersedia.
Saya fikir ayah maksudkan awak.
Alex, jika awak lulus atau hadir peperiksaan atau kedua-duanya sekali,
awak juga boleh guna buku sihir dan tongkat sakti keluarga.
Hanya, kedua-duanya amat berkuasa.
Perlu ada tahap tanggungjawab tertentu...
Tapi saya agak bertanggungjawab. Saya boleh dipercayai.
Saya fikir ini tidak adil untuk saya dan Max.
Betul tak, Max?
Adik. Max!
Awak memang tak membantu.
Saya akan dapatkan satu!
Mak tiada pendapat tentang kekecohan tongkat sakti hebat.
Tapi jika ada yang perlu berkelakuan baik sekarang, ialah kamu.
- Jangan desak. Kita perlu pergi. - Ya, sayang.
Awak perlu pulangkan tongkat sakti dan buku sihir
di tempat awak menjumpainya. Terima kasih.
Baiklah. Saya pun tak mahukannya.
Memang tipu.
Tunggu. Ke mana semua pergi?
Mak mahu semua siap berkemas apabila kami pulang.
OK. Ini akan menjadi percutian paling hebat.
Ada gunung berapi tak?
- Tak. - Jadi, kenapa ia hebat?
- Helo, En. and Pn. Russo. - Hei, Harper. Itu...
Hei, kenapa Harper berada di sini?
Oh, ya. Memandangkan kamu berkemas untuk percutian
- yang saya tak perlu pergi... - Apa yang mak beritahu kamu?
Bila? Semasa di sana?
Jangan desak. Mak dah beritahu, kamu tak boleh hadiri parti itu.
Ia jauh di Brooklyn. Mak tak kenal ibu bapanya.
Tapi mak, semua akan hadiri parti itu.
Betul. Mereka dah edar dalam 1,000 risalah.
Kenapa mak nak hancurkan hidup saya?
Perkara sama yang kamu beritahu mak
bila mak "paksa" kamu pergi bercuti bersama kami.
Nampaknya, ia berhasil.
Alex, sayang.
Mak tahu kamu dah besar dan mahukan sedikit kebebasan,
dan mak tahu kamu akan baik dengan Harper semasa kami tiada.
Tapi kamu perlu faham, tinggalkan kamu bukan mudah untuk mak.
Jadi, jangan susahkan mak, OK?
Ayah, tolong. Saya jenguk saja. Sekejap sahaja.
Jangan menjenguk. Dengar kata mak kamu.
Supaya kita jelas,
jangan jalan, terbang, teleport atau jenguk keluar
dari bangunan ini semasa kami tiada.
- Faham? - Faham.
OK.
- Maaf tentang itu. - Tak apa.
Kita boleh cari aktiviti yang seronok tapi masih bersesuaian umur.
Tak, kita masih akan pergi.
Tapi ibu bapa awak kata kita tak boleh tinggalkan bangunan.
Betul.
Sebagai rekod, saya ingin katakan saya fikir ini idea yang sangat teruk.
Jika maksud awak, teruk adalah bijak. Saya sukakan jalan keluar.
Alex!
- Tak bolehkan kita perlahankannya? - Ya, tidak.
Bila mereka masukkan meja mungkin mereka dah ambil kawalannya,
tapi jangan risau, ia disihir dan tahu ke mana ia perlu pergi.
Jadi kenapa kita menuju ke bandar?
Jalan 42. Jalan 49. Jalan 57.
Brooklyn ke arah situ di sebelah sana sungai.
Sihir tak guna. Sebentar.
Tunggu. Saya silap. Saya lihat peta terbalik.
Baiklah.
Kesilapan arah yang tak sepatutnya diambil.
Lekas bawa kami ke Stesen Jalan Bergen.
Sihir larangan ini amat mudah digunakan.
Sihir larangan? Kenapa guna sesuatu yang dipanggil sihir larangan?
Ia dilarang dan saya tahu ini kerana ia ditulis pada tajuknya.
Ia tak penting jika awak guna tongkat sakti yang betul.
- Jadi, awak ada? - Tidak.
Sebenarnya, ia terlalu berkuasa dan saya tak begitu bertanggungjawab
dan tidak boleh dipercayai. Apa sajalah maksudnya.
Tak, awak pergi dulu! Awak pergi dulu!
Alex! Oh, tidak!
- Tak! Kenapa awak... - Harper!
Serius. Siapa yang reka kereta api bawah tanah ini?
Saya lakukannya.
Saya tak percaya saya lakukannya. Saya selamatkan kita.
Saya tak percaya.
Tak, bukan awak. Saya yang lakukannya.
Justin, terima kasih!
Harper, jangan berterima kasih kepada dia.
Dia buat supaya dia boleh bocorkan rahsia saya.
OK. Selalunya saya akan buat begitu.
Agak lucu bila dia mula...
Tapi saya tak akan beritahu mak dan ayah tentang
perkara yang akan rosakkan suasana pada malam sebelum percutian.
Saya tak mahu awak rosakkan sesuatu yang penting untuk saya.
Kita selamat sebab saya takkan beritahu.
Nak tahu mengapa saya takkan beritahu?
Bukankah kita baru bincangkannya?
Ini kali pertama saya guna sihir dengan tongkat sakti ahli sihir lengkap.
- Jika saya perlu cakap... - Dia perlu.
Ia berhasil dengan sempurna.
Hampir sempurna.
OK. Baiklah. Selamat tinggal.
Minta maaf awak tak boleh tinggal dengan saya lagi.
Tidak. Saya bukannya betul-betul boleh tinggal dengan awak.
Dah lama dia merancang semua ini.
Dia sengaja guna kejadian saya meminjam gerabak makan minum sebagai alasan.
Awak tahu itu tak benar. Awak sayang mak awak.
Bukannya saya kata saya tak sayang. Saya hanya...
Saya hanya tak mahu luangkan masa dua minggu bersama keluarga.
Awak sekeluarga akan memakai pakaian yang sama?
Sebab itu sangat teruk.
Satu hari nanti saya akan memenangi pertandingan ahli sihir
dan menjadi ahli sihir sebenar.
Tapi, apa jadi jika awak mencintai orang biasa
dan perlu lepaskan kuasa awak seperti ayah awak?
Saya masih tak percaya dia lakukan itu.
Saya boleh. Saya suka cerita itu. Ia sangat romantik.
Memang pun.
Kamu perlukan bantuan?
Tidak. Saya tak perlukan langsung bantuan mak.
Baiklah, selamat tinggal.
Baiklah. Satu hari nanti, mak tiada untuk menawarkannya.
Mak.
Maafkan saya. Saya tak maksudkannya seperti itu.
Mak tahu maksud kamu. Kemaskan barang.
Siap.
Tak siap. Nampak apa yang saya buat? Itu dipanggil menceriakan keadaan.
Mak harap kamu akan lupakannya,
sebab mak isytiharkan percutian ini bebas sihir. Berikannya.
Jadi, ayah perlukan tongkat sakti kamu.
Apa? Saya tak boleh serahkan tongkat sakti saya.
Ayah, banyak lagi sihir yang saya belum sempat lakukan.
Max.
Kambing?
Sepatutnya harimau.
OK, jika saya beri tongkat sakti, saya hanya boleh buat sihir tangan.
Ideanya ialah tiada sihir.
Saya tak boleh tak menyihir selama dua minggu. Kita akan ke Caribbean.
Salah satu tempat ajaib di seluruh dunia.
Semuanya sebab Alex, betul tak?
Justin. Bukan selalu disebabkan oleh...
OK, ya. Beri saja tongkat sakti itu kepada ayah.
- Marilah. - Marilah.
- Beri kepada ayah. - Beri kepada ayah.
Baiklah.
"Nota lekit untuk diri, jangan lupa nota lekit."
OK, dah tiba masanya, semua! Semua dah bersedia?
Sedia!
Siapa yang perlukan seluar dalam?
Sedia!
Sedia!
Sedia? Senyum!
Bukankah ini perkara comel yang awak pernah lihat?
Ya... Maaf.
Percutian keluarga yang sebenar. Ini sungguh menyeronokkan!
Kamu akan suka akan tempat peranginan ini. Ia ada segala-galanya.
Ya, ia cantik.
Mak dan ayah awak bertemu buat pertama kali di situ.
- Dia akan mula bercerita. - Tolong jangan cerita.
- Pernah mak beritahu ceritanya? - Mak pun mula bercerita.
Ia musim panas selepas mak tamat pengajian kolej.
Mak sedang baring di sebelah kolam renang.
Mak baru saja pesan smoothie betik.
Ia smoothie jambu.
Sebenarnya, sayang. Ia smoothie jambu.
Tidak.
Kenapa saya pesan smoothie jambu? Saya tak suka jambu.
Apa pun, mak tertumpah betik di atas baju ayah awak.
Jambu.
Tapi apabila mak lihat matanya, mak terus tahu.
Wah, inilah lelaki untuk mak.
Cinta pandang pertama.
Tolong jangan tunjuk.
Atau bunyi.
Kita dah sampai!
No comments yet. Be the first to leave one.