نخستین 200 خط.
Hidu bau udara, Puan Donnelly!
Saya tertelan pasir.
Rasai angin meniup rambut awak!
Naikkan bumbung kereta ini, Sonny!
Saya tak nak dengar kata negatif.
Ini lebuh raya Route 66 dan kita sepatutnya berseronok!
Nama saya Chet dan sukacita saya meletak kereta Encik.
Kami lebih bersukacita kerana awak sukacita melakukannya, kawan.
Saya harap ada secawan teh dan biskut menunggu saya.
Menariknya loghat awak. Awak berasal dari Australia?
Inilah bunyi takdir, puan...
menyeru nama kita dengan lagunya. Maka kita mesti menyahutnya!
Sebab inilah detik kita.
Jika bukan sekarang, maka lagi? Jika bukan kita, maka lagi?
Nanti?
Orang lain?
Tangan saya berbedak, jadi saya dapat berjabat dengan teguh dan kering.
Pakaian saya antara gaya kasual dan gaya rasmi santai.
Sonny. Biar saya yang bercakap.
- Boleh tak? - Okey.
Encik Burley.
Walaupun saya sedar bahawa...
mengikut peraturan saya patut tunggu sehingga awak habis menilai usul kami...
sila anggap gangguan saya ini bukan sebagai tindakan biadab tapi sebagai bukti...
keghairahan kami kerana berpeluang bertemu awak dan...
syarikat awak yang disanjung ini.
Saya nak kata...
Baiklah, itu dah cukup.
Kami bersetuju agar rakan sekerja saya yang akan bercakap sebab...
walaupun bahasanya agak kasar, ia ringkas dan padat.
Saya tak peduli tentang itu semua.
Tak, dengar sini dan belajar, nak.
Teh ialah herba yang telah dikeringkan.
Jadi untuk menghidupkannya semula, awak kena merendamnya...
di dalam air didih.
Air yang betul-betul mendidih.
Di semua tempat yang saya pergi di negara ini...
mereka berikan secawan air yang suam...
dengan uncang teh di sebelahnya...
bererti saya yang perlu mencelupkan uncang teh itu...
ke dalam air suam...
dan menunggu ia berubah warna.
Saya tiada masa nak buat begitu pada umur saya.
Itu yang saya maksudkan.
Ambilkan air didih untuknya.
Baiklah, Puan Donnelly. Beritahu saya lebih lanjut tentang perusahaan awak.
Kami dah beroperasi selama lapan bulan.
Tapi pembangunan fasa kedua dah hampir siap.
Umpama hidup dan kura-kura. Ia memang perlahan...
- Puan Evelyn Greenslade. - Di sini.
Tapi kita hanya boleh berjaya jika kita mengambil risiko.
- Encik Douglas Ainslie. - Di sini.
Kami ada tetamu yang datang dan pergi.
- Puan Muriel Donnelly. - Di sini.
Tapi ada sekumpulan penghuni tetap sejak awal lagi.
- Puan Madge Hardcastle. - Di sini.
- Encik Norman Cousins dan Cik Carol Parr. - Dua-dua ada di sini.
Kami ada pemeriksaan bulanan di klinik tempatan...
dan Sonny mengambil kedatangan setiap pagi.
Langkah berjaga-jaga untuk memastikan tiada sesiapa yang mati pada waktu malam.
Kebanyakan tetamu kami bukan saja tinggal di India, mereka kini bekerja di sana.
- Cantiknya. - Itu sebabnya ia berharga 10,000 rupee.
Tiap-tiap hari? Perlukah kita menawar harga tiap-tiap hari?
Dah memang ragam, puan. Kita kena hormati proses ini.
Baiklah. Kita berdua tahu memandangkan pashmina asli bermutu tinggi...
memerlukan pembelaan tiga kambing Changra setahun...
awak dan penjual lain telah mencampurkan benang ini dengan benda lain agar ia kenyal.
Sebab saya datang ke gerai ini ialah kerana si Bharat menggunakan bulu biri-biri...
dan si Mohan menggunakan bulu arnab...
sekurang-kurangnya awak menggunakan sutera yang agak berkualiti.
Saya akan bayar awak 5,000 untuk empat.
- Baiklah. - Terima kasih.
Jumpa lagi esok, Hari.
Jumpa lagi esok, Cik Evelyn. Terima kasih juga kerana menghormati tradisi ini.
Dua daripada penghuni kami menyumbang tenaga di kelab ekspatriat tempatan.
Sebenarnya perniagaan di sana dah semakin merosot.
Norman...
saya tahu keahlian dah berkurangan dan ekonomi meleset, tapi...
perlukah awak cairkan wain?
Yakah? Saya sendiri yang membukanya.
Mereka dah mula mengesyaki kita.
Kita cuba wain merah pula.
Ada yang membuat kerja lain yang disangka tak termampu oleh mereka.
Ada seorang permaisuri yang begitu menyayangi gajahnya,
hinggakan gajah itu berdiri di sisi makamnya tiga hari setelah kemangkatan baginda
sebelum ia pun mati akibat kesedihan.
Kita semua patut kenal erti cinta seperti itu, cuma bukan daripada gajah.
Kadangkala memang mereka tak berupaya.
- Bila tempat ini dibina? - Apa dia?
- Zaman apa? - Apa...
zamannya? Ah... ya.
Kurun ke-17.
Kurun ke-17.
- Awak pasti? - Sangat pasti.
Nanti. Mungkin kurun ke-18.
Sila nikmati kecantikan tembok berukir...
Sekarang sila nikmati keindahan tembok berukir ini...
yang diukir dengan corak Rajasthani...
yang diukir dengan corak Rajasthani biasa.
Corak biasa yang...
Anda juga boleh lihat...
Saya boleh terus bercakap...
tapi apa yang penting ialah dia ada idea.
Saya tahu ia akan berjaya.
Bukti kejayaan kami ialah kamilah mangsanya.
Hotel Marigold telah penuh.
Tiada sesiapa yang mendaftar keluar. Kecuali jika mereka mati.
Jadi kami memerlukan ruang tambahan.
- Kami berminat dengan satu tempat. - Hotel Kualiti Terbaik.
Awak keluarkan duit dan kami akan membelinya.
Maka kami akan menjadi cawangan terjauh francais Evergreen.
Yang membawa kepada rangkaian hotel di seluruh India dan negara lain...
bagi mereka seperti...
wanita hebat ini...
yang mana wajahnya merupakan peta dunia...
dan mindanya, walaupun dah tua, masih mengandungi banyak rahsia alam semesta.
Siapa sangka ketika dia tinggalkan rumahnya untuk Hotel Best Exotic Marigold...
seperti orang lain...
"Kenapa mati di sini...
"jika saya boleh mati di sana?"
Jika saya boleh bersuara.
Evergreen ada konsep yang berbeza.
Kami percaya bahawa...
orang tua tak perlu menunggu mati.
Bahawa tahun-tahun matang ini...
merupakan peluang untuk mengembara, untuk melanjutkan pelajaran...
untuk situasi pekerjaan yang berbeza.
Dalam erti kata lain, peluang untuk hidup.
Untuk menurunkan nilai kehidupan itu kepada orang lain.
Saya rasa awak tentu bersetuju dengan saya, Puan Donnelly?
Saya berada di sini, kan?
Awak ada berbincang dengan syarikat lain tentang ini?
Kami menghubungi syarikat awak dulu.
- Kami ada banyak pesaing lain. - Kami tak rasa begitu.
- Awak beritahu tentang pengambilan nama? - Mereka menyukainya.
Sonny, ini sangat penting. Bila mereka nak menandatangani cek?
Masih banyak halangan lagi, Sunaina.
Sebelum kita berjaya, ada satu perkara lagi yang perlu dibuat.
Tak lama lagi, Encik Burley...
berjanji untuk menghantar pemeriksa ke hotel kita.
Sebagai pengintip, katanya, untuk menilai kita.
Kami akan bersedia. Sekarang boleh kita bincang tentang hal perkahwinan?
Hari Khamis ialah majlis pertunangan dan kita ada latihan tarian...
di Kelab Viceroy pada jam 4. Saya ada berita menarik tentang itu.
Biar saya letakkan satu ayat di dalam minda awak, Sunaina.
"Kahwin lari." Kita kahwin lari.
Okey. Awak tak sedar betapa romantiknya...
Ke tepi. Ini sangat penting.
Hello. Siapa di sana, sayang?
Sonny. Bagaimana keadaan di Amerika?
Kushal?
- Saya tak sedar awak ada di Jaipur. - Saya dah balik.
Teman wanita awak dah semakin cantik semasa ketiadaan saya.
Bukan teman wanita. Tak, dia tunang saya.
Ini berita penting saya. Kush dan abang saya mengatur tarian kita.
- Awak panggil dia "Kush"? - Okey, tengok ni.
Awak datang hanya untuk majlis perkahwinan kami, Kushal?
Kemudian awak akan pergi lagi?
Serta-merta, terus selepas itu, untuk masa yang lama?
Saya ada kerja di bandar. Jika ia berjaya, saya akan berada di sini lama.
Hebat, kan?
Puan Donnelly. Sekarang?
Awak perlukan saya sekarang? Saya kena pergi.
- Sonny, hebat ni. Tengok. - Tak, dia memanggil saya dari kolam.
Okey.
Okey, okey. Bye.
Jadi mereka memandang saya, menunggu pandangan dan pengetahuan saya...
dan saya tiada satu pun.
Dah berapa kali awak bawa pelancong ke sana?
63.
Awak masih tak boleh ingat apa yang awak kata?
Maklumlah. Sejak tua ni, memang mudah lupa.
- Awak patut marahi pembantu awak. - Saya akan buat begitu.
Jika itu tak berkesan, tawarkan dia duit.
Terima kasih.
Selamat malam.
Awak nak minum kopi?
- Atau teh chai lebih sesuai. - Sebenarnya saya tak ada kopi.
- Atau teh chai juga. - Tak. Betul juga.
Baiklah. Semoga awak tidur lena.
- Awak juga. - Terima kasih.
- Selamat malam. - Selamat malam.
Tiba-tiba saya sedar bahawa saya tak bersendirian.
Jadi saya berpaling untuk lihat siapa yang menepuk bahu saya.
Cuma Ketua Biskop Canterbury.
Ia memang lucu sebab ia benar.
Ya, dan malangnya kedua-duanya pun bukan.
- Awak nak ikut kami, Norman? - Tak, rasanya saya...
saya kena tunggu di sini dan kira pendapatan yang sikit ini, Susan.
Kecuali awak perlukan bantuan mencari teksi.
Tak, saya boleh berjalan kaki balik. Saya tinggal berdekatan saja.
Itu amat memudahkan.
Ya. Awak patut singgah sekali-sekala.
- Oh. - Atau malam ini?
Encik Norman?
- Ya, apa dia? - Cik Carol ada di telefon.
Dia bertanya bila awak akan balik.
Lain kali sajalah.
Ya.
Selamat malam.
No comments yet. Be the first to leave one.