Modern Farmer (모던파머 / Modeonpameo)

Modern Farmer (모던파머 / Modeonpameo)

دانلود زیرنویس Malay

هماهنگ با نسخه‌های زیر

모던파머 Modern Farmer E15 141206
ناشر badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

برچسب‌ها

other
تاریخ انتشار: 2016-03-06
تعداد دانلود: 24
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Cuaca di kampung kita hari ini bagus sangatlah.

- Cantik, bukan? - Betul tak, Min Ki?

Ya, bagus sangat.

Yuna, apa kata kita perempuan minum soju bersama lepas ini?

- Boleh juga, - Bagus sangat!

Kakak ini jenis yang boleh tahan minum. Kakak harap kamu pun sama.

Nanti kakak akan ceritakan semua

tentang Min Ki semasa dia kecil dulu.

Park Hong Gu, kamu kena bersedia mulai sekarang.

Kita ada banyak kerja sedang menanti kita!

Yalah, kakak. Janganlah takutkan saya.

Baiklah, semua bekerja dengan rajin.

Baik, kakak. Jumpa nanti!

- Jumpa nanti, kakak! - Yalah!

Kamu tak takutkah?

Kamu semua tak rasa kakak pelikkah hari ini?

Apa pula? Angin dia cukup baik hari ini.

Saya pun gembira tengok dia macam itu.

Bukanlah, ada yang tak kena dengan dia.

Kamu sendiri yang lebih tak kena. Tengok kamu itu.

Mari kita pergi bunuh siput babi itu.

- Kakak Yuna sangat cantik. - Kamu ini!

Sudah lama kita berdua tak kerja bersama.

Cara kamu bekerja sudah semakin baikkah?

Kakak berguraukah?

Saya boleh uruskan semua ini dengan satu tangan.

Yakah ini? Jadi kakak boleh uji kamu betul-betul hari ini.

- Saya akan buktikan kepada kakak. - Jangan berlagak.

Nanti kakak akan tahu.

Ada cara yang lebih baik.

Harap kamu bukan macam dulu lagi.

- Itu cuma cerita lamalah, kakak. - Kakak nak tengok juga.

- Apalah kamu ini. - Yun Hui.

Lama kita tak jumpa, Yun Hui.

Kakak, bukankah dia...

Hong Gu, kamu pergi.

- Kakak... - Sekarang.

Udara di sini segar.

Saya tiba-tiba datang... Awak terkejut, bukan?

Sedikitlah.

Saya tengok berita yang abang sudah balik.

Abang sudah sangat berjaya sekarang. Tahniah.

Abang taklah berjaya sangat. Awak pula macam mana sekarang?

Saya sangat sibuk menyara hidup saya ini.

Abang pun tahu kerja ladang ini macam mana.

Jadi dari dulu sampai sekarang awak berada di tempat ini?

Saya rasa perladangan ini lebih sesuai untuk saya.

Lagipun saya sekarang ketua kampung di sini.

Ketua kampung? Awak?

Ya! Tak percaya, bukan?

Saya hebat, bukan?

Awak betul-betul sudah banyak berubah.

Yalah, awak sudah kahwin?

Belum lagi.

Saya sangat sibuk dengan kerja saya.

Mana ada masa untuk fikir tentang perkahwinan?

Yalah, abang pula?

Abang pun belum.

Betulkah?

Takkanlah tak ada seorang perempuan

terpikat dengan lelaki kacak dan berjaya ini?

Mesti ada masalah dengan mata mereka semua itu.

Kalau tak silap, sudah lapan tahun berlalu, bukan?

Begitu banyakkah masa berlalu?

Cepatnya masa berlalu.

Kadang-kadang abang terfikir apa akan terjadi kepada kita

kalau kita pergi bersama.

Apa lagi akan terjadi kepada kita?

Kita akan bergaduh setiap masa.

Lagipun saya bukannya tahu bahasa Inggeris

dan saya bukan pemain piano yang baik.

Saya rasa berladang lebih sesuai dengan saya.

Tengok waktu sekarang ini.

Lembu saya kena makan sekarang.

Abang, saya kena pergi sekarang.

Yakah? Sekejap.

Ini tiket resital abang.

Awak datanglah kalau ada masa.

Oh, Tuhanku. Tempat persembahan abang tempat yang hebat.

Tapi akhir-akhir ini, saya sangat sibuk.

Tak tahulah saya boleh pergi atau tidak.

- Saya akan cuba. - Okey.

Abang kena berjalan jauh. Pergilah dulu.

- Abang pergi dulu. - Yalah.

Jumpa lagi.

Semoga resital abang berjalan lancar.

Mari kita makan jagung.

Nampak sedap!

- Panas, tahu? - Panasnya.

Saya sudah balik!

- Sudah balikkah? - Sudah balik, ya?

Ada jagung! Saya pun sudah lapar!

Terima kasih.

Sedapnya jagung ini.

- Yalah, Min Ho mana? - Dia sedang tidur sekarang.

Mesti dia sangat penat itu.

Jagung ini dimasak dengan baik sekali. Sedap betullah.

Kakak, apa dia cakap?

Siapa dia itu?

Mana ada sesiapa?

Mana boleh kakak cakap macam itu?

Dia itu ayah Min Ho!

Apa?

- Ayah Min Ho? - Park Hong Gu!

Apa dia cakap itu? Kenapa dengan ayah Min Ho?

Sebenarnya...

Sebenarnya tadi kami bukan cuba mencuri dengar atau apa-apa.

Yun Hui, pak cik mahu cakap dengan kamu sekejap.

Kamu patutnya beritahu kami dari awal kalau itu yang terjadi!

Maafkan saya. Saya cuma tak mahu pak cik risau.

Tapi kenapa ayah Min Ho tiba-tiba muncul?

- Apa dia cakap? - Betul tak ada apa-apa.

Dan dia tak tahu apa-apa tentang Min Ho.

- Dia tak tahu itu anak dia. - Apa?

Saya dapat tahu yang saya mengandung lepas dia pergi.

Kamu tak rasa kamu patut beritahu diakah?

Dia sangat berjaya sekarang. Saya tak mahu kami jadi penghalang dia.

Bukan kami suruh kamu jadi penghalang dia.

Min Ho kita berhak tahu siapa ayah dia, apa kerja dia,

di mana dia sekarang. Itulah maksud kami sebenarnya!

Min Ho hidup dengan baik sekarang. Saya tak mahu dia jadi keliru nanti.

Jadi tolong percaya pada saya dan rahsiakan perkara ini.

Saya okey saja hidup dalam keadaan macam ini. Ya?

Jadi? Dia tak tahu Min Ho ialah anak diakah?

Semuanya sebab saya.

Kalau bukan sebab saya, kakak takkan hidup macam ini.

Park Hong Gu! Apa yang kamu merepek ini?

Jangan cakap bukan-bukan. Cepat bersedia untuk masuk tidur.

- Kakak tak apa-apakah? - Mestilah tak apa-apa.

Kenapa awak semua risaukan perkara yang kecil macam ini?

Awak semua pun masuk tidur.

Jangan menangis, kakak.

Kakak takkan menangis, Hong Gu.

Yun Hui.

Abang datang untuk tanya awak buat kali terakhir.

Ikutlah abang pergi.

Awak sendiri pun tahu inilah peluang terakhir kita.

Tak ada peluang macam ini lagi.

Saya sudah cakap. Saya tak boleh pergi.

Takkan awak tak mahu belajar di luar negara?

Apa awak akan buat di kampung ini?

Bermain piano ialah hidup awak. Awak mahu berladangkah?

Awak mahu lepaskan semua usaha awak?

Macam mana dengan Hong Gu nanti?

Dia cuma ada saya untuk menjaga dia. Abang pun tahu.

Upahlah orang lain jaga dia. Abang boleh bayar upah itu.

Abang tahu ia tak semudah itu.

Dia masih belajar di sekolah rendah. Mana boleh saya tinggalkan dia?

Dia bukan adik kandung awak pun. Tak ada pun talian persaudaraan.

Dan takkan dia lebih penting untuk lepaskan impian awak?

Bukan, lebih penting daripada abangkah?

Jadi ikutlah abang pergi.

Abang tak boleh biarkan awak seorang di sini.

Maafkan saya, abang.

Kakak.

Jangan risau, Hong Gu.

Kakak takkan pergi mana-mana tanpa kamu.

Kakak takkan tinggalkan kamu seorang diri.

Americano yang sebenar.

Terima kasih.

Tak sangka hidup Kakak Yun Hui malang sampai macam itu.

Yalah, kalau perkara itu tak terjadi,

Kakak Yun Hui mungkin sudah jadi pemain piano

terkenal di seluruh dunia sekarang.

Saya setuju itu. Sebaliknya sekarang

dia sudah jadi ketua kampung di sini.

Hidup ini memang tak boleh diramalkan.

- Saya tahu. - Tak ada siapa tahu

siapa antara kita akan mati dulu.

Kita mesti hidup dengan betul.

Agaknya Kakak Yun Hui sudah okeykah?

Tak mungkin dia okey sekarang. Mesti dia sangat sedih sekarang.

Baik kita hati-hati bila bercakap dengan dia. Faham tak?

Apa awak semua buat ini?

Cepat berkumpul di dewan kampung sekarang juga!

Apa?

Kenapa awak semua pandang kakak semacam saja?

Biar kakak pergi panggil orang kampung yang lain.

Awak semua tunggu kami di sana, okey?

Jumpa nanti!

- Kakak nampak gembira saja. - Pelik, bukan?

Tak pernah tengok kakak segembira ini.

Sebelum ini dia asyik bermasam muka saja.

Apa ini? Kenapa saya rasa risau?

Saya rasa macam orang bodoh pula. Peliklah perasaan ini.

Dia buat-buat sajakah?

Apa benda ini? Kenapa berlubang lagi?

Ia jadi macam ini masa saya sangkut baju saya.

- Awak mahu saya buat apa? - Nampak sangat

awak ini masih lagi bujang. Tak guna.

Apa pula kali ini?

Tolonglah duduk dulu.

Awak semua mesti rasa bosan lepas menuai, bukan?

Takkan kita semua habiskan seluruh musim sejuk ini

dengan minum soju dan bermain go-stop saja, betul tak?

Jadi apa kita boleh buat lagi?

Sebab itulah saya sudah fikirkan beberapa cara untuk kita

janakan pendapatan tambahan untuk kita semua

daripada membuang masa kita saja di sini.

Pada satu hari, tiba-tiba otak saya macam dipanah petir

More Malay subtitles for Modern Farmer (모던파머 / Modeonpameo)

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left