Game of Thrones

Game of Thrones

دانلود زیرنویس Malay

فصل 7

هماهنگ با نسخه‌های زیر

Game of Thrones S07E02 HDTV x264-SVA
Game of Thrones S07E02 HDTV XviD-RMX
Game of Thrones S07E02 480p HDTV x264-RMTeam
Game of Thrones S07E02 720p HDTV HEVC x265-RMTeam
Game of Thrones S07E02 720p HDTV 2CH x265 HEVC-PSA
Game of Thrones S07E02 720p HDTV x264-AVS
Game of Thrones S07E02 iNTERNAL 720p HDTV x264-WaLMaRT
ناشر badh182
Malaysia Subbers Crew. Feel free to resync to other release without lossing subtitle author credit. Visit our facebook page to get new latest info. facebook.com/malaysiasubbers/

برچسب‌ها

HDTV
hdtv
XviD
HD
x264
720p
720
x265
HEVC
2CH
480p
480
تاریخ انتشار: 2017-07-30
تعداد دانلود: 69
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Rancangan ini memaparkan subjek dewasa.

Penonton diminta menggunakan budi bicara.

Tuanku telah dilahirkan pada malam begini.

Saya ingat ribut itu.

Semua anjing di King's Landing meraung sepanjang malam.

Beta harap beta dapat ingat.

Beta selalu sangka beta akan rasa macam pulang.

Tak rasa macam tempat asal beta pun.

Kita takkan tinggal lama di Dragonstone.

Bagus.

Tak banyak pula singa.

Cersei menguasai kurang daripada separuh Tujuh Kerajaan.

Pembesar Westeros membencinya.

Sebelum kedatangan tuanku pun, mereka berkomplot menentangnya.

Sekarang...

Mereka bersorak untuk ratu sebenar mereka?

Mendoakan kesejahteraan beta secara rahsia?

Abang beta diberitahu perkara begitu...

dan dia dengan dungunya mempercayai mereka.

Kalau Viserys ada tiga ekor naga dan tentera di belakangnya...

dia pasti sudah menyerang King's Landing.

Menakluk Westeros pasti mudah saja bagi tuanku.

Namun, tuanku bukan datang untuk menjadi ratu abu.

Tidak.

Kita boleh menawan Tujuh Kerajaan tanpa pembunuhan besar-besaran.

Kalau keluarga utama menyokong tuntutan tuanku terhadap Cersei...

Tuanku sudah menang.

Dengan tentera Tyrell dan Dorne di pihak kita...

Kita ada sekutu yang kuat di Selatan.

Beta belum berterima kasih pada awak untuk itu.

Mereka menertai pihak kita, Ratu, kerana mempercayai tuanku.

Awak pernah berkhidmat untuk ayahanda beta, Lord Varys?

Ya.

Kemudian berkhidmat untuk orang yang menggulingkannya.

Patik ada pilihan, Tuanku.

Berkhidmat untuk Robert Baratheon atau dipancung.

Namun, tidak lama awak berkhidmat untuknya.

Awak mengkhianatinya.

Robert lebih bagus daripada ayahanda tuanku...

itu sememangnya.

Tidak ramai pemerintah dalam sejarah yang sekejam Raja Gila.

Robert tidak gila atau kejam, cuma tidak berminat menjadi raja.

Jadi awak memutuskan untuk mencari pemerintah yang lebih baik.

Tuanku, waktu patik sudah bersedia untuk mati...

Lord Varys memberitahu patik tentang ratu di timur.

Sebelum beta mengecapi kuasa, awak mendahulukan abang beta.

Pengintip dan perisik awak menyebut yang Viserys kejam, dungu dan lemah?

Adakah itu kualiti raja yang bagus pada pendapat awak?

Sehingga tuanku berkahwin dengan Khal Drogo, Tuanku...

patik tidak tahu apa-apa tentang tuanku...

kecuali kewujudan tuanku dan khabar kecantikan tuanku.

Jadi awak dan kawan awak mendagang saya...

macam kuda kebanggaan kepada Dothraki?

Awak bermanfaat daripadanya.

Siapa yang mengarah beta dibunuh?

Raja Robert.

Siapa yang mengupah pembunuh?

Siapa yang hantar mesej ke Essos untuk bunuh Daenerys Targaryen?

Tuanku, patik terpaksa.

Bagi memastikan keselamatan awak.

Lord Varys telah membuktikan kesetiaannya.

Membuktikan kesetiaannya? Malah, sebaliknya.

Kalau dia tidak suka seorang pemerintah...

dia berkomplot untuk menggantinya dengan raja baru.

Penyokong apakah itu?

Yang diperlukan oleh negara ini.

Ketidakmampuan tidak patut diberi kesetiaan membabi buta.

Selagi patik ada mata, patik akan menggunakannya.

Patik tidak dilahirkan dalam keluarga hebat.

Asal patik papa kedana.

Patik dijual sebagai hamba dan dikasi sebagai persembahan.

Waktu kecil, patik tinggal di lorong, parit, rumah terbiar.

Tuanku nak tahu di mana kesetiaan patik?

Bukan kepada mana-mana raja atau ratu, tapi kepada rakyat.

Rakyat yang sengsara di bawah pemerintah kuku besi...

dan makmur di bawah pemerintah adil.

Rakyat yang hatinya ingin ditawan tuanku.

Jika tuanku menuntut kesetiaan membabi buta...

patik akan menghormati kehendak tuanku.

Grey Worm boleh memenggal kepala patik...

atau naga tuanku boleh makan patik...

tapi jika tuanku membiarkan patik hidup...

patik akan berkhidmat dengan baik untuk tuanku...

dan mengabdikan diri untuk melihat tuanku di Takhta Besi...

kerana patik memilih tuanku.

Patik tahu rakyat tiada peluang yang lebih baik berbanding tuanku.

Bersumpah pada beta, Varys.

Kalau awak rasa beta menghampakan rakyat...

awak takkan berkomplot di belakang beta.

Awak akan merenung mata beta seperti hari ini...

dan menyebut Sara beta menghampakan mereka.

Patik bersumpah, Ratu.

Beta pula bersumpah...

kalau awak mengkhianati beta, beta akan membakar awak hidup-hidup.

Patik tidak jangka kurang daripada itu daripada ibu naga.

Ampun, Tuanku.

Paderi Wanita Merah dari As'shai datang untuk berjumpa tuanku.

Ratu Daenerys.

Dulu patik seorang hamba...

dibeli dan dijual...

diseksa dan ditanda.

Satu penghormatan dapat berjumpa Pemecah Rantai.

Paderi Merah bantu membawa keamanan ke Meereen.

Awak amat dialu-alukan di sini.

Siapa nama awak?

Patik digelar Melisandre.

Dulu dia berkhidmat untuk orang lain yang mahu Takhta Besi.

Ia tak berakhir dengan baik untuk Stannis Baratheon, bukan?

Tidak.

Awak memilih hari yang baik untuk datang ke Dragonslone.

Kami baru memutuskan untuk mengampunkan orang...

yang pernah berkhidmat untuk raja yang salah.

Dewa Cahaya tidak mempunyai ramai pengikut di Westeros, bukan?

Belum, tapi orang yang tidak menyembahnya pun...

dapat membantu perjuangannya.

Apa dewa awak menjangkakan daripada saya?

Malam Panjang menjelang.

Cuma putera yang dijanjikan dapat membawa hari baru.

"Putera yang dijanjikan akan membawa hari baru."

Malangnya, beta bukan putera.

Ampun, Tuanku. Tapi terjemahan itu tidak tepat.

Kata nama itu neutral dalam bahasa "High Valyrian".

Justeru, terjemahan betul bagi ramalan itu adalah...

putera atau puteri yang dijanjikan akan membawa hari baru.

Tidak mudah menyebutnya.

Tidak, tapi saya lebih menyukainya.

Awak percaya ramalan itu merujuk kepada beta?

Ramalan membahayakan.

Patik percaya tuanku memainkan peranan.

Begitu juga seorang lagi, raja di Utara, Jon Snow.

Jon Snow? Anak luar nikah Ned Stark?

Awak mengenalinya?

Patik merantau dengannya ke Tembok waktu dia menyertai Pengawal Malam.

Kenapa Dewa Cahaya memilih Jon Snow...

selain bayangan yang awak lihat dalam api?

Sebagai Ketua Komander Pengawal Malam...

dia membenarkan orang liar melintas ke selatan Tembok...

untuk melindungi mereka daripada bahaya.

Sebagai raja di Utara...

dia menyatukan orang liar dengan keluarga pembesar di Utara...

jadi bersama-sama, mereka dapat berdepan musuh setem.

Bunyinya macam lelaki hebat.

Panggil Jon Snow.

Biar dia menghadap tuanku...

dan memberitahu tuanku perkara yang berlaku kepadanya.

Benda yang telah dilihatnya.

Patik tidak boleh bercakap pasal ramalan atau bayangan dalam api...

tapi patik suka dan percayakan Jon Snow.

Patik cekap menilai perwatakan orang.

Kalau dia memerintah Utara, dia sekutu yang bemilai.

Keluarga Lannister bunuh ayahnya dan berkomplot untuk bunuh abangnya.

Jon Snow ada alasan yang kuat untuk benci Cersei lebih berbanding tuanku.

Baiklah. Hantar utusan ke Utara.

Beritahu Jon Snow, ratunya menjemput dia ke Dragonstone.

Suruh dia melutut kepada beta.

Berkumpul. Mari sini.

Awak yakinkah itu Tyrion?

Ia mungkin seseorang yang cuba mengumpan awak.

Baca bahagian terakhir.

"Semua orang kerdil ialah anak luar nikah di mata ayahnya."

Apa maksudnya?

Sesuatu yang disebutnya pada saya pada malam pertama kami bertemu.

Awak lebih mengenalinya. Apa pendapat awak?

Tyrion bukan seperti Lannister lain.

Dia selalu melayan saya dengan baik tapi risikonya terlalu tinggi.

"Tujuh Kerajaan akan berdarah selagi Cersei duduk di Takhta Besi.

Sertai kami.

Bersama-sama, kita boleh menamatkan kezalimannya."

Menawan bunyinya.

Sudah tentu penyebutan bersahaja tentang...

Gerombolan Dothraki...

Askar Tidak Tercemar dan tiga ekor naga...

kurang menawan.

Apa?

Api membunuh Jembalang Putih, awak pernah beritahu saya.

Apa yang menghembus api?

Awak mencadangkan Jon bertemu dengannya?

- Bukan, ia terlalu bahaya. - Tapi?

Namun, kalau Tentera Maut menceroboh Tembok...

adakah kita cukup kuat untuk pertahankan diri?

Jika anak gadis Raja Gila merampas Takhta Besi...

dia akan memusnahkan negara ini.

Sesetengah daripada kamu ialah sekutu keluarga Tyrell...

tapi keluarga Tyrell memberontak secara terbuka...

menentang pemerintah.

Dengan bantuan mereka...

anak gadis Raja Gila telah membawa seangkatan orang gasar...

masuk ke tanah kita.

Askar Tidak Tercemar tidak berakal akan musnahkan istana dan kubu kamu.

Gerombolan Dothraki akan membakar perkampungan kamu...

merogol dan memperhambakan wanita kamu...

serta membunuh anak kamu tanpa ragu-ragu.

Ini ganjaran Olenna Tyrell...

bagi berkurun lamanya perkhidmatan dan kesetiaan kamu.

Kamu masih ingat Raja Gila...

dan kezaliman yang dilakukannya ke atas rakyat.

Anak gadisnya tidak berbeza.

Di Essos, kekejamannya sudah pun menjadi legenda.

Dia menyalib beratus orang bangsawan di Teluk Slaver.

Setelah dia bosan dengan itu...

More Malay subtitles for Game of Thrones

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left