نخستین 200 خط.
Sejak bila perkataan "elit" jadi tidak disenangi?
Kami bangga dengan pencapaian anda.
Bangga dengan teladan yang anda berikan...
dan lebih penting lagi, kami bangga dengan perwatakan anda.
Bersama saya malam ini...
sebahagian daripada pelajar-pelajar terbaik kita...
dan keluarga mereka.
Awak buat apa?
Beberapa jam lagi. Tak perlu tunggu saya.
Apa?
Pablo, boleh awak tolong saya?
Boleh ganti saya Sabtu ini? Sabtu ini hari jadi isteri saya.
Saya nak bawa dia makan malam di luar berdua saja.
Besarnya rumah dia.
Ayah pernah dengar rumahnya besar, tapi tak sangka sebesar ini.
Berapa ekar tanah En. Manning?
Jawablah.
Kamu tak tahu atau kamu tak berminat?
Dua-dua.
Rumahnya ada panggung wayang?
- Tentu ada. - Turunkan saya di mana-mana saja.
Okey.
Bolehkah ayah tengok-tengok dulu?
Saya pergi dulu.
Maaf, saya tak sengaja.
Selamat pagi.
Selamat pagi.
Awak datang untuk ambil derma?
Tidak, saya rasa saya yang hantar derma ke sini.
Apa?
Saya ayah Shannon. Saya tolong hantar dia.
Saya Carrie, mak Jamie.
- Selamat berkenalan. - Drew Hagel. Selamat berkenalan.
"Hagel." Bukankah nama keluarga Shannon...
Dark. Itu nama keluarga maknya.
- Sesuai dengan personalitinya. - Maknya dah tiada...
Ada, dia ada di sekitar Barat Laut Pasifik.
Saya kahwin semula dengan perempuan yang lebih muda dan cantik.
Hagel, ada kaitan dengan Hagel...
Tidak. Tiada kaitan langsung.
Saya ejen hartanah.
Mungkin awak pernah nampak papan tanda syarikat saya?
Saya dah lambat. Maaf, saya harus pergi.
- Gembira bertemu awak. - Saya juga.
Kami suka Shannon. Awak didik dia dengan baik.
Hai.
- Awak pandai main tenis? - Apa?
Dia tak begitu cekap. Saya perlukan lawan yang handal.
Awak pandai main tenis?
- Saya pernah belajar dulu. - Saya perlukan pasangan yang bagus.
Saya tak nak kalah dengan pekerja saya.
Betul? Kita kenalkah?
Saya Drew Hagel, ayah Shannon.
Siapa Shannon?
- Teman wanita Jamie. - Yalah.
Hei, saya Quint.
Selamat berkenalan.
Pergilah tukar baju. Ada baju di rumah kelab.
Okey.
- Terima kasih. - Awak pukul dulu, saya di depan.
Mula.
Itulah yang saya mahu.
Begini. Saya bukannya nak merungut.
Tapi awak main dengan pemain tenis profesional.
- Betulkah? - Apa?
- Pemain profesional. - Tidak.
- Saya broker hartanah. - Ya, tapi awak bukan amatur.
Saya main tenis di kolej. Divisyen tiga.
Jadi awak ejen hartanah.
Saya sangka itu kerja janda yang dah lanjut usia.
Maaf, peguam saya memang cakap tak berlapik.
Tidak, ayah saya cakap cuba cari kerja yang diperlukan.
Semua orang perlukan keranda atau rumah.
Mungkin bukan itu yang dia maksudkan.
Apa pun, saya...
Saya rasa kerja kamu sangat mengujakan.
Ya, betul.
Orang tak faham pun kerja kami. Betul?
Kami pindahkan wang ghaib dalam pasaran ghaib...
dengan sangat cepat...
dibantu oleh tangan ghaib dengan pengawasan sulit.
Tak seronok pun.
Kecuali keuntungan 18 peratus.
- Okey, jumpa lagi Sabtu depan. - Okey.
Boleh saya tanya sesuatu?
Mungkin masanya tak sesuai, tapi...
Awak mahu melabur dalam WMV. Saya tahu sebab ramai yang berminat.
Hampir semua lelaki yang saya jumpa. Perempuan pun ada.
Tapi saya biasa bergaul dengan lelaki saja.
Saya cuma rasa oleh sebab kita dah kenal...
dan anak-anak kita pun secocok...
Ya, kita dah macam satu keluarga.
Ya, saya mahu melabur dalam dana awak.
Nilai minimum adalah 300.
- 300,000 dolar? Ya. - Ya, minimum.
Itu harga untuk kawan-kawan dan keluarga.
Awak tahu apa itu dana lindung nilai?
Ya, sudah tentu.
Saya pernah belajar ekonomi.
Saya rasa...
Ya, saya rasa jumlah itu wajar.
Kalau tak ambil risiko, macam mana nak dapat pulangan?
Ya. Awak fikirlah dulu.
Bincang dengan isteri awak dulu, kalau masih berminat...
datang ke pejabat saya di Capitol Park.
- Okey. - Okey.
Terima kasih.
Saya cuma nak ambil pinjaman jangka pendek.
Ya, tapi jumlahnya besar.
- Jawablah. - Tak perlu, anak saya yang telefon.
Rumah ini berbaloi, Andy. Awak pun tahu.
Awak ubah suai rumah tahun lepas. Duit ini untuk apa sebenarnya?
Andy, saya...
Saya tak berjudi lagi, kalau itu yang awak maksudkan.
- Bukan itu maksud saya. - Saya ada hutang dan tanggungan.
Saya bukan minta derma.
Saya boleh bayar setiap bulan.
Tolonglah.
Tolonglah faham.
Peluang yang ada di depan saya sekarang...
datang sekali seumur hidup saja.
Perniagaan awak masih tak untung?
Awak nak dengar cerita ketika ayah saya suruh saya...
kutip sewa daripada lelaki gila yang tinggal di Bayview.
- Yakah? - "Awas, dia ada anjing."
Dia pesan itu saja. Hati-hati dengan anjing itu.
Apabila saya sampai, saya tak nampak anjing pun.
Saya tekan loceng di depan pintu...
dia turun dan serahkan sampul kepada saya.
Tiada masalah langsung.
Ketika saya turun tangga depan...
anjing baka Doberman yang besar muncul dari tepi rumah.
Saya terus lari lintang-pukang dari Bayview...
sampai ke rumah saya.
Kemudian saya sedar sampul itu hilang.
Tentu ia tercicir ketika saya lari.
Saya patah balik ke Bayview dan mencari di merata-rata tempat.
Tapi tak jumpa dan saya menangis.
Akhirnya ayah saya balik. Dia tenangkan saya.
Dia cakap, "Drew, jangan susah hati kerana duit."
Dia beri saya $10 dan suruh saya masukkan ke dalam bank.
- Begitu saja. - Berapa duit dalam sampul itu?
- Apa? - Apa kandungan sampul itu?
Entah, saya tak pernah tanya.
Kenapa?
Saya ada buat salahkah?
Awak tak buat salah.
Awak buat saya gementar. Ada apa?
Saya mengandung.
Maaf, tapi...
itu sememangnya salah saya.
Melainkan ada orang lain...
Tidak, saya mengandungkan anak-anak awak...
dan kali ini kita boleh uruskan.
Awak cakap "anak-anak"?
Dua orang.
- Kembar? - Ya.
Inilah masanya awak peluk saya dan cakap awak sayang saya...
dan cakap saya tak perlu risau tentang keguguran.
Saya sayang awak.
- Saya sayang awak. - Baguslah.
Kembar?
Jangan risau, kita boleh uruskan.
Kita boleh berjimat dan kawal perbelanjaan.
Ya.
Saya sangka saya akan jumpa Quint di sini.
Apa maksud encik?
Dia kawan saya.
Dia tunggu encik datang.
Saya lambat lima minit saja. Mungkin enam minit.
Saya tak boleh mulakan hari tanpa kopi, jadi saya pergi...
Dia ada masa lima minit saja.
Dia akan bertolak ke London sejam lagi.
Okey.
- Apa ini? - Borang SEC.
Hanya yang berpendapatan minimum $500,000 setahun...
dengan nilai bersih lebih lima juta yang layak.
- Juta? - Serahkan borang ini Jumaat nanti.
Okey.
- Hei. - Hei.
- Awak tak nak masuk tidur? - Sekejap lagi.
- Awak buat apa? - Tiada apa-apa, cuma...
Dokumen pembelian rumah.
Rajinnya.
- Selamat malam. - Selamat malam.
- Awak nak air? - Tidak.
Tingkah laku kelompok boleh menyebabkan kemerosotan...
dengan kesan yang lebih meluas.
Kalau keyakinan pelabur mula goyah, ia memberikan kesan di Asia...
yang turut membantu ekonomi Amerika selama bertahun-tahun...
Oh, Tuhan.
- Terkejut saya. - Ada masalahkah, Drew?
- Apa maksud awak? - Puas saya cuba hubungi awak.
Maaf. Saya ada hantar e-mel, bukan?
Kenapa berminggu-minggu awak mengelak saya?
Sebab itu saya singgah hari ini.
Okey.
Terima kasih.
Malangnya, saya dah lambat.
- Lambat ke mana? - Majlis amal di sekolah.
No comments yet. Be the first to leave one.