هماهنگ با نسخه‌های زیر

The Legend of the Blue Sea E09 2016 Semua HDTV MSC
ناشر Aliff Najwan
Drama boleh download di 'kissasian.com' // Malaysian Subbers Crew // The Legend of the Blue Sea E09!

برچسب‌ها

HDTV
hdtv
HD
تاریخ انتشار: 2016-12-17
تعداد دانلود: 47
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Saya akan pulang.

Ke tempat asal saya. Sebelum ia terlambat.

Sebelum ini, kamu ada bertanya bila saya merancang untuk mula menyukai kamu.

Saya ada rancangan.

Jadi, jangan pergi.

Kamu mahu saya tinggal di sini?

Ya.

Jangan pergi.

Mari kita pulang.

Heo Joon Jae, kenapa dengan kamu? Adakah kamu tidak apa-apa?

Heo Joon Jae? Heo Joon Jae!

Heo Joon Jae! Heo Joon Jae!

Heo Joon Jae! Heo Joon Jae!

Heo Joon Jae! Heo Joon Jae!

Heo Joon Jae!

Tolong kami.

Apakah yang terjadi?

Heo Joon Jae!

Kenapa ini?

Hello? Ada orang pengsan di sini.

- Heo Joon Jae! - Sila hantar paramedik ke sini.

Tolong cepat.

- Hello? - Apa patut kita buat?

- Siapa kamu? - Siapa nama tuan?

Saya Dam Ryung.

Jika kamu adalah penjelmaan semula saya,

ingat semua ini apabila kamu terjaga nanti.

Semua yang berlaku adalah sebuah kitaran yang berulang.

Hubungan di dunia ini akan diteruskan.

Begitu juga dengan hubungan yang tidak baik itu.

Lindunginya daripada

orang yang jahat itu.

- Heo Joon Jae. - Encik, adakah kamu okey?

Kamu nampak tangan saya?

Heo Joon Jae!

Kamu tidak apa-apa?

Saya okey.

Saya baik-baik saja.

Adakah kamu okey?

Saya okey.

Adakah kamu benar-benar okey?

Kamu pula? Bukankah kamu kata kamu tidak sihat tadi?

Saya sudah sihat sekarang.

Kenapa?

Kamu ganggu saya dan selalu bertanya sama ada saya menyukai kamu atau tidak,

dan sama ada saya merancang untuk menyukai kamu atau tidak.

Tapi dalam diam, kamu cuba meninggalkan saya.

Kamu memang hebat.

Ke manakah kamu mahu pergi?

Ke rumah pegawai kerajaan itu?

Jung Hoon tiada di sini lagi.

Kenapa tidak? Ke mana dia pergi?

Dia telah pergi ke sebuah tempat yang jauh dari sini.

Jadi, kamu mahu pergi mencarinya?

Kenapa? Adakah dia mempelawa kamu makan ramen lagi?

Bukan Jung Hoon yang masakkan saya ramen itu.

Benarkah dia bukan orangnya?

Jika bukan dia, siapa?

Saya tak boleh beritahu kamu.

Ini tidak membantu langsung. Ayuh.

- Lihat ini. Ada banyak mainan di dalam, bukan? - Yeah.

Pilihlah satu.

Saya mahu sotong kurita yang berwarna merah jambu itu.

Baiklah. Kamu mahu sotong kurita yang berwarna merah jambu itu, bukan?

Kamu yang memilihnya. Jadi, kamu harus berusaha mendapatkannya.

Cuba dapatkannya.

Saya berjaya!

Oh, tidak. Hampir-hampir saja.

Ya, tapi kamu tidak berjaya mendapatkannya, bukan?

Di dunia ini, banyak perkara yang hampir dengan kita,

tapi tidak mudah untuk kita memperolehinya. lnilah lumrah hidup.

Jika kamu berputus asa,

sotong kurita merah jambu itu takkan keluar dari sana.

Cuba lagi.

Mungkin ini bukan nasib saya.

Kamu berputus asa lagi?

Jika kamu telah membuat pilihan, kamu tidak seharusnya berputus asa.

Sama ada ia sotong kurita merah jambu atau...

apa-apa saja.

Saya mahu cuba lagi.

- Mari kita pergi. - Tunggu...

Saya hampir-hampir berjaya kali ini.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan mesin ini.

Mereka mencipta penyepit ini sebegini kerana sengaja.

Jadi, saya harus berputus asa?

Tidak, ini bukan putus asa. Kamu cuma berehat sebentar.

Adakah ia seperti "akan bersambung"?

Ya, betul. Menakjubkan! Ada kalanya kamu bijak.

Secara ringkasnya, apabila kamu sudah membuat keputusan, kamu tidak boleh berputus asa.

Jadi, haruskah kamu berputus asa?

Tidak.

Tepat sekali.

Kamu mahu makan pau panas?

Saya dah kata, jangan pergi. Tapi kamu tidak dengar cakap saya.

Kamu nyaris terbunuh tadi.

Saya okey.

Jadi, apa yang berlaku? Dapatkah kamu nampak mukanya?

Sebenarnya...

Ada sesiapa yang kamu syak?

Kamu tahu kita ada banyak musuh, bukan?

Saya tidak tahu.

Dia sedang diburu polis di Hoehyeon-dong,

Ada insiden kejar-mengejar yang telah berlaku di siang hari.

Apa?

Itulah orangnya.

Lelaki itu?

Dia lelaki yang sedang diburu itu? Ma Dae Young?

Ya. Betul.

Dia tidak memakai topi hari ini.

Chung, kamu cam dia?

Dialah orangnya, bukan? Lelaki yang memakai topi

polis dan pakaian seragam pada hari hujan itu?

Dia pernah memakai topi polis dan juga topi hitam.

Kamu terserempak dengannya selepas kejadian itu?

Ya, ketika saya sedang mengedarkan risalah.

Banyaknya kejutan pada hari ini. Seram sejuk saya dibuatnya.

Maksud kamu, dia mengekori kamu? Kenapa?

Kenapa kamu tidak pernah memberitahu saya mengenainya?

Adakah kamu bodoh?

Sudah pasti Chung tidak tahu mengenainya. Seperti kamu, dia juga

baru tahu mengenai lelaki itu hari ini. Jangan marah dia sebegitu.

Lihatlah budak tak guna itu. Dia melebih-lebih pula.

Cuaca di luar sejuk. Masuklah.

Duduk.

Kenapa dia mengekori Chung?

Dia bukan sekadar mengekori Chung sahaja, malahan dia cuba membunuh kamu.

Kamu nyaris mati hari ini.

Tapi, mengapa lelaki itu mengekorinya?

Hubungan di dunia ini akan diteruskan.

Begitu juga dengan hubungan yang tidak baik itu.

Lindunginya daripada orang yang jahat itu.

Nam Doo.

Apa halnya lagi?

Jangan salah faham mengenai apa yang saya bakal katakan ini.

Saya telah bermimpi sesuatu yang pelik.

Mimpi?

Saya bermimpi saya hidup dalam zaman Dinasti Joseon.

Dan saya memakai gelang itu.

Gelang? Gelang milik Kim Dam Ryung itu?

Jadi, kamu adalah Kim Dam Ryung di dalam mimpi itu?

Ya.

Saya pasti.

Ia berkemungkinan. Selepas saya menonton filem "The Admiral: Roaring Currents",

saya bermimpi saya adalah Laksamana Yi Soon Shin.

Bukan mimpi yang bodoh seperti itu.

Mimpi kamu yang sebenarnya bodoh. Mustahil kamu ialah Kim Dam Ryung.

Adakah kamu telah kembali ke kehidupan lampau kamu?

Bukan kehidupan lampau, cuma ia berlaku di dalam dimensi yang berbeza.

- Di sebuah alam yang berlainan. - Alam yang berlainan? Merepek.

Saya pernah menyebut tentang gelang itu

dan Si Ah pula pernah menyebut tentang bangkai kapal itu.

Itulah sebabnya kamu bermimpi sebegitu.

Mimpi itu telah dipengaruhi realiti kamu.

Itu kepakaran kamu, jadi kamu patut lebih arif mengenainya.

- Yakah? - Ya.

Sejak kebelakangan ini, saya sering bersikap sebegini.

Ia sesuatu yang biasa

kerana dipengaruhi tugasan besar yang bakal dilaksanakan.

Tentu kita akan untung besar apabila kita merompak aset Ahn Jin Joo nanti.

Ya, budak itu bernama Seo Yoo Na.

Mungkin dia bergaduh dengan Elizabeth.

Ya, mereka berdua memang berperangai pelik.

Aduhai. lbunya menelefon kamu? Kenapa?

Dia mahu menyertai juga?

Adakah kamu akan membenarkannya?

Sudah tentu tidak.

Orang seperti itu akan mengganggu anak-anak kita.

Ya, baiklah.

Baiklah, kita akan bincangkan butirannya apabila kita berjumpa nanti.

Okey, jumpa lagi.

Dah satu setengah jam kamu bergayut pada telefon,

tapi butirannya belum dibincangkan lagi?

Sayang,

sudahkah kamu mencadangkan usul kamu itu kepada Pengerusi Heo?

Saya sudah menjemputnya untuk makan malam bersama.

Tapi dia berlagak sibuk dan masih belum memberi pengesahan.

Saya selalu menghantar makanan kepadanya.

sejak tahu dia sukakannya.

Apa pula masalahnya kali ini?

Kamu tahu perangainya, bukan? Jika dia terjumpa mana-mana tanah yang bagus,

pasti dia akan membuat pelaburan tanpa memberikannya kepada kita.

Bukankah selama ini kita telah melobi dengan makanan

supaya kita boleh meminta wang daripadanya?

Kamu tahu betapa susahnya saya menghantar dana haram itu ke luar negara?

Setiap hari, saya dibelenggu ketakutan kerana pejabat cukai dan juruaudit!

Saya juga bekerja keras demi mendapatkan wang gelap itu.

Bersusah payah saya mendapatkannya. Jangan ungkit hal itu, sayang.

Saya tahu kamu telah bekerja keras. Mari kita gunakan wang gelap itu sebaik mungkin.

Mari kita lakukannya.

Ya, sayang.

Awak dah kerja keras. Awak sudah

melabur wang ini dengan bijak

dan saya tak akan sia-siakan

pengorbanan awak.

Jangan bazirkan malam yang hangat ini.

Apa dia?

- Siapa di sana? - Saya posmen. Puan Kang ada di rumah?

Ini surat berdaftar daripada pihak mahkamah. Dia harus menandatanganinya sendiri.

Kenapa kamu datang ke sini? Adakah kamu sudah gila?

Saya tiada pilihan. Cuaca sejuk, saya tiada wang dan kelaparan.

More Malay subtitles for The Legend of the Blue Sea

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left