نخستین 200 خط.
- Selamat tengah hari, Pn. Mawar. - Ya.
Saya Reza, peguam yang dihantar oleh Pn. Widyawati.
- Silakan masuk. - Terima kasih.
Maaf sebab bersepah.
Saya belum kemaskan tempat ini lagi.
- Silakan duduk. - Baiklah.
Tunggu sekejap.
Baiklah.
Keluarga Yoshi Adikara
jurugambar yang menjadi
mangsa pembunuhan di sebuah hotel
meminta polis menjalankan siasatan dengan lebih serius.
Suspek utama, Mawar Yustisia
ialah teman wanita mangsa
yang baru-baru ini menerima anugerah
Syarikat Pemula Terbaik
di Asia Tenggara.
Mawar mengaku tidak bersalah...
Maaf. Saya ingat janji temu kita petang nanti.
Betul, tapi saya fikir lebih cepat lebih baik.
Saya cuba hubungi Pn. Widya
tapi dia tak dapat dihubungi.
Dia di luar bandar.
Dia jumpa bukti baharu untuk...
- Pembelaan awak. - Betul.
Ya. Dia ada beritahu saya.
Malangnya
dia tak tahu perkembangan terkini hari ini.
Perkembangan apa?
Polis kata mereka jumpa saksi penting
yang boleh sabitkan awak.
Kami masih tak tahu identitinya.
Tapi satu perkara yang pasti
testimoninya akan membantu pihak pendakwa
bawa kes ini ke perbicaraan.
Saya ada dua jam
untuk kita susun strategi baharu
bagi melawan testimoni baharu itu.
Saya dah ceritakan semuanya kepada Pn. Widya.
Tapi kenyataan awak menimbulkan banyak persoalan.
Ia tak cukup terperinci.
Apa lagi butiran yang awak perlukan?
Apa-apa saja.
Saya perlukan sebanyak mungkin maklumat
untuk membela awak.
Pn. Widya upah saya sebagai peguam awak
kerana saya tak pernah kalah di mahkamah.
Bagaimana?
Sebab saya selalu perhatikan setiap butiran.
Saya harapkan kerjasama awak
untuk beri sebanyak mungkin butiran dan jawab dengan jujur.
Maksud awak, saya tak cukup jujur?
Dah berhari-hari saya ditahan di rumah.
Saya tak boleh ke mana-mana. Saya tak boleh jumpa keluarga saya.
Muka saya terpampang di TV.
DITANGKAP DI BILIK HOTEL BERSAMA MANGSA YANG SUDAH MATI
Celah mana saya tak cukup jujur?
Penahanan di rumah boleh bertukar menjadi penahanan di lokap
kalau awak tak berhenti merungut.
Awak bayar saya ikut minit
jadi jangan bazirkan masa.
Ceritakan semuanya dengan jujur dan terperinci.
Boleh kita mulakan sekarang?
Soalan pertama saya adalah
bagaimana awak boleh berada di dalam bilik itu bersama mangsa?
Ada orang suruh kami ke sana.
Dah berbulan-bulan saya dan Yoshi tak berjumpa.
Kami terpaksa ke hotel itu
kerana orang itu mengancam dan memeras ugut kami.
Dia minta satu bilion rupiah.
Jadi, lebih mudah bayar wang sebanyak itu
daripada bercerai kerana curang
dan bahagikan harta awak?
Saya tiada niat untuk bercerai dengan suami saya.
Saya sayang suami dan anak saya.
Kenapa Lembang?
Ada banyak hotel lain di Jakarta.
Saya tak tahu.
Kenapa orang itu pilih lokasi tersebut?
Kalau hanya untuk ambil wang
dia boleh pilih mana-mana hotel di pusat bandar
atau sekitar Jakarta.
Saya tak tahu.
Penting sangatkah lokasinya?
Adakah awak pernah ke hotel itu
bersama pasangan awak?
Kenapa tanya hal yang tak berkaitan?
Saya diperangkap.
Saya diancam dan diperas ugut.
Boleh awak fokus pada itu?
Pn. Mawar, saya rasa kita perlu fokus pada banyak perkara.
Setiap butiran penting.
Baiklah.
Saya akan tukar soalan saya.
Bagaimana awak terima mesej itu?
Kami tunggu selama dua jam.
Kemudian saya dapat mesej itu.
Dia cakap apa?
Mesej ini dari nombor awak.
Telefon awak ada pada dia.
Ada sesuatu yang tak kena.
Jangan-jangan kita diperangkap.
Kita perlu pergi sekarang.
Saya pengsan.
Saya tak tahu berapa lama.
Apa yang berlaku selepas awak sedar?
Apa perkara pertama yang awak ingat?
Bunyi loceng pintu.
Ketukan di pintu. Ia sangat kuat.
Maafkan saya. Saya pihak hotel.
Ada masalahkah?
Maafkan saya.
Yosh?
Yosh?
Pn. Mawar, ada masalahkah?
Yosh!
Yosh...
Puan, berdiri!
Tuan, tolong saya.
Jauhkan diri daripada dia! Angkat tangan!
Tuan, tolong saya.
Pergi dari situ, puan!
- Tolong saya, tuan. - Cepat!
Ada orang pukul kawan saya.
- Diam. Jalan ke dinding. - Tolong kawan saya, tuan.
- Tolong kawan saya. - Sekarang! Hadap dinding.
Tolonglah kawan saya.
- Diam! - Tolonglah kawan saya!
Menurut rekod polis
ada jeritan dari dalam bilik itu
tapi tiada sesiapa keluar.
Bilik itu dikunci dari dalam.
Ia tak boleh dibuka dari luar
melainkan dipecah masuk.
Tingkap juga dikunci dari dalam.
Pihak hotel memang mengunci
semua tingkap di tingkat atas.
Tiada bukti sebarang cubaan
untuk membuka tingkap secara paksa.
Pasukan forensik tidak jumpa sebarang bukti
ada orang cuba lari dari dalam bilik itu.
Jadi, jika kami perlu percaya kenyataan awak
bahawa ada orang lain di dalam bilik itu
yang memukul awak dan pasangan awak
macam mana orang itu larikan diri?
Dia lenyap begitu saja?
Betul.
Awak nak kata dia hantu?
Tak, bukan hantu.
Saya yakin ada orang lain di dalam bilik itu.
Macam mana orang itu boleh keluar?
Macam mana orang itu boleh masuk?
CCTV menunjukkan dengan jelas
hanya awak dan kawan awak
yang berjalan ke bilik itu.
Polis juga sudah periksa
dengan pihak pengurusan hotel.
Kad akses bilik itu hanya dipegang
oleh awak dan pihak pengurusan hotel.
Kalau begitu, tanyalah pihak pengurusan hotel.
Mungkin ada staf hotel yang membelot.
Saya diperangkap.
Apa tujuannya?
Mungkin untuk musnahkan kerjaya saya.
Dengan buat saya seolah-olah ada hubungan sulit dengan Yoshi
dan saya takut kami tertangkap
lalu saya bunuh dia.
Bukankah itu...
yang sedang disebar di media sosial?
Siapa yang nak perangkap awak?
Saya tak tahu.
Apa yang saya tahu adalah suami dan anak saya dah pergi
dan saya terpaksa hadapi semua ini seorang diri.
Pelakunya pula terlepas, jadi semua orang fokus kepada saya.
Maksud awak
penyerang itu ialah orang lain
dan dia yang memerangkap awak di dalam bilik itu
untuk musnahkan nama baik awak?
Ya.
Tapi awak beritahu polis
yang awak tiada musuh untuk disyaki.
Sebab saya tak tahu nak syak siapa.
Saya seorang yang berfikiran positif.
Saya tak pernah anggap saya ada musuh.
Begini.
Bukan tugas saya untuk cari pelakunya.
Itu tugas polis.
Tugas Pn. Widya dan awak
adalah membela saya.
Pembunuh yang tidak kelihatan.
Itu yang kita nak bawa di mahkamah?
Apa lagi kenyataan yang awak nak saya beri?
Pn. Mawar, sudah 20 tahun saya jadi peguam.
Saya dapati ada dua jenis klien.
Jenis pertama ialah mereka yang beri kerjasama
dan mengaku salah
walaupun mereka tahu
ada kemungkinan untuk kalah di mahkamah.
Jenis kedua ialah mereka yang fikir
mereka lebih bijak daripada saya.
No comments yet. Be the first to leave one.