نخستین 200 خط.
Apakah tanggungjawab seorang individu yang ada kuasa?
Adakah mereka patut menahan diri daripada menyalahgunakan kuasa mereka?
Atau patut melindungi mereka yang tak berdaya?
Dua soalan retorik.
Defendan menggunakan pengaruh besarnya
dari segi politik dan wang demi keuntungan tanpa fikirkan keselamatan awam,
-sehingga banyak nyawa terkorban. -Agak panjang lebar.
Ini kerana mereka percaya mereka tak akan dipertanggungjawabkan.
Kerana kuasa yang mereka ada akan melindungi mereka dari sebarang akibat.
Tapi hari ini, para juri, anda boleh buktikan sebaliknya.
Senyum sikit.
Tunjuk yang mereka perlu tanggung akibat,
kerana mereka yang ada paling banyak kuasa
ada tanggungjawab yang besar.
Awak akan menang kes ini.
Awak pula tak membantu langsung.
Lebih berkesan kalau saya yang cakap.
Kita ada masa lagi nak ubah. Biar saya beri hujah penutup.
Dennis, tahu tak saya akan bunuh awak
dan Jen takkan dakwa saya. Saya akan terlepas.
Sebab konflik kepentingan. Saya tak izinkan pembunuhan.
Awak dengar cakap pembantu dari peguam?
Ya.
-Ini tak profesional. -Itu sangat bagus.
-Sangat bagus. -Yakah?
Cara awak gunakan kepentingan tanggungjawab sivil sebagai hujah penutup.
Buat saya hampir menangis.
Kena tambah dengan renungan tajam awak.
Apa? Saya tak ada renungan yang begitu.
Itu dia.
-Sangat sempurna. -Okey. Yakah?
-Awak rasa begitu? -Ya.
Menakjubkan. Ia hebat.
Jen, ada sebab kenapa awak dipilih untuk lawan GLK dan H.
Awak semakin hebat. Ini bagus.
Awak pasti akan jadi Pendakwa Raya satu hari nanti.
Mungkin satu hari nanti. Sekarang, saya cuma harap
-saya menang kes ini. -Pasti menang.
Kalau tak menang, awak boleh bertukar jadi Hulk.
Buat semua terkejut?
Saya cuma nak guna ilmu perundangan untuk menang kes ini.
Tidak, Jen.
-Tidak? -Itu tak kelakar, Jen.
-Saya cuma beritahu awak. -Ya.
Tunggu sebentar.
Ya, tentang hal itu. Memang betul saya Hulk.
Saya tak rasa awak boleh fokus dengan
rancangan peguam ini selagi tak faham tentang semua itu.
Saya akan ceritakan dari awal.
Beberapa bulan lepas, saya bersama dengan sepupu saya, Bruce.
BEBERAPA BULAN YANG LALU
Ia berkesan. Maksud saya, tangan saya mula sembuh.
-Tiada siapa sangka... -Ya, Bruce yang itu.
Itu semua sebab saya buat satu alat yang boleh kekalkan bentuk manusia saya.
Itu jawapan paling panjang untuk soalan, "Apa khabar."
Awak tanya saya, saya jawablah.
Ini apa?
-Cheetos dengan penyepit? -Ya.
Supaya jari tak kotor.
-Bijak juga awak. -Bukan awak seorang genius dalam keluarga.
Chad juga seorang genius.
Baiklah, kembali kepada apa yang saya cakap tentang teori saya.
Oh, Tuhan.
Steve Rogers tiada teman wanita sebelum masuk tentera.
-Siapa cakap begitu? -History Channel.
Selepas itu, dia jadi Captain America.
Sejak saat itu, sebagai simbol Amerika,
dia berjuang di barisan hadapan dan jadi wira perang.
-Selepas itu, dia dibekukan dalam ais. -Ya.
Berdasarkan apa yang awak cakap,
selepas dia keluar dari ais, dia pergi bantu selesaikan banyak
malapetaka yang mengancam dunia.
Masa itu dia bukan orang yang dikehendaki, bukan?
Nampaknya dia memang sibuk orangnya.
Awak cuma ulang balik semua yang
saya beritahu tentang kawan-kawan saya.
-Yang jelas, Captain America masih teruna. -Hati-hati!
Bruce.
Bruce.
Okey.
Okey.
Jangan, Jen. Saya berdarah.
Perencat itu.
Jen, jangan dekat. Saya berdarah.
Pergi.
IDEAL Bar Sukan
Apa yang berlaku?
Siapa yang buat ni?
Awak tak apa-apa?
Bukan apa, siapa pun dia, orang itu tak sayangkan awak.
Awak tak perlukan dia. Atau mereka.
Awak perlu kasut. Ini tandas awam.
Betul. Ambil ini. Gunakannya.
Pakai ini juga.
Terima kasih. Saya cuma nak bersihkan diri sikit.
Saya tak perlukan solekan.
-Awak perlukannya. -Awak ada tempat nak pergi?
Saya perlu hubungi sepupu saya untuk datang ambil saya. Boleh pinjam telefon?
Sudah tentu boleh. Ini dia.
-Okey, kami dah tutup. -Malam yang menyeronokkan.
-Jaga diri. -Kita nak ke mana sekarang?
-Saya tak tahu. Dia yang pegang kunci. -Hei.
Apa khabar?
-Apa khabar? -Baik, terima kasih.
Awak seorang diri?
-Saya sedang menunggu orang. -Siapa nama awak?
-Teman lelaki saya dah nak sampai. -Awak nak ke mana?
Biar kami teman.
Hei, kami cuma nak berkawan.
-Awak nak pergi mana? -Apa? Ingat awak hebat sangat?
Helo?
Helo?
Helo?
Helo?
Selamat pagi.
Maaf, saya perlu buat kerja sikit.
Awak jadi Hulk balik.
Hulk Pintar.
Ya. Bukan saya bagi nama itu.
Tiba-tiba orang panggil saya begitu.
Kita di mana?
Mexico.
Jangan risau. Ibu bapa awak tahu. Mereka tahu kita okey.
Saya habiskan masa di sini ketika Blip
dan berjaya gabungkan identiti Hulk-Banner.
Di makmal rumah pantai kecil ini.
Ya. Tony buatkan untuk saya bertahun dulu.
-Tony Stark. -Ya.
Dia cakap dia cuma pinjamkannya
dan akan datang dan ambil balik tempat ini.
Awak tak apa-apa?
Tunggu.
-Adakah kita terlanggar kapal angkasa? -Ya.
Kapal utusan Sakaaran Kelas-Lapan.
Mereka mungkin nak sampaikan mesej.
Saya akan siasat hal itu.
Benda pelik-pelik selalu muncul bila jadi Hulk.
Tapi kita kena uruskan awak dulu.
Saya? Kenapa dengan saya?
Saya bertukar.
Dengar.
Maafkan saya.
Saya cuba bagi amaran.
Darah saya dah masuk badan awak.
Selepas kemalangan itu, awak terkena dos radiasi gama yang boleh membawa maut.
Boleh bawa maut?
Bermakna saya akan mati?
Tidak, ada lagi yang perlu saya jelaskan.
Awak tak patut berhenti
-di situ, Bruce! -Baiklah.
Tengok.
Kita berdua ada faktor genetik aneh
yang membolehkan kita sintesiskan radiasi gama
ke sesuatu yang lain.
Sekarang, saya juga boleh jadi Hulk.
Saya dah analisis darah awak.
Dengan cara ia sintesiskan gama,
saya dapat sembuhkan luka pada tangan saya sepenuhnya.
Sebab saya lebih bagus?
Berbeza sebenarnya.
Lebih bagus, kan?
Pendek kata, tangan saya dah sembuh.
Saya dah boleh jadi diri saya yang sebelum ini.
Hulk Angkuh.
Hulk Pintar.
Agak angkuh untuk panggil diri sendiri pintar.
Bukan saya bagi nama itu.
Awak guna, maknanya awak setuju.
Jangan nak mulakan.
Selepas menganalisis sampel darah awak...
Dramatik betul.
Terlalu bahaya kalau awak pergi ke luar sana,
sebab ada kemungkinan darah ni diguna untuk cipta satu lagi hulk.
Okey. Awak dah analisis semua benda.
Cepat rawat saya. Saya nak jadi normal balik.
Jen, ia tak boleh dihapuskan.
Apa maksud awak?
Berikan peranti yang awak guna untuk kekal jadi manusia.
Peranti itu cuma prototaip.
-Disesuaikan untuk... -Bagus. Buatkan saya satu.
Jadikannya sesuai untuk saya.
-Saya tak boleh, Jen. -Awak boleh.
Jen, bertahun-tahun saya bergelut dengan benda ini.
Saya cuma boleh gabungkan dua identiti saya.
Kalau awak bagi masa, kita boleh buat begitu untuk awak.
Tak, saya betul-betul tak mahu jadi Hulk.
Saya baru dapat pejabat sendiri.
-Jen, ini dia. -Saya ada kad nama.
Awak tak boleh kembali seperti dulu lagi.
Apa?
Kenapa, Jen? Awak perlukan apa?
Saya perlukan...
Rasa lebih baik?
Dengar sini...
Sukar untuk diterima,
tapi awak terpaksa ubah gaya hidup awak.
Elak dari situasi yang beri tekanan, jangan pergi jumpa orang...
Tak boleh. Macam mana saya nak buat kerja saya?
Awak tak boleh pergi kerja.
Awak perlu duduk di sini sampai awak boleh kawal diri Hulk awak.
No comments yet. Be the first to leave one.