نخستین 200 خط.
Sebelum ini dalam Bosch: Legacy...
Ada senjata!
Dari sudut pandangan awak, awak tak nampak pistol.
Betul.
Rose dan Sekutu akan mewakili keluarga Davis
dalam tindakan kematian salah terhadap LAPD.
Mencari durian runtuh. - Boleh kita jumpa?
Bincangkan rakaman audio yang awak suruh Pn. Davis buat.
- Pistolnya masih ada? - Ya, dalam but kereta.
Audit preskripsi terkini doktor di situ.
Siapa paling banyak berikan opioid?
Dr. Vince Shipman jauh mendahului.
Jika doktornya terlebih mempreskripsikan ubat,
atau tulis bagi pesakit tak wujud?
Saya telefon Dr. Basu untuk susulan. Dia tak balas.
Kemudian saya tahu dia dibunuh.
Kami sedang siasat kejiranan itu.
Ada penyerang seks waktu siang. Mungkin awak tahu.
Saya tak tahu.
Awak selalu berada di sana, encik...
Saya Kurt Dockweiler.
Klien saya ayah kandung Dominick Santanello. Dia datuk awak.
Estetnya akan diturunkan kepada warisnya.
Awak dan anak.
Jika DNA mengesahkan keturunan.
Ada padanan.
Pastikan mereka tak mati.
Saya akan mengawasi warisnya.
Saya akan beritahu Vibiana awak akan mengawasinya.
Pengkhianat.
Biar saya uruskan dia.
En. Sloan telefon untuk naik dan buat pemeriksaan.
- Mungkin dia cuma... - Tapi dia dah periksa malam ini.
Awak keluar dari situ.
- Ada apa? - Ikut saja.
Ikut tangga. Saya akan cari awak.
- Lekas. - Okey.
Lekas. Masuk sini.
Diam.
TOLONG. TINGKAT DUA
Keluar lekas.
Lekas.
Pegang kuat.
- Awak tak apa-apa? - Ya.
Aduhai, masa telah berubah
Api mula muncul Hari baru menjelma
Seperti hujan dingin membasahi
Inilah rentak nyanyian lagu baru
Inilah rentak nyanyian lagu baru
Aduhai, masa telah berubah
Aduhai, masa telah berubah
Seumur hidup aku menantikan detik ini
Aduhai
Aduhai, masa telah berubah
LEGASI
Aduhai, masa telah berubah
Yang Arif, SIS mengeksploitasikan kelemahan undang-undang rekod awam
agar mereka tak perlu berikan kamera badan
selagi siasatan masih berjalan.
Bukan itu tujuan undang-undang.
Yang Arif, siasatan menyeluruh memakan masa.
Polis perlukan masa itu untuk melengkapkan siasatan.
Orang awam perlu tahu kebenaran lebih daripada keperluan polis.
Puan, saya cuma meminta perkara yang selayaknya.
Yang Arif, ini melampau.
- Peguam cuba tunjuk hebat. - En. Kessler.
Cahaya matahari pembasmi kuman terbaik.
Saya mahu pihak bandar bertindak segera dan keluarkan video itu.
Jika tidak, saya akan keluarkan perintah.
Baik, Yang Arif.
Dulu ada waktu rehat untuk makan tengah hari.
Kami boleh duduk di restoran dan makan makanan sihat.
Itu kata peminat Donat Trejo.
Donat tak dikira.
Polis ada enzim yang mengosongkan kalori.
Lima tahun lagi, ramai pegawai berpunggung berat
sebab makanan rapu.
Rasanya sekarang pun dah ramai yang berpunggung berat.
Jaga mulut awak.
Nampak orang itu? Dia keluar dari trak majlis bandar.
Mungkin dia inspektor yang saya cakap tentang pemotong skrin.
En. Dockweiler?
- Ya? - Boleh kita jumpa sebentar?
Sudah tentu.
Tolong jaga tempat dia.
Saya dah agak itu awak. Saya Pegawai Bosch.
Kita bercakap tentang siasatan Pemotong Skrin.
Ya. Macam mana perkembangannya?
Kami masih mencari orang itu.
Saya nak ucap terima kasih dan sentiasa berwaspada.
- Telefon saya jika nampak apa-apa. - Baiklah.
- Selamat menjamu selera. - Terima kasih.
Maaf, terima kasih.
Bosch.
Maestro.
Kuatnya lagu awak.
Kamasi Washington.
Muzik jaz tahap tinggi. Mestilah kuat.
- Kenapa awak datang sini? - Tolong periksa ini.
Apa semua ini?
Imej semua kamera daripada tembak-menembak SIS.
Chandler baru terima.
Itu anak saya. Saya tak nak dia terlibat.
Beritahu Chandler.
Ya, tapi saya sedang cakap dengan awak.
Ini kes dia.
Lagi pun, dia bayar banyak.
Jika cuma awak, pokailah saya.
Saya tak peduli. Dahulukan permintaan saya.
Apa yang awak bawa?
Klien saya dan anaknya cuba dibunuh.
Lelaki yang mengawasinya hilang.
Itu pautan kamera video di dalam studio seninya.
Mulakan di situ. Saya nak tahu orangnya.
Kira-kira pukul berapa?
Dia telefon 10 malam tapi mereka dah ada dalam bangunan.
Nampaknya "mereka" cuma seorang.
Perempuan.
TIADA ISYARAT
Dia serius.
Ulang semula. Tunjukkan mukanya.
Alat penyenyap? Bukankah diharamkan?
Peredam.
Masih diharamkan.
- Hantar salinan kepada saya. - Baiklah.
Cuba lihat jika ada kamera berdekatan.
Apa-apa saja tentang dia.
Klien awak selamat?
Setakat ini. Saya sorok mereka.
Awak takkan cari fasal dengan dia, bukan?
Apa saya nak buat dengan video Dr. Shipman?
Kita dapat rakam dia jual pil.
Kita kena dapatkan bukti dia bunuh Dr. Basu.
Jumpa nanti.
Tengok ini.
Saya tak boleh baca. Terlalu kecil.
Ini saman mahkamah.
Kali pertama saya beri keterangan. Kejar-mengejar dengan O'Neill.
Tak lama lagi pasti awak tak nak buka e-mel begitu.
Cuma perlu pakai uniform Kelas A,
pastikan sentiasa kemas dan bertindak profesional.
Serta jangan termakan umpan peguam.
Alamak, saya cuti hari itu.
Adakah saya akan dibayar?
Jawablah sendiri.
Unit Hollywood, Enam-Adam-79.
Tembak-menembak baru berlaku di 626, Ardmore Utara.
Lima hingga sepuluh tembakan dari dalam rumah.
Enam-A-79, uruskan kod tiga.
Itu kita. Jawab.
Enam-A-79, bertindak balas dari Hollywood...
Hal ini mesti dicepatkan.
Vibiana dan anaknya tak boleh menyorok lama.
Saya masih uruskan pengesahan wasiat.
Kita akan failkan dan umumkan nanti.
Betul? Awak sedang uruskan?
Saya dengar kes ini tak sepenting kes SIS.
Harry, saya jamin bukan itu yang berlaku.
Saya tak nak awak libatkan Maddie dalam kes mengarut itu.
Saya dah beritahu dia.
Dia tak tembak atau nampak apa-apa. Dia tak tahu apa-apa.
Bukan dia Harry, tapi kamera dia.
Macam kes George Floyd dan lain-lain. Penentunya dokumentasi video.
Saya tak peduli apa penentunya.
Jika awak libatkan dia, kita bukan kawan lagi.
Ikut saya.
LAPD! Saya akan masuk.
Pergi.
Pergi turun.
Ada lelaki ditembak.
Enam-A-79, memerlukan ambulans di lokasi kami
untuk lelaki bangsa Hispanik, berusia kira-kira 25 tahun,
luka berbilang tembakan.
Mangsa sedar dan bernafas. Periksa senjata.
Mesej diterima. Meminta ambulans ke lokasi awak.
Dia nazak.
Encik, siapa buat ini pada awak?
Hei.
Cuba bernafas. Semua okey. Bernafas saja.
Dengar sini, bantuan dalam perjalanan, okey?
Saya ada. Bernafas saja. Bertahan dengan saya.
Awak buat apa?
Dia dah tiada.
Tiada siapa patut mati sendirian.
Ini tempat kejadian homisid.
Kita kena keluar dan hubungi detektif.
Ada dua tempat duduk hebat.
Harganya mahal tapi pasti berbaloi.
Gustafson, saya nak jumpa awak.
Nanti saya datang.
Bosch, saya dah muak tengok muka awak.
Saya dah muak buatkan kerja awak.
- Itu apa? - Cara untuk tutup kes Basu.
Cara yang betul.
Apa isinya?
Dr. Vincent Shipman bekerja di klinik Basu.
- Awak dah jumpa dia? - Tak perlu.
Dia buat klinik macam kilang.
Tulis preskripsi palsu kepada gelandangan dan jual pil itu sendiri.
Basu tanya dia. Dua jam kemudian,
No comments yet. Be the first to leave one.